1
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
JADUAL ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Ringkasan Eksekutif
2.0 Visi & Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia 1
3.0 Etika Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2
4.0 Pengenalan AKMAL Melaka 3
5.0 Visi AKMAL 4
6.0 Misi AKMAL 6
7.0 Dasar Latihan AKMAL 6
8.0 Piagam Pelanggan AKMAL 6
9.0 Pencapaian Objektif AKMAL 6
10.0 Latar Belakang Akmal Cawangan Langkawi 7
11.0 Waran Perjawatan AKMAL Cawangan Langkawi 8
12.0 Carta Organisasi AKMAL Cawangan Langkawi 16
13.0 Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan 17
18
Pengurusan Kewangan Akmal Cawangan Langkawi
14.0 Fungsi Unit Kewangan AKMAL Cawangan Langkawi 18
15.0 Pencapaian Objektif Kualiti Akmal Cawangan 19
Langkawi 20
16.0 Pengurusan Kewangan AKMAL Cawangan
22
Langkawi 23
17.0 Prestasi Perbelanjaan Akmal Cawangan Langkawi
18.0 Prestasi Pembayaran Akmal Cawangan Langkawi
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
19.0 Kesimpulan 25
20.0 Penutup 26
SENARAI JADUAL
BIL PERKARA MUKA
1 Pencapaian Objektif Kualiti AKMAL SURAT
7
2 Waran Perjawatan AKMAL Cawangan Langkawi 16
3 Jadual Mesyuarat JPKA 21
4 Prestasi Perbelanjaan Tahun 2020 23
5 Prestasi Perbelanjaan Bulan Januari hingga Julai 23
Tahun 2021
6 Laporan Prestasi Proses Pembayaran Bil Sempurna 24
Tahun 2020
7 Laporan Prestasi Proses Pembayaran Bil Sempurna 25
Bulan Januari Hingga Julai Tahun 2021
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Surat Panggilan Mesyuarat Kewangan Dan Akaun (JKPA)
B Laporan Kedudukan VOT 2020
C Laporan Kedudukan VOT 2021
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
D Laporan Prestasi Proses Pembayaran Bil / Invois
Sempurna Tahun 2020
E Laporan Prestasi Proses Pembayaran Bil / Invois
Sempurna Bulan Januari Hingga Julai Tahun 2021
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
Unit Kewangan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Langkawi
5
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
2.0 VISI & MISI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
VISI
Kastam Peneraju
Kemakmuran Negara
MISI
Memungut Hasil Negara,
Memberi Fasilitasi
Perdagangan Dan
Menguatkuasakan Undang-
Undang Demi Kemakmuran
Negara
6
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
3.0 ETIKA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
3.1 AMANAH BERKHIDMAT
3.11 AMANAH BERKHIDMAT kepada masyarakat, jabatan dan negara dengan
bertanggungjawab dan jujur, tidak menyeleweng, menyalahgunakan kuasa
dan pecah amanah.
3.12 AMANAH di dalam berusaha membangunkan kemajuan diri dan
perkhidmatan melalui penghayatan nilai-nilai ilmiah yang praktikal dalam
segala tindakan dan keputusan serta menjauhkan diri dari sikap negatif yang
merugikan.
3.13 AMANAH dan tegas menegakkan kebenaran dan keadilan berlandaskan
undang-undang dan peraturan, yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran
serta sentiasa berusaha menguasai pengaruh sentimen prasangka dan hasad
dengki.
3.2 IKHLAS
3.2.1 IKHLAS memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara-perkara
yang baik dan berfaedah.
3.2.2 IKHLAS memberi dan menerima teguran yang baik serta bersedia mengakui
kelemahan yang ada, disamping berusaha untuk mengatasinya.
3.2.3 IKHLAS berkhidmat kepada masyarakat, jabatan dan negara serta merasa
bangga di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.
7
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
3.3 DEDIKASI
3.3.1 DEDIKASI dalam memberi perkhidmatan dengan menggunakan sepenuh
daya, tenaga dan kesempatan ke arah melaksanakan dan menyempurnakan
segala tanggungjawab.
3.3.2 DEDIKASI dalam mencari kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang
baik untuk kepentingan kerjaya dan perkhidmatan.
3.3.3 DEDIKASI memimpin melalui teladan dan amalan yang luhur ke arah
memupuk persefahaman, perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan
‘esprit de corps’ di kalangan semua pegawai dan kakitangan.
4.0 PENGENALAN AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA (AKMAL), MELAKA
4.1 AKMAL Melaka yang merupakan AKMAL Induk mula ditubuhkan pada tahun 1956 di
atas sebidang tanah seluas 11 ekar di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru, Melaka.
Pada peringkat awal ianya dikenali dengan nama Pusat Latihan Kastam Persekutuan
yang terdiri daripada dua blok bangunan bagi pejabat, kelas dan bangunan asrama.
8
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
4.2 Pada tahun 1957, pusat latihan ini bertukar nama kepada Sekolah Latihan Kastam
Persekutuan yang mengendalikan kursus-kursus bercorak ulangkaji untuk Pegawai-
pegawai Kastam.
