NURIN NAZIRAH (298994) LA N G KAWI MPU1042 KE N EGARAA N MALAYSIA NOR AIDA MAISARAH (298944) KHOR WAN QING (299176) FOO WEI LIN (298052) WONG JIE YI (298917)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA SEMESTER SESI 2023/2024 (A231) TAJUK PERISTIWA BERSEJARAH : PULAU LANGKAWI NAMA PENSYARAH: EN. MUHAMMAD ZAKIR BIN ABDULLAH TUGASAN BERKUMPULAN DISEDIAKAN OLEH: NOR AIDA MAISARAH BINTI HASSAN (298944) KHOR WAN QING (299176) FOO WEI LIN (298052) WONG JIE YI (298917) NURIN NAZIRAH BINTI SHAHARUDDIN (298994) TARIKH HANTAR TUGASAN 27 DISEMBER 2023
WONG JIE YI NOR AIDA MAISARAH BINTI HASSAN (SARJANA MUDA SASTERA LINGUISTIK & TEKNOLOGI MAKLUMAT) FOO WEI LIN 03 JOM BERKENALAN DENGAN KAMI!AHLI KUMPULAN KHOR WAN QING (SARJANA MUDA SASTERA LINGUISTIK & TEKNOLOGI MAKLUMAT) (SARJANA MUDA SASTERA LINGUISTIK & TEKNOLOGI MAKLUMAT) (SARJANA MUDA SASTERA LINGUISTIK & TEKNOLOGI MAKLUMAT) NURIN NAZIRAH BINTI SHAHARUDDIN (SARJANA MUDA SASTERA LINGUISTIK & TEKNOLOGI MAKLUMAT)
ASAL USUL DI PULAU LANGKAWI Tajuk 01 Kandungan 02 Pengenalan Langkawi 05 Asal Usul Langkawi 07 09 10 11 12 13 KANDUNGAN Tasik Dayang Bunting Kisah Lagenda Sumpahan Mahsuri ASAL USUL DI PULAU LANGKAWI 04 Dialek Kedah di Kalangan Orang Langkawi Ahli Kumpulan 04 Pendahuluan 03 Keistimewaan Langkawi Cerita Mitos & Lagenda di Pulau Langkawi Kisat Gergasi : Mat Raya dan Mat Chincang Puteri Dayang Bunting Langkawi Skycab Cable Car 14 15 18 Kedah Diserang Siam Meriam 20 Pahlawan yang Menentang Serengan Siam : Dato Wan Mohammad Ali 21 Pembangunan Langkawi (Lada) Pembangunan Pulau Langkawi 22 23 Kesimpulan Rujukan 24 25 26 Taman Lagenda 17
KEDAH Kedah merupakan salah satu daripada empat belas buah negeri yang berada di dalam Malaysia. Dalam pada itu, Pulau Langkawi merupakan salah satu pulau yang tidak asing lagi di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau ini sering kali menjadi tempat tumpuan para pelancong domestik dan asing. Untuk pengetahuan umum, Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada sembilan puluh sembilan buah pulau yang berada di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. LLAANNGGKKAAWWII,, 05
Pada tahun 1987, Pulau Langkawi telah diiktiraf sebagai salah satu pulau bebas cukai. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan harga barangan yang dijual di sana menjadi lebih murah. Selain itu, The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) juga telah memberi status ‘Geopark’ kepada Langkawi atas faktor keunikan warisan geologinya. 06
Asal Usul: Untuk pengetahuan umum, nama Langkawi berasal daripada perkataan ‘Lang’ yang bermaksud burung helang. Dalam hal ini, kebanyakan burung helang terlihat terbang berkeliaran di sekitar Kilim Geopark dan Pulau Singa Besar. Selain itu, perkataan ‘Kawi’ pula merujuk kepada batu kawi atau lebih dikenali sebagai batu kapur berwarna merah. Hasilnya, keduadua perkataan tersebut telah digabungkan dan menyebabkan terhasilnya nama ‘Langkawi’ yang masih digunakan dan kekal wujud sehingga kini. Selain itu, sejarah mencatatkan bahawa, Langkawi juga mendapat namanya dariapada Langkasuka. Langkasuka merupakan salah sebuah negeri yang terdapat pada zaman awal di Tanah Melayu. Menurut dinasti Liang China, pada sekitar abad ke 500 Masihi, Langkasuka dikenali sebagai ‘Langgasu’. Langgasu diasaskan pada kurun pertama masihi. 07
Oleh hal yang demikian, pulau Langkawi dikatakan mengandungi seribu satu kisah yang menarik untuk diterokai oleh para pelancong. Pelbagai warisan sejarah, mitos dan lagenda menarik terdapat di pulau itu. Haa menarik kan?? 08
