The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Pengurusan Kewangan Akmal Cawangan Sabah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shougun_eclipse, 2021-09-09 22:27:32

Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Pengurusan Kewangan

Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Pengurusan Kewangan Akmal Cawangan Sabah

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

RINGKASAN EKSEKUTIF

Unit Kewangan AKMAL Cawangan Sabah membuat pelaporan pengurusan
kewangan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Cawangan
Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia berikutan telah diberi
mandat sebagai Pusat Tanggungjawab sendiri. Unit Kewangan Cawangan Sabah
juga dipertanggungjawabkan kepada pihak Pendaftar AKMAL Melaka melalui
prosedur MS ISO 9001:2015 iaitu PK(S).AKMAL.02 Prosedur Penyediaan Bajet,
PK(S) AKMAL.05 Prosedur Perolehan dan PK(S).AKMAL.06 Prosedur
Penyelenggaraan.

Pretasi Perbelanjaan melebihi 95% bagi tahun 2020 dan melebihi 50% bagi
tempoh Januari hingga Jun 2021. Manakala untuk Bil melebihi 14 hari, AP 58(a) dan
AP 59 adalah SIFAR. Semua mesyuarat dan pelaporan Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan dan Akaun (JPKA) telah dilaksanakan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan seperti arahan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10/2008. Seramai 9
pegawai yang menghadiri Kursus berkaitan Kewangan untuk tahun 2020. Tiada
amaun bayaran balik, aduan audit dan surcaj yang dikenakan terhadap anggota
AKMAL Cawangan Sabah.

Secara keseluruhannya, Unit Kewangan AKMAL Cawangan Sabah telah
menjalankan amanah yang diberikan dengan amat baik dimana proses kewangan
dilakukan mengikut Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan, Surat
Pekeliling Perbendaharaan dan kehendak MS ISO 9001:2015.

……………………………..

Saufe Bin Yahya
Pengarah Cawangan
Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
Cawangan Sabah.

1

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA
SURAT
RINGKASAN EKSEKUTIF
1
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.0. LATAR BELAKANG AKMAL CAWANGAN SABAH 6-13
2.1. VISI DAN MISI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA 14
2.1.1. HURAIAN VISI JKDM 15
2.1.2. HURAIAN MISI JKDM 16
2.2. ETIKA JKDM 17-18
2.3. PENGENALAN AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA 19
( AKMAL )
2.3.1 MISI AKMAL 20
2.3.2 VISI AKMAL 21
2.4. PERJAWATAN DI AKMAL CAWANGAN SABAH 22
2.5. CARTA ORGANISASI AKMAL CAWANGAN SABAH 23-25
2.6. PERLAKSANAAN KURSUS 25-26
2.6.1 PRESTASI KEHADIRAN PESERTA KURSUS 27
2.6.2 PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI AKMAL
2.7. JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN
PENGURUSAN KEWANGAN AKADEMI KASTAM DIRAJA
MALAYSIA DAN CARTA ORGANISASI PENDAFTAR,

2

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

CAWANGAN SABAH 28-29
2.7.1 FUNGSI BAHAGIAN KEWANGAN 30-32
2.7.1 LAPORAN AKTIVITI / KRITERIA PENILAIAN
33
ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN INOVASI 34
PENGURUSAN KEWANGAN
2.8. PENCAPAIAN KUALITI AKMAL CAWANGAN SABAH
2.9. MESYUARAT DAN PELAPORAN APMC

PENGURUSAN KEWANGAN 35-39
3.1. PRESTASI PERBELANJAAN AKMAL CAWANGAN SABAH
3.2. PRESTASI PEMBAYARAN AKMAL CAWANGAN SABAH 40
3.3. PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN 41
42
KESIMPULAN
PENUTUP
LAMPIRAN

3

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

SENARAI GAMBAR MUKA
SURAT
No. PERKARA
1 Bangunan Pejabat Pentadbiran AKMAL Sabah 6
2 Ruang Lobi, Bangunan Pejabat Pentadbiran AKMAL Sabah 7
3 Dewan Paduka Mat Salleh 7
4 Dewan Siber 8
5 Kawasan Letak Kereta Kenderaan Jabatan 8
6 Asrama AKMAL Cawangan Sabah 9
7 Mess Pegawai 10
8 Bilik Peserta Kursus 11
9 Ruang Legar Asrama 12
10 Bilik Rekreasi, AKMAL Cawangan Sabah 12
11 Sijil – Sijil Kualiti AKMAL Cawangan Sabah 30

SENARAI JADUAL MUKA
SURAT
No. PERKARA
20
1 Perjawatan di AKMAL Cawangan Sabah 22 – 23
24 – 25
2 Prestasi Pelaksanaan Kursus
26
3 Kehadiran Peserta Kursus
29-31
4 Pencapaian Objektif Kualiti AKMAL Cawangan Sabah
33
5 Kriteria Penilaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan 34
Kewangan
34
6 Tarikh dan tempat Mesyuarat APMC dilaksanakan.
7 Prestasi perbelanjaan

8 Penyata Bil Telah Sempurna Bayaran

4

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

9 Tarikh Mesyuarat JPKA 35
36-38
10 Pegawai AKMAL Cawangan Sabah yang Menghadiri Kursus
Kewangan 2020 dan Januari – Jun 2021 39

11 Auditan Kewangan AKMAL Cawangan Sabah 2020 dan 2021

SENARAI CARTA MUKA
No. PERKARA SURAT
1 Visi Dan Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia
14
2 Carta Organisasi AKMAL Cawangan Sabah
21
3 Unit Kewangan, AKMAL Cawangan Sabah
27

LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN
A PERKARA
B
Perancangan Perbelanjaan 2020 & 2021
C Prestasi Pembayaran Bil (aprt-035) bagi tahun 2020 dan sehingga Jun
D 2021
E Mesyuarat Dan Pelaporan APMC sehingga Suku Keempat 2020 dan
sehingga Suku Kedua tahun 2021.
F Pemeriksaan Mengejut AP309 & AP308
Minit Mesyuarat JPKA AKMAL Sabah sehingga Suku Tahun Keempat
2020 dan sehingga Suku Kedua tahun 2021
Penyediaan Penyata Penyesuaian Vot tahun 2020 dan sehingga Jun
2021

5

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.0. LATAR BELAKANG AKMAL CAWANGAN SABAH

AKMAL Cawangan Sabah telah ditubuhkan pada 17.7.1989 di kawasan
Kompleks Perumahan Kastam, Manggatal, Kota Kinabalu Sabah. AKMAL Sabah
terdiri daripada 3 buah blok bangunan iaitu Bangunan Pejabat dan Bilik Kuliah,
Bangunan Asrama dan Dewan Makan serta Bilik Rekreasi dan Stor. AKMAL Sabah
terletak di Kilometer 18, Jalan Sepanggar, Manggatal iaitu di dalam kawasan
perumahan JKDM Sabah.

Gambar 1: Bangunan Pejabat Pentadbiran AKMAL Sabah.

6

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Gambar 2: Ruang Lobi, Bangunan Pentadbiran AKMAL Sabah.

Gambar 3: Bilik Kuliah / Dewan Paduka Mat Salleh

7

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Gambar 4: Dewan Siber

Gambar 5: Kawasan Letak Kereta Kenderaan Jabatan

8

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Gambar 6: Bangunan Asrama

9

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Gambar 7: Mess Pegawai

10

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Gambar 8: Bilik Peserta Kursus

11

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Gambar 9: Ruang Legar Asrama

Gambar 10: Dewan Rekreasi.

12

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Gambar 11 : Slogan i-SPEED

13

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.1. VISI & MISI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

VISI

Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia

MISI
Memungut Hasil dan Memberi fasilitasi perdagangan

melalui penguatkuasaan dan pematuhan undang-
undang bagi memacu pertumbuhan ekonomi,

memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan
rakyat.

Carta 1: Visi Dan Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

14

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.1.1. HURAIAN VISI JKDM

Perkhidmatan Kastam Bertaraf Dunia merujuk kepada peranan utama Jabatan
Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam menyediakan sistem penyampaian
perkhidmatan yang diiktiraf peringkat dunia dalam konteks:

• Pembentukan dasar dan sistem perkastaman dengan penglibatan jabatan
secara proaktif dan menyeluruh di peringkat serantau dan antarabangsa.

• Menyediakan perkhidmatan yang memenuhi semua konvensyen, amalan
dan prosedur antarabangsa.

• Mempraktikkan perkhidmatan yang harmoni dengan konvensyen-
konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan kastam.

• Mempunyai kerangka berkanun bagi menguatkuasakan perundangan
jabatan dan perundangan-perundangan lain di dalam dan luar negara.

• Memiliki pegawai-pegawai pakar yang diiktiraf dalam bidang perkastaman
dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

• Memiliki pensijilan dan mengamalkan sistem atau prosedur kerja kastam
yang diiktiraf oleh MS ISO.

• Melaksanakan amalan-amalan terbaik yang diiktiraf di peringkat global.

• Memberi perkhidmatan yang memenuhi ekspektasi yang maksimum kepada
pelanggan dan stakeholders.

• Memperkasakan dan meningkatkan hubungan kerjasama bilateral dan
multilateral di peringkat serantau dan antarabangsa.

• Memiliki perkhidmatan yang berintegriti tinggi,pantas, profesional,
cekap,berkesan dan dinamik serta tadbir urus jabatan yang telus dan
berakauntabiliti

15

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.1.2. HURAIAN MISI JKDM
Misi JKDM direalisasikan melalui tiga peranan utama iaitu :

• Memungut hasil negara merujuk kepada peranan utama jabatan sebagai
agensi kerajaan yang memungut hasil negara melalui kutipan cukai tidak
langsung.

• Memberi fasilitasi perdagangan merujuk kepada pemberian kemudahan
perdagangan dan pengecualian cukai dalam sektor perdagangan dan
perindustrian bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara dan
kesejahteraan rakyat.

• Penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang merujuk kepada peranan
jabatan dalam menguatkuasa dan memastikan pematuhan perundangan
yang ditadbir dan undang-undang lain yang dikuatkuasakan oleh jabatan
bagi membendung penyeludupan barang dan penyelewengan hasil serta
menjamin keselamatan negara dan rakyat.

16

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.2. ETIKA JKDM
Etika JKDM adalah seperti berikut:

Amanah Berkhidmat
AMANAH berkhidmat kepada masyarakat, jabatan dan negara dengan
bertanggungjawab dan jujur, tidak menyeleweng, menyalahgunakan kuasa dan
pecah amanah.

AMANAH di dalam berusaha membangunkan kemajuan diri dan perkhidmatan
melalui penghayatan nilai-nilai ilmiah yang praktikal dalam segala tindakan dan
keputusan serta menjauhkan diri dari sikap negatif yang merugikan.

AMANAH dan tegas menegakkan kebenaran dan keadilan berlandaskan
undang-undang dan peraturan, yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran
serta sentiasa berusaha menguasai pengaruh sentimen prasangka dan hasad
dengki.