4.3 Dalam tahun 1960 fungsinya telah diperluaskan dengan melatih Penolong Penguasa
Kastam. Dengan penganugerahan gelaran ‘DIRAJA’ oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong pada 2 April 1963, nama Sekolah Latihan Kastam
Persekutuan telah ditukar kepada Maktab Latihan Kastam Diraja Malaysia.
4.4 Pada tahun 1987 nama Maktab Latihan Kastam Diraja Malaysia ditukar kepada
Maktab Kastam Diraja Malaysia seiring dengan peranannya yang semakin penting.
Bangunan pejabat, asrama, bilik-bilik kuliah telah ditambah dan dinaik taraf.
4.5 Kemudahan-kemudahan bagi tujuan latihan termasuk dewan, surau, gelanggang
permainan, gimnasium, perpustakaan dan kolam renang dibangunkan. Pada bulan
Oktober 1989, Maktab Kastam Diraja Malaysia dinaik taraf menjadi Akademi Kastam
Diraja Malaysia (AKMAL) selaras dengan perkembangan dan kemampuannya
sebagai sebuah akademi.
4.6 Pada tahun 1990, projek pembesaran AKMAL dimulakan yang melibatkan
pembinaan pejabat, dewan syarahan, auditorium, asrama, stadium, gelanggang
permainan dan makmal-makmal. Projek ini telah disiapkan pada tahun 1991 dan
dirasmikan pada tahun 1993. Dengan pembesaran AKMAL ini, kursus-kursus dapat
dilaksanakan bukan sahaja untuk anggota jabatan tetapi untuk agensi-agensi lain
dan Pertubuhan Kastam Sedunia.
4.7 Kampus utama AKMAL terletak di Bukit Baru Melaka. Manakala terdapat lima (5)
cawangan AKMAL iaitu:-
4.7.1 AKMAL Wilayah Sabah, Menggatal Sabah
4.7.2 AKMAL Wilayah Sarawak, Kuching Sarawak
4.7.3 AKMAL Wilayah Langkawi, Bukit Malut, Pulau Langkawi
4.7.4 AKMAL Wilayah Selatan di Tanjung Surat, Johor
4.7.5 AKMAL Wilayah Timur di Kelantan
9
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
5.0 VISI AKMAL
Akademi Kastam Bertaraf Dunia
6.0 MISI AKMAL
6.1 Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, efektif dan berinovatif.
6.2 Membangunkan modal insan yang profesional dan diiktiraf melalui latihan terancang
serta berkualiti.
6.3 Meneraju kecemerlangan latihan melalui kerjasama dengan pelbagai agensi di
peringkat nasional dan antarabangsa.
6.4 Memperluaskan peranan AKMAL sebagai pusat konsultasi perkastaman dalam dan
luar negara.
7.0 DASAR LATIHAN AKMAL
Melahirkan individu berilmu, mempunyai tahap kemahiran dan keupayaan yang tinggi dalam
menjalankan tugas, berpegang teguh kepada Etika Perkhidmatan serta mengamalkan sikap
positif terhadap tugas dan organisasi melalui pendekatan latihan komprehensif yang
bersepadu berteraskan pembangunan seimbang dari segi mental, rohaniah, jasadiah dan
emosi dilaksanakan secara terancang, berterusan dan saksama.
8.0 PIAGAM PELANGGAN AKMAL
Kami anggota Akademi Kastam Diraja Malaysia dengan penuh iltizam menyempurnakan
tugas yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan program latihan berkualiti kepada
anggota Jabatan dan orang awam yang komited dan memerlukan latihan, ke arah
membangunkan perkhidmatan yang profesional
Kami mengiktiraf hak-hak klien kami seperti berikut :
i. Mendapatkan latihan yang mencapai objektif kursus pada tahap 85%;
ii. Mendapat kemudahan latihan dan peralatan yang mencukupi serta penginapan yang
selesa pada skor purata minimum 3 dari skala 1 hingga 5;
10
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
iii. Mendapatkan bekalan makanan dan minuman yang bersih, berkhasiat dan bermutu
pada skor purata 3 dari skala 1 hingga 5 dan;
iv. Mendapat perkhidmatan pensyarah / jurulatih yang kompeten iaitu mencapai skor
purata minimum 3.00 dari skala 1 hingga 5.
9.0 PENCAPAIAN OBJEKTIF AKMAL
Pencapaian objektif kualiti didokumenkan di dalam MS ISO 9001 : 2015 iaitu di dalam
Pemberian Perkhidmatan Latihan. Pencapaian tersebut diukur melalui:
JADUAL 1 : PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI AKMAL
PERANCANGAN
Surat tawaran kursus dihantar kepada semua Pengarah Bahagian Sumber Manusia Dan
Kewangan Ibu Pejabat, Pengarah Kastam Negeri, Pengarah WP Labuan, dan Pemungut
Cukai Kastam Persekutuan (PCKP) sekurang- kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum
berkursus.
