The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Profil lengkap berkala mengenai organisasi IPaQ dan segala bentuk usaha dan program yang telah dilaksanakan juga memaparkan organisasi pimpinan IPaQ.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipaq2u, 2022-01-12 03:01:59

PROSPEKTUS IPAQ

Profil lengkap berkala mengenai organisasi IPaQ dan segala bentuk usaha dan program yang telah dilaksanakan juga memaparkan organisasi pimpinan IPaQ.

16) FORUM AL-QURAN BMP MASJID JAMEK AS- - YAPEIM
(BEAUFORT - MEMBAKUT - SALAM KG BENONI, - AJK MASJID JAMEK
AS-SALAM KG
PAPAR) PAPAR BENONI, PAPAR
- APaQS
17) CERAMAH “IBRAH AL- UNIVERSITI MALAYSIA - UMS
QURAN UNTUK WANITA” SABAH (UMS) - JAKIM
- JHEAINS
KURSUS HAJI SEKOLAH - MUIS
18) SEKOLAH UNTUK - MAIWP

PERSEDIAAN PPERIKSAAN MASJID TUN ABDUL PPD PETALING JAYA
SPM AZIZ, PETALING JAYA

h) Latihan Industri bagi Pelajar-Pelajar Universiti (Internship)

IPaQ menawarkan Latihan Industri bagi pelajar-pelajar Universiti di bidang-
bidang berkaitan sebagai pendedahan secara praktikal melalui
pelaksanaan program-program serta pembangunan dan penambahbaikan
modul-modul pengajaran dan pembelajaran al-Quran kepada Masyarakat.

Para pelajar yang mengikuti Latihan Industri di IPaQ memperakui
pengalaman yang diperoleh sepanjang tempoh praktikal telah memberikan
pendedahan terhadap pengaplikasian ilmu-ilmu yang telah dipelajari
semasa Universiti

i) Program Luar Negara

IPaQ telah menerima permintaan dari beberapa negara luar yang berminat
untuk memanfaatkan Kaedah-Kaedah IPaQ di negara-negara mereka.
Diantara kumpulan-kumpulan yang menunjuk minat adalah Kemboja,
Australia, New Zealand, United Kingdom, Filipina, Maldives, Seri Lanka dan
China. Namun oleh kerana masalah dana setakat ini IPaQ hanya mampu
melaksana usaha dimana terdapat penajaan atau sumbangan
pembiayaan kos-kos.

Diantara program yang telah dapat dilaksanakan oleh IPaQ setakat ini
adalah:

● Kursus Latihan Tenaga Pengajar dan Kelas Baca-Tulis-Quran di Canberra,
Australia pada 2015

● Kursus Latihan Tengaa Pengajar al-Quran di Stung Treng, Cambodia
pada Julai 2017

51

● Kursus di Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh, Kemboja pada April
2018 iaitu Kursus Latihan Tengaa Pengajar al-Quran beberapa Wilayah
negara tersebut.

j) Bahan-Bahan Percetakan

Buku Kaedah ABAHATA

Penerbitan Buku Kaedah ABAHATA adalah sebagai Buku utama dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah. Buku ini direka khas dan disesuaikan
dengan Teknik dan pedagogi pembelajaran kurikulum di Malaysia dan
mempunyai Komponen Pembacaan dan Penulisan.

Tahap pembelajaran adalah dibahagikan mengikut buku bagi
memudahkan pemahaman pelajar serta memastikan pelajar fokus dalam
pembelajaran dan hasil pembelajaran dapat diukur.

IPaQ sentiasa menyemak dan menambahbaik penerbitan buku-buku
pembelajaran bagi memastikan Kaedah Pembelajaran adalah sesuai
dengan perkembangan semasa dan memudahkan sesi pembelajaran
antara guru dan pelajar.

IPaQ sentiasa berusaha untuk menambah-baik penerbitan buku-buku teks
dan buku akitiviti (work-book) dengan memanfaatkan teknologi semasa.
Umpamanya untuk buku teks ABAHATA, IPaQ telah mula menggunakan
peranti pen audio bagi membolehkan buku mengeluarkan suara.

IPaQ juga telah melaksanakan penerbitan buku teks khusus untuk tadika
menggunakan Kaedah ABAHATA

Buku Kaedah TAUFIQI

Buku ini sebagai membantu Pengajaran Kaedah yang mana pelajar juga
ditunjukkan contoh-contoh hukum Tajwid yang terdapat dalam al-Quran
bagi memudahkan kefahaman pelajar. Buku ini juga menjadi rujukan pantas
para pelajar dalam mengenal dan memahami hukum-hukum tajwid yang
terdapat di dalam al-Quran serta kaedah mengenalinya.

k) Daurah Kitab Hadis

Ilmu hadis menjadi satu keperluan penting selain dalam mentadabbur al-
Quran. Tanpa bekalan ilmu hadis yang mampan, seseorang itu mudah
sahaja tergelincir ke dalam lembah kejahilan.

52

Selain program khusus berkaitan ilmu al-Quran, IPaQ juga melaksanakan
program Daurah ( diskusi) kitab hadis. Antara kitab hadis yang telah dipilih
adalah berjudul “40 hadis penawar bagi hati” yang dikarang oleh Syeikh
Ahmad Fahmi Zam-zam, seorang ulama terkenal dari bumi Kedah.
Program daurah ini diadakan secara berkala. Program daurah hadis ini
berkonsepkan bimbingan rohani melalui hadis-hadis Nabi junjungan , ianya
menjadi bukti kepelbagaian usaha IPaQ dalam menyampaikan ilmu yang
bermanfaat kepada Ummah.

l) TV Gema IPaQ
IPaQ telah meningkatkan penggunaan media massa sebagai saluran
pembelajaran dan penghebahan ilmu dan maklumat berkenaan
Pembangunan dan Pengembangan al-Quran dengan membangunkan TV
Gema IPaQ.
Untuk pelaksanaan usaha ini TV Gema IPaQ telah membangunkan mini studio
yang lengkap dan mula menyiarkan program-program penyiaran berita IPaQ
dan juga ruang ilmu al-Quran.

m) FreeQuran.Net
FREE-QURAN.NET adalah inisiatif di mana IPaQ melebarkan usaha dakwah
yang bertujuan menarik yang bukan Islam, untuk kembali fitrah dengan
pelbagai pendekatan yang dapat menarik minat bagi mencetus minat
menggerak syahadah mereka. IPaQ melalui usaha terancang ini
melaksanakan beberapa inisiatif seperti Visualisasi ala-iklan digital billboard
atau digital billboard advertising, membuat pautan pemaparan kepada
pelbagai media sosial dan pemberian Quran terjemahan percuma

Pendekatan dakwah seperti ini di beberapa Negara Barat telah menunjukkan
usaha ini telah menzahirkan hasil di mana ramai telah memberi respon positif
dan ada yang kembali fitrah bermula dari sentuhan frasa dan tagline serta
grafik dakwah dalam pemaparan billboard dan halaman media. Untuk
mengetahui lebih lanjut boleh layari http://www.free-quran.net/

53

n) Pengajian Kitab Ayyuhal Walad

Program pengajian kitab ini mengkaji kata-kata cetusan rohani Imam Ghazali
yang sangat menusuk qalbu tentang keperluan ilmu, iman dan amalan soleh
yang mendatangkan kejernihan jiwa.

Pengajian bersiri ini di adakan secara dalam talian yang memfokus kepada
karya Imam All-Ghazali.

o) Lain-lain Program

⮚ Majlis khatam Perdana kali pertama di Akademi Pengajian al-Quran
Semporna (APAQS) pada Oktober 2017

⮚ Majlis Khatam al-Quran Perdana kali Kedua di APAQS pada 28 Januari 2018
⮚ Majlis khatam al-Quran Perdana kali ketiga pada 23 Oktober 2018
⮚ Majlis Khatam al-Quran program CQ-Mas Semporna melibatkan seramai