Ikhlas
IKHLAS memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara-perkara yang
baik dan berfaedah.
IKHLAS memberi dan menerima teguran yang baik serta bersedia mengakui
kelemahan yang ada, disamping berusaha untuk mengatasinya.
IKHLAS berkhidmat kepada masyarakat, jabatan dan negara serta merasa
bangga di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.

17

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Dedikasi
DEDIKASI dalam memberi perkhidmatan dengan menggunakan sepenuh daya,
tenaga dan kesempatan ke arah melaksanakan dan menyempurnakan segala
tanggungjawab.

DEDIKASI dalam mencari kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang
baik untuk kepentingan kerjaya dan perkhidmatan.

DEDIKASI memimpin melalui teladan dan amalan yang luhur ke arah memupuk
persefahaman, perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan ‘esprit de corps’
di kalangan semua pegawai dan kakitangan.

18

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.3. PENGENALAN AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA ( AKMAL )

Visi, Misi, Matlamat dan Objektif AKMAL dirangka supaya selaras serta
selari dengan Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Jabatan Kastam Diraja
Malaysia.

2.3.1. VISI AKMAL
Akademi Kastam Bertaraf Dunia

2.3.2. MISI AKMAL
Membangunkan AKMAL sebagai :

a. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, efektif dan
berinovatif.

b. Membangunkan modal insan yang profesional dan diiktiraf melalui
latihan terancang serta berkualiti.

c. Meneraju kecemerlangan latihan melalui kerjasama dengan
pelbagai agensi di peringkat nasional dan antarabangsa.

d. Memperluaskan peranan AKMAL sebagai pusat konsultasi
perkastaman dalam dan luar negara.

19

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.4. PERJAWATAN DI AKMAL CAWANGAN SABAH

JAWATAN GRED BIL.JAWATAN BIL. BIL.
Pengarah Cawangan AKMAL WK52 ISI KOSONG

1 1-

Penolong Kanan Pengarah WK48 1 1-
Kastam II

Penolong Pengarah Kastam WK44 1 1 -
1 -
Penguasa Kastam WK41 1
4 -
Pembantu Penguasa Kastam WK19/ 4
WK22 2 1 1
PembantuTadbir ( Perkeranian 1 0 1
/ Operasi) N19/N22 1 -
1 -
Pembantu Operasi N11/N4 11 2

Pemandu Kenderaan H14 1

Pemandu Kenderaan H11 1
JUMLAH 13

Jadual 1: Perjawatan AKMAL Sabah

Sehingga Jun 2021, bilangan anggota di AKMAL Cawangan Sabah adalah
seramai 11 orang. Pada tahun 2020, AKMAL Cawangan Sabah telah mencapai 100%
pegawai mengikuti latihan 7 hari setahun seperti yang digariskan di dalam Dasar
Latihan Sektor Awam.

20

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.5. CARTA ORGANISASI AKMAL CAWANGAN SABAH

Carta 2: Carta Organisasi AKMAL, Cawangan Sabah

Unit Kewangan diketuai oleh Puan Safiah Binti Anis sebagai Pendaftar AKMAL
Cawangan Sabah dan dianggotai oleh dua orang Pembantu Penguasa Kastam Puan
Efah Yuliana Binti Alwi dan Pembantu Penguasa Kastam Puan Fionalin Olivia Toluod.

21

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.6. PRESTASI PELAKSANAAN KURSUS

AKMAL Sabah diberi tanggungjawab dan diarahkan untuk melaksanakan 12
kursus bagi tahun 2020. Berikut ialah rumusan prestasi bagi kursus-kursus yang telah
dilaksanakan di AKMAL Cawangan Sabah:-

KURSUS/PROGRAM PELAKSANAAN KURSUS KURSUS KURSUS KURSUS
12 BATAL PINDAH MENANTI
LAKSANA AD-HOC JUMLAH
3 23 7 4 0

BI TEMPOH KUMPULAN PESERTA PESERTA PENCAPAIAN
NAMA KURSUS
SASAR DIUNDANG HADIR OBJEKTIF ANGGARAN
L KOS

KURSUS CUKAI JUALAN SIRI 1 03/02/202- WK41
(KUMPULAN PENGURUSAN & 06/02/2020
1 HINGGA 41 37 86.41% 6540.00
PROFESIONAL) WK54 25

10/02/2020- WK29
14/02/2020
2 KURSUS ASAS AUDIT HINGGA 25 97.48% 5240.50
WK54

24/02/2020- 40 38 97.87% 5780.50
3 KURSUS PEMANTAPAN JATIDIRI 28/02/2020 TERBUKA -
-
KURSUS COMMODITY WK41 - PINDAH KE
IDENTIFICATION TRAINING ON 09/03/2020- HINGGA
4 11/03/2020 - - AKMAL
- MELAKA
STRATEGIC GOODS WK52

5 KURSUS PENGGUNAAN 16/03/2020- WK41 PINDAH KE
ARBUTUS AUDIT ANALYTICS 20/03/2020 HINGGA - - AKMAL
WK54
MELAKA

KURSUS CUKAI PERKHIDMATAN 23/03/2020- WK41 BATAL
6 SIRI 1 (KUMPULAN 26/03/2020 HINGGA KERANA
WK54 - - WABAK
PENGURUSAN & PROFESIONAL) COVID19

WK41 BATAL
KURSUS KEMAHIRAN PENILAIAN 06/04/2020- HINGGA KERANA
7 09/04/2020 - - WABAK
BARANGAN IMPORT WK54 COVID19

13/04/2020- WK41 BATAL
17/04/2020 KERANA
8 KURSUS KEMAHIRAN AUDIT HINGGA - - - WABAK
WK54 - - COVID19

KURSUS CUKAI JUALAN SIRI 2 20/04/2020- WK41 BATAL
(KUMPULAN PENGURUSAN & 23/04/2020 KERANA
9 HINGGA - WABAK
PROFESIONAL) WK54 COVID19

22

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

11/05/2020- TERBUKA BATAL

BENGKEL PENGHAYATAN -- KERANA
10 RAMADHAN 13/05/2020 -- - WABAK
--
-- COVID19
--
KURSUS ASAS PEMBANTU 15/06/2020- BATAL
PENGUASA KASTAM GRED 14/09/2020
11 WK19 KERANA
- WABAK
WK19
COVID19

7/09/2020- WK19 BATAL
11/09/2020
12 PROGRAM TRANSFORMASI - KERANA
MINDA WABAK

COVID19

12/10/2020- TERBUKA PINDAH KE
15/10/2020
13 KURSUS PRA PERSARAAN WK19 - AKMAL
PEMANTAPAN PENGURUSAN 3/11/2020- HINGGA
5/11/2020 WK48 MELAKA
14 KEWANGAN
PINDAH KE
- AKMAL

MELAKA

106 100 93.93% 17,561.00

Jadual 2: Prestasi Pelaksanaan Kursus

2.6.1. PRESTASI KEHADIRAN PESERTA KURSUS

Sehingga pada tahun 2020, seramai 106 peserta telah hadir mengikuti kursus
di AKMAL Cawangan Sabah. AKMAL Sabah akan terus mengambil usaha untuk
meningkatkan tahap penyertaan kursus ketahap optimum. Secara idealnya, bilik
kuliah serta penginapan di AKMAL Sabah dapat menempatkan peserta kursus
seramai 50 orang. AKMAL Sabah berharap pada masa akan datang, setiap
stesen/negeri dapat mencalonkan peserta dari stesen masing bagi tujuan latihan
pegawai di stesen/ negeri masing-masing. Kerjasama dari pihak AKMAL Melaka dan
Pegawai Latihan Negeri amat diperlukan bagi meningkatkan tahap kehadiran kursus
di AKMAL Sabah.

23

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

BIL NAMA KURSUS TEMPOH KUMPULAN PESERTA PESERTA HADIR
SASAR DIUNDANG

1 KURSUS CUKAI JUALAN SIRI 1 03/02/202- WK41 41 37
(KUMPULAN PENGURUSAN & 06/02/2020 HINGGA
PROFESIONAL) WK54

2 KURSUS ASAS AUDIT 10/02/2020- WK29 25 25
14/02/2020 HINGGA
WK54
3 KURSUS PEMANTAPAN 24/02/2020- 40 38
JATIDIRI 28/02/2020 TERBUKA --

4 KURSUS COMMODITY 09/03/2020- WK41 --
IDENTIFICATION TRAINING 11/03/2020 HINGGA
ON STRATEGIC GOODS WK52
16/03/2020-
5 KURSUS PENGGUNAAN 20/03/2020 WK41
ARBUTUS AUDIT ANALYTICS HINGGA
WK54
6 KURSUS CUKAI 23/03/2020- --
PERKHIDMATAN SIRI 1 WK41
(KUMPULAN PENGURUSAN & 26/03/2020 HINGGA
WK54
PROFESIONAL)
WK41
7 KURSUS KEMAHIRAN 06/04/2020- HINGGA --
PENILAIAN BARANGAN 09/04/2020 WK54 --
IMPORT --
WK41 --
8 KURSUS KEMAHIRAN AUDIT 13/04/2020- HINGGA --
17/04/2020 WK54 --
--
9 KURSUS CUKAI JUALAN SIRI 2 20/04/2020- WK41
(KUMPULAN PENGURUSAN & 23/04/2020 HINGGA
PROFESIONAL) WK54

10 BENGKEL PENGHAYATAN 11/05/2020- TERBUKA
RAMADHAN 13/05/2020
WK19
11 KURSUS ASAS PEMBANTU 15/06/2020-
PENGUASA KASTAM GRED 14/09/2020 WK19
WK19
7/09/2020- TERBUKA
12 PROGRAM TRANSFORMASI 11/09/2020
MINDA
12/10/2020-
13 KURSUS PRA PERSARAAN 15/10/2020

24

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

14 PEMANTAPAN PENGURUSAN 3/11/2020- WK19 - -
KEWANGAN 5/11/2020 HINGGA
WK48

106 100

Jadual 3: Kehadiran Peserta Kursus

2.6.2. PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI AKMAL
PIAGAM PELANGGAN

Kami anggota Akademi Kastam Diraja Malaysia dengan penuh iltizam
menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan program
latihan berkualiti kepada anggota Jabatan dan orang awam yang komited dan
memerlukan latihan, ke arah membangunkan perkhidmatan yang professional.
Kami mengiktirafkan hak-hak klien kami seperti berikut:

a. Mendapat latihan yang mencapai objektif kursus pada tahap minimum 85%;
b. Mendapat kemudahan latihan dan peralatan yang mencukupi serta penginapan

yang selesa pada skor purata minimum 3 dari skala 1 hingga 4;
c. Mendapat bekalan makanan dan minuman yang bersih, berkhasiat dan

bermutu pada skor purata minimum 3 dari skala 1 hingga 4; dan,
d. Mendapat perkhidmatan pensyarah/jurulatih yang kompeten iaitu mencapai

skor purata sekurang-kurangnya 2.75 dari skala 1 hingga 4.

