The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KELUARGA MALAYSIA BUDAYA DAN WARISAN MILIK KITA BERSAMA (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aunizahfarwizah, 2022-02-01 09:57:24

KELUARGA MALAYSIA: BUDAYA DAN WARISAN MILIK KITA BERSAMA

KELUARGA MALAYSIA BUDAYA DAN WARISAN MILIK KITA BERSAMA (3)

KELUARGA MALAYSIA:

BUDAYA DAN WARISAN MILIK KITA
BERSAMA

REFLEKSI BUDAYA

SRI KANDI
HASHFANIEYLIEF

JANUARY - 2022 (EDISI 1) ARTIKEL UTAMA
“ANCAMAN MEDIA DAN
TEKNOLOGI TERHADAP
BUDAYA DAN WARISAN
NEGARA”

ARTIKEL SAMPINGAN RUANGAN KREATIF

DEKATI PERMAINAN RUANGAN IKLAN SAJAK
PANTUN
TRADISIONAL MELAYU

TEKA SILANG KATA

“Orang tanpa pengetahuan tentang sejarah masa lalu, asal usul, dan budaya mereka seperti
pohon tanpa akar..” — Marcus Garvey

TINTA EDITOR

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM
SEJAHTERA

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha
Esa atas segala limpah rahmat-Nya, E majalah ini akhirnya

dapat diterbitkan buat kesekian kalinya. Penghasilan
Majalah edisi Januari 2022 yang bertajuk Keluarga

Malaysia: Budaya dan Warisan Milik Kita Bersama adalah
untuk memperlihatkan budaya dan warisan yang dimiliki

di negara ini dan ianya telah menjadikan negara kita
sebagai negara yang unik kerana masyarakat saling
berkongsi budaya dan nilai-nilai warisan dari segenap

aspek. Oleh itu, tiap lapisan masyarakat perlulah


menghargai nilai budaya dan warisan yang dimiliki ini agar
tidak hilang ditelan zaman. Ini kerana, nilai budaya dan
warisan yang dimilki ini dapat dijadikan identiti rakyat
Malaysia dan cerminan sifat toleransi yang dimiliki oleh
segenap lapisan masyarakat.
Sebagai ketua editor, saya mewakili Team Sidang Redaksi

ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan
kekurangan dalam penghasilan majalah ini dan ampun
maaf dipinta, sesungguhnya segala yang baik datangnya
daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan
diri kami sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah
kudrat agar Majalah ini akan menjadi renungan bersama
agar dapat meningkatkan semangat perpaduan antara
masyarakat di negara ini tanpa mengira budaya dan agama.

Sekian, terima kasih.

“ANCAMAN MEDIA DAN TEKNOLOGI
TERHADAP BUDAYA DAN WARISAN

NEGARA”

Ditulis oleh: Nur Aishah Binti Ahmad Sayuti

Salah satu identiti bagi negara Malaysia ialah kepelbagaian budaya dan
warisan yang dimiliki secara bersama oleh segenap lapisan masyarakat tanpa
mengira perbezaan agama mahupun warna kulit. Jika kita perhalusi, negara
Malaysia memang mempunyai banyak keistimewaan khususnya dari segi
budaya. Kepelbagaian budaya dan warisan yang dimiliki oleh negara Malaysia
lahir daripada kepelbagaian kaum, agama dan etnik. Keharmonian dan
kesepaduan antara kaum ini telah menjadi lambang kemegahan dan identiti
negara Malaysia. Kesepaduan sosial dan integrasi kaum yang dikecapi juga telah
menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

Walaupun negara kita kaya
dengan pelbagai budaya dan warisan
namun ianya tidak menjadi masalah
yang besar kepada penduduk kerana
masyarakat Malaysia sangat
menghormati budaya dan warisan
kaum lain malahan perbezaan dari
segi budaya dan warisan inilah yang
telah menyatukan masyarakat Malaysia sehinggakan munculnya slogan
'Keluarga Malaysia' Namun begitu kita sebagai masyarakat juga perlu
waspada dengan ancaman pengaruh media terhadap warisan dan budaya
yang dimiliki kerana pengaruh media dan teknologi mampu menggugat
keutuhan budaya yang dimiliki secara bersama ini.Hal ini dikatakan

demikian kerana, media dan teknologi yang ada pada hari telah membawa
ancaman dan pengaruh yang besar kepada budaya dan warisan masyarakat.