09 KEISTIMEWAAN LANGKAWI
DDIIAALLEEKKKKEEDDAAHHDDII KKAALLAANNGGAANNOORRAANNGG LLAANNGGKKAAWWII Loghat di Langkawi Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepada kemunculan pelbagai varian dialek di Pulau Langkawi. Antaranya ialah faktor sejarah, migrasi, ekonomi serta bentuk muka bumi. Tambahan pula, kedudukan strategik di antara Pulau Langkawi dan selatan Thailand telah menyebabkan pergerakan masyarakat menjadi lebih mudah. Berikut merupakan peta bentuk muka bumi di Pulau Langkawi. Hang - Hiang Loghat bagi orang langkawi ini berbeza dari asalnya loghat di Kedah. Di mana orang langkawi ni tambah huruf vokal ‘i’ dalam perkataan mereka. Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh bahasa Siam. “Hiang nak pi mana?” 10 Sejarah mencatatkan bahawa, masyarakat Thailand pada zaman dahulu seringkali datang berdagang di Pulau Langkawi. Dalam konteks ini, masyarakat Thailand akan menggunakan bahasa Melayu Satun untuk melakukan proses jual beli dengan masyarakat tempatan. Kesannya, berlaku penyerapan varian dialek Melayu Satun ke dalam varian dialek bahasa Melayu. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2015), Nor Hashimah et al. (2016), pembentukan varian leksikal dalam satu-satu dialek atau bahasa turut dipengaruhi oleh faktor geografi sesebuah kawasan. Maka, berdasarkan kepada analisis dan dapatan kajian yang telah diperolehi, terbuktilah bahawa faktor geografi kawasan telah mendorong kepada wujudnya kepelbagaian dalam pembentukan varian leksikal dalam sesebuah dialek atau bahasa.
Pulau Dayang Bunting ialah di antara pulau kedua terbesar daripada 99 buah pulau yang lain di Langkawi. Pulau ini terletak di bahagian selatan Pulau Langkawi. Perjalanan untuk sampai ke pulau ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu lebih kurang 10 minit. Para pelancong boleh menggunakan kenderaan seperti bot laju untuk sampai ke Pulau Dayang Bunting dari Jeti Kuah dengan pembayaran harga tiket serendah RM 3. Keunikan pulau ini adalah kita dapat melihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan yang terbaring. Kita juga dapat melihat bentuk gunung itu yang hampir menyerupai seorang ibu mengandung. Contohnya, terdapat bentuk kepala, dada dan perut pada gunung tersebut. Selain daripada tasik Dayang Bunting, tasik ini juga ada mempunyai salah satu tarikan lain iaitu Gua Langsuir. Menurut kajian para geologi, tasik ini terbentuk disebabkan oleh runtuhan sebuah gua di bawah laut yang berlaku pada ratusan juta tahun yang lalu. TASIK DAYANG BUNTING LAKE OF THE PREGNANTMAIDEN Di pertengahan pulau ini, terdapat sebuah tasik air tawar yang berkeluasan sebesar 3 padang bola sepak. Malah, terdapat juga binaan sebuah jeti ditepian pulau ini untuk menjadi tempat persinggahan para pengunjung. Sebuah pelantar dibina di tepi tasik yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti jaket keselamatan, bot pendayung kaki, pelampung, kayak dan banyak lagi. Tasik di Pulau Dayang Bunting ini selamat untuk berenang. Walau bagaimanapun, tasik ini berkedalaman lebih kurang 10 meter. Maka, para pengunjung dinasihatkan untuk memakai jaket keselamatan. 11
