MAKLUMAT PENDAFTARAN OWNER'S NAME AND ADDRESS: NAMA PEMILIK DAN ALAMAT: SIGNATURE: TANDATANGAN: REGISTRATION NO.: NO. PENDAFTARAN: VEHICLE MODEL: MODEL KENDERAAN: DATE OF DELIVERY: TARIKH PENYERAHAN: CHASSIS NO.: NO. CASIS: KM READING AT DELIVERY: PERKILOMETERAN PADA TARIKH PENYERAHAN: ENGINE NO.: NO. ENJIN: BRANCH'S OR DEALER'S NAME AND ADDRESS: NAMA DAN ALAMAT CAWANGAN / ATAU WAKIL PENJUAL: SIGNATURE: TANDATANGAN:
KEPUASAN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB KAMI ASNAR AUTOMOTIF amat mengambil berat tentang pelanggannya melalui keluaran dan perkhidmatannya yang berkualiti serta memberikan kepuasan yang muktamad kepada pelanggannya. KETIKA BANTUAN DIPERLUKAN Ketika anda menghadapi masalah, Pusat Servis ASNAR AUTOMOTIF bersedia untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Apabila merundingkan masalah anda dengan Pusat Servis ASNAR AUTOMOTIF, maklumat- maklumat yang berikut ini amat membantu, jika ada:- -Model kenderaan dan Nombor casis -Bacaan odometer -Tarikh beli -Peniaga jualan dan perkhidmatan -Sejarah tentang perkhidmatan kenderaan berkenaan -Penerangan tentang kejadian / masalah -Nombor telefon tempat anda dapat dihubungi semasa waktu bekerja yang biasa Bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik bagi masalah yang anda hadapi kami mencadangkan anda untuk:- HUBUNGI PUSAT SERVIS ASNAR AUTOMOTIF Memberitahu pihak yang terlibat merupakan cara yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah. Pusat Servis ASNAR AUTOMOTIF amat mengambil berat tentang masalah anda dan sentiasa bersedia untuk membincangkan dan menyelesaikan masalah itu kerana dalam kebanyakan hal, masalah itu akan berbalik semula kepada mereka untuk ditangani. CARA UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN
PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN SEBELUM PENYERAHAN Untuk membantu anda mendapat kepuasan yang maksimum daripada kenderaan anda, kenderaan tersebut telah diperiksa mengikut prosedur pemeriksaan sebelum penyerahan kenderaan. PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BERKALA Penjagaan dan penyelenggaraan yang wajar terhadap kenderaan amat diperlukan bagi pemanduan yang selamat dan kos pengendalian keseluruhan yang rendah. Perkhidmatan penyelenggaraan berkala ialah keperluan minimum yang patut dilakukan dengan inisiatif anda.Perkhidmatan penyelenggaraan tambahan mungkin diperlukan. Ini adalah kerana keadaan atmosfera dan cuaca, jalanraya yang berubah, kegunaan kenderaan, dan amalan memandu oleh individu merupakan faktor penting yang menyebabkan kenderaan tersebut memerlukan perkhidmatan sedemikian. PERKARA YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG KENDERAAN
Ini adalah untuk mengesahkan bahawa kerja yang ditentukan dalam jadual penyelenggaran dalam Buku Panduan Pemilik telah disempurnakan. Perkhidmatan PenyelenggaraanBerkala patut dilakukan sama ada pada bilangan kilometer atau bulan, bergantung pada yang mana berlaku lebih dahulu dari tarikh pendaftaran pertama kenderaan. Semua rekod patut diberikan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pemilik yang berikutnya bagi kenderaan tersebut. Perkhidmatan minyak enjin patut dilakukan setiap 6 bulan atau 10,000 km, bergantung pada yang mana terdahulu. (Minyak enjin dari ASNAR AUTOMOTIF dengan pengelasan API GRED SN atau gred yang lebih tinggi, sepatutnya digunakan.) Maintenance Schedule Jadual Penyelenggaraan Mileage Servis bermula Bulan____ /______km Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Date of Service Tarikh Servis Mileage at Service Perbatuan semasa Servis 10,000 km 20,000 km 30,000 km Item Changed / Job Done / Branch's or Dealer's Name and Signature Butir yang Ditukar / Kerja yang Dilakukan / Nama Cawangan atau Pengedar dan Tandatangan * Applicable for service package only - FREE INSPECTION (Major Checking) - Free Flushing - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W-30 SL 4L - Drain Plug Gasket - Engine Oil - Engine Oil Filter - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W-30 SL 4L - Drain Plug Gasket - Engine Oil - Engine Oil Filter - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W-30 SM 4L - Drain Plug Gasket - Engine Oil - Engine Oil Filter - Cabin Filter REKOD PENYELENGGARAAN KENDERAAN
