The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP11022 Ahmad Shauqy Bin Ahmad Zahrullail, 2023-02-20 20:28:06

NOTA FALSAFAH TOPIK 5

NOTA FALSAFAH TOPIK 5

TOPIK 5 : DASAR DAN HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MASA KINI Oleh : Nur Amalina Binti Abdul Malek (Mohon doakan saya diberi kesihatan,kemudahan dan kejayaan berpanjangan dunia akhirat) HAK KEPADA PENDIDIKAN PENGENALAN ➢ Disebutkan didalam Perlembagaan Persekutuan dibawah kebebasan asasi yang mana antara isi kandungannya ialah : 1.Tidak boleh ada dikriminasi atas alasan agama, ras,keturunan atau tempat lahir mengenai kemasukan pelajar ke sekolah dan bantuan kewangan berkaitan pendidikan 2.Tiap agama boleh menubuhkan institusi bagi pendidikan kanak-kanak 3.Tiada yang boleh menerima sesuatu agama/ mengambil nahagian dalam apa2 upacara sembahyang sesuatu agama 4.Agama bagi anak 18 tahun ke bawah ditentukan oleh ibubapa/penjaganya IMPLIKASI HAK KEPADA PENDIDIKAN ISI HURAIAN CONTOH PINDAAN KEPADA AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550) PADA 2002 ➢ Pindaan ini mewajibkan ibubapa menghantar anak-anak untuk pendidikan sekolah rendah selama 6 tahun. ➢ Sekiranya gagal, ibubapa boleh didenda RM5000/ penjara tidak lebih 6 bulan/ keduanya sekali PENDIDIKAN PERCUMA ➢ Kerajaan mengambil inisiatif membiayai persekolah secara percuma kepda sekolah rendah dan menengah ➢ Purata pembiayaan RM8.900 seetahun untuk seorang murid ➢ Kerjaan turut memberikan bantuan khas pendidikan kepada mereka yang berkelayakan ➢ Kerajaan menyediakan sistem peminjaman buku teks kepada semua murid ➢ Pemansuhan yuran pendaftaran ke sekolah dan peperiksaan Antara bantuan kerajaan : -Rancangan makanan tambahan -Biasiswa kecil persekolahan -Bantuan awal persekolahan -Baucar buku BERLANGSUNG KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAKKANAK (CRC) ➢ Malaysia meratifikasi konvensyen mengenai hak kanak-kanak terhadap 1.Kehidupan Hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial 2.Perlindungan Hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi 3.Perkembangan Hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian 4.Penyertaan Hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan kesejahteraan mereka PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI ➢ Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran. ➢ Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran ➢ Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa ZERO REJECT POLICY ➢ Murid bekeperluan khas dan OKU tidak dinafikan hak daripada memasuki alam persekolahan


TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO PENGENALAN ➢ Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. ➢ Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar iaitu 1. Belajar untuk mengetahui (Learn to know) 2. Belajar untuk melakukan (Learn to do) 3. Belajar untuk menjadi apa (Learn to be) 4. Belajar untuk hidup Bersama (Learn to live together) 4 TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO TONGGAK HURAIAN PERANAN GURU CONTOH BELAJAR UNTUK MENGETAHUI (LEARN TO KNOW) ➢Belajar memahami dunia sekeliling dan memperkembangkan kemahiran kerjaya dan komunikasi ➢Guru sebagai penyampai ilmu ➢Belajar untuk mengetahui juga sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa depan ➢Ianya satu alat kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan ➢ Guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam ➢ Menjalankan aktiviti pengajaran yang menarik ➢ Ikut trend perubahan pendidikan supaya murid menerima pengetahuan terkini ➢ Peranan guru sebagai pembimbing ➢ Memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan yang baru. ➢ Gunakan ICT dan slide bergambar yang boleh menarik minat murid didalam pembelajaran ➢ Kepelbagaian aktiviti seperti lakonan, bercerita dan permainan ➢ Orang dah mula mengajar melalui media sosial sprt tiktok,youtube dll BELAJAR UNTUK MELAKUKAN (LEARN TO DO) ➢Pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan ➢Ianya akan diaplikasi dalam bidang pekerjaan kelak ➢Matlamatnya adalah sehingga seseorang itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehinya ➢Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktor-faktor penting dalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil ➢ Memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik ➢ Banyakkan buat aktiviti hands-on ➢ Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum ➢ Pergi menghadiri kursuskursus kemahiran ➢