Ancaman dan pengaruh media
terhadap budaya dapat dilihat apabila budaya
dan nilai masyarakat tempatan yang penuh
dengan nilai murni, berakhlak mulia dan
sopan santun kini digantikan dengan budaya
barat. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kemasukan teknologi komunikasi telah
membawa perubahan budaya yang ketara
dalam kalangan masyarakat pada hari ini iaitu
terhakisnya budaya dan nilai masyarakat
tempatan. Perkara ini terjadi kerana
Perkembangan teknologi dan media ini telah menyebabkan budaya
masyarakat dahulu telah dipinggirkan dan digantikan dengan budaya barat. Hal
ini dikatakan demikian kerana budaya masyarakat melayu sebelum
kemunculan teknologi komunikasi sangat mementingkan dan menitikberatkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan. Nilai-nilai
murni ini juga telah dijadikan identiti dan
melambangkan keperibadian yang lemah
lembut serta sopan santun. Keadaan ini telah
berbeza selepas masuknya budaya hedonism
seperti budaya punk dalam negara kita iaitu
dari segi kelakuan yang suka bertindak kasar,
ganas, memberontak dan agresif.
Media dan teknologi juga memberi
ancaman kepada budaya pemakaian
masyarakat tempatan. Masyarakat majmuk
dan pelbagai etnik di Malaysia mempunya pelbagai pakaian tradisional masing-
masing dan ianya telah dijadikan identiti buat kaum mereka. Contohnya, pakaian
tradisi bagi kaum melayu ialah baju kurung bagi wanita dan baju melayu bagi
lelaki.Selepas kemasukan teknologi dan media di negara ini, perlahan-lahan
budaya pemakaian ini semakin dipinggirkan. Hal ini dapat dibuktikan dengan
kurangnya pemakaian baju tradisional seperti baju kurung dalam
kehidupan.Situasi ini berbeza dengan masyarakat dahulu yang gemar memakai
baju kurung untuk melakukan pekerjaan seharian.Masyarakat pada hari ini
hanya memakai pakaian tradisi pada sambutan hari perayaan, untuk pergi
ketempat ibadah atau apabila mempunyai program kebangsaan yang bertemakan

tradisional sahaja. Hal ini terjadi kerana, melalui media dan teknologi yang

ada masyarakat boleh mengikuti perkembangan atau trend fesyen dan

pakaian yang terkini dari serata dunia.
Perkembangan fesyen luar negara

yang lebih moden dan relevan mengikut

peredaran zaman inilah yang menjadi

faktor masyarakat pada hari ini lebih

memilih untuk menggayakan busana atau

pakaian yang seakan-akan budaya luar

dan mengabaikan pakaian tradisi

masing masing kerana mereka

menganggap pakaian tradisi tidak sesuai

dengan peredaran masa dan hanya

relevan pada hari perayaan sahaja..

Keadaan ini telah mengancam budaya pemakaian pakaian tradisional dan ianya
tidak wajar berlaku kerana walaupun negara kita sudah maju namun budaya
dan warisan yang ada patut kita jaga agar tidak hilang ditelan zaman.

Apa yang menjadi cabaran
buat masyarakat pada hari ini adalah
untuk mencari cara bagi mengahadapi
ancaman media dan teknologi ke atas
budaya dan warisan yang dimiliki. Ini
kerana warisan dan budaya yang ada
wajar dilindungi dan dipelihara
kerana warisan dan budaya tempatan
juga menjadi lambang keunikan dan
perpaduan negara.

A S

R A

T M

I P

K I

E N

LG

A
N

DEKATI
........................

Permainan tradisional sebenarnya penuh
PERMAINAN
dengan kesenian dan ia juga merupakan
salah sebuah aset budaya bangsa
TRADISIONALMalaysia yang perlu dipelihara sepanjang
MELAYU zaman untuk generasi akan datang.

Permainan tradisional Malaysia

mempunyai keistimewaannya yang

O l e h N u r H a n i s N a b i l a B i n t i M o h a m a d tersendiri dan ia telah dijadikan sebagai

Malaysia merupakan salah satu negara salah satu alat hiburan dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada zaman
yang kaya dengan pelbagai jenis dahulu. Misalnya, persembahan wayang
kulit di negara kita yang tinggi dengan
permainan tradisional. Permainan seni dan persembahannya telah menjadi
sebagai tontonan yang mengasyikkan
tradisional merupakan sesuatu yang buat para penonton yang hadir ke
persembahan tersebut. Tambahan pula,
tetap dengan keutuhannya kerana ia permainan tradisional juga dapat
menjadi sebagai tarikan pelancongan
merupakan salah satu permainan yang dalam negara kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana kepelbagaian
sangat popular dalam kalangan permainan tradisional yang unggul di
negara kita dapat memukau hati para
masyarakat melayu suatu ketika pelancong yang datang.

dahulu. Antara permainan tradisional

yang popular dalam kalangan

masyarakat Malaysia ialah wayang kulit,

gasing, layang-layang, congkak, batu

seremban, konda-kondi dan

sebagainya..