25

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Pencapaian objektif kualiti didokumenkan di dalam MS ISO 9001:2015 iaitu di
dalam Pemberian Perkhidmatan Latihan Pencapaian tersebut diukur melalui:

BIL PERANCANGAN PENCAPAIAN

1. Surat tawaran kursus dihantar kepada semua Pengarah

Bahagian Sumber Manusia Dan Kewangan IbuPejabat, Tiada tawaran kursus
Pengarah Kastam Negeri, Pengarah WP Labuan, dan lewat dihantar
Pemungut Cukai Kastam Persekutuan (PCKP) sekurang-

kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum berkursus.

2. Surat Undangan Peserta dihantar kepada Pengarah

Bahagian Sumber Manusia Dan Kewangan IbuPejabat, Tiada undangan lewat
Pengarah Kastam Negeri, Pengarah WP Labuan, dan dihantar
Pemungut Cukai Kastam Persekutuan (PCKP) sekurang-

kurangnya empat belas (14) hari sebelum berkursus.

3. Pencapaian Objektif Kursus mengikut penilaian peserta Tercapai dengan

hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 85%. purata Pencapaian

Objektif bagi 11 Kursus

adalah 93.45%.

4 Memastikan kegagalan peserta tidak melebihi 5% bagi Semua peserta LULUS
setiap kursus yang melibatkan peperiksaan. dengan jayanya.

5 Melaksanakan sekurang-kurangnya 85% daripada kursus Telah melaksanakan

yang telah dijadualkan dalam Buku Program Latihan 91.66% Kursus yang

Tahunan AKMAL. dijadualkan dalam

Buku Pogram Tahunan

AKMAL

6 Menentukan pensyarah mendapat skor purata minima Tercapai.
2.75 dari skala 1 hingga 4

7 Kursus AD-HOC yang telah dilaksanakan 7 Kursus AD-HOC

telah dilaksanakan

Jadual 4: Pencapaian Objektif Kualiti AKMAL Cawangan Sabah

26

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.7. JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN
KEWANGAN AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA DAN CARTA
ORGANISASI PENDAFTAR, CAWANGAN SABAH

KetuaJawatankuasa : Tuan Saufe Bin Yahya
Setiausaha : Puan Safiah Binti Anis
Urusetia : i) Puan Efah Yuliana Binti Alwi
ii) Puan Fionalin Olivia Toluod

Pengarah Cawangan AKMAL Sabah
Tuan Saufe Bin Yahya

Pengarah Cawangan AKMAL
WK52

Pendaftar (Pentadbiran dan Kewangan)
Puan Safiah Binti Hj. Anis

Penolong Pengarah Kastam
WK44

Pegawai Kewangan
Pn Efah Yuliana Binti Alwi – WK19
Pn Fionalin Olivia Toluod – WK19

Carta 3: Unit Kewangan, AKMAL Cawangan Sabah

27

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.7.1. FUNGSI BAHAGIAN KEWANGAN

Fungsi Bahagian Kewangan AKMAL Cawangan Sabah adalah seperti berikut:

a. Menyedia dan memperakukan dalam Sistem iGFMAS Tuntutan Elaun
Perjalanan para pegawai dan kakitangan bagi menghadiri urusan rasmi
Jabatan.

b. Menyedia dan memperakukan dalam Sistem iGFMAS ke atas Tuntutan Elaun
Kerja Lebih Masa para pegawai.

c. Menyedia dan memperakukan dalam Sistem iGFMAS bagi memproses
Tuntutan bil-bil pembayaran yang dikemukakan ke atas Jabatan.

d. Menyedia dan meluluskan Waran Perjalanan Udara dalam Sistem iGFMAS
bagi pegawai dan kakitangan yang menghadiri urusan rasmi Jabatan.

e. Menyediakan, menyemak dan mengesahkan perubahan kenaikan gaji
kakitangan dengan menandatangani Penyata Perubahan Pendapatan Pegawai
(Kew.8 Pin.10/96) dan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2006).

f. Menyedia pelawaan tawaran harga Pembelian Terus melalui Sistem
ePerolehan, Melulus Pesanan Kerajaan, Membuat Penerimaan
Perkhidmatan/Bekalan, Membuat Padanan Bayaran serta membuat Perakuan
Pembayaran di Sistem iGFMAS.

g. Menyediakan Laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
Jabatan ke Cawangan Pengurusan Kewangan , Ibu Pejabat Kastam Diraja
Malaysia bagi setiap suku tahun.

28

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

h. Menjadi urusetia dan setiausaha bagi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan dan Akaun (JKPA) yang dipengerusikan oleh Pengarah pada setiap
suku tahun.

i. Menjadi urusetia bagi mesyuarat sebutharga Jabatan yang dipengerusikan oleh
Pengarah Cawangan AKMAL.

j. Mengeluarkan Surat Arahan Kerja dan Surat Setuju Terima kepada syarikat-
syarikat yang terpilih dalam mesyuarat Sebutharga.

k. Mengemukakan Draf Perjanjian Kontrak untuk kelulusan ke Ibu Pejabat
Putrajaya bagi syarikat-syarikat yang terpilih untuk kerja-kerja Perkhidmatan
Secara Kontrak.

l. Mengemukakan Perjanjian Kontrak jabatan (setelah mendapat kelulusan dari
Ibu Pejabat) dengan syarikat-syarikat yang terpilih untuk kerja-kerja
Perkhidmatan Secara Kontrak.