Surat Undangan Peserta dihantar kepada Pengarah Bahagian Sumber Manusia Dan
Kewangan IbuPejabat, Pengarah Kastam Negeri, Pengarah WP Labuan, dan Pemungut
Cukai Kastam Persekutuan (PCKP) sekurang- kurangnya empat belas (14) hari sebelum
berkursus.
Pencapaian Objektif Kursus mengikut penilaian peserta hendaklah mencapai sekurang-
kurangnya 85%.
Memastikan kegagalan peserta tidak melebihi 5% bagi setiap kursus yang melibatkan
peperiksaan.
Melaksanakan sekurang-kurangnya 85% daripada kursus yang telah dijadualkan dalam
Buku Program Latihan Tahunan AKMAL.
Menentukan pensyarah mendapat skor purata minima 3.00 dari skala 1 hingga 5
11
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
10.0 LATAR BELAKANG AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
10.1 Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Langkawi terletak di Bukit
Malut, Langkawi. AKMAL Cawangan Langkawi terdiri daripada dua (2) buah blok
bangunan iaitu Bangunan Pentadbiran dan Bangunan Asrama. Bangunan
Pentadbiran terdiri dari Bilik Pengarah Cawangan, Bilik Pentadbiran, Bilik Mesyuarat,
Dewan Kuliah yang boleh menampung seramai 50 peserta kursus pada satu-satu
masa, Bilik Komputer, Bilik Rekreasi dan Stor Marin. Sementara Bangunan Asrama
mengandungi Bilik Asrama sebanyak 35 buah bilik, Dewan Mahsuri, Dewan Makan
dan Bilik Dobi, Bilik Gimnasium dan Bilik Rekreasi.
10.2 AKMAL Cawangan Langkawi berperanan penting dalam pembangunan modal insan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia. AKMAL Cawangan Langkawi bertanggungjawab
memperlengkapkan petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan pengetahuan,
kemahiran dan pembangunan kendiri yang mantap bagi melaksanakan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan. Program latihan AKMAL bukan sahaja merangkumi
kursus induksi dan asas malahan kursus-kursus asas kemahiran, kemahiran lanjutan
dan kerjaya.
10.3 Secara puratanya, AKMAL Cawangan Langkawi terlibat dalam mengendalikan
sebanyak 15 kursus dalam setahun yang mana kursus-kursus ini adalah kursus-
kursus yang telah diprogramkan dalam latihan tahunan.
10.4 Namun demikian, AKMAL Cawangan Langkawi juga turut mengendalikan kursus-
kursus secara ad-hoc iaitu kursus-kursus yang tidak diprogramkan yang melibatkan
anjuran Ibu Pejabat serta agensi luar sesuai dengan statusnya sebagai Pusat Latihan
Awam (ILA).
12
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR
AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
Bangunan Pejabat
Bangunan Asrama Bilik Mesyuarat
13
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
Bilik Penginapan Dewan Mahsuri
Bilik Komputer Dewan Makan
Dewan Kuliah
Bilik Rehat Eksekutif
14
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
Suria Lounge Bilik Dobi
Bilik Gimnasium
Bilik Rekreasi
15
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
11.0 WARAN PERJAWATAN AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
JADUAL 2 : WARAN PERJAWATAN AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
JAWATAN GRED JAWATAN WARAN DIISI
Penolong Kanan Pengarah Kastam I WK52 11
Penolong Kanan Pengarah Kastam II WK48 11
Penolong Pengarah Kastam WK44 11
Pegawai Kastam Kanan WK22/WK26 1 0
Pegawai Kastam Kanan Marin WK22/WK26 1 1
Pegawai Kastam WK19/WK22/WK26 2 2
Pembantu Operasi N11/N14/N16 1 1
Pemandu Kenderaan H11/H14/H16 1 1
JUMLAH 98
Data dikemaskini pada 1 Julai 2021
16
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
12.0 CARTA ORGANISASI AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
Tuan Zuhdi bin Hj. Abdul Zakaria
Penolong Kanan Pengarah Kastam I (WK52)
Tuan Mohd Sanusi bin Ab. Aziz
Penolong Kanan Pengarah Kastam II (WK48)
Tuan Muhammad Shuhaimi bin Abdullah
Penolong Pengarah Kastam (WK44)
(KOSONG) En. Zulkurnain bin Busu
Pegawai Kastam Kanan (WK22) Pegawai Kastam Kanan (WK22)
En. Zun bin Sabu En. Muhamad Shahirien Faiz bin Shamsuddin
Pegawai Kastam Kanan Pegawai Kastam
(WK19/WK22)
(WK19/WK22)
En. Che Roslan bin Che Lit En. Huzeer bin Busu 17
Pembantu Operasi (N11/N14) Pemandu (H11/H14)
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
13.0 JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN
KEWANGAN AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
Ketua Jawatankuasa : Tuan Zuhdi bin Abdul Zakaria
Setiausaha : Tuan Mohd Sanusi bin Ab. Aziz
Urusetia : Encik Zun Bin Sabu
14.0 FUNGSI UNIT KEWANGAN
Fungsi Unