The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gegakgempita78, 2021-06-23 01:48:48

Bab kraf ( tekat)

Bab kraf ( tekat)

BIDANG

Seni Kraf memfokuskan pada dua tajuk utama iaitu Seni Tekat
dan Seni Anyaman. Bidang Seni Kraf ini menjelaskan tentang
prinsip asas, jenis, alatan dan bahan serta teknik dalam
penghasilan produk seni tekat dan seni anyaman.

89

BAB 8 SENl TEKAT

Hajah Azizah Mohamad Yusof,
Adiguru Seni Tekat,
Kuala Kangsar, Perak.

Objektif Pembelajaran Kata Kunci
Selepas mempelajari tajuk ini, murid boleh:
• Kain linen
Menjelaskan sejarah, prinsip asas, • Kain irasan
jenis, motif, alatan, bahan dan proses • Kontekstual
seni tekat. • Kain samarinda
Membuat eksperimentasi dan • Konstruktivisme
penerokaan alatan, bahan dan proses
berdasarkan kefahaman terhadap
prinsip penghasilan seni tekat.
Menterjemahkan hasil daripada
eksperimentasi dan penerokaan
alatan, bahan dan proses dalam
penghasilan seni tekat dengan
menggunakan imaginasi dan idea
secara kreatif.
Mempamerkan, menghayati dan
menjelaskan pengalaman sendiri
dalam penghasilan produk seni tekat.

90

S eni tekat merupakan kemahiran hasil kerja tangan warisan. Seni
tekat juga dikenali sebagai tekat bersuji yang merupakan hiasan
sulaman benang emas atau perak yang dijahit di atas kain dasar, iaitu
kain baldu mengikut motif atau corak tertentu. Penghasilan produk
seni tekat mengambil masa yang lama disebabkan setiap penekat
mementingkan kehalusan dan ketelitian yang tinggi dalam proses
penghasilan seni tekat yang berkualiti.

Jom Imbas

Wawancara Adiguru
Seni Tekat Benang Emas
http://tb-bukuteks.
s3.amazonaws.com/
psv2018/ist.mp4

Sumber: Hajah Azizah Mohamad Yusof

91

Persepsi Seni Standard Pembelajaran

Prinsip Asas Seni Tekat Murid boleh:
8.1.1 Menjelaskan prinsip asas seni tekat.
Prinsip asas dalam seni tekat merupakan satu proses 8.1.2 Menyatakan jenis, motif, alatan dan
bersuji, iaitu menjahit dengan menggunakan benang
putih bagi menetapkan kedudukan benang emas bahan seni tekat.
atau benang perak secara berulang-ulang sehingga 8.1.3 Menerangkan proses seni tekat.
menutupi mempulur.

Jenis Seni Tekat

Tekat Timbul Benang Emas Tekat Gubah

Tekat timbul benang emas Tekat gubah pula menggunakan
dikenali sebagai tekat bersuji acuan yang diperbuat daripada
yang merupakan proses sulaman kertas nipis yang ditebuk dengan
benang emas atau perak yang motif atau reka corak. Benang
ditekat di atas kain baldu mengikut sutera merah yang dikenali sebagai
motif atau corak. benang untina digunakan untuk
menjahit benang ijuk mengikut reka
corak yang dipilih.

Rajah 8.1 Jenis seni tekat
92

Motif Bunga Kekwa Motif Seni Tekat

Motif Bunga Lawang

Motif Bunga Raya Motif Bunga Anggerik

Motif Bunga Padi Motif Daun Asam Batu

Rajah 8.2 Motif seni tekat Sumber: Hajah Azizah Mohamad Yusof

93

Alatan Seni Tekat Kain putih Gunting Jarum Chenille
Dijadikan kain bagi Digunakan untuk Digunakan untuk menjahit
Cuban mengalas tekatan memotong benang benang putih pada kain irasan
Kayu bercabang untuk yang diregang pada
melilit benang emas kayu pemidang

Benang putih
Digunakan untuk
mengikat benang
emas yang
menutupi mempulur
Papan tebuk
Dijadikan pelapik semasa
memotong mempulur

Pisau pemotong
Digunakan untuk
memotong mempulur

Kain irasan (baldu) Pemidang kayu berkaki Mempulur Lilin
Kain yang dijadikan Digunakan untuk meregang Isi tekat Digunakan bagi
dasar tekatan kain dan memudahkan tekatan yang bermotif melicinkan bahagian
tepi mempulur

Rajah 8.3 Alatan seni tekat

Bahan Seni Tekat Kain irasan (baldu) Kain putih (kain lapis)
Benang putih
Gam kanji Info Seni

Benang emas Benang ijuk
atau perak Benang ijuk (serat yang berwarna
hitam pada pangkal pelepah enau)
yang dililit dengan benang sutera
merah. Ia digunakan sebagai bahan
membentuk motif dalam tekat gubah.