Maintenance Schedule Jadual Penyelenggaraan Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Date of Service Tarikh Servis Mileage at Service Perbatuan semasa Servis 40,000 km 50,000 km 60,000 km Item Changed / Job Done / Branch's or Dealer's Name and Signature Butir yang Ditukar / Kerja yang Dilakukan / Nama Cawangan atau Pengedar dan Tandatangan * Applicable for service package only - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W-30 4L - Drain Plug Gasket – Engine Oil - Engine Oil Filter - Air Cleaner Filter - Auto Transmission Oil ATF D3 SP - Drain Plug Gasket – AT - Brake Fluid 1.0L - Spark Plug - Brake Pad - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W-30 SL 4L - Drain Plug Gasket - Engine Oil - Engine Oil Filter - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W-30 SM 4L - Drain Plug Gasket - Engine Oil - Engine Oil Filter - Cabin Filter - Fan Belt
Maintenance Schedule Jadual Penyelenggaraan Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Date of Service Tarikh Servis Mileage at Service Perbatuan semasa Servis 70,000 km 80,000 km 90,000 km Item Changed / Job Done / Branch's or Dealer's Name and Signature Butir yang Ditukar / Kerja yang Dilakukan / Nama Cawangan atau Pengedar dan Tandatangan * Applicable for service package only - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W30 SL 4L - Drain Plug Gasket - Engine Oil - Engine Oil Filter - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W-30 4L - Drain Plug Gasket – Engine Oil - Engine Oil Filter - Air Cleaner Filter - Auto Transmission Oil ATF D3 SP - Drain Plug Gasket – - AT - Brake Fluid 1.0L - Bleeding brake - Brake Pad - Spark Plug - Perodua Engine Oil Semi Syn 5W-30 SM 4L - Drain Plug Gasket - Engine Oil - Engine Oil Filter - Cabin Filter
Maintenance Schedule Jadual Penyelenggaraan Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Date of Service Tarikh Servis Mileage at Service Perbatuan semasa Servis km km km Item Changed / Job Done / Branch's or Dealer's Name and Signature Butir yang Ditukar / Kerja yang Dilakukan / Nama Cawangan atau Pengedar dan Tandatangan * Applicable for service package only
Maintenance Schedule Jadual Penyelenggaraan Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Bulan ______ Mileage _______km Date of Service Tarikh Servis Mileage at Service Perbatuan semasa Servis km km km Item Changed / Job Done / Branch's or Dealer's Name and Signature Butir yang Ditukar / Kerja yang Dilakukan / Nama Cawangan atau Pengedar dan Tandatangan * Applicable for service package only
TANGGUNGJAWAB PEMILIK, PENJAGAAN KENDERAAN Perkhidmatan kami di Asnar Automotif tidak berakhir sebaik sahaja anda meninggalkan bilik pameran kami. Memelihara kenderaan anda memberi kami kepuasan seperti mana melihat anda gembira memandunya. Anda boleh sentiasa menghubungi kami jika terdapat sebarang kemusykilan dengan kenderaan anda. Di bawah ini disertakan beberapa panduan yang boleh diikuti bagi memastikan kenderaan anda sentiasa berprestasi tinggi. 