BELAJAR UNTUK MENJADI APA (LEARN TO BE) ➢Menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ➢Pendidikan mesti menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi yang ada dalam dirinya sehingga memapu menjadi identiti yang dikenali oleh orang lain ➢Menjadikan seseorang mampu untuk berfikir secara kreatif dan kritis ➢Menjadikan seseorang dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil. ➢ Guru boleh menggunakan teknik kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek ➢ Guru perlu memupuk potensi manusia secara bersepadu dan seimbang ➢ BELAJAR UNTUK HIDUP BERSAMA (LEARN TO LIVE TOGETHER) ➢Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. ➢Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. ➢ Guru perlu bersikap terbuka dengan kepelbagaian agama dan budaya lain ➢ Guru perlu menerapkan nilai-nilau murni dalam kalangan pelajar ➢ Guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. ➢ 2 sikap yang perlu diterapkan dalam diri murid,memahami perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama ➢ Mendedahkan kepada murid tentang percampuran antara murid normal dan OKU seperti autism dll ➢ Merancang aktiviti P&P untuk menggalakkan penglibatan semua tanpa mengira kaum contoh dalam aktiviti kumpulan dalam kelas, KESAN GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN DI NEGARA INI AKIBAT DARIPADA PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) .Menggalakkan pelajar belajar secara kolaboratif dan lebih yakin untuk berkomunikasi dengan lebih efektif Merupakan satu proses pembelajaran yang sentiasa perlukan pembaharuan dari segi strategi dan proses pelaksanaannya mengikut kesesuaian perkembangan murid agar dapat mencapai kandungan mata pelajaran yang ditetapkan serta menghasilkan impak pembelajaran yang berkesan dalam kehidupan seharian mereka Dapat melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan, peluang untuk berkolaboratif dan komunikasi antara pelajar dapat ditingkatkan. Merangsang kreativiti pelajar dalam pemikiran kritis (KBAT) dan sebagainya -Menjadikan pelajar kreatif dan inovatif -Meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar untuk belajar dengan gigih seterusnya meningkatkan prestasi sekolah


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN : AKTA PENDIDIKAN 1996 PENGENALAN ➢ Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan ataupun pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. ➢ Tujuan Akta Pendidikan 1996 adalah bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk generasi akan datang. ➢ Penggubalan undang-undang (akta pendidikan 1996) bertujuan untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. ➢ Sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. FUNGSI ATAU PERANAN AKTA PENDIDIKAN 1. Menekankan pengunaan sains dan teknologi dalam teknologi dalam pendidikan. ➢ Sejajar dengan abad ke-21, era digital dan teknologi maklumat telah berkembang pesat dan meluas dengan menyaksikan bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran. ➢ Strategi pendidikan negara bagi melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi cabaran baru. ➢ Justeru, usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, Pendidikan Teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah Teknik dan Politeknik. ➢ Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartaraf kepada sekolah Teknik, manakala politeknik boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus. 2. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. ➢ Kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhkan dengan peruntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras. ➢ Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib bagi yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan pada masa kini. ➢ Seksyen 17 (2) telah memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah. ➢ Hal ini supaya pelajar di Malaysia yang berbilang kaum dapat mengusai Bahasa Melayu dan boleh bertutur dengan jelas dan difahami. 3. Menyatupadukan perpaduan kaum ➢ Pendidikan di Malaysia melibatkan pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina dan India. ➢ Hal ini sejajar dengan salah satu tujuan utama Akta Pendidikan 1996 dimana bertujuan menyatupadukan kaum melalui pendidikan. ➢ Akta Pendidikan 1996 telah memperkenalkan kokurikulum keinsanan, menerapkan mata pelajaran pelbagai budaya di semua sekolah dan menghapuskan manopoli sesuatu kaum. ➢ Setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. ➢ Peluang untuk belajar juga diberi kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latar belakang. 4. Menitikberatkan ilmu pengetahuan ➢ Akta Pendidikan 1996 telah menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara di Malaysia kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan. ➢ Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. ➢ Ini sejajar dengan pendidikan abad ke-21 kerana setiap pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dan lain-lain. ➢ Sebagai contoh, penubuhan pendidikan pra sekolah dan juga pendidikan rendah bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan awal kepada kanak-kanak. ➢ Pendidikan awal membantu meningkatkan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.


IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KESAN POSITIF 1. Menekankan penggunaan Sains & Teknologi dalam pendidikan ➢ Penggunaan ICT digiatkan sejajar dengan perkembangan pensisikan abad ke 21 ➢ Tujuan nya bagi mempercepatkan urusan dalam bidang Pendidikan dan bagi memberi kemudahan dalam pencarian maklumat 2. Mewujudkan Pendidikan Prasekolah ➢ Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan pendidikan kepada kanak-kanak warganegara yang berumur enam tahun. ➢ KPM memastikan kadar penyertaan murid dengan meningkatkan program orientasi alam prasekolah untuk mengatasi masalah keciciran pelajar pada peringkat rendah. ➢ Sebagai contoh, pada tahun 2003, kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan dan telah ditukar kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK). ➢ Pendidikan ini diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. ➢ Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkukuhkn pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan pendidikan ini berjalan dengan lancer, memelihara hak asasi kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran kanakkanak seperti membaca, mengira dan menulis serta memahami nilai positif dalam diri mereka. ➢ Antara pendidikan prasekolah yang mendapat pengiktirafan KPM ialah KEMAS, PASTI dan PERMATA. 3. Pendidikan Rendah diwajibkan kepada semua kanak-kanak ➢ Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun. ➢ Pihak KPM telah memulakan dasar ini secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 1 pada 1 Januari 2003. ➢ Sebagai contoh mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan. ➢ Pendapat tokoh – Menurut Ismail Raof (2010), sememangnya tiada alasan untuk ibu bapa untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah sebagaimana murid-murid lain. ➢ Kesannya, ia dapat mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah. 4. Pendidikan Khas mula diberi perhatian ➢ KPM mengambil langkah yang cekap dengan penubuhan sekolah-sekolah khas yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. ➢ Program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik. ➢ Menurut Seksyen 40, Akta Pendidikan 1996, yang membolehkan Menteri mengadakan Pendidikan Khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. ➢ Pendapat Tokoh - Menurut Jamilah K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. ➢ Sebagai contoh, sekolah harian yang berstatus sekolah menengah kebangsaan turut menyediakan kelas bagi pelajar pendidikan khas. ➢ Menurut Jabatan Pendidikan Khas (1998), setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka juga mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai untuk anak mereka. ➢ Penubuhan program Pendidikan inklusif separa dan penuh 5. Kedudukan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan diperkukuhkan. ➢ Menjadikan subjek Bahasa melayu sebagai subjek wajib diambil didalam SPM 6. Kurikulum diselaraskan ➢ Kurikulum kebangsaan hendaklah wajib digunakan bagi semua sekolah termasuk sekolah swasta. ➢ Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan di bawah subsekyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing. ➢ Sukatan dalam kurikulum kebangsaan telah diselaraskan bagi semua sekolah di negara ini. ➢ Meskipun sudah terdapat cadangan dalam Penyata Razak (1956) dan laporan Rahman Talib (1960) bagi mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, tetapi penekanan kepada kurikulum kebangsaan hanya diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. ➢ Keselarasan ini akan memudahkan untuk membuat penilaian yang sama terhadap pencapaian murid dari semua seklah ➢ Secara tidak langsung, ia dapat menimbulkan semangat persaingan yang baik antara sekolah-sekolah di Malaysia.