Rajah 8.4 Bahan seni tekat

94

Proses Penyediaan Cuban Info Seni

Langkah 1 Cuban
Menyediakan lima kotak lilit
untuk menggulung benang Alat daripada kayu atau buluh
emas ke cuban. berbentuk palang atau kayu
bercabang tiga yang digunakan
Langkah 2 untuk menggulung benang emas
atau perak.
Melilit benang emas ke
cuban secara bersilang. Kemaga
Tiga keping kad manila yang
Rajah 8.5 Proses penyediaan cuban telah dilapis dan dimampatkan
untuk membuat mempulur.
Proses Penyediaan Mempulur Perkataan ini ialah akronim
daripada rangkai kata kad manila
12 yang digamkan.

Sangga
Pemegang bunga tekat supaya
kedudukannya tetap dan tidak
berganjak apabila disulam
dengan benang emas dan sangga
dipotong apabila mempulur
dijahit pada pemidang.

a = Sangga

a a
a a

a a

Melakar motif pada kemaga. Melakar dan menyurih motif
pada kemaga.

34 5

Proses memotong motif yang Lilin digunakan untuk melicinkan Mempulur yang telah siap.
telah dilakar pada kemaga. bahagian tepi mempulur.

Rajah 8.6 Proses penyediaan mempulur

95

Proses Menekat 2

Langkah 1 | Persiapan Pemidang Kayu Berkaki Kain kapas
diikat pada
1 pemidang berkaki
menggunakan tali.
Kain kapas
bertelinga diregang
pada pemidang.

3 4

Pemidang kayu Gam atau jahit
yang siap diregang. kain irasan di atas
permukaan kain
putih (kain lapis).

Langkah 2 | Menjahit Mempulur TAHUKAH ANDA?

1 Kain putih dijahit menjadi empat sudut bertelinga
untuk memudahkan kayu peregang diikat pada
Mempulur diletakkan kayu pemidang berkaki.
di atas permukaan
kain irasan. 2

Mempulur dijahit
untuk meletakkan
kedudukannya supaya
mudah ditekat.

3 4

Proses menjahit diulang Mempulur yang
sehingga selesai. sudah siap dijahit.

96

Langkah 3 | Menekat 2 3

1

Benang emas direntaskan di Proses menekat diulang Jahitan benang putih
atas mempulur dan dijahit sambil memastikan benang disisipkan ke bawah mempulur
dengan benang putih. emas rata dan kemas. bagi memastikan kemasan.

4 56

Proses menekat diulang Pastikan benang pemegang Hasil tekatan yang telah siap.
sehingga selesai. mempulur digunting sebelum
meneruskan tekatan.

Rajah 8.7 Proses menekat Jom Imbas

UJI MINDA Proses Menekat Tekat
Timbul Benang Emas

Lengkapkan teka silang kata di bawah. http://tb-bukuteks.

12 s3.amazonaws.com/
psv2018/mnkt.mp4

Melintang

1. Bunga merupakan satu daripada motif seni tekat yang
3 berunsur flora.

45 6. Pemidang kayu digunakan untuk tujuan meregang kain
6 dan memudahkan tekatan.

7. Benang daripada merupakan serat yang berwarna
hitam pada pangkal pelepah enau.

Menegak

2. Tiga keping kad manila yang telah dilapis dan dimampatkan

untuk membuat mempulur.

3. Benang digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat
benang emas pada mempulur.

7 4. Tekat menggunakan acuan yang diperbuat daripada

kertas nipis yang ditebuk dengan motif atau reka corak.

5. Tekat timbul benang emas juga dikenali sebagai tekat .

97

Eksplorasi Standard Pembelajaran

Murid telah memahami prinsip asas seni tekat, jenis, Murid boleh:
alatan dan bahan serta proses seni tekat. Merujuk kepada 8.2.1 Membuat eksperimentasi dan
pengetahuan tersebut, murid dikehendaki menggunakan
pelbagai sumber alam semula jadi atau bahan terbuka penerokaan alatan, bahan dan
untuk menghasilkan produk seni tekat. proses berdasarkan kefahaman
terhadap prinsip penghasilan
seni tekat.

Sudut Pereka MAukdativiti

Tujuan:
Mengeksplorasi dan mengaplikasi proses seni tekat dengan menggunakan
pelbagai bahan gentian.
Alat dan Bahan:
Pemidang kayu berkaki, cuban, jarum Chenille, gunting, pisau pemotong,
papan tebuk, lilin, mempulur, benang sulam, benang bulu kambing, kain
putih, kain linen dan kain samarinda (kain tenun bercorak petak).