Taman Lagenda Langkawi terletak berdekatan dengan Jeti kuah ini semakin besar setelah aktiviti dinaiktaraf dilakukan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dialkukan dengan menimati keindahan tasik dan ada juga kawasan untuk beriadah bersama keluarga. TAMAN LAGENDA Terdapat pelbagai pameran yang disiarkan kepada para pengunjung. Contohnya, terdapat beberapa ukiran batu, pameran kebudayaan dan lain-lain yang berkisarkan lagenda dan mitos di Pulau Langkawi. Walaupun Taman ini kurang popular tetapi ia menyimpan sebuah sentimen kepaada masyarakat Langkawi. 12
LLAANNGGKKAAWWIISSKKYYCCAABB CCAABBLLEECCAARR Menaiki Langkawi SkyCab, kereta kabel Langkawi, adalah salah satu perkara yang mesti dilakukan oleh pelancong apabila mereka berada di Pulau Langkawi. Pengalaman Langkawi SkyCab adalah unik di mana anda boleh menikmati pemandangan indah gunung dan pelbagai flora dan fauna Langkawi. Lokasi ini berdekatan dengan Gunung Mat Cincang, yang terletak pada ketinggian 709 meter di atas paras laut. Selain itu, Langkawi SkyCab terkenal dengan laluan kereta kabel yang paling curang di Asia, dengan kecuraman 42 darjah. Ia juga merupakan kereta kabel yang terpanjang di dunia, dengan 950 meter tali kabel dan kepanjangan 2.2 km. Ketika menaiki kereta kabel ini, kita pasti akan terpukau dengan pemandangan indah pulau dan pantai di sekitar Pulau Langkawi. Jangan lupa pulau-pulau di selatan Thailand dan Laut Hindi Selatan. 13
14 CERITA MITOS & LAGENDA DI PULAU LANGKAWI
KISAH GERGASI : MAT RAYA DAN MAT CHINCANG Menurut lagenda, beberapa ratus tahun dahulu di Langkawi, terdapat konflik di antara keluarga gergasi Mat Raya dan Mat Chincang. Kisah ini bermula ketika Mat Raya bercadang untuk membuat majlis pertunangan antara anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chincang. Ketika majlis tersebut berlangsung,berlaku pertikaian di antara dua buah keluarga gergasi ini kerana ada yang memberi khabar bahawa anak lelaki Mat Chincang berlaku sumbangg dengan wanita lain. Hal ini menimbulkan perasaan marah dan menyebabkan hubungan erat antara dua buah keluarga ini terputus, malah sehingga bermusuhan. Dikatakan juga tercetusnya pergaduhan antara dua buah keluarga ini sehingga melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini menyebabkan hubungan mereka terputus dan menjadi bermusuhan. Kedua-duua sahabat baik itu, Mat Raya dan Mat Chincangg dikatakan telah bergaduh sehingga melubatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Malah berlaku juga perubahan kawasan yang berlaku ekoran pergaduhan antara keluarga gergasi ini 15 KISAH LAGENDA
Dikatakan cincin pertunangan anak kedua-dua gergasi telah dicampak dan dijatuhkan di sebuah tempat yang sekarang dikenali sebagai Tanjung Cincin. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa sebuah belanga yang digunakan ketika gotong royong kenduri itu pecah semasa pergaduhan antara Mat Raya dan Mat Chincang dan ada satu tempat ini dinamakan sebagai “Kampung Belanga Pecah”. Seterusya, kuah yang mengalir daripada belanga tadi kini dikenali sebagai Pekan Kuah, mankala kuah yang meresap ke tanah pula kini dinamakan sebagai Kisap. Menurut Lagenda juga, sebuah bekas untuk memasak air dipecahkan semasa pergaduhan berlaku. Air panas di kawasan dinamakan sebagai Ayer Hangat. 16 Keluarga Gergasi disumpah menjadi gunung Pergaduhan antara Mat Chincang dan Mat Raya menyebabkan petir sambar-menyambar dan kilat. Tiba-tiba datang satu gergasi yang bernama Mat Sawar semasa pergaduhan. Mat Sawar menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah pertikaian berdua-dua. Selain itu, Mat Sawar, Mat Chincang dan Mat Raya telah disumpah menjadi gunung. Gunung-gunung dikenali sebagai Bukit Sawar, Gunung Raya dan Gunung Machincang kini.