2.7.2 LAPORAN AKTIVITI / KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN DAN INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN

Kriteria Penilaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan adalah

seperti berikut:

BIL KRITERIA 2020 JAN – JUN
2021
1 Prestasi Perbelanjaan (tidak termasuk 98.45%
52.61%
tanggungan)

2 Perancangan Perbelanjaan  

2.1 2.1 Perjanjian Prestasi 

2.2 2.2 Penyediaan Unjuran Aliran Tunai setiap Suku 
Tahun 

2.3 2.3 Jadual Pelan Tindakan

29

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

3 Pembayaran Bil Di Bawah AP58(a) Sifar Sifar

4 Perbelanjaan Melebihi Peruntukan Tiada Tiada

Negatif Negatif

5 Prestasi Pembayaran Bil (aprt-035) 100% 100%

Pembayaran Pembayaran

Bil dalam 14 Bil dalam 14

Hari Hari

6 Pembayaran Bil Melebihi 14 Hari (aprt-035) Sifar Sifar

7 Mesyuarat dan Pelaporan APMC Dalam Tempoh  
Yang Ditetapkan 1PP – PB1.1 Bajet Berasaskan

Outcome

7.1 Laporan APMC Bil. 1/2020 
7.2 Laporan APMC Bil. 2/2020 

7.3 Laporan APMC Bil. 3/2020 

7.4 Laporan APMC Bil. 4/2020 
7.5 Laporan APMC Bil. 1/2021 

7.6 Laporan APMC Bil. 2/2021 

8 Pemeriksaan Mengejut: 

9.1 AP 309 (Dilaksanakan oleh Ketua Jabatan / Ketua

Cawangan setiap 6 bulan sekali)

AP 308 (Dilaksanakan oleh Pegawai Kanan lain

yang dilantik oleh Ketua Jabatan)  
9 Mesyuarat dan Pelaporan JPKA dalam tempoh

yang ditetapkan (1PP – PS 5.1 Garis Panduan

Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan

Kewangan dan Akaun) 
9.1 Mesyuarat JPKA Bil. 1/2020 
9.2 Mesyuarat JPKA Bil. 2/2020

9.3 Mesyuarat JPKA Bil. 3/2020 
9.4 Mesyuarat JPKA Bil. 4/2020 
9.5 Mesyuarat JPKA Bil. 1/2021


9.6 Mesyuarat JPKA Bil. 2/2021 

10 Pembayaran Bil di bawah AP59 Sifar Sifar

30

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

11 Penyediaan Penyata Penyesuaian (Vot/Amanah/ Patuh Patuh

Hasil) dalam tempoh yang ditetapkan Peraturan Peraturan

12 Peratusan ABT Emolumen terlebih bayar Tidak Tidak

dikurangkan Berkaitan Berkaitan

13 Pegawai kewangan yang menghadiri kursus 

Pengurusan Kewangan sekurang-kurangnya 1

hari setahun

14 Langkah-langkah Penjimatan ke arah Ada Ada

Perbelanjaan Berhemah

15 Kuiri Audit berkenaan Pengurusan Kewangan Sifar Sifar

daripada Jab. Audit Negara / Jab. Akauntan

Negara / Audit Dalam Perbendaharaan

18 Inovasi Proses Kerja Dalam Pengurusan Ada Ada

Kewangan

Jadual 5: Kriteria Penilaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan

31

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.8 PENCAPAIAN KUALITI AKMAL CAWANGAN SABAH

AKMAL Cawangan Sabah telah dianugerahkan Sijil EKSA yang berakhir
pada 14 Ogos 2021 dan Sijil Cemerlang Naziran 2016 yang dianugerahkan
oleh Jabatan Akauntan Negara Negeri Sabah.

Gambar 12 : Sijil –Sijil Kualiti AKMAL Cawangan Sabah

32

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

2.9. Mesyuarat Dan Pelaporan APMC sehingga Suku Keempat 2020 dan
sehingga Suku Kedua tahun 2021.

Mesyuarat Dan Pelaporan Prestasi Aktiviti / Activity Performance Management
Committee (APMC) telah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dibuat setiap
suku tahun (Salinan Minit Mesyuarat seperti di Lampiran C).Tarikh mesyuarat APMC
yang diadakan adalah seperti berikut:

Bil Mesyuarat APMC Tarikh Tempat
1 Bilangan Pertama 2020
2 Bilangan Kedua 2020 07 Januari 2020 Bilik Mesyuarat, Akmal
3 Bilangan Ketiga 2020 30 April 2020 Cawangan Sarawak
Secara Edaran Melalui Emel
4 Bilangan Keempat 2020
23 Julai 2020 Dewan Tun Tan Siew Sin
5 Bilangan Pertama 2021 Akmal, Melaka
6 Bilangan Kedua 2021
Riau 6, Hotel Avilion Port
07 Oktober 2020 Dickson

Negeri Sembilan

27 Januari 2021 Secara Dalam Talian

19 April 2021 Bilik Mesyuarat Sepakat

Jadual 6: Tarikh dan tempat Mesyuarat APMC dilaksanakan.

33

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

3.1. PRESTASI PERBELANJAAN AKMAL CAWANGAN SABAH

Tahun Peratusan Prestasi Perbelanjaan
2020 98.45 %
Januari – Jun 2021 52.61 %

Jadual 7: Prestasi perbelanjaan

3.2. PRESTASI PEMBAYARAN AKMAL CAWANGAN SABAH

AKMAL Sabah mensasarkan agar pembayaran bil hendaklah di bawah 7 hari.