1. MENDAPATKAN SERVIS JAMINAN Bagi mendapatkan servis jaminan, sila hantarkan kenderaan anda ke mana-mana Pusat Servis sah Asnar Automotif Sdn. Bhd. bagi servis yang diperlukan untuk memastikan jaminan kenderaan anda tidak terbatal. Semua bahagian rosak yang digantikan di bawah jaminan akan menjadi hakmilik Asnar Automotif Sdn. Bhd. 2. SERVIS KENDERAAN PENYELENGGARAAN Dalam Buku Panduan Pemilik, nasihat mengenai penyelenggaraan kenderaan anda dinyatakan dengan jelas. Bagi menikmati pemanduan yang selamat dan untuk ketenangan fikiran, kami cadangkan anda mengendalikan, menyelenggara dan menjaga kenderaan anda seperti yang diarahkan. Ini amat penting jika kenderaan anda sering digunakan dalam pemanduan lasak. Tiada alat-alat ganti yang dibeli dari luar, minyak pelincir dan/atau cecair, sebahagian atau keseluruhan, boleh dibawa masuk untuk kegunaan penyelenggaraan atau kerja membaiki komponen, walaupun jika ia adalah Alat Ganti Tulen TANGGUNGJAWAB PEMILIK KENDERAAN PENJAGAAN KENDERAAN ANDA
3. SERVIS PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA Kami mencadangkan bahawa servis penyelengaraan penyaman udara kenderaan dijalankan pada setiap 30,000 km atau 18 bulan yang mana berlaku terdahulu. 4. REKOD SERVIS Pusat Servis sah Asnar Automotif akan merekodkan sebarang pembaikan dan/atau servis yang dibuat pada kenderaan anda dengan mengemaskinikan butir-butir servis di system servis kami. Ini membolehkan anda mengawasi rekod servis dan penyelenggaraan di samping mengingatkan anda tarikh servis akan datang. 5. PERTUKARAN ALAMAT ATAU HAKMILIK Untuk menikmati aktiviti dan faedah selepas jualan kami, Asnar Automotif atau pengedar sah akan menghubungi anda dari masa ke semasa. Jadi, sekiranya anda bertukar alamat, sila beritahu Pusat Servis sah Asnar Automotif Motor yang terdekat. Jika hakmilik kenderan ini berubah, pemilik baru perlu memberitahu mana-mana Pusat Servis sah Asnar Automotif. Ini membolehkan anda menikmati aktiviti dan faedah selepas jualan kami. 6. TANGGUNGJAWAB PEMERIKSA KENDERAAN Waranti kenderaan tidak meliputi kos pemeriksaan haus dan lusuh. Ia juga tidak melindungi sebarang kehilangan atau kemerosotan akibat penyimpanan kenderaan untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, kos yang berkaitan dengan perkara di bawah adalah tanggungjawab pemilik: 6.1 Pelinciran (periksa sekali setahun) Penyelenggaraan yang lebih kerap diperlukan apabila kenderaan beroperasi dalam keadaan suhu dan cuaca yang ekstrim, serta keadaan jalan raya yang teruk. Semasa penyelenggaraan, paras minyak pelincir dan cecair, pintu-pintu, kunci-kunci, penyekat getah, dan pautan brek dan klac perlu diperiksa.
6.2 Minyak Enjin dan Penapis (setiap 8,000km @ 10,000km) Bagi memanjangkan hayat enjin dan meningkatkan prestasi, minyak enjin dan penapis mesti ditukar mengikut cadangan. 6.3 Sistem Elektrik dan Penalaan Enjin (periksa sekali setahun) Perlu diperiksa dan diselaraskan secara berkala untuk mengoptimumkan penjimatan bahan api, prestasi, dan keselamatan pemanduan. 6.4 Penyesuaian Tali Sawat Pemacu (setiap 60,000km) Perlu diperiksa dan disesuaikan dengan ketegangan yang betul untuk memastikan komponen pemanduan berfungsi dengan cekap. 6.5 Penyesuaian Brek dan Klac (periksa sekali setahun) Pad dan lapisan mudah haus dan perlu disesuaikan atau ditukar jika perlu. 6.6 Pemutaran Tayar (Rotate Tayar) Pemecutan yang keras, pemecutan kasar, menyusuri selekoh dengan kasar, dan pemanduan laju akan memendekkan hayat tayar. Bagi memelihara keseimbangan pemakaian tayar dan memanjangkan hayat tayar, tayar kenderaan perlu diputar mengikut jadual yang dicadangkan. 6.7 Penjajaran dan Imbangan Roda (Alignment) (periksa setiap 6 bulan sekali) Keadaan pemanduan yang tidak tepat boleh menyebabkan roda keluar daripada penjajaran dan imbangan. Mengekalkan penjajaran dan imbangan roda yang betul penting untuk mendapatkan kawalan yang lebih baik, keselesaan pemanduan, dan hayat tayar yang lebih panjang.