PUTERI DAYANG BUNTING Tanpa membuang masa Mat Teja membuat petua dari Tok Diang, maka jatuh hatilah Mambang Sari dengan Mat Teja.Tidak lama kemudian, Mambang Sari menjadi hamil dan melahirkan anaknya di tempat yang dikenali sebagai Dayang Beranak. Genap sembilan bulan menandakan Mambang Sari akan melahirkan seorang anak. Namun, rezeki tidak menyebelahinya. Anaknya tidak dapat diselematkan selepas tujuh hari dilahirkan kerana terkena penyakit misteri. Sebelum Mambang Sari pulang ke kayangannya, Mambang Sari menyemadikan anaknya ke dalam tasik yang kini dipanggil Tasik Dayang Bunting. Ada juga yang mengatakan bahawa Mambang Sari memberi sumpahan bahawa air tasik itu akan menjadi penawar kepada sesiapa yang tidak dapat hamil dan berikhtiar untuk hamil. Orang kampung yang berasa sedih menamakan nama tasik itu sebagai Tasik Dayang Bunting bagi mempeingati pasangan malang ini. Kini, pulau ini semakin popular ekoran daripada mitos yang sering diwar warkan sejak lama dahulu adalah bagi mereka yang inginkan zuriat boleh berikhtiar mandi di tasik ini. Kisah ini bermula apabila seorang teruna bunian atau jin yang bernama Mat Teja yang telah jauth cinta dengan seorang gadis bunian yang juga merupakan jin yang dinamakan Mambang Sari di Pulau Langkawi. Ketika Mambang Sari bersama sama dengan dayangnya bergembIra , Mat Teja mula jatuh hati pada Mambang Sari tanpa diketahuinya dan sering mengintip dari jauh memerhati kerana tidak berani untuk meluahkan perasaan kasihnya sehinggalah penunggu yang bernama Tuk Diang memberi petua untuk menadah air mata duyung dan membasuh muka dengan air mata dayang tersebut di hadapan Mambang Sari. KISAH LAGENDA 17
Wan Aisyah dikatakan keturunan Mahsuri ke-7 Kisah ini dipercayai berlaku pada tahun 1778-1803 tahun yang dulu. Terdapat sebuah keluarga yang telah lama berkahwin namun masih belum mendapat cahaya mata. Pada suatu hari, Pandak Mayah menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi yang mirip dengan menangis bayi semasa berehat di pondok selepas bekerja di sawah. KISAH LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Pasangan miskin ini mendapat lebih banyak wang apabila mereka mengusahakan lebih banyak padi. Tidak lama kemudian, isterinya menjadi hamil dan melahirkan Mahsuri. Kehidupan mereka berubah sejak itu, dan bapa Mahsuri mula dikenali sebagai Orang Kaya Randak Mayah. Dididik dengan prinsip Melayu dan agama yang mencukupi, Mahsuri dibesarkan. Beliau juga diajar bersilat untuk keselamatan. Dibesarkan sebagai seorang dara pingitan, Mahsuri menjadi sebutan kerana sifat dan kehebatannya. Semua orang di Pulau Langkawi tahu tentang Mahsuri. Mahsuri bukan sahaja dipuja oleh ramai orang, tetapi ada juga yang cemburu dengan popularitinya, terutamanya wanita. Antara yang menaruh hati dengan mahsuri ini tidak terkecuali oleh Penghulu Langkawi, Wan Yahya sehingga menimbulkan perasaan amarah cemburu Wan Mahora apabila mengetahui hasrat suaminya untuk menjadikan Mahsuri isteri kedua. demi mengelakkan rumah tangganya goyah dan menjaga nama baiknya selaku seorang pembesar, Wan Yahya merestui Wan Darus, adiknya untuk meminang Mahsuri. Perkahwinan antara Mahsuri dengan Wan Darus pun berlangsung dengan meriahnya. 18
