The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shelalalalalalla, 2022-05-19 18:14:04

TUGASAN 2 PENULISAN ESEI PAKK 1094

tugasan 2 (1)

PAKK 1094

TUGASAN 2

PENULISAN

MICHELLA KHOO AI YUN
PAKK 2

PENGENALAN




Dalam menjelang zaman moden yang semakin canggih ini,
perkembangan kanak-kanak dilihat semakin perlu
dititikberatkan supaya perkembangan keseluruhan yang
elok dan sempurna dapat diberikan kepada kanak-kanak
dan tidak dipengaruhi dengan wujudnya teknologi yang
semakin hari semakin memakan kanak-kanak sehingga
menyebabkan tumbesaran yang paling penting dihiraukan.
Oleh itu, wujudnya kurikulum yang diciptakan untuk
menjadi panduan kepada penjaga kanak-kanak
terutamanya warga pendidik yang dikatakan dan dijadikan
sebagai pembentuk bakal pemimpin negara yang cemerlang
untuk memantau dan menjayakan kehidupan setiap insan
yang dipanggil kanak-kanak. Umum mengetahui kita semua
berpegang kepada konsep kalau hendak melenturt buluh,
biarlah dari rebungnya. Oleh hal demikian, pada tugasan
pada kali ini saya akan menganalisis dua kurikulum yang
tidak asing kepada bakal pendidik yang menceburi bidang
pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) serta memberi sedikit
sebanyak pandangan yang berharap boleh menyumbang
kepada dunia PAKK.

TASKA

Kurikulum PERMATA Negara y
ang memang tidak asing bagi

guru taska merupakan kurikulum yang dicipta untuk
menjadi rujukan para guru semasa menjalankan dan
memastikan perkembangan kanak-kanak berada dalam
gerabak pembentukan yang betul. Pembentukan kurikulum
ini berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang mementingkan kemenjadian seorang modal insan
yang seimbang daripada segala aspek lagi-lagi dari segi
JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial). “Setiap
anak perlu diberikan permulaan hidup yang terbaik (the
best starts in life), maka dengan itu lahirlah konsep Setiap
Anak PERMATA Negara”. Ukilan yang saya petik daripada
modul kurikulum PERMATA ini sangatlah saya setuju
kerana setiap perkara yang baik mesti dibuka dengan
permulaan yang baik. Oleh itu, saya yakni bahawa
kurikulum yang dibentuk mampu memberi permulaan yang
baik kepada kanak-kanak walaupun bidang umur yang
diterapkan dalam taska hanya kanak-kanak yang berumur
0- 4 tahun.

TASKA


Dari segi perancangan kurikulum ini, adanya satu dasar yang menjadi tunjang

kepada dunia PAKK terutamanya bagi taska. Dasar Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan 2008 ini merupakan wadah terpenting untuk
memastikan perkembangan kanak-kanak semasa 0-4 tahun berlaku dengan
holistik dan berkesan. Pada pendapat saya, dasar yang diwujudkan dan
digubal ini berguna kepada semua. Bukan sahaja warga pendidik malahan
agensi kerajaan, ibu bapa ataupun agensi bukan kerajaan sebagai kumpulan
yang dilihat dapat menyumbang dan memberi kesan kepada setiap
perkembangan dan pembentukan kanak-kanak. Sebagai contohnya, menurut
kajian kanak-kanak memang akan meniru aksi dan kelakuan yang ditunjuk
oleh orang yang lebih dewasa daripada mereka,sekiranya kelakuan yang
ditunjukkan oleh komuniti setempat mereka tidak elok seperti melakukan
gejala sosial, kanak-kanak akan menganggap perbuatan yang dilakukan betul
dan dari situ perkembangan dan pembentukan personaliti dari kecil telah
terpesong. Dengan wujudnya dasar ini, ia akan menjadi satu bimbinagn asas
yang memastikan setiap perkembangan kanak-kanak berjalan lancar sejak
kecil. Daripada pandangan ini pula, saya menyeru agar semua lapisan
masyarakat mencurahkan semua tenaga dan usaha yang boleh membawa dan
memimpin kemenjadian dan pembentukann modal insan yang cemerlang dan
terbilang sepert mana menepati objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-Kanak yang mengatakan bahawa perlu menyediakan asas kepada
pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan
tersendiri dengan mengambil kira nilai-niali tempatan dan amalan bijak
antarabangsa. Natijahnya saya yakin bahawa dengan kerjasama semua dan
perancangan lengkap kurikulum PERMATA Negara ini dapat memupuk,
membina dan melahirkan modal insan yang bekelas pertama agar
perkembangan yang sempurna dan menyeluruh dapat dicurahkan kepada
kanak-kanak untuk menjadi insan yang baik lagi berbudi bahasa.