Berikut adalah Laporan Prestasi Pembayaran Bil:

Bil Telah Sempurna Bayaran

Bilangan Jumlah Bil Jumlah Bil
hari
Bagi Tahun Nilai (RM) Bagi Januari Nilai (RM)
0-7 hari 2020 – Jun 2021

234 604,992.76 85 194,515.55

8-14 Sifar Sifar Sifar Sifar

Lebih 14 hari Sifar Sifar Sifar Sifar

Jadual 8: Penyata Bil Telah Sempurna Bayaran

Bagi tempoh tahun 2020 Bil didaftarkan ialah 234 bil dan jumlah Pesanan
Kerajaan yang dijana melalui Sistem e-Perolehan ialah 93 bil. Manakala bagi tempoh
Januari hingga Jun 2021 Bil didaftarkan ialah 85 bil dan Pesanan Kerajaan yang
dijana melalui Sistem ePerolehan ialah 56 bil.

34

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

3.3 PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN

Mesyuarat dan Pelaporan JKPA telah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan
iaitu dibuat setiap suku tahun (Salinan Minit Mesyuarat seperti di Lampiran E).Tarikh
mesyuarat JKPA di AKMAL Cawangan Sabah adalah seperti berikut:

Bil Mesyuarat JPKA Tarikh
1 Suku Tahun Pertama 2020 24 April 2020
2 Suku Tahun Kedua 2020 02 Julai 2020
3 Suku Tahun Ketiga 2020 05 Oktober 2020
4 Suku Tahun Keempat 2020 11 Januari 2021
5 Suku Tahun Pertama 2021 01 April 2021
6 Suku Tahun Kedua 2021 05 Julai 2021

Jadual 9: Tarikh Mesyuarat JPKA di AKMAL Cawangan Sabah

Bagi tahun 2020 dan sehingga Jun 2021, tiada pengurusan pembayaran di
bawah Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) yang bermaksud bagi sesuatu perolehan
yang telah dilakukan tanpa mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa di
AKMAL Cawangan Sabah.

AKMAL Cawangan Sabah menyedia dan menghantar Laporan Terimaan setiap
bulan. Laporan Terimaan akan dihantar ke Bahagian Akaun Kementerian Kewangan,
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Seksyen Pemantauan, Putrajaya dalam
tempoh 10 hari setiap awal bulan berikutnya.

35

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

AKMAL Cawangan Sabah juga telah menghantar pegawai-pegawai AKMAL
untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan. Pegawai
Kewangan yang menghadiri kursus bagi 2020 adalah seperti berikut:

Bil Nama Pegawai Nama Kursus Tarikh Tempat

1 Saufe Bin Yahya Bengkel Pelupusan

Rekod Jabatan 21-22 September

2020

Taklimat tatacara

perolehan sebut harga & AKMAL Sabah

tender 06 Oktober 2020

Taklimat Perakaunan
Terimaan & Hasil Kerjaan 09 Oktober 2020

Kursus e-Perolehan 17 – 18 Mac 2021

2 Rosdi Bin Muda Bengkel Pelupusan 21-22 September
Rekod Jabatan 2020
AKMAL Sabah
Taklimat tatacara 06 Oktober 2020
perolehan sebut harga &
tender

Taklimat Perakaunan
Terimaan & Hasil Kerjaan 09 Oktober 2020

Kursus e-Perolehan 17 – 18 Mac 2021

3 Safiah Binti Anis Kursus Carta Akaun JANM Sabah
AKMAL Sabah
Akruan (CAA) & Piawaian 29 September 2020

Perakaunan Sektor

Awam Malaysia (MPSAS)
– Siri 1

Bengkel Pelupusan 21-22 September
Rekod Jabatan 2020

Taklimat tatacara 06 Oktober 2020
perolehan sebut harga &
tender

Taklimat Perakaunan
Terimaan & Hasil Kerjaan 09 Oktober 2020

36

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Kursus e-Perolehan 17 – 18 Mac 2021

4 Saiful Bahari Kursus Pengurusan 3-5 Mac 2020 AKMAL Melaka
Bin Jatlee Perolehan Kerajaan AKMAL Sabah
(Siri1/2020) 21-22 September AKMAL Sabah
Bengkel Pelupusan 2020
Rekod Jabatan 06 Oktober 2020 AKMAL Sabah
Taklimat tatacara 09 Oktober 2020
perolehan sebut harga & 17 – 18 Mac 2021 AKMAL Sabah
tender
Taklimat Perakaunan
Terimaan & Hasil Kerjaan
Kursus e-Perolehan