7. Pendidikan Islam diperluas ➢ Pendidikan Islam diperluaskan meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. ➢ Mengikut Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah-sekolah termasuk sekolah swasta apabila terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat. ➢ Walau bagaimanapun, Akta Pendidikan 1996 turut memperuntukkan supaya pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran bagi agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka dengan syarat pengadaan sedimikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dan tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapa. 8. Pendidikan teknik dan vokasional dipertingkatkan ➢ Bagi memenuhi keperluan pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi. ➢ Seksyen 37 dan seksyen 38, menaiktarafkan sekolah vokasional dan mudahkan politeknik mengadakan program kerjasama sejajar dengan keperluan tenaga kerja kemahiran yang tinggi di masa akan datang terutama bagi pelajar berkemahiran dalam bidang vokasional. 9. Perluasan system Pendidikan Swasta terutamanya di peringkat pengajian tinggi. ➢ Kerajaan membenarkan penubuhan institusi Pendidikan swasta sama ada diperingkat sekolah atau pengajian tinggi ➢ Pendidikan swasta ditubuhkan bagi menampung bilangan pelajar yang layak menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan dapat mengurangkan aliran wang keluar. ➢ Contoh pendidikan swasta yang ditubuhkan ialah Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas yang memberi peluang kepada rakyat untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai peringkat. ➢ Bertujuan untuk membantu melahirkan insan yang berilmu dan berupaya memajukan kehiudpan yang memenuhi aspirasi negara. KESAN NEGATIF 1. Menjadikan pendidikan sebagai satu perniagaan. ➢ Terdapat segelintir dari pihak swasta yang menjadikan pendidikan sebagai perniagaan dengan melabur untuk mendapat keuntungan dengan mengenakan bayaran tinggi kepada ibu bapa yang hendak meendaftar anak mereka. ➢ Contoh, mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM1,000 sehingga RM 2,000 manakal yuran IPTS sebanyak RM50,000 hingga RM 200,000. ➢ Berdasarkan jumlah yuran yang telah ditetapkan dapat disimpulkan bahawa pihak ini telah menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk memperoleh keuntungan. ➢ Pihak kerajaan perlu mengenakan kawalan yuran di institusi pendidikan swasta, memperluaskan pendidikan percuma dan menubuhkan banyak bangunan wakaf agar semua golongan berhak mendapat pendidikan. 2. Menyukarkan pembentukan bangsa Malaysia ➢ Pengunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semakin banyak digunakan dalam kalangan masyarakat sehingga meminggirkan martabat bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. ➢ Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan memperkenalkan subjek silang budaya. ➢ Bertujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu agar terus berkembang di mata dunia. 3. Menyebabkan penswastaan pendidikan berlaku. ➢ Pendidikan bukan lagi sepenuhnya di bawah kerajaan kecuali sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. ➢ Keadaan ini menyebabkan standard kurikulum di Malaysia tidak sama dan taraf pendidikan juga berbeza serta pelajar menduduki jenis peperiksaan yang berbeza. ➢ Sebagai contoh, penubuhan tadika swasta, sekkolah swasta, sekolah antarabangsa, pusat latihan kemahiran swasta, kolej swasta dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). ➢ Oleh demikian, pihak swasta perlu membuat kawalan terhadap institusi swasta dan memperluaskan peranan kerajaan dan majikan untuk membangunkan pendidikan percuma. 4. Pengangguran dalam kalangan masyarakat. ➢ Pengangguran tinggi disebabkan persaingan yang sengit antara pelajar yang mendapat pendidikan. ➢ Bagi menangani masalah ini, pihak kerajaan perlu memperbanyakkan program pendidikan yang menawarkan kursus pragraduan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.


