The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1(MPU3332_ISU – ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Luqman Hakim, 2023-05-20 23:24:06

Sekularisme

TUGASAN 1(MPU3332_ISU – ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA)

TUGASAN 1 FEBRUARY 2023 ISU – ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA MPU 3332 Di Sediakan Oleh: NAMA ID PROGRAM DANIAL HAIKAL BIN HAMZAH NOR 54215122014 AE MUHAMAD LUQMAN HAKIM BIN NOR ‘AZNI 54215122012 AE MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD FISOL 54215122007 AE MUHAMMAD IQBAL AFNAN BIN MOHD SUKIMAN 54215122015 AE PENSYARAH: USTAZ ABD RASHID BIN ABDUL HALIM @ JAAFAR


AHLI-AHLI KUMPULAN NAMA: MUHAMAD LUQMAN HAKIM BIN NOR ‘AZNI ID PELAJAR: 54215122012 KHURSUS: BET APPLIED ELECTRONICS NAMA: DANIAL HAIKAL BIN HAMZAH NOR ID PELAJAR: 54215122014 KHURSUS: BET APPLIED ELECTRONICS NAMA: MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD FISOL ID PELAJAR: 54215122007 KHURSUS: BET APPLIED ELECTRONICS NAMA: MUHAMMAD IQBAL AFNAN BIN MOHD SUKIMAN ID PELAJAR: 54215122015 KHURSUS: BET APPLIED ELECTRONICS


ISI KANDUNGAN AHLI-AHLI KUMPULAN..........................................................................2 1. PENDAHULUAN.......................................................................4 2. DEFINISI...................................................................................6 DEFINISI SEKULARISME ................................................................6 DEFINISI SEKULARISME MENURUT GHAZALI (1998) ..................6 DEFINISI SEKULARISME YUSUF QARDAWI (1999) ......................7 3. PERKEMBANGAN IDEOLOGI SEKULARISME .......................8 4. KESAN KEPADA UMAT ISLAM..............................................10 KESAN TERHADAP INDIVIDU.......................................................10 KESAN TERHADAP MASYARAKAT..............................................10 KESAN TERHADAP NEGARA .......................................................12 5. CADANGAN MENANGANI IDEOLOGI SEKULARISME.........14 6. KESIMPULAN.........................................................................17 7. BIBLIOGRAFI .........................................................................18 BUKU: ............................................................................................18 ARTIKEL JURNAL:.........................................................................18 ARTIKEL DALAM BUKU:................................................................18 LAMAN WEB: .................................................................................18


PENDAHULUAN Sekularisme berasal dari Latin ‘Saeculum’ yang membawa erti zaman. Dr. Safar bin Abdurrahman Al Hawali mengeluarkan makna ilmaniyyah dari bahasa arab yang merupakan terjemahan kepada perkataan sekularisme. Beliau memecahkan struktur perkataan terbabit daripada perkataan ‘ilm’ bermaksud ilmu dan Sains kepada scientisme iaitu golongan yang memegang Mazhab Al-Ilm. Sekularisme merupakan tema yang menarik sejak penularan pemikiran politik sekular ketika isu negara Islam dibincangkan. Sekularisme bermula dengan penulisan yang berunsurkan sekular liberal dan mula disebarkan kepada ruang publik umum. Untuk mencapai modenisasi, pemerintahan agama, dan ahli agama yang memegang kuasa pentadbiran negara perlu disingkirakan demi mencapai agenda sekular. Sekularis juga melindungi hak kebebasan beragama dan akan menyokong mana-mana penganut yang ditindas untuk menyebarkan ideologi sekular itu.


Sekularisme melahirkan ideologi humanisme yang menjadikan pusat semua isu kepada pemikiran dan keterbatasan manusia. pemikiran manusia yang berasal dari sekular materialistik melahirkan personaliti individu yang sekular materialistik dan begitu juga yang sebaliknya. Negara yang sekular akan memangku hak kebebasan beragama yang tertumpu pada keadilan akal manusia hingga membuka ruang menukar agama secara sewenang wenangnya


DEFINISI DEFINISI SEKULARISME Sekularisme didefinisikan sebagai ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan secular. DEFINISI SEKULARISME MENURUT GHAZALI (1998) Menurut beliau istilah sekularisme berasal dari bahasa latin secular ertinya satu zaman (engage) juga bermaksud satu generasi yang merujuk kepada masa dan tempat. Secularist bermaksud hubungan dengan sesuatu masa tertentu. Manakala seculum bererti hal-hal yang berhubung dengan zaman sekarang sedangkan agama merupakan hal-hal yang berkaitan dengan harikemudian. Sekularisme ialah satu ideologi atau fahaman yang menghapuskan kepercayaan kepada Tuhan manakala sekularisasi pula membawa makna satu proses pemisahan dan fahaman masalah-masalah dunia ini mengarahkan kecerdasan dan ratio semata-mata.


DEFINISI SEKULARISME YUSUF QARDAWI (1999) Beliau mengatakan sekular dalam bahasa arab diterjemahkan sebagai ‘al-la Diniyyah (tanpa agama) atau al-Dunyamiyah (keduniaan). Makna yang lebih khusus ialah “perkara yang tidak ada kaitan dengan agama” ataupun “perkara yang hubungannya dengan agama adalah berlawanan”.


PERKEMBANGAN IDEOLOGI SEKULARISME Perkembangan ideologi sekularisme telah berlangsung selama beberapa abad dan berterusan hingga ke hari ini. Sekularisme ialah prinsip atau pandangan dunia yang menekankan pemisahan antara agama dan negara dan menggalakkan kebebasan beragama dan kebebasan berkeyakinan. Perkembangan awal ideologi sekularisme dapat dikesan kembali kepada pemikir Pencerahan di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18. Tokoh seperti John Locke dan Voltaire memperjuangkan pemisahan agama dan kerajaan, dan menganjurkan idea toleransi beragama. Pada abad ke-19, ideologi sekularisme terus berkembang seiring dengan kemajuan pemikiran dan kemunculan negara demokrasi. Prinsip pemisahan agama dan negara adalah sebahagian daripada perlembagaan beberapa negara, seperti Amerika Syarikat dan Perancis. Pada abad ke-20, sekularisme menghadapi cabaran dan perdebatan yang lebih besar apabila masyarakat moden menjadi lebih kompleks. Sesetengah kumpulan agama atau individu berpendapat bahawa sekularisme terlalu mengehadkan kebebasan beragama, manakala yang lain berpendapat bahawa prinsip ini perlu diperkukuhkan untuk mengekalkan pluralisme dan keadilan sosial.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perkembangan teknologi dan globalisasi telah mempengaruhi perbincangan tentang sekularisme. Internet dan media sosial menyediakan platform yang lebih besar untuk pelbagai suara, baik untuk dan menentang sekularisme. Di beberapa negara, isu-isu seperti kebebasan beragama, hak LGBT, dan peranan agama dalam kehidupan awam menjadi perdebatan sengit. Sekularisme juga menghadapi cabaran daripada kumpulan pelampau agama yang cuba mempengaruhi dasar politik dan sosial dengan memperjuangkan penguasaan agama mereka. Ini mencetuskan perdebatan tentang sempadan dan keseimbangan antara kebebasan beragama dan perlindungan nilai sekular dan pluralisme. Perkembangan fahaman sekularisme berterusan sesuai dengan perubahan sosial, politik dan budaya dalam masyarakat. Perbincangan tentang sekularisme kekal sebagai topik yang relevan dan penting dalam konteks kebebasan beragama, pluralisme, dan pemisahan agama dan negara.


KESAN KEPADA UMAT ISLAM KESAN TERHADAP INDIVIDU Sekularisme membawa kesan sama ada kepada individu, masyarakat ataupun negara. Sistem pendidikan barat yang tercemar dengan sekularisme membentuk individu yang mengejar kekayaan material dan jauh dari ilustrasi kerohanian. Sekularisme juga melahirkan ideologi humanisme yang menjadikan pusat semua isu kepada pemikiran dan keterbatasan manusia. pemikiran manusia yang berasal dari sekular materialistik melahirkan personaliti individu yang sekular materialistik dan begitu juga yang sebaliknya. Sekularisme ditolak oleh Islam kerana kaitannya dengan ateisme sebagai puncak pada sekularisme. KESAN TERHADAP MASYARAKAT Manakala kesan kepada masyarakat pula adalah apabila sistem politik masyarakat mula dirantai oleh nilai dan hujah sekularisme yang mengatakan nilai Islam tidak sesuai dengan era dan keadaan moden. Di dalam menangani isu sekularisme, pendidik perlu memerhatikan persoalan berkenaan kepelbagaian agama dan kerohanian pelajar. Jika situasi ini dapat diperhalusi, maka isu pluralisme, kejutan agama dan budaya dapat dihalang.