6.8 Pembersihan Sistem Bahan Api/Spesifikasi Bahan Api yang Betul Kadang-kala pencemaran luaran boleh memasuki sistem bahan api. Jika berlaku, sistem bahan api perlu dibersihkan, dan penapis bahan api diganti untuk mengekalkan prestasi enjin. Anda digalakkan untuk sentiasa menggunakan spesifikasi bahan api yang betul pada setiap masa. 6.9 Palam Pencucuh (setiap 40,000km) Komponen ini akan mengalami haus dan penumpukan karbon. Bagi prestasi maksimum dan penjimatan, ia perlu diperiksa secara berkala dan diganti pada masa yang sesuai. 6.10 Penapis Bahan Api dan Udara (setiap 40,000km) Penting untuk menyelenggarakan dan menukar penapis bahan api dan udara pada tempoh yang ditetapkan untuk memastikan kedua-duanya dapat menjalankan tugas penting membersihkan bahan api dan udara untuk enjin. Dalam keadaan penggunaan yang teruk, pertukaran mungkin perlu dilakukan lebih kerap daripada penggunaan biasa. 6.11 Bilah Pengelap (Wiper) Hayat bilah pengelap cermin depan bergantung kepada kekerapan penggunaannya dan keadaan cuaca. Untuk tujuan keselamatan, bilah ini perlu ditukar apabila tidak lagi berfungsi dengan berkesan mengelap cermin depan. 6.12 Mentol Lampu dan Fius Penggantian mentol lampu elektrik, fius, dan lampu cermin harus dilakukan jika didapati tidak berfungsi.
6.13 Bahan Penyejuk Enjin (setiap 50,000km) Sila hubungi Pusat Servis Asnar Automotif yang berhampiran untuk mendapatkan kepekatan dan bahan penyejuk tambahan yang diperlukan oleh kenderaan anda. Ini perlu diuruskan seperti yang diarahkan untuk mengelakkan korosi dan hakisan. 6.14 Penyelenggaraan Bateri (periksa 6 bulan sekali) Bateri hanya memerlukan sedikit penyelenggaraan bulanan untuk berfungsi dengan baik. Pastikan bateri dicas sehingga 100%, mengecas semula apabila lampu malap, atau pemula berbunyi perlahan atau kenderaan dan/atau bateri tidak digunakan lebih daripada dua minggu. Selain itu, patuhi senarai semak mudah ini setiap bulan: • Periksa aras elektrolit dan tambah air bateri jika perlu. • Periksa kabel, pengapit, dan terminal untuk mengesan pengoksidaan atau sambungan yang longgar.
Servis Penyelenggaraan Berkala bukan sekadar pemeriksaan biasa. Itulah apa yang akan anda dapat. Kami berusaha lebih daripada biasa ketika membuat pemeriksaan asas untuk kenderaan anda. Tanpa mengenakan bayaran yang lebih, kami memeriksa bahagian-bahagian yang lebih penting dalam kenderaan anda - seperti transmisi, enjin, sistem elektrik, sistem brek, suspensi dan casis - supaya anda boleh memandu keluar kenderaan anda dengan yakin bahawa ianya berada dalam keadaan yang paling baik. Terdapa beberapa pakej servis penyelenggaraan di Asnar Automotif Sdn. Bhd.: • 2 pakej Advance untuk setiap 6 bulan atau jarak waktu servis 10,000km, mana-mana yang terdahulu. • 1 pakej Basic untuk setiap 3 bulan atau jarak waktu servis 5,000km. Setiap pakej mengenal pasti pertukaran alat-alat ganti dengan alat-alat ganti tulen, yang termasuk harga barangan dan kos tenaga kerja. Jadual servis penyelenggaraan anda bergantung kepada masa dan jarak perjalanan kenderaan anda. Sila rujuk jadualdi bawah. Jenis Kenderaan Jenis Enjin Penggunaan Tempoh Servis Kenderaan PenumpangSedan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kenderaan 4x4 Petrol Kegunaan biasa Setiap 6 bulan atau setiap 10,000km (mana-mana yang terdahulu) Pemandu lasak Setiap 3 bulan atau setiap 5,000km (mana-mana yang terdahulu) Diesel Kegunaan biasa/ Pemandu lasak Setiap 3 bulan atau setiap 5,000km (mana-mana yang terdahulu) Kenderaan PerdaganganSedan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kenderaan 4x4 Petrol/Diesel Kegunaan biasa/ Pemandu lasak Setiap 3 bulan atau setiap 5,000km (mana-mana yang terdahulu) Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk pada “owner manual” pada bahagian “maintenance requirements”.
Lot 69 kampung mak sara, 22000 Jerteh, Terengganu 014 635 5874