Hubungan antara Kedah dan Siam merosot apabila Mahsuri hamil anak sulungnya. Siam mula menguasai bahagian utara Kedah, yang membawa kepada peperangan. Sultan memerintahkan semua pembesarnya membentuk panglima untuk melindungi negeri. Datuk Pekerma Jaya menggalakkan semua orang di Langkawi untuk berkumpul untuk membantu tentera Kedah yang sedang berperang, termasuk Wan Darus. Mahsuri dengan berat hati melepaskan suaminya untuk pergi berjuang. Kerana dia sedang mengandung, mahsuri yang ditinggalkan berpindah ke rumah ibu bapanya. Wan Hakim adalah anak pertama Mahsuri. Sesetengah cerita juga mengatakan nama anak Mahsuri ialah Wan Mat Arus. Bermulalah kisah Mahsuri difitnah dengan Wan Mahora tentang Mahsuri melakukan hubungan sumbang dengan lelaki lain semasa suaminya pergi keluuar berjuang dan akhirnya Mahsuri ditangkap setelah dihasut oleh Wan Mahora kepada suaminya supaya dihukum bunuh. Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya kerana Mahsuri dibiarkan kebuluran, Mahsuri melafazkan sumpahnya. “Aku redha matiku jika benar aku bersalah tetapi jika aku dianiaya, aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini. Aku bersumpah, bumi Langkawi fidak akan aman dan meniadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan” Darah yang mengalir dari badan Mahsuri berwarna putih, bukannya merah. Apabila tentera Kedah kalah di Kuala Muda, Wan Darus kecewa apabila mendengar berita kematian Mahsuri apabila pulang ke Langkawi. Ibu bapa Mahsuri meninggalkan Langkawi bersama anakya, Wan Hakim. Tujuh hari selepas Mahsuri meninggal dunia, kemusnahan dan kematian berlaku di mana-mana. Tentera Siam membunuh Datuk Pekerma Jaya, dan mayatnya dibuang di Sungai Langkanah. 19
Peperangan Kedah KEDAH DISERANG OLEH SIAM 21 TAHUN Siam menyerang Kedah pada tahun 1821 dan telah mentadbir selama 21 tahun. Kedudukan kedah yang secara tidak langsung berhampiran dengan Segenting Kra, yang merupakan antara lokasi strategik kedatangan Siam ke Kedah. Mereka melakukan serangan pertama pada tahun 1826, diikuti dengan tahun 1829, dan tahun 1831. Pada tahun 1838, serangan terbesar berlaku. Tunku Muhammad Saad menghalau askar Siam dari Kedah dan tiba di Singora dengan meminpin 10,000 askar dan 50 perahu perang dengan meriam ringan. 21 DISEMBER 2023 Walau bagaimanapun, Tunku Muhammad Saad akhirnya terpaksa berundur ke Kota Kuala Kedah sebelum Siam menyerah 15,000 tentera untuk menyerang balik dari Bangkok. Pada masa itu, orang ramai menganggap keengganan British untuk memberi bantuan kepada angkatan Kedah seperti yang dijanjikan sebagai taktik penipuan mereka untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan pertama di tempat Kuala Kedah. Pada 31 Ogos 1978, kota ini diwartakan sebagai harta sejarah oleh Jabatan Muzium. Reka bentuk kota ini dipuji kerana mempunyai lubang yang boleh digunakan untuk senjata api dan meriam, yang menunjukkan bahawa ia dibina mengikut kebijaksanaan zamannya untuk menjadi kota pertahanan yang kukuh. 20
MERIAM? 21/12/2023 Kerjasama antara agensi-agensi yang berkaitan khususnya seperti Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Muzium Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Kedah dan penyelidik bebas yang berilmu dapat menyerlahkan kehebatan bandar bersejarah ini. Meriam-meriam berikut merupakan hasil ciptaan pada zaman itu dengan bantuan pembinaan kota itu telah wujud satu kerjasama yang sempurna dan beberapa kali membantu pahlawan-pahlawan menentang serangan dari Siam. Maka, meriam tersebut telah dihargai dan dipamerkan. Penggunaan meriam dan serbuk dinamit dijadikan sebagai bukti angkatan Kedah pada zaman itu. Hal ini menunjukkan terdapat persenjataan yang moden yang digunakan untuk bertanding dengan tentera kerajaan Siam. Terdapat lima pucuk meriam lama tinggalan daripada peperangan antara Kedah-Siam di kota ini yang kedudukannya menghadap ke laut. Contohnya, meriam Badak Berendam dan meriam Katak Puru. Sehubungan dengan itu, terdapat kajian tentang susunan angkatan perang berdasarkan pemikiran yang bijak panglima pimpinan Tunku Muhammad Saad. Hasil ciptaan meriammeriam ini terus dipamerkan untuk menambah pengetahuan dan membelalak minda generasi muda. 21