Namun perlu berhati hati dalam menerapkan konsep sekularisme dalam minda pelajar secara tidak sengaja. Sekularisme yang dilihat sebagai budaya imperialisme budaya merupakan sebuah bentuk penjajahan secure mental kerana ia mencorak dan mengubah dasar sesebuah masyarakat. Falsafah berkenaan politik Sekular Liberal menegaskan tentang agama sebagai doktrin komprehensif yang perlu dibendung dari mempengaruhi masyarakat dan lebih menumpukan kepada ideologi sekularisme yang akan menghindari konflik agama yang tidak akan selesai. Sekularisme menyebabkan krisis intelektual dalam masyarakat yang berpunca dari pendidikan dunia Islam yang gagal menyatukan agama dan akademik di dalam satu aliran dispilin. Kesan sekular in dapat dilihat dalam dunia pendidikan moden. Proses pendidikan yang berorientasikan barat melahirkan manusia yang mempunyai informasi namun ketirisan unsur kerohanian yang bertradisikan Islam.


KESAN TERHADAP NEGARA Sekularis dan pendokong liberal memberi kesan kepada negara dan corak pemerintahan sebuah negara. Malah terdapat gerakan yang terancang untuk merosakkan aqidah umat islam di Malaysia dilihat semakin ketara gerakan mereka dan operasi yang dijalankan mula digerakkan dengan lebih terbuka. Namun, perlu dilihat kepada Negara Turki yang gagah menghidukan kembaki unsur Islam dan dalam kekuatan Turki untuk membawa Islam sebagai agenda utama negara, Turki memilih untuk kekal dengan pembawakan secular. Dan perlu diingat, terdapat beberapa penulisan lain yang meletakkan bahawa negara sedang berhadapan dengan fasa pasca-sekularisme (post secularism), di mana stuktur organisasi agama tidak lagi dipandang sebagai item yang tidak sah di dalam ruang politik negara. Disamping itu, Negara yang sekular akan memangku hak kebebasan beragama yang tertumpu pada keadilan akal manusia hingga membuka ruang menukar agama secara sewenang wenangnya


Sebagai contoh Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) merupakan gerakan berkonsepkan sekular berpusat di Sri Lanka yang sangat ekstrem dan radikal hinga mempunyai skuad yang menjalankan misi bunuh diri demi mencapai tujuan mereka. Begitu juga Hizbullah pada tahun 1983 yang menjadi panduan kepada gerakan Islam radikal yang lain juga merupakan gerakan secular. Gerakan sekular yang lebih besar mampu menembusi ruang politik negara dan mendokong liberalisasi serta sekularisasi Islam. Gerakan ini memperjuangkan modernisasi Islam dan bertujuan untuk menimbulkan keraguan dalam minda umat Islam di Malaysia secara khusus dan dunia Islam secara Umum


CADANGAN MENANGANI IDEOLOGI SEKULARISME. Antara cadangan menangani ideologi sekularisme mengikut sudut pandang islam antaranya ialah mengukuhkan kefahaman Islam dengan lebih jelas yakni menurut kehendak Al-Quran dan As-sunnah. فَّةًۖ ۤ ِم َكا ْ ْوا فِى ال ِ سل ُ َمنُوا ا ْد ُخل ٰ ِذْي َن ا َّ َها ال ي اَُّ ي ْي ٌن ٰٓ ٰ ُّمِب و ِۗ اَِّنٗه لَ ُكْم َع ُدٌّ ٰط ِن و ِت ال َّشْي ِبعُ ْوا ُخ ُطٰ . َّو 208ََ ل تَتَّ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah ayat 208) Selain itu, pendidikan agama yang teguh dapat memastikan masyarakat Islam memberikan pemahaman yang mendalam tentang prinsip-prinsip agama Islam dan bagaimana ia berkaitan dengan isu-isu sekularisme. Penekanan nilai keagamaan seharusnya dilaksanakan dalam kehidupan seharian dan mengukuhkan pemahaman tentang kaitan nilai Islam dalam konteks moden. Ini boleh melibatkan etika pengajaran, akhlak, dan tanggungjawab sosial yang diajar dalam Islam.