Langkah:

1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2 Setiap kumpulan diminta menggunakan strategi kontekstual dalam meneroka bahan dan
proses menekat.
3 Murid menerapkan prinsip asas seni tekat menggunakan pelbagai sumber alam semula jadi atau

bahan terbuka.

1 2345

Alat dan bahan. Cetak motif Potong mempulur Regangkan kain Jahitkan mempulur
bunga lawang. mengikut motif. pada ram kayu pada kain irasan.
6 pemidang berkaki.
7 8
9

Gulungkan benang Mulakan proses Pastikan jahitan benang Pastikan sangga
bulu pada cuban. menekat.
emas memegang dipotong apabila
benang bulu. tekatan melaluinya.

98

Ekspresi Seni Standard Pembelajaran

Dalam aktiviti Ekspresi Seni ini, murid dapat Murid boleh:
merujuk hasil pemerhatian dan percubaan 8.3.1 Menghasilkan produk seni tekat dengan
dalam eksplorasi yang lalu bagi menghasilkan
produk seni tekat dengan kreatif di samping menggunakan imaginasi dan idea secara
menerapkan aspek pemikiran seni visual. kreatif hasil daripada eksperimentasi
dan penerokaan alat, bahan dan proses.

Aktiviti Keusahawanan
Sudut Pereka Muda
Showcase Satu Daerah Satu
Tujuan: Industri (SDSI) Jelajah Kraf anjuran

Menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai bahan dalam Perbadanan Kemajuan Kraftangan
penghasilan produk seni tekat. Malaysia di Mukim Sayong, Kuala
Kangsar, Perak memberi peluang
Alat dan Bahan: untuk mempelajari proses menekat
Pemidang kayu berkaki, cuban, jarum Chenille, gunting, bersama Adiguru Seni Tekat, Hajah
pisau pemotong, cutting mat, benang emas, kain baldu, Azizah Mohamad Yusof. Hasil seni
kertas manila, mempulur, lilin dan gam kanji. kraf mampu menjana ekonomi dan

Langkah: menjulang pendapatan masyarakat.
1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2 Setiap kumpulan diminta menggunakan strategi
konstruktivisme dalam meneroka bahan dan proses menekat.
3 Murid menghasilkan produk seni tekat menggunakan pelbagai bahan.

Aktiviti A: Bekas Aksesori - Tekat Timbul Benang Emas 3

12

Memotong mempulur di Jahitkan kain irasan (kain Sediakan cuban dan jahitkan
atas kemaga. baldu) di atas kain lapik. mempulur pada kain irasan.

4 5 6

Mulakan proses menekat Balut hasil seni tekat yang Bekas aksesori yang telah siap.
sehingga selesai. telah siap pada penutup kotak
yang dialas fiber.

Rajah 8.8 Langkah-langkah menghasilkan tekat timbul benang emas

99

Aktiviti B: Kipas Tangan - Tekat Gubah 4
Alat dan Bahan:
Kain baldu, kain putih, tali emas, benang sutera
(untina), jarum, gunting dan pemidang kayu berkaki.
Langkah:

123

Motif Bunga Tanjung Motif dilakar di atas Motif Bunga Tanjung Benang untina dijahit
dilakar dan digunting permukaan kain irasan. yang sudah siap dilakar. merentasi tali emas
untuk dijadikan acuan.
mengikut rupa motif
Bunga Tanjung.

56 7

Pastikan tali emas Tekat gubah yang Hasil produk seni
dipusing pada telah siap dijahit. tekat gubah.
hujung motif untuk
meneruskan jahitan.

Rajah 8.9 Langkah-langkah menghasilkan tekat gubah

Info Seni
Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan usaha sama Persatuan
Pakar Pembuatan Kraf dan Sulam Tangan Kuala Lumpur dan Selangor (SCHEME) telah
menghasilkan Tekat Gubah Bunga Tanjung yang diiktiraf terpanjang dalam Malaysia Book Of
Records berukuran 9 meter (panjang) x 0.91 meter (lebar).

Sumber: [email protected]

100

Apresiasi Seni Standard Pembelajaran

Dalam aktiviti Apresiasi Seni ini, produk seni Murid boleh:
tekat akan dipamerkan di hadapan kelas. Hasil 8.4.1 Mempamerkan hasil produk seni.
produk ini akan dinilai secara kolaboratif (situasi 8.4.2 Menghayati dan menjelaskan hasil produk
dua atau lebih murid belajar bersama-sama)
melalui aktiviti yang dijalankan. Murid akan seni sendiri dan rakan dengan menumpukan
menilai hasil produk seni tekat dari aspek pada aspek Bahasa Seni Visual.
Bahasa Seni Visual dan berkongsi pengalaman 8.4.3 Menjelaskan pengalaman sendiri dalam
semasa menjalani proses penghasilan karya penghasilan produk seni tekat.
seni tekat tersebut.
Keusahawanan

Sudut Pereka Muda Syarikat Sakura Malaysia telah berjaya
membawa beg tangan keluarannya yang
Tujuan: bermotifkan tradisional sebagai elemen utama
Membuat penghayatan dan menjelaskan hasil ke London Modest Fashion Week (LMFW) untuk
produk seni tekat dengan menumpukan pada membuka ruang lebih luas kepada produk seni
aspek Bahasa Seni Visual.
tekat bagi menembusi pasaran antarabangsa.