626 orang pelajar di Stadium Semporna pada 21 Ogos 2019
Program ini MIQP adalah lanjutan kepada kejayaan CQ-MAS Dun N22
Pantai Manis, Papar yang telah diperakukan kejayaannya oleh YB Datuk
Aidi, Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam,
Sabah. MIQP akan dilaksanakan sebagai satu festival berkaitan dengan
pelbagai aspek ilmu al Quran yang mengandungi wacana ilmu, pameran
dan aktiviti-aktiviti dan produk-produk berkaitan dengan al Quran
termasuk pemaparan keberhasilan KCQ.
Tujuan utama MQIP adalah menimbulkan minat dan kesedaran
masyarakat terhadap al Quran agar usaha pembudayaan al Quran
menjadi kenyataan. Adalah direncanakan selepas MIQP, Mahrajan
peringkat negeri yang berskala lebih besar akan diadakan. IPaQ telah
berhasrat untuk mengadakan karnival bagi ilmu al-Quran di Papar.
Karnival ini melibatkan program-program al-Quran termasuk pameran,
ceramah dan lain-lain program.

54

55

1. PANGKALAN PERGERAKAN IPaQ:

Ibu pejabat pentadbiran IPaQ berpangkalan di tingkat 2, Bangunan MAIS
Kompleks Right Angle, Pusat Perniagaan Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor.
IPaQ mempunyai beberapa kemudahan lain:
a) Akademi Pengajian al-Quran Malaysia (Al-Qalam)

Terdapat beberapa kemudahan seperti bilik pembelajaran, fasiliti percetakan
asas dan mini studio bagi pelaksanaan kelas-kelas atas talian, disamping
penerbitan TV IPaQ

b) Pusat Pembelajaran al-Quran (PPaQ) :
PPaQ mempunyai 3 bilik kelas, tiap-tiap satu boleh memuatkan 20-30 pelajar.
Bilik-bilik ini boleh dibuka menjadi Dewan Kuliah untuk memuatkan 200-300
orang. PPaQ juga mempunyai kamar sidang mesyuarat dan juga kemudahan
untuk pelaksanaan kem.

(Kemudahan-kemudahan IPaQ boleh dimanfaatkan oleh pihak-
pihak yang memerlukan fasiliti untuk mengadakan program-
program atau perjumpaan/mesyuarat yang sesuai. Sila hubungi
pejabat IPaQ 03-79315329)

56

c) Akademi pengajian al-Quran Sabah (APaQS) (Cawangan Semporna)
Kompleks APaQS ini terletak di Jalan Batu Kapur, Bugaya Semporna, Sabah.
Kemudahan ini telah dibangunkan dengan memanfatkan kompleks milik
Yayasan Sabah.
Kemudahan di APaQS: rumah pejabat, ruang-ruang kuliah, dewan utama,
asrama putera dan asrama puteri, surau dan rumah penyelia.

d) Madrasah Darul Huda, Stung Treng, Kemboja

Madrasah Darul Huda (MDH) merupakan madrasah angkat Yayasan IPaQ
dan Yayasan IMPAK. IPaQ membantu dari segi pembelajaran dan
pembangunan dalam pendidikan. MDH dipimpin oleh Ustaz Syafie
Muhammad dan sekarang jumlah pelajar seramai 150 orang.

57

2. PETA PELAKSANAAN
i.Peta Semenanjung

58

ii.Peta Sabah dan Sarawak
iii. Peta Luar Negara

59

3. SENARAI ENTITI JALINAN KERJASAMA

60

4. TAQWIM PELAKSANAAN

Sejak penubuhan-nya pada 13hb Mei 2013, dari bibit-bibit usaha permulaan,
IPaQ telah berkembang, bukan sahaja dari segi bidang-bidang aktiviti,
pengluasan capaian program-program, tetapi juga dari segi keberhasilannya.
Berikut merupakan ringkasan pelaksanaan usaha dan pencapaian dari 2017
hingga kini.