5 Teo Mei Cheng Bengkel Pelupusan 21-22 September
Rekod Jabatan 2020

Taklimat tatacara 06 Oktober 2020
perolehan sebut harga &
tender

Taklimat Perakaunan
Terimaan & Hasil Kerjaan 09 Oktober 2020

Kursus e-Perolehan 17 – 18 Mac 2021

6 Haezzel Bisa Bengkel Pelupusan 21-22 September
Rekod Jabatan 2020

Taklimat tatacara 06 Oktober 2020
perolehan sebut harga &
tender

Taklimat Perakaunan
Terimaan & Hasil Kerjaan 09 Oktober 2020

Kursus e-Perolehan 17 – 18 Mac 2021

7 Abdul Razak Bin Bengkel Pelupusan 21-22 September
2020
Rayah Rekod Jabatan

Taklimat tatacara 06 Oktober 2020
perolehan sebut harga &
tender

Taklimat Perakaunan
Terimaan & Hasil Kerjaan 09 Oktober 2020

Kursus e-Perolehan 17 – 18 Mac 2021

37

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

8 Efah Yuliana Binti Kursus Carta Akaun 29 September 2020 JANM Sabah

Alwi Akruan (CAA) & Piawaian

Perakaunan Sektor

Awam Malaysia (MPSAS)
– Siri 1

Bengkel Pelupusan 21-22 September AKMAL Sabah
Rekod Jabatan 2020

Taklimat tatacara 06 Oktober 2020
perolehan sebut harga &
tender

Taklimat Perakaunan
Terimaan & Hasil Kerjaan 09 Oktober 2020

Kursus e-Perolehan 17 – 18 Mac 2021

9 Fionalin Olivia Bengkel Pelupusan 21-22 September AKMAL Sabah
Toluod Rekod Jabatan 2020

Taklimat tatacara 06 Oktober 2020
perolehan sebut harga &
tender

Taklimat Perakaunan 09 Oktober 2020
Terimaan & Hasil Kerjaan 17 – 18 Mac 2021

Kursus e-Perolehan

Jadual 10: Pegawai AKMAL Cawangan Sabah yang
menghadiri Kursus Kewangan 2020 sehingga Jun 2021.

38

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

AKMAL Cawangan Sabah telah diaudit sebanyak satu (2) kali setakat sehingga
Jun 2021. Butiran dan dapatan auditan adalah seperti berikut:

Bil Perkara Tarikh Kuiri Catatan

1 Akaun Amanah 26/12/2021 Tiada Hasil auditan telah diterima
Bagi Tahun 2019 15/02/2021
dan Jabatan Audit Negara
2 Akaun Amanah
Bagi Tahun 2020 Negeri Sabah telah

mengesahkan bahawa baki

Penyata Terimaan dan

Bayaran Akaun Amanah

adalah Sama.

Tiada Pihak audit mendapati
pembayaran dan terimaan
bagi Akaun Amanah
berkenaan adalah baik dan
teratur.

Jadual 11: Auditan Kewangan AKMAL Cawangan Sabah 2021

39

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

4.0. KESIMPULAN

AKMAL Cawangan Sabah telah membelanjakan 98.45% daripada peruntukan
yang diberikan pada 2020 dan 52.61% daripada peruntukan 2021 sehingga Jun 2021.
Jumlah Bil yang didaftarkan bagi tempoh Januari hingga Disember 2020 ialah 234 bil
dan sehingga Jun 2021 ialah 85 bil. Bagi Perolehan Kerajaan Melalui Sistem e-
Perolehan pula, jumlah pesanan kerajaan yang dikeluarkan bagi tahun 2020 ialah 93
Pesanan manakala bagi tempoh Januari sehingga Jun 2021 ialah 56 Pesanan.

Mesyuarat dan Pelaporan JKPA pula telah dilakukan dalam tempoh yang
ditetapkan iaitu dibuat setiap suku tahun. Bagi tahun 2020 dan sehingga Jun 2021,
tiada pengurusan pembayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) yang
bermaksud bagi sesuatu perolehan yang telah dilakukan tanpa mematuhi peraturan
kewangan yang berkuatkuasa.

Pengarah Cawangan AKMAL melalui Mesyuarat JKPA Bil 1/2020 telah
memaklumkan tentang langkah-langkah penjimatan berhemah selaras dengan
saranan pihak pengurusan tertinggi JKDM dan juga perlaksanaan program EKSA
menekankan kepada penjimatan utiliti. Tiada aduan kewangan yang diterima oleh
AKMAL Cawangan Sabah sehingga Disember 2020. Unit Kewangan AKMAL
Cawangan Sabah bertanggungjawab untuk memantapkan sistem pengurusan
kewangan dan aktiviti AKMAL Cawangan Sabah secara ekonomi, cekap dan
berkesan berpandukan kawalan dalaman dan mematuhi kehendak peraturan
kewangan kerajaan di samping untuk meningkatkan akauntabiliti, menghindari
daripada unsur penyelewengan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa.

40

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

5.0. PENUTUP

AKMAL Cawangan Sabah telah mengikuti segala garis panduan pengurusan
kewangan seperti kehendak pekeliling atau peraturan perbendaharaan yang sedang
dikuatkuasakan seperti Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan
Surat Pekeliling Perbendaharaan. Selain daripada itu, AKMAL Cawangan Sabah
telah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh PK(S).AKMAL.02 Prosedur Penyediaan
Bajet, PK(S) AKMAL.05 Prosedur Perolehan dan PK(S).AKMAL.06 Prosedur
Penyelenggaraan. AKMAL Cawangan Sabah telah berjaya mentadbir serta
menguruskan pengurusan kewangan dengan amat baik dan sentiasa mengikut garis
panduan yang ditetapkan.

41

AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA CAWANGAN SABAH

LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Perancangan Perbelanjaan 2020 & 2021
B Prestasi Pembayaran Bil (aprt-035) bagi tahun 2020 dan sehingga Jun

2021
C Mesyuarat Dan Pelaporan APMC sehingga Suku Keempat 2020 dan

sehingga Suku Kedua tahun 2021.
D Pemeriksaan Mengejut AP309 & AP308
E Minit Mesyuarat JPKA AKMAL Sabah sehingga Suku Tahun Keempat

2020 dan sehingga Suku Kedua tahun 2021
F Penyediaan Penyata Penyesuaian Vot tahun 2020 dan sehingga Jun

2021

42


Click to View FlipBook Version