TEKS UCAPAN PENGETUA CEMERLANG
SEMPENA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
PELAJAR 2022
Tarikh : 2 OGOS 2022
Masa : 9.00 pagi
Yang Berusaha,
Terima kasih kepada pengerusi majlis.
Bismillahhirrahmanirahim.
Alhamdulillahirobbil alamin……
Yang Berhormat Dato” Zakaria B. Dollah,
Pengerusi Koperasi Eco Usahawan Johor Bhd.
Yang berusaha
Puan Sokiah Binti Siren,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Norizan Binti Surani ,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Mahzan Bin Hassan,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru
Barisan AJK PIBG
Ibubapa/penjaga
Anak-anak pelajar cemerlang yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera,
Pertamanya bagi pihak sekolah saya ingin mengalu-alukan
kehadiran YDP PIBG SM Simpang Rengam, ibu bapa penjaga
dan anak-anak pelajar yang dikasihi.
Senja berarak bayu berpuput,
Gugur kenanga dicelah jerami,
Besarlah hati kami menyambut,
Datang bertamu ke sekolah kami.
Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan ke
hadarat Allah SWT kerana kita dapat berkumpul pada majlis yang
dinantikan-nantikan ini.
Ucapan ribuan terima kasih saya rakamkan khusus kepada
tetamu kehormat YB Dato” Zakaria B. Dollah, Pengerusi Koperasi
Eco Usahawan Johor Bhd, atas kesudian tuan hadir dan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Kurikulum SMKSR pada hari ini.
Saya juga mengucapkan selamat datang kepada para jemputan
untuk sama-sama meraikan penerima Anugerah Cemerlangan
Kurikulum sesi 2021/2022.
Yang dihormati hadirin sekalian,
Pada masa kini, kita semua maklum Kementerian Pendididkan
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu
Sekolahku SEJAHTERA. Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini
telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan iaitu Datuk Dr Radzi
Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya. Sehubungan dengan
itu, sekolah kita perlu seiring untuk melaksanakan dan
memperkenalkan konsep Sekolahku SEJAHTERA. Hal ini bagi
mengukuhkan pelaksanaan program penerapan nilai-nilai murni
sedia ada pada peringkat institusi pendidikan dan diamalkan
sepanjang hayat.
Konsep baru ini mempunyai 14 elemen, bertujuan untuk
mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman sejahtera,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai
kesejahteraan masyarakat. Hal ini membolehkan murid meneroka
pelbagai bidang cabang ilmu, idea dan penemuan baharu serta
sentiasa kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.
Pelaksanaan konsep ini dapat memberikan penekanan terhadap
nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di sekolah. Konsep ini diperkenalkan pada sesi
persekolahan dan tidak akan membebankan guru dan murid-murid
kerana konsep ini akan diterapkan secara semulajadi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Izinkan saya menyentuh sedikit berkenaan dengan akademik.
Pada tahun 2021/2022, S.M.K.S.R memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM yang baru berakhir.
Sehubungan dengan itu, SMKSR untuk SPM 2021 memperoleh
GPS 4.8 dengan kelulusan layak sijil SPM 96.1% ,iaitu daripada
187 calon. Sehubungan dengan itu, pelbagai program akademik
telahpun digerakkan seawal bulan Januari bagi memastikan
sasaran PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan SPM
dapat direalisasiakan. Saya yakin dengan usaha yang berterusan
oleh guru-guru dan semangat putera-puteri kita, sasaran Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan dicapai. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua tenaga pengajar yang telah berusaha bertungkus lumus
bagi memastikan “core business” kita dalam bidang akademik
sentiasa berada pada tahap yang membanggakan. Selain itu,
P.I.B.G SMKSR yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Azman
bin Taibin yang sentiasa memberikan bantuan sama ada dalam
bentuk kewangan mahupun sokongan moral dalam memastikan
kejayaan SMK Simpang Rengam dalam bidang akademik.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh
warga S.MK Simpang Rengam kerana majlis ini adalah kemuncak
kepada pengiktirafan pihak sekolah terhadap pencapaian dan
sumbangan pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum. Matlamat
kecemerlangan sekolah perlulah sentiasa kami
pertingkatkan selaras dengan tranformasi sistem pendidikan
negara di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Sebagai Pengetua SMKSR Simpang Rengam,
saya bertanggungjawab dalam memastikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia menjadi pemangkin kepada kemenjadian
pelajar di SMKSR.
sebentar nanti kita akan sama-sama saksikan para pelajar serta
guru penasihat akan menerima anugerah masing-masing sebagai
tanda pengiktirafan pihak sekolah terhadap sumbangan yang telah
diberikan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua
penerima, semoga dengan pengiktirafan ini akan memberikan
suntikan semangat kepada seluruh warga SMKSR untuk bekerja
keras bagi menaikkan nama SMKSR di persada anatarabangsa.
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Di kesempatan ini juga sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang Berhormat Dato” Zakaria B. Dollah
kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada
pagi ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa majlis
yang diketuai oleh PK Kurikulum, Puan Sokiah binti Siren, guru-
guru dan pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis
pada tahun ini.
Burung helang burung cemara,
Hinggap sebentar di pohon jati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.
Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
SMKSR terus maju,
Hingga terajui dunia.
Sekian, terima kasih.