PAHLAWANYANG MENENTANG SERANGANSIAM: DATOWANMUHAMMAD ALI Seterusnya, terdapat seorang pahlawan yang melindungi Langkawi untuk berperang dengan Siam iaitu Dato Wan Muhammad Ali. Pada 24 Mac 1838, Tunku Muhammad Saad telah memulakan penentangan terhadap pentadbiran Siam di Kedah. Tunku Muhammad Saad telah dibantu Tunku Muhammad Akib dan Tunku Muhammad Taib dari Setul, Wan Muhammad Arsyad dan Syed Hussein dari Kayang, Tunku Sulaiman, Tunku Abdullah, Syeikh Abdul Samad Falembani, Pendang, Tok Mo Ris dari Kubur Panjang, Dato Syahbandar Wan Daud dari Pulai, Baling dan Dato Madi dari Bandar Baru Kedah begitu juga Panglima Bukit Gantang (Perak) menghantar 100 orang pahlawan dan 5 buah perahu. Dari kejauhan datanglah oleh Dato Wan Muhammad Ali atau dikenali sebagai Wan Mali dari Langkawi. Beliau merupakan anak kepada Dato Pekermajaya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Mahsuri. Nama Wan Mali muncul sejak tahun 1825 di mana beliau merupakan utusan Sultan Ahmad Tajuddin ke Tavoy bersama-sama Che Lanang malah dikatakan pernah sampai ke Changgung (Yangoon) bagi memohon bantuan dari Burma untuk melawan Siam. Dato Wan Muhammad Ali adalah seorang pelayar yang hebat dan pelaut yang mahir. Malah beliau dapat dipercayai dalam membaca pergerakan angin ketika berada di laut. Beliau juga sangat mahir dengan keadaan muka bumi Langkawi yang menyebabkan askar Siam terpaksa berhempas pulas mengepung Langkawi selama 6 bulan. Pengepungan di laut juga di buat agar berita Langkawi sudah di bakar tidak sampai kepada orang Melayu di tanah besar. Dato Wan Muhammad Ali turut terlibat di dalam misi Tunku Kudin pada tahun 1831 tetapi beliau tidak begitu menonjol kerana angkatan laut Kedah di bawah kuasa bapanya. Kekalahan pasukan Kedah pada tahun 1832 tidak melemahkan semangat para pahlawan Kedah untuk terus berjuang. Sultan telah menghantar surat ke seluruh negeri Melayu meminta bantuan tentera dan di sambut hampir semua negeri Melayu termasuklah Acheh, Palembang, Sulu dan Brunei. Semuanya mempunyai semangat jihad. Pada tahun 1837 Dato Wan Muhammad Ali diberikan keyakinan untuk memimpin angkatan laut Kedah selepas kemangkatan ayahnya. PANJI PERANG MUSUH BISIK 22
LANGKAWI UNESCO ANTARABANGSA GEOPARK Sektor pelancongan merupakan sektor penting di Langkawi yang terus berkembang dan diberikan tumpuan oleh pihak kerjaaan. Terdapat satu simbolik bangunan iaitu burung helang dan satu pulau yang paling besar dan terdiri daripada 99 buah pulau . Wujud ramai pelancong ingin datang ke Pulau Langkawi untuk menyaksi bangunan burung helang dan mengagumi laut dan pemandangan. Pulau Langkawi berkembang pesat dan diisytiharkan sebagai 'Pulau Bebas Cukaii' pada tahun 1987.Kerajaan juga berusaha untuk membangunkan Langkawi sebagai tempat pelancongan yang bertaraf global dengan merancang projek pembangunan seperti membina Skycab, mempromosikan Geopark dan bangunan burung helang yang paling famous. Selain itu, terdapat orang swasta yang melabur