SILA IMBAS

PROGRAM PEMBASMIAN BUTA HURUF
AL-QURAN

5. TESTIMONI KEBERHASILAN DAN PENCAPAIAN IPaQ

i) Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, Mantan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), “…..pemaparan
ABAHATA ini adalah yang paling bermakna kepada saya……”

ii) YBhg Dato’ Bungsu @Abdul Aziz, Mufti Negeri Sabah: “ …. ABAHATA
adalah kaedah yang terbaik di negeri kita untuk mempelajari al-Quran
dalam ruang lingkup masa yang singkat…..tetapi BERKESAN, EFISYEN
dan EFEKTIF”

iii) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Yusoff, Pengarah Centre of Quranic Research UM.
“…..ABAHATA telah dinilai oleh CQR UM dan telah terbukti yang paling
efektif setelah menguji 4 sistem kepada insan-insan istimewa, hiperaktif
dan autistik”.

iv) Ustaz Wan Ainuddin Hilmi b Abdullah “…..kaedah ABAHATA amat
membantu untuk kanak-kanak dan orang yang baru nak mengenali al-
Quran dengan cara yang cepat…”

v) Datin Shireen “..Salina merupakan anak saya yang sulung. Beliau anak
istimewa, autistik Sebelum ini, saya telah menghantar ke banyak pusat
pengajian al-Quran. Akhirnya saya berjumpa dengan kaedah
ABAHATA. Selepas belajar 30 jam, Salina telah boleh membaca dan
menulis, Alhamdulillah”

vi) En Shaari N. Ladue “….Saya berasal daripada Amerika. Sebelum ini
saya tidak boleh membaca al-Quran dan menulis. Alhamdulillah dalam
tempoh 18 jam saya sudah boleh membaca dan menulis….. ABAHATA
memang best!!!”

vii) Halimah Ma Meng Jia “…….Saya seorang Muslim dari Yunan, China.
Tapi tidak tahu membaca al-Quran. Setelah 20 jam mengikut ABAHATA
saya boleh membaca dan menulis al-Quran”

viii) Imelda, Filipina “…..kaedah ABAHATA amat sesuai bagi mualaf seperti
saya….untuk belajar membaca al-Quran”

ix) Nur Fazira, Ranau Sabah “…dari zero kini saya telah boleh membaca
dan menulis rasm al-Quran”

x) Nur Nataasya, mualaf Ipoh“….walaupun saya telah memeluk agama
Islam sejak 15 tahun tapi hanya selepas belajar ABAHATA saya boleh
mebaca al-Quran….dan menulis rasm al-Quran”

xi) Ustaz Shafie, Mudir Madrasah Darul Huda, kemboja “…..saya telah
mengunakan kaedah ABAHATA untuk anak-anak madrasah untuk
mengenal huruf hijaiyah dan sambung….kaedah ini memang
berkesan, sungguh cepat!….sekarang mula mengunakan
pembelajaran al-Quran seterusnya”

xii) Tuan Mohamad Bin Haji Marzuki, Pengurus Ladang Tiger, Sime Darby
Plantation, Tawau, Sabah “…….syukur kehadrat Allah SWT saya telah
boleh membaca al-Quran walaupun sebelum ini saya tidak boleh
membaca. Saya juga melihat perkembangan ini kepada isteri dan
anak saya setelah mengikuti kelas ABAHATA”

xiii) Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee “ …. Institut ini ada
satu sistem di mana dia boleh memberi kemudahan yang cepat
mengenali huruf dan membaca al-Quran iaitu sistem ABAHATA”

62

6. BARISAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

63

CARTA ORGANISASI AKADEMI PENGAJIAN AL-QURAN SABAH (SEMPORNA) (APAQS)
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH (LPA)
INSTITUT PENGAJIAN AL-QURAN (IPAQ)
PENASIHAT APAQS :

PROF DATO DR ZULKIFLI BIN HAJI MOHD YUSOFF
(PENGERUSI LPA IPAQ)

DATUK SS AZIZ @ BUNGSU (MUFTI SABAH)
JAWATANKUASA PENGURUSAN APAQS
DR TAJUDDIN BIN JALI (PENGERUSI)
USTAZAH SHARIFAH BINTI MOHD NOR

CHE MOHD ROZAIHAN BIN CHE ROSLI (SETIAUSAHA)

PENYELARAS APAQS
USTAZ SHARUDDIN BIN SHAWAL

GURU SMK BUGAYA

PENYELIA
UNIT PEMBANGUNAN DAN PROGRAM

SHAHRIL SHAZWAN BIN SHARUDDIN

64

7. SIJIL PENDAFTARAN

65

66


Click to View FlipBook Version