Namun pada era pemodenan ini,

permainan tradisional di negara kita

semakin hari semakin dilupakan oleh setiap

lapisan masyarakat terutamanya dalam

kalangan generasi muda. Hal ini dikatakan

demikian kerana dengan kemunculan

pelbagai teknologi canggih telah

menyebabkan masyarakat di negara kita

terutamanya golongan muda mula

ditonjolkan dengan pelbagai permainan

moden seperti permainan elektronik dan

sebagainya. Walaupun permainan

tradisional di negara kita dikatakan

mempunyai keistimewaan yang unggul

tetapi permainan tradisional ini seolah-olah

telah hilang ditelan zaman.

USAHA MEMELIHARA PERMAINAN TRADISIONA

Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak
kerajaan ialah menganjurkan kempen tentang
permainan tradisional. Misalnya, pihak sekolah
haruslah mewujudkan kelab persatuan seni dan
warisan untuk memberikan pendedahan kepada
generasi muda tentang keunikan permainan
tradisional Melayu. Selain itu, permainan tradisional
juga boleh dipopularkan kembali dengan cara
mengadakan pertandingan semasa sambutan hari
keluarga atau sebagainya. Semasa pertandingan ini
berlangsung, pihak penganjur boleh menawarkan
hadiah yang lumayan untuk menarik perhatian
peserta khususnya dalam kalangan generasi muda
untuk menyertai pertandingan permainan
tradisional ini seperti pertandingan gasing, wau
bulan, batu seremban, congkak dan sebagainya.

RUANGAN KREATIF

Warisan Jang
an Dilupakan

Muhammad Aliff Bin Muhammad (264985)

Bunyi-bunyian muzik kedengaran
Nada-nadanya sungguh indah didengar

Lontaran suara yang dinyanyikan
Sungguh merdu membuat pendengar terpesona





Tarian tradisional jangan dilupakan

Supaya tidak tenggelam dek zaman
Pepatah melayu ada berkata

Biar mati anak jangan mati adat



Puisi dan sajak jangan ditinggalkan
Alat muzik tradisional jangan dilenyapkan

Ada kisah dijadikan pendoman
Supaya diingat zaman berzaman

BUDAYA BANGSA MILIK

BERSAMA

Ditulis oleh: Nur Aishah Binti Ahmad Sayuti.

Lain bangsa berbeza agama,
Hidup harmoni tanpa prasangka,


Kepelbagaian budaya dikongsi bersama,

Menjadi warisan bangsa Malaysia yang merdeka.



Kemerdekaan disambut tanda patriotik,
Disambut gemilang di ibu Kota,

Masyarakat melayu masyarakat yang unik,
Hidup bermajmuk d
i tanah air tercinta.


Jauh berlayar putera parameswara,
Membelah lautan jauh tak terperi,
Perpaduan bangsa wajar diperlihara,
Untuk pedoman di kemudian hari.


Sirih junjung buat pinangan
Di hias indah cantik di tatang
Tradisi kita di lupa jangan
Adat di kendong budaya di julang

JAWAPAN 1 - ibu 5 - mengundi 9 - bendera
2 - kemerdekaan 6 - jalurgemilang 10 - tanahmelayu
7 - ketiga 11 - tun

3 - perpaduan 8 - Tumpah 12 - melaka

4 - negaraku















Teka Silang Kata

AUNI FARWIZAH (286422)

BERITA SEMASA
Tarian Singa Kembali Setelah 2
Tahun

NUR SYIFA ADIBA BINTI MAHAMAD (286367)

Peralihan Kelantan ke Fasa

Empat Pelan Pemulihan

Negara (PPN) pada 3

Januari lalu memberi

kegembiraan kepada

Pertubuhan Kebudayaan

dan Kesenian Xiang Long

Kelantan apabila mereka

kembali membuat

persembahan tarian singa

selepas berehat hampir

dua tahun akibat pandemik

Covid-19. Ketuanya, Lee Rong Jiang

berkata, kebenaran tersebut

membolehkan mereka

kembali beraksi dan

memeriahkan sambutan

Tahun Baharu Cina kali ini

selepas sekian lama tidak

dapat membuat

persembahan.


