The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tajuk; Cengkerang Lulu<br>Penulis &amp; Ilustrator; Nur Batrisyia Fitry

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR BATRISYIA FITRY BINTI ABDUL AZIZ IPG-Pelajar, 2024-02-24 06:19:27

BMA_NUR BATRISYIA FITRY BINTI ABDUL AZIZ_TUGASAN 1

Tajuk; Cengkerang Lulu<br>Penulis &amp; Ilustrator; Nur Batrisyia Fitry

Cengkerang Lulu Penulis & Ilustrator; Nur Batrisyia Fitry


Pada suatu hari yang cerah di sebuah pantai yang aman damai, sekelompok masyarakat ketam menjalani hidup dalam masyarakat yang harmoni dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Rasa sayang hey Rasa sayang sayang hey Hey lihat nona jauh Rasa sayang sayang hey Keluarga Lulu sangat bahagia Begitu juga keluarga lain Keluarga Lulu hidup gembira Barulah hidup makin ceria. (Irama Rasa sayang hey) 1


Terdapat seekor ketam yang bernama Lulu. Lulu merupakan anak ketam yang menjadi perhatian ketam-ketam disitu disebabkan Lulu sentiasa dengan puting susu miliknya. Disebabkan itu, ibu dan ayahnya sering memanjakannya sejak lahir sehingga kini, malah Ibu dan ayahnya, selalu membawa makanan ke rumah, mencari cengkerang baharu dan tidak membenarkan Lulu untuk keluar dari rumahnya kerana menganggap Lulu masih kecil. “Awak, esok sudah hari lahir Lulu yang keenam.” Ayah Lulu risau akan perkembangan anaknya yang sudah meningkat usia. “Jadi saya rasa eloklah kalau Lulu cuba untuk berdikari tanpa kita kan?” Tambahnya lagi. Ibu Lulu hanya mengangguk setuju, membenarkan kata-kata suaminya. 2


Tibalah keesokannya harinya, Lulu menunggu makanan di atas meja makan yang akan disediakan oleh ibunya seperti kebiasaan hari-hari sebelumnya. “Ibu oh ibu..” Lulu memanggil ibunya di dapur, kerana hairan di meja makan tidak mempunyai sarapan lagi. “Mulai hari ini, kamu kena cari makan sendiri.” Ujar ayah Lulu di pintu rumah. Tanpa berlengah, Lulu terus mengikuti ayahnya keluar mencari makanan bersama-sama. Si ayah mengajar Lulu untuk mencari makanan mereka. Mereka pun tiba di tempat yang mempunyai pelbagai sumber makanan yang enak, di situ juga terdapat banyak ketam-ketam yang lain mencari makanan mereka. Lulu gembira dan mula bernyanyi; 3


Di mana dia makanan enak kita, Makanan enak kita ada di mana-mana, Di mana dia kelapa tebu labu, Kelapa tebu labu ada di mana-mana. Chan mali chan oi, Chan mali chan oi, Sungguh senang mencari makan. (Irama chan mali chan) “Lulu!” Ayahnya memanggilnya sambil memanggil Lulu yang masih berada di pintu pasar. “Tengok ni!” Ayahnya menghulurkan labu yang berkulit jingga cerah dan labu yang berwarna hijau muda. 4


Labu hijau masih muda, Rasanya masih tidak enak, Tunggulah hingga warna jingga, Barulah rasanya lebih enak. Tok tok tok tok tok, Tok tok tok tok tok, Labu diketuk sudah bunyi, Marilah lulu mari makan, Boleh ku bawa ke rumah terus, (Irama papaku pulang dari kota) Lama-kelamaan, Lulu sudah pandai mencari dan memilih makanannya sendiri. Akibat dari itu, Lulu diuji dengan satu lagi masalah tumbersarannya, iaitu tubuh badan Lulu semakin membesar dan cengkerangnya kecil untuk tubuhnya. “Ishhh susahnya nak tidur ni.” Merungut si Lulu. Kebetulan, si ibu lalu di hadapan bilik Lulu. “Kamu kena tukar cengkerang yang lebih besar Lulu.” Tegur ibunya. “Tapi Lulu tak tahu macam mana ibu.” Kata Lulu. 5