Di samping itu, ideologi sekularisme juga dapat ditangani dengan menggalakkan pemahaman dan kesedaran yang kukuh tentang identiti Islam di kalangan umat Islam, termasuk pemahaman tentang bagaimana prinsip Islam boleh mempengaruhi pandangan mereka terhadap politik dan masyarakat. Kajian Islam yang lebih mendalam dan kritikal mengenai isu-isu kontemporari juga merupakan antara cara menangani ideologi sekularisme semakin berleluasa. Ia melibatkan penyelidikan, perbincangan dan refleksi tentang cara Islam berinteraksi dengan isu sosial, politik dan perundangan moden. Seterusnya, membina permuafakatan dapat menangani ideologi dengan menggalakkan dialog antara ulama dan ulama Islam untuk mencapai pemahaman yang lebih menyeluruh tentang pandangan Islam terhadap sekularisme dan bagaimana memahami hubungan antara agama dan negara. Tambahan lagi, menggalakkan penyertaan politik umat Islam secara aktif dalam sistem politik sedia ada, sama ada melalui parti politik atau gerakan sosial, untuk mempengaruhi dasar berkaitan isu agama dan sekularisme juga merupakan salah satu langkah atau cadangan bagi menangani masalah ini.


Membina kesedaran global di kalangan umat Islam tentang perkembangan isu-isu sekularisme di seluruh dunia. Ini boleh melibatkan kajian pengalaman umat Islam di negara lain dan berkongsi perspektif dengan masyarakat antarabangsa. Malahan, menggalakkan pendidikan dan dialog antara agama untuk menggalakkan persefahaman dan toleransi antara umat Islam dan kumpulan agama lain. Ini akan membantu mengurangkan ketegangan dan membina kerjasama dalam konteks pluralisme agama. Akhir sekali, pendekatan ini mesti memberi perhatian kepada prinsip demokrasi, hak asasi manusia dan kesaksamaan, dan menegakkan prinsip kebebasan beragama dan kebebasan.


KESIMPULAN Islamisasi ilmu perlu diterapkan supaya dualisme dalam pendidikan dapat dihapuskan seterusnya melahirkan teori sistem pendidikan yang lebih baik serta mempunyai disiplin yang sesuai dengan disiplin Ilmu Islam. Faktor yang disenaraikan merupakan senarai pendek yang diketengahkan. Masyarakat dan pelajar khususnya di dalam aliran pendidikan Islam perlu didedahkan dengan bahaya sekularisme sejak dari zaman persekolahan supaya mereka mampu menghadapi serangan pemikiran yang lahir dari cabang sekularisme seperti liberalisme dan pluralisme.


BIBLIOGRAFI BUKU: Ahmed, A. (2012). Islam and Secularism. London: Routledge. ARTIKEL JURNAL: Khan, M. A. (2016). Revisiting Secularism and Islam: The Case of Turkey. Journal of Muslim Minority Affairs, 36(3), 324-342. ARTIKEL DALAM BUKU: Saeed, A. (2018). Secularism and Islam: Interactions and Contestations. Dalam S. Akbarzadeh & A. Saeed (Eds.), Islam and Democracy in Indonesia: Tolerance without Liberalism (hlm. 97-114). Cambridge: Cambridge University Press. LAMAN WEB: Islamic Supreme Council of America. (2019, 12 Agustus). Understanding Secularism from an Islamic Perspective. Diakses dari: https://www.islamicsupremecouncil.org/understandingsecularism-from-an-islamic-perspective/


Mohd Yusri Bin Ibrahim (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya Dari Sudut Pandang Islam. International Joirnal of Humanities, Philosophy and Language, 2(8), 202-216. Diakses dari: http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-08-12- 15.pdf


Click to View FlipBook Version