CABARAN-CABARAN PELAKSANAAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Cabaran Huraian + Contoh Langkah Mengatasi Infrastruktur Negara semakin berhadapan dengan cabaran dunia yang menggesa infrastruktur ditambah baik di semua institusi pendidikan agar kondusif dansesuai dengan tuntutan pendidikan semasa. Negara harus mengambilnya sebagai satu loncatan untuk menangani masalah dalam sektor pendidikan kerana suasana pendidikan yang kondusif mampu meningkatkan daya fokus pelajar. Teknologi Kemudahan akses dan teknologi perlu ditingkatkan agar suasana pembelajaran dan sistem pendidikan dapat dijana dengan baik sesuai dengan teknologi globalisasi yang menggesa Malaysia agar tidak ketinggalan. Malaysia harus meningkatkan lagi jalur lebar dalam Negaradan pemberian laptop 1 Malaysia. Lambakan graduan Ramai graduan yang telah menganggur dan tidak mendapat pekerjaan setelah tamat belajar. Kerajaan harusnya menyediakan lebih banyakpeluang pekerjaan bagi mengelakkan banyak lambakan graduan terus berlaku. Mutu pembelajaran Setiap indeks dalam pembelajaran perlu ditingkatkan dari masa ke semasa dan elakkan tiada isu tokok tambah dalam ilmu pembelajaran sertaisi pembelajaran haruslah sesuai dengan peredaran masa. Kerajaan harus peka dalam meniliti buku teks dan konten pembelajaran di dalam kelas. Guru berkualiti Guru yang mengajar di dalam kelas haruslah guru yang berilmu dan bukannya tidak tahu mengajar, emosinya tidak stabil serta tidak professional. Guru seharusnya mematuhi aspek dalam Falsafah Pendidikan Guru serta piagam pelanggan dan mempunyai nilai keguruan yang baik dalam diri.


PELAN PEMBAGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025) PENGENALAN ➢ Tujuan pelaksanaan PPPM 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan dating 3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian CIRI-CIRI PELAN STRATEGIK (6) Visi Misi Teras Strategik Pelan Tindakan Petunjuk Prestasi/Kpi Sasaran Pencapaian 2. ASPIRASI UTAMA YANG PERLU ADA PADA SETIAP MURID ASPIRASI HURAIAN PERANAN & CABARAN Pengetahuan ➢ Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya ➢ Selain itu, penting bagi murid menguasai matapelajaran teras seperti BahasaMalaysia, BahasaInggeris, Matematik, Sains dan Sejarah ➢ Murid juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain seperti seni muzik dan sukan ➢ Murid perlu mempunyai pengetahuan utk aplikasikan kemahiran ini dalam kehidupan seharian PERANAN : ➢ Guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh sungguh ➢ Keupayaan guru untuk mengenalpasti pada peringkat awal dan mengambil langkah terbaik memperbaiki ketidakupayaan membaca dalam kalangan murid ini. ➢ Guru juga perlu bersifat dinamik yang berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pendidikan dari masa ke semasa ➢ Menggunakan bahan bantu mengajar secara optimum ➢ Penyediaan kursus untuk meningkatkan pengetahuan guru terutamanya dalam ITdan komunikasi CABARAN : ➢ Perbezaan latarbelakang sosioekonomi,lokasi geografi serta sikap dan aspirasi murid memberi cabaran kepada guru untuk mengenalpasti pendekatan yang terbaik kerana murid LINUS sering kurang minat,focus dan keyakinan diri dalam mempelajari kemahiran asas literasi seterusnya mengakibatkan kelemahan dan ketidakupayaan membaca Kemahiran Berfikir ➢ Menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mampu untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan, serta mewujudkan pengetahuan baru ➢ Setiap murid perlu menguasai kemahiran kognitif yang penting iaitu : Pemikiran kreatif & inovatif Kreativiti: tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baharu. Inovasi: proses menjana dan mengaplikasi idea, serta kreatif dan konteks yang tertentu Keupayaan belajar Keupayaan memacu pembelajaran sendiri dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat Penyelesaian masalah& penaakulan Keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif PERANAN : ➢ Menggunakan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid mencari penyelesaian terhadap permasalahan dan seterusnya membuat keputusan berpandukan logik dan data. Contoh kaedah : perbincangan berkumpulan, aplikasi permasalahan dunia sebenar (case study application), ‘problem based learning’. ➢ Sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan dengan merujuk sistem pendidikan negara luar yang telah berjaya supaya dapat menerapkan konsep pembelajaran sepanjang hayat kepada murid. CABARAN : ➢ Kekangan masa yang dihadapi oleh guru untuk menyediakan alat bantu mengajar. ➢ Persepsi guru → guru masih menggunakan cara konvensional kerana berfikiran cara pengajaran kemahiran berfikir rumit untuk dilaksanakan. ➢ Guru kurang mahir dan kurang pendedahan terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran


dan deduktif bagi mencari penyelesaian dan membuat keputusan berfikir. ➢ Murid yang pasif tidak mengizinkan untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. ➢ Pemikiran murid masih tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan peperiksaan menghafal nota dan menjangkakan soalan mudah ➢ Komunikasi → kurang komunikasi antara kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada kemahiran berfikir. ➢ Masyarakat → mentaliti masyarakat yang tidak begitu terbuka dalam menerima pembaharuan. ➢ Ibu bapa → budaya terlalu menekan anakanak dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan (mesti mendapat ‘straight A’ dalam peperiksaan) Kemahiran Memimpin ➢ Merangkumi 4 dimensi Keusahawanan Mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan kemahiran kendiri, dan sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri. Berdaya tahan Membina cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan dan cabaran Kecerdasan Emosi Berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dan berkumpulan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif Kemahiran komunikasi Berani dan berupaya memberi pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas dan menggunakan platform yang betul dalam menyampaikan pendapat. CABARAN : ➢ Kepimpinan pengurusan -Kekangan dana dan kewangan dalam usaha merealisasikan program program yang dapat membentuk kemahiran memimpin. Perlu peka terhadap Keperluanmurid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang adapada diri pelajar. ➢ Kualiti Guru - Pemahaman guru terhadap profesion dan profesionalisme keguruan ➢ Kerjasama IbuBapa -Kefahaman mentality ibubapa yang hanya memahami dan mementingkan bahawa akademik sangat memainkan peranan dalam menentukan tahap kepandaian dan kejayaan seseorang murid. Tidak membenarkan anak untuk mengikuti program tidak formal diSekolah. ➢ Keberhasilan Murid -Diskriminasi terhadap pelajar,pelajar yg dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yg baik sahaja dilantik untuk jawatan dan program berbentuk kepimpinan Kemahiran Dwibahasa ➢ Sasaran kepada murid untuk menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa PERANAN GURU ➢ Menggalakkan percampuran antara bangsa dan budaya supaya secara tidak langsung dapat menampah kemahiran dalam berbahasa selain Bahasa kaumnya Identiti Nasional ➢ Berpegang teguh dengan prinsip rukun negara ➢ Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat ➢ Memelihara satu cara hidup demokratik ➢ Membentuk 1 sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan PERANAN GURU : ➢ Menerapkan nilai tolak ansur,hormat menghormati dan meraikan perbezaan budaya dalam kalangan murid ➢ Menjalankan aktiviti2 yang boleh memupuk perpaduan kaum didalam sekolah/kelas Etika & Kerohanian ➢ Setiap kanak kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka , dengan berani serta membuat keputusan yang tepat berdasarkan konsep : Integriti Memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian,disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul. Kerohanian Memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup serta mempunyai asas moral yang tinggi Tanggungjawap Sivik Murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara,mengambil berta terhadap orang lain dan alam sekitar. CABARAN: ➢ Alat Teknologi (telefon/televisyen/radio) ➢ Pengaruh rakan sebaya ➢ Perhatian daripada ibubapa


