KURSUS ASAS BIM & KAEDAH WAHYU ISYARAT BAGI TENAGA PENGAJAR PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN OKU PEKAK TERENGGANU Ceramah Kaedah Wahyu Isyarat & Kod Tangan Quran 14 OGOS 2023
Punca Guru Agama tidak mahir Bahasa isyarat
SEJARAH NABI BERISYARAT DALAM DAKWAH Nabi Zakaria sebagai nabi pertama yang pernah berisyarat kepada dunia Muslim Pekak. Nabi Zakaria pernah menjadi bisu selama 3 hari dengan kuasa Allah serta melakukan dakwah dengan menggunakan isyarat tangan seperti dalam kisah al-Quran. Walaupun ia bukan bahasa isyarat yang sepenuhnya, secara tidak langsung ia telah menjadi asas kepada perkembangan bahasa isyarat sebagai bahasa sebenar bangsa Pekak di dunia.
SEJARAH NABI BERISYARAT DALAM DAKWAH Dengan ini, Muslim Pekak berupaya melakukan ibadah yang wajib dan sunat dalam bahasa isyarat sebagai pemudah komunikasi ghaib dengan Allah Maha Mengetahui. Yousef Subhi Almadhoun seorang pemimpin Muslim Pekak Jordan dan lahir di Gaza, Palestin telah membentangkan kertas kerja berjudul Sejarah Bahasa Isyarat Arab Jordan di Persidangan ICDM (International of Conference Deaf Muslims) di Jakarta, Indonesia pada akhir bulan Nov 2019. Sumber : FB Amir Hamidi 11 Dis 2019
SEJARAH PENCIPTA OKU Pekak - KOD TANGAN QURAN VERSI ARAB dari wilayah Syro-Palestinian atau SYAM (Jordan, Lebanon, Syria & Palestin) pada tahun 1950’s
Team OKU Pekak SYAM bekerjasama membentuk Isyarat Jari Hijaiyyah yang mengikut gambar abjad huruf Arab sehingga komunikasi Kod Tangan Hijayyah versi Arab digunapakai oleh golongan OKU Pekak negara Teluk Arab pada tahun 1980’s.
PANDUAN HAFAL KOD TANGAN QURAN BERBANTUKAN BENTUK HURUF
Hukum Mengajar Al-Quran dengan guna Bahasa Isyarat Arab? Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi bersidang pada 30-11-1432H (2010-11M) mengeluarkan fatwa no. 25465 mengenai keharusan mengajar Al-Quran kepada golongan OKU Pekak dengan menggunakan Bahasa Isyarat Arab termasuk Kod Tangan Quran versi Arab untuk mengajar lafaz-lafaz al-Quran atau makna-maknanya.
Kaedah Mengaji Al-Quran Kod Tangan Quran versi Arab dibawa ke Malaysia • Ustaz Mohd Azhar Ismail bawa poster KTQ versi Arab dari Persidangan Muslim Pekak Antarabangsa Pertama di Qatar pada akhir tahun 2013. • Ustaz Marzuki Ong Maliki Ong guna premis PESIBA KL, Jalan Tunku Abdul Rahman untuk buka Kelas Pengenalan Kod Tangan Quran versi Arab kepada golongan OKU Pekak KL pada awal tahun 2014.
Team Penyelidikan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran OKU Pekak Us. Marzuki Ong bin Maliki Ong Penyelidik Quran OKU Pekak telah membentangkan "Komuniti Muslim OKU Pekak: Sukar Belajar AlQuran" di Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Kod Tangan Quran anjuran Pusat Penyelidikan Quran Universiti Malaya pada tahun 2015 dan juga "Cabaran Muslim OKU Pekak Malaysia: Kekangan Memahami Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu" di Persidangan Antarabangsa Muslim Pekak kali ke-2 Kuala Lumpur anjuran Persekutuan Muslim Pekak Global pada tahun 2016. Beliau telah mencipta Kaedah Wahyu Isyarat 2014 yang terbaik bagi golongan OKU Pekak yang kurang berpendidikan.
Team Penyelidikan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran OKU Pekak Us. Mohd Azhar bin Ismail Pembantu Penyelidik Quran OKU Pekak telah mencatat Sejarah Pendakwah OKU Pekak Malaysia Pertama setelah tamat Kursus Pendakwah anjuran JAKIM 2005 dan Sejarah Pemegang Tauliah Mengajar OKU Pekak Malaysia Pertama setelah lulus dalam ujian temuduga Panel Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan 2012. Beliau dan Us. Marzuki Ong Pengasas Bersama Kaedah Wahyu Isyarat 2014 untuk melipatgandakan gerakan kempen kaedah ini di seluruh Malaysia.
Pengiktirafan Pengajar Pengajian Islam & Al-Quran OKU Pekak
GURU AL-QURAN MARZUKI ONG Ustaz Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus @ Ustaz Akyairee Guru Quran Isyarat USIM Ustaz Azlizan Mohd Nayan @ Ustaz Azlizan Nueq Guru Tafsir Quran UITO GURU AL-QURAN MOHD AZHAR Ustaz Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus @ Ustaz Akyairee Guru Quran Isyarat USIM Sheikh Salem Al Rahili (OKU Pekak Mekah, Arab Saudi) Guru Bahasa Arab bagi Pelajar Pekak Antarabangsa
Kurikulum Pengajian Islam dan Al-Quran OKU Pekak Kurikulum Pengajian Islam dan Al-Quran OKU Pekak dibangunkan oleh Us. Marzuki Ong dan Us. Azhar sebagai Kaedah Wahyu Isyarat sesuai bagi golongan OKU Pekak yang kurang berpendidikan dan tidak pernah belajar pengajian Islam dan al-Quran di sekolah mereka dulu. Kaedah Wahyu Isyarat semakin berkembang di Seluruh Malaysia pada tahun 2014 hingga kini.
Kaedah Wahyu Isyarat yang bermula dengan proses kenal-hafal-bacafaham-amal Quran sebagaimana firman Allah SWT: SURAH AL-QIYAMAH AYAT 16-19
ILMU AL QURAN ADA 4 AYAT 16 AYAT 17 AYAT 18 AYAT 19 KENAL HAFAL BACA FAHAM AL-QURAN AL-QURAN AL-QURAN MAKSUD AYAT AL-QURAN
Kaedah Wahyu Isyarat • Kenal Huruf Hijaiyyah dengan Isyarat Kod Tangan Quran •Hafal Ayat Quran dengan tulis huruf hijayyah • Baca Terjemahan Quran dalam ayat Bahasa Melayu yang pendek lebih mudah untuk difahami oleh golongan OKU Pekak yang kurang berpendidikan. • Faham tafsir Quran dengan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) •Amal bacaan surah-surah pendek dalam minda BIM ketika ibadah solat
JERAYAWARA (Roadshow) KEMPEN KAEDAH WAHYU ISYARAT DI SELURUH MALAYSIA PADA MULAI TAHUN 2014 HINGGA KINI • Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur • Persatuan Orang Pekak Selangor Darul Ehsan • Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang • Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman • Persatuan Orang Pekak Johor • Persatuan Orang Pekak Kelantan • Persatuan Orang Pekak Terengganu • Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu • Persatuan Orang Pekak Islam Johor • Persatuan Orang Pekak Islam Sabah • Persatuan Pengajian Al-Quran & Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor • Persatuan Orang Pekak Melaka • • Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan • Sek Men Vokasional Pendidikan Khas (OKU Pekak) Shah Alam • Sek Ren Pendidikan Khas (OKU Pekak) Ipoh • Sek Ren Agama Pendidikan Khas (OKU Pekak) Johor Bahru • Sek Men Vokasional Pendidikan Khas (OKU Pekak) Indahputra • Sek Men Keb. Datuk Peter Mojuntin Penampang, Sabah • Politeknik Kota Kinabalu bagi Pelajar OKU Pekak
~REHAT~ 10.15 – 10.30 PAGI
Kod Tangan Quran versi Malaysia 14 OGOS 2023 KURSUS ASAS BIM & KAEDAH WAHYU ISYARAT BAGI TENAGA PENGAJAR PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN OKU PEKAK TERENGGANU
KOD TANGAN QURAN VERSI MALAYSIA Us. Marzuki Ong dan Us. MohdAzhar Pengasas Bersama Gerakan Kempen Isyarat KodTangan Quran versi Arab telah memohon bantuan teknikal daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menjalankan kajian keberkesanan Isyarat KodTangan Quran versiArab pada tahun 2016. Sekarang, pasukan panel KQT USIM menaiktaraf jenama KodTangan Quran versi Arab ke KodTangan Quran versi Malaysia pada tahun 2020. KodTangan Quran (KTQ) terbitan USIM telah diluluskan oleh mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS) JAKIM kali ke-103 di Hotel Everly Putrajaya pada 6-7 Ogos 2020. Asas KTQ yang digunakan untuk OKU Pendengaran membaca Quran tanpa baris dan bunyi.