TASKA


Seterusnya, pada pendapat saya bagi aspek pelaksanaan kurikulum ini pula

ialah cara yang sistematik dan pihak bertanggungjawab yang berdedikasi. Hal
ini dikatakan demikian kerana, gubahan dan semakan yang dilakukan
sebanyak tiga kali dan melalui pelbagai pihak seperti PAPN, taska
Kemas,JPNIN dan banyak lagi telah menghasilkan panduan dan maklumat
yang lengkap dan menyeleruh dengan gabungkan semua pendapat dan idea
yang berbeza sehingga menghasilkan edisi kurikulum yang ketiga sebagai
edisi yang paling menyeluruh dan lengkap yang diguna pakai sehingga kini.
Sikap pentadbir dan pihak penggubal yang prihatin, dedikasi dan
bertanggungjawab telah memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak
untuk berkembang menjadi insan yang lebih cemerlang. Selain itu dari segi
latihan dan didikan untuk pengasuh atau pendidik kanak-kanak juga
dilaksanakan dengan menyeluruh dengan memberi Kursus Pendidik/Pengasuh
PERMATA. Pada pandangan saya,sikap dan cara pengasuh sangat memberi
kesan besar kepada perkembangan kanak-kanak. Hal ini boleh dikaitkan
dengan kes kanak-kanak yang bernama Bella yang hangat di media sosial kini.
Kes ini memberi pandangan yang jelas tentang sikap dan tahap keprofesiolan
seorang pengasuh dalam menjaga dan mengendali kanak-kanak. Kes ini juga
perlu dijadikan pengajaran yang sangat baik kepada semua. Tidak lupa juga
akan konsep yang terkenal dalam kurikulum ini iaitu konsep belajar sambil
main yang telah memberi banyak peluang dan ruang untuk mengembanglkan
lagi semua potensi yang ada dalam diri kanak-kanak. Akhir kata, kurikulum
PERMATA perlulah menjadi pegangan semua lapisan lagi-lagi kepada warga
pendidik untuk melahirkan sebanyak mungkin modal insan dan bakal
pemimpin untuk memajukan negara.

TADIKA




Untuk bahagian tadika pula, kurikulum standard prasekolah
kebangsaan(KSPK) dibentuk juga menjadi landasan kepada semua untuk
mengikut dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan tunjang yang direka
agar perkembangan kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun berjalan dan
dicungkil dengan lancar dan maksimum.

Dari aspek perancangan yang terkandung dalam KPSK secara menyeluruh,
saya berpendapat bahawa rancangan yang sangat teliti dan mendalam
kerana telah menerapakan semua aspek dan keperluan sebagai seorang
modal insan kepada pebentukan personalti masa depan kanak-kanak yang
cemerlang. Di samping itu , penerapan setiap aspek yang terkandung
dalam tujuh tunjang yang dibentuk juga sangat membantu kepada
pembentukan kanak-kanak terutamanya kepada kanak-kanak yang
berumur 6 tahun kerana penyediaan ilmu dan konsep yang menyeluruh
dapat membantu mereka dalan program transisi yang akan berlaku
semasa ke peringkat yang lebih besar kelak. Dalamm pandangan saya ,
ketujuh-tujuh tunjang ini sangat memerlukan dan boleh dikatakan
merupakan elemen terpenting dalam kurikulum ini untuk membantu lagi
pembentukan kanak-kanak ke arah yang lebih baik

TADIKA




Jika telusuri dari aspek pelaksanaan kurikulum KSPK ini pula, cara
pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran(pdp) menjadi lebih
efektif dengan adanya panduan dan elemen merentas kurikulum yang
ditetapakan sebagai acuan yang perlu dirujuk setiap guru agar sesi pdp
berjalan dengan seronok dan lancar. Bukan itu sahaja, dalam pandangan
saya ,pelaksanaan pdp yang berbeza dan bervariasi boleh menarik minat
kanak-kanak terhadap pendidikan. Sebagai contoh, jenis-jenis
pembelajaran yang termaktub dalam KSPK ini seperti pembelajaran
berasaskan projek yang menerapakan amali yang memerlukan tenaga
pelajar untuk menjalankannya mampu meningkatkan perhatian mereka
terhadap pengajaran dan kemahiran moto halus juga boleh ditingkatkan.
Pelaksanaan yang melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat juga sangat
membantu perkembangan kanak-kanak kerana perkembangan kanak-
kanak bukan sahaja dirangsang oleh guru atau ibu bapa malah melibtakan
semua lapisan masyarakat. Dengan adanya penerapan dan konsep seperti
ini , kanak-kanak dapat berkembang dan membina dengan gembira dan
menyeluruh kepada sumbangan kesemua rakyat terhadap tunjang masa
depan negara yang baik.

KESIMPULAN




Secara konotasinya, dapat saya simpulkan bahawa kedua-dua kurikulum
yang ditetapkan dan dibina sangat menyumbang kepada perkembangan
dan pembentukan kanak-kanak yang menyeluruh. Saya yakin bahawa
dengan usaha dan kerjasama semua lapisan masyarakat yang mantap,
semua aspirasi dan objektif dapat direalisasikan dengan jayanya untuk
memupuk modal insan yang cemerlang lagi terbilang agar kemajuan dan
perkembangan negara pada masa akan datang boleh dibangkitkan oleh
bakal pemimpin ini. Pepatah ada berbunyi bahawa pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Siapakah lagi kalau bukan mereka yang
dididik sekarang untuk menaung negara agar kesejahteraan , keharmonian
dan kedamaian negara terus dimartabatkan seiring membawa nama baik
Malaysia dalam dunia PAKK ini menyerlah dipentas antarabangsa. Orang
bijak pandai pernah mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya!

PAKK 1094

SEKIAN,

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version