“Ibu tahu semua ni sukar untuk kamu, tapi kamu boleh lakukannya. Esok, awal pagi kita pergi cari ya.” Keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan Ibu, dengan semangat yang tinggi. Lulu bangun awal pagi untuk bersiap mencari cengkerang barunya. Si ibu membawa Lulu ke persisiran pantai yang terdapat banyak jenis cengkerang yang tidak berpunya. Banyak bentuk cengkerang, Yahoo Ada bulat dan bujur Yahoo Cepatlah Lulu cepat Marilah kita pergi mencari (Irama lompat lah katak lompat) “Kamu nampak semua cengkerang tu?” Lulu kelihatan teruja dan menghiraukan pertanyaan ibunya . Lulu terus berlari ke setiap cengkerang yang berada di depan matanya. Dicubanya satu per satu di hadapan ibunya. 6


“Ini sesuai tak ibu?” Sudah masuk kali kelima Lulu bertanya soalan itu kepada ibunya tetapi ibunya tetap menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. “Lulu, ibu tidak yakin cengkerang itu selesa untik kamu. Mungkin lebih baik mencari cengkerang yang lebih kuat bukan?” Kata ibunya. Wajah Lulu sudah berubah muram. “Begini lah, esok Ibu akan suruh Coko menemani kamu mencari cengkerang” “Coko?” Mereka terus pulang ke rumah apabila langit semakin gelap. Hati Lulu gusar kerana masih belum memiliki cengkerang yang sesuai dengan selera hatinya. Tok tok tok Ketukan pintu semakin lama semakin kuat, membuatkan Lulu terjaga dari tidurnya yang lena. Lulu segera membuka pintu dan terus tangannya ditarik keluar. 7


“Coko?” “Oh maaf, aku lupa kenalkan diri aku” Coko tersenyum manis, belum pernah ada yang mahu berkawan dengannya. Mereka berdua tidak sabar untuk memulakan pencarian cengkerang Lulu bersama-sama. Mereka menjadi kawan yang baik dan Coko menjadi kawan setia Lulu membantunya mencari cengkerang yang baru. Lulu dan Coko berjalan dengan berhati-hati, meninggalkan jejak di tanah. Dia berjumpa dengan banyak rakan sepanjang jalan seperti keong, pepatung dan siput. Lulu dan Coko melewati batu-batu besar, setelah sepanjang hari berjalan. Walaupun ada cabaran, Lulu tidak pernah menyerah. Dia belajar untuk mengatasi masalahnya. Lulu dan Coko akhirnya tiba di persisiran pantai yang hampir sama seperti Ibu membawanya kini terdapat lebih banyak cengkerang yang pelbagai saiz, warna dan gaya. 8


Lulu sangat gembira melihat cengkerang-cengkerang yang berkilauan di tepi persisiran pantai. “Mari kita mulakan pencarian cengkerang Lulu yang paling cantik!” Mereka mula memerhatikan setiap cengkerang yang terdampar di pasir. Lulu tertarik pada cengkerang bewarna seakan ungu dan merah jambu dengan corak belang, manakala Coko lebih suka cengkerang bewarna biru dengan corak jalur. 9


“Ibu, tolong lah yang ni sesuai” Lulu mengheret cengkerang yang paling cantik berbanding sebelumnya di hadapan ibunya. Ibu Lulu senyum kepuasan. Mereka pulang ke rumah Lulu dengan cengkerang yang dipilih mereka. Mereka tidak hanya membawa cengkerang baharu tetapi juga memperkuat persahabatan mereka yang baru sahaja terjalin. 10


“Kamu dah cuba pakai kedua-duanya?” Ibunya tersenyum bangga pada Lulu. Lulu terus mencubanya, cengkerang pilihannya dan cengkerang pilihan Coko. Dengan hati yang gembira, Lulu memutuskan untuk menjadikan cengkerang ungu dan merah jambu itu sebagai rumah baharunya. Dengan cengkerang baru yang ditemukan oleh Lulu, Lulu berpuas hati. Ia belajar untuk mempertimbangkan pendapat orang yang peduli dengan kita Lulu merasa bangga dengan dirinya sendiri. Hidupnya bukan hanya tentang mencari makanan dan cengkerang yang baharu tetapi juga tentang menjadi seorang yang tidak berputus-asa. Setelah menetap di cengkerang pilihannya, Lulu merasa sangat bahagia. Dari hari itu, Lulu menjadi terkenal sebagai ketam yang mempunyai cengkerang paling cantik dan unik. -TAMAT11


Click to View FlipBook Version