11 ANJAKAN TRANSFORMASI PPPM 2013-2025 ANJAKAN 1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa ➢ Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard antarabangsa ➢ Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017 ➢ Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016 ➢ Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020 ➢ Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+ tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan ➢ Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus ANJAKAN 2 Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ➢ Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan ➢ Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris ➢ Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris ➢ Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025 ANJAKAN 3 Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai ➢ Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017 ➢ Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017 ➢ Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform ➢ Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi ANJAKAN 4 Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan ➢ Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas ➢ Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah ➢ Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran ➢ Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016 ➢ Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016 ➢ Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025 ANJAKAN 5 Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah ➢ Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013 ➢ Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid ANJAKAN 6 Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan ➢ Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014 ➢ Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar ➢ Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak ANJAKAN 7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia ➢ Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013 ➢ Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013 ➢ Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus


ANJAKAN 8 Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian ➢ Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013 ➢ Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014 ➢ Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013 ➢ Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016 ANJAKAN 9 Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas ➢ Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS) ➢ Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016 ➢ 1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa ➢ Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur ANJAKAN 10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit ➢ Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB) ➢ Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru ANJAKAN 11 Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung ➢ Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013 ➢ Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya GELOMBANG TRANSFORMASI PPPM (2013-2025) GELOMBANG 1 ( 2013 - 2015) GELOMBANG 2 (2016 - 2020) GELOMBANG 3 ( 2021 -2025) ➢ Meningkatkan standard pengajaran melaluli bimbingan guru secara khusus terutama sekali dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. ➢ Merebentuk semula soalan peperiksaan, menjurus kepada KBAT ➢ Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru. ➢ Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK. ➢ Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris. Memperluaskan LINUS ➢ Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah. ➢ Melaksana Program Transformasi Daerah. ➢ Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan. ➢ Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar untuk sekolah Band 5, 6 & 7. ➢ Mentransformasi Kementerian dengan meletak kan pemimpin terbaik. ➢ Meningkat enrolmen prasekolah dan sekolah menengah. ➢ Mengukuhkan praktikum dalam program Vokasional ➢ Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula. ➢ Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM. ➢ Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris. ➢ Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus. ➢ Memacu inovasi ICT khusus untuk pembelajaran jarak jauh dan terarah kendiri. ➢ Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengajaran. ➢ Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi. ➢ Mengukuhkan dan menyusun semula peranan bahagian utama Kementerian, JPN dan PPD. ➢ Memperoleh akriditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum matrikulasi. ➢ Memperluas pilihan pendidikan Vokasional melalui perjanjian perlaksanaan dengan pembekal pendidikan Vokasional swasta. ➢Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran BM dan BI. ➢Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus. ➢Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas. ➢Mempertingkatkan pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan. ➢Memperkasa Kementerian dan menginstitiusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian. ➢Mengkaji semula pengstrukturan sekolah untuk menentukan keperluan mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.


DASAR PENDIDIKAN SEMASA 1.SISTEM PENDIDIKAN SEMASA SISTEM PENDIDIKAN SEMASA HURAIAN PRA SEKOLAH RENDAH MENENGAH RENDAH & ATAS LEPASAN MENENGAH TINGKATAN 6 MATRIKULASI IPG PENDIDIKAN & LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL (TVET) 2.KURIKULUM SEKOLAH KURIKULUM HURAIAN KURIKULUM KEBANGSAAN KSPK (PRA SEKOLAH) KSSR KBSM KSSM KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM K.BERSEPADU DINI + TAHFIZ KURIKULUM TING 6 (STAM)


KURIKULUM PENDIIDKAN KHAS 3.SEKOLAH PROGRAM SEK WAWASAN SEK BIMBINGAN JALINAN KASIH SEK PENDIDIKAN KHAS KEK MEN KEB AGAMA SEK AMANAH 4.PROGRAM KURIKULUM MBMBI (Memartabatkan BM,Memperkukuh BI) Highly Immersive Programme (HIP) Dual Language Programme (DLP) JQAF Kelas Aliran Agama (KAA) Program Literasi& Numerasi (LINUS 2.0) Sains,Teknologi,Kejuruteraan & Matematik (STEM) 5.PROGRAM KOKURIKULUM 1 MURID 1 SUKAN 6.PROGRAM PENDIDIKAN HOMESCHOOLING ICT DALAM P&P SKPMG + SKPMG2 PROG PEND. INSKLUSIF PROG PEND KHAS INTEGRASI


Click to View FlipBook Version