dalam projek pembangunan projek pembinaan hotel yang berkualiti tinggi untuk pelancong dari tempatan atau antarabangsa, akan menaikkan Pulau Langkawi menjadi lebih menarik. Di samping itu, Lembaga Pembangunan berusaha untuk membangunkan Langkawi sebagai "Geopark" untuk menarik pelancong dari seluruh dunia. Ia adalah tempat yang mempunyai sejarah berbatu, pelbagai jenis batu yang menarik, pemandangan yang indah, dan perlu diwariskan generasi demi generasi. Langkawi memiliki salah satu geopark yang terbesar di dunia yang diiktiraf oleh UNESCO. Kedudukan "Geopark" adalah terletak antara bukit-bukit batu dan hutan hujan. PEMBANGUNAN PULAU LANGKAWI 23
Agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membangunkan Pulau Langkawi ialah Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA). Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bertujuan untuk membangunkan Langkawi sebagai sebuah tempat pelancongan yang bertaraf dunia . Melalui perancangan yang teliti dan strategik serta tadbir urus yang berkesan dan berkesan, LADA akan memastikan pembangunan industri pelancongan Langkawi berkembang, yang akan memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara. Lembaga ini menumpu perhatian kepada bidang pelancongan dan pelaburan bagi projek membangunkan Langkawi sebagai tempat pelancongan yang bertaraf dunia. Program-program yang dilaksanakan oleh LADA adalah seperti Langkawi UNESCO Global Geopark dan Langkawi Skycab. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) PEMBANGUNAN LANGKAWILADA 24
KESIMPULAN Kesimpulannya, Pulau Langkawi ini merupakan salah satu pulau yang terkenal di Malaysia disebabkan kepelbagaian jenis bentuk muka bumi yang wujud. Pulau Langkawi yang terkenal dengan cerita-cerita dan mitos-mitos lagenda juga telah menarik minat para pelancong untuk berkunjung ke sana sehingga menyebabkan Langkawi menjadi salah satu pusat tarikan utama di Malaysia. Dari sudut sejarah pula, peperangan Kedah menentang Siam pada suatu ketika dahulu telah memberi banyak kesan kepada pembentukan Langkawi. Pelbagai nikmat diperoleh oleh penduduk Langkawi atas jasajasa tokoh pahlawan yang berani menentang Siam bagi mempertahankan Pulau Langkawi. Hasilnya, wujud pelbagai perkembangan dari segi pembangunan di Langkawi yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi,, politik dan sosial di Pulau Langkawi. 25
RUJUKAN Azli Bin Abd. Ran 2011.”Pembangunan Industri Pelancongan di Langkawi yang Berkonsepkan Negara Islam telah Berjaya Menarik Pelancong” https://etd.uum.edu.my/2852/1/Azli_Abd._Rani.pdf Eka Sukma. 2013. “Lagenda Pulau Dayang Bunting”. Dicapai pada 30 November 2023.https://sarai.blogspot.com/2013/12/lagenda-pulau-dayang-bunting.html Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, 2018, Langkawi Geopark. https://pulaulangkawi.github.io/Home.html Nor Hashimah Jalaluddin, Maizatul Haf izah Abdul Halim, Harishon Radzi, Junaini Kasdan. (2017) .Penyebaran Dialek Melayu Di Langkawi. https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/21283/6896 PeKhabar,2015. “Siam Menyerang Negeri Kedah” \ https://pekhabar.com/h-i-d-s-siam-menyerang-negeri-kedah/. Rai Illani. (2019, Jun 24) . Kisah Legenda Pergaduhan Gergasi di Pulau Langkawi - https://iluminasi.com/bm/kisah-legendagergasi-di-pulau-langkawi.html Rai Illani. (2019, Jun 26) . Legenda Sumpahan Mahsuri - https://iluminasi.com/bm/sumpahan-mahsuri-kisah-misteriyang-memahsyurkan-pulau-langkawi.html#google_vignette 26