"Walaupun undangan tidak meriah sebelum pandemik, namun
kami tetap gembira dapat membuat persembahan dengan patuhi

prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh

kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.

setiap ahli lengkap divaksin dan mereka yang membuat

persembahan perlu menjalani ujian saringan supaya bebas

daripada jangkitan Covid-19. Sejurus selesai membuat

persembahan setiap ahli kumpulan dan kesemua barangan akan

dinyah cemar bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

RUANGAN IKLAN

AUNI FARWIZAH (286422) BERMINAT DENGAN TARIAN

TRADISIONAL? Syarat Penyertaan:
Mestilah berumur 18 tahun dan keatas
ANDA SUKA MENARI?
INGIN MEMPERLAJARI PELBAGAI SENI Anda perlulah memakai pakaian
tradisional mengikut kaum tersendiri.
TARI?
ANDALAH YANG KAMI CARI Hadiri Temuduga ditempat yang
ditetapkan
HUBUNGI : 089-098098
ATAU (Boleh menghantar video rakaman
tarian anda ke email rasmi
LAYARI LAMAN SESAWANG: ADAT BANGSATA AdatBangsaTa.com)
UNTUK KETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT


JAWATAN KOSONG LATOK POP
POP
(GMART RETAIL SDN BHD)

Kriteria Yang Diperlukan:
Lengkap 2 Dos Vaksin
Kelulusan SPM
LELAKI berumur 20 tahun dan keatas
Rajin dan jujur dalam bekerja

Anda dikehendaki mengisi

borang kerja di Kaunter DAH TRY KE BELUM?

Pembayaran.

Sebarang Pertanyaan Sila hubungi PACKAGING TAHAN
: 016-0008987 (ALI)
LASAK & MUDAH
BAWA TRAVEL




Ingin Beriklan di Majalah Kami? TERDAPAT JUGA
MASAKAN TARDISI

Sila Email Poster/Gambar berkaitan SABAH YANG LAIN!!!



produk anda kepada kami di pautan ini: ORDER SEKARANG!!



[email protected] WHATAPPS : 017-890800
INSTAGRAM :
LATOKPOPPOP



@REALLYGREATSITE • WWW.REALLYGREATSITE.COM • [email protected]

RUANGAN IKLAN

AUNI FARWIZAH (286422) JOM KE

SABAH

PAKEJ PELANCONGAN
SEMPORNA RESORT GATEAWAY



Hubungi :
016-824 5555(KEN)/014-2831540(HUDA)

atau
Layari Laman Sesawang:
HALO HALO SEMPORNA TRAVEL SDN BHD
Untuk ketahui dengan lebih lanjut

KURSUS JAHITAN YURAN RM35
BAJU TRADISIONAL

MALAYSIA

“Culture is the widening of

SEPANJANG KURSUS BERLANGSUNG: the mind and of the spirit.”


— Jawaharlal Nehru
BEKALAN MAKANAN DISEDIAKAN
TEMPAT TINGGAL DI SEDIAKAN IMBAS KOD QR
ELAUN DIBERIKAN

PENGANGKUTAN TURUT DISEDIAKAN



@REALLYGREATSITE • WWW.REALLYGREATSITE.COM • [email protected]

REGATA LEPA

PERTANDINGAN RATU LEPA

untuk mengetahui lebih lanjut,sila imbas QR CODE
atau layari
facebook :
Ohh Sempornaku

EDITOR

Nur Aishah Binti Ahmad Sayuti Auni Farwizah Binti Amir Kassan
(286441) (286422)

Nur Syifa Adiba Binti Mahamad Nur Hanis Nabila Binti Mohamad
(286367) (286250)

Muhammad Aliff Bin Muhammad
(264985)

JANUARY 2022 • KEBUDAYAAN - BY HASHFANIEYLIEF

“Culture makes people understand each other better. And if they
understand each other better in their soul, it is easier to overcome

the economic and political barriers. But first they have to
understand that their neighbour is, in the end, just like them, with

the same problems, the same questions.” — Paulo Coelho67)






Penerbit & Editor by HashfanieyLief:



Auni Farwizah Binti Amir Kassan (286422)
Muhammad Aliff Bin Muhammad (264985)

Nur Aishah Binti Ahmad Sayuti (286441)
Nur Hanis Nabila Binti Mohamad (286250)

Nur Syifa Adiba Binti Mahamad (286367)


Click to View FlipBook Version