Bahan:
Hasil produk seni tekat murid dalam aktiviti Ekspresi Seni.

Langkah:

1 Setiap kumpulan mempersembahkan hasil terbaik untuk sesi apresiasi.
2 Semua hasil produk dipamerkan di stesen kumpulan masing-masing.
3 Murid mendapatkan maklumat dari satu stesen ke satu stesen dengan mencatatkannya ke dalam

buku nota masing-masing.
4 Murid membuat apresiasi berpandukan pengalaman sendiri dalam penghasilan produk seni tekat.
5 Guru membuat penilaian dan memberi maklum balas.

Nota
Sesi apresiasi seni perlu menumpukan
kriteria berikut:
• Keaslian hasil produk seni
• Penerangan motif seni tekat pilihan

dengan aspek Pemikiran Seni Visual
• Kelancaran penyampaian dengan

mengaplikasikan Bahasa Seni Visual

101

IMBAS KEMBALI

Jenis Seni tekat Alatan
merupakan proses
• Tekat Timbul sulaman benang emas • Pemidang
Benang Emas atau perak yang ditekat kayu berkaki
di atas kain baldu
• Tekat Gubah mengikut motif atau • Cuban
• Jarum Chenille
Bahan corak tertentu. Proses • Papan tebuk
Motif • Pisau pemotong
• Gunting

• Kain irasan (baldu) • Bunga Kekwa • Proses penyediaan cuban
• Kain putih (kapas) • Bunga Lawang • Proses penyediaan mempulur
• Benang emas atau perak • Bunga Raya • Proses menekat
• Benang putih • Bunga Anggerik
• Mempulur • Bunga Padi
• Gam kanji • Daun Asam Batu
• Lilin

Info Kerjaya

Kerjaya yang sesuai diceburi dalam bidang ini ialah:
• Pakar rujuk dalam bidang kraf khususnya seni tekat.
• Anugerah Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf seni tekat yang

berperanan menyuburkan kemahiran seni tekat agar kekal sebagai
warisan kebangsaan.
• Tenaga pengajar mahir atau jurulatih dalam bidang seni kraf di Pusat
Latihan Kemahiran Mara, Institut Kraf Negara dan Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia.
• Pengusaha atau usahawan barangan seni tekat dalam Showcase Satu
Daerah Satu Industri (SDSI) yang mempromosikan produk industri kreatif
seni budaya tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa.

102

LATIHAN SUMATIF

Soalan Objektif Gambar foto 2
4. Apakah kegunaan alat tekat
Maklumat di bawah menerangkan tentang
seni tekat. berdasarkan gambar foto 2?
A Untuk dasar sulaman
Tekat benang emas juga dikenali sebagai B Untuk meregang kain
tekat bersuji. C Untuk melekatkan motif
D Untuk melilit benang emas
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bersuji? 5. Susun mengikut tertib yang betul
A Berulang-ulang untuk proses seni tekat.
B Bersulam-sulam I Menjahit mempulur
C Berbunga-bunga II Meregang kain dasar
D Berbenang-benang III Menyediakan pemidang
IV Proses menekat
Gambar foto 1 A I, II, III, IV
2. Apakah nama proses tekatan berdasarkan B II, III, I, IV
C III, I, II, IV
gambar foto 1? D III, II, I, IV
A Melukis motif
B Melakar corak Soalan KBAT
C Menjahit mempulur
D Memotong mempulur Gambar foto 3
3. Apakah tujuan penggunaan kain baldu 1. Bincangkan aspek designomic yang
berwarna gelap?
A Supaya hasil tekatan benang emas terdapat pada hasil produk seni
tekat dalam gambar foto 3.
tahan lama 2. Banding bezakan antara seni
B Memudahkan kerja-kerja menekat dengan sulaman dengan seni tekat
menggunakan peta buih berganda.
benang emas 3. Anda diiktiraf sebagai usahawan
C Supaya mempulur mudah dikenakan muda seni tekat tempatan. Apakah
jenis produk seni tekat bernilai
pada kain dasar komersial yang difikirkan berupaya
D Supaya hasil tekatan benang emas atau bersaing di peringkat global?

perak nampak jelas dan bercahaya 103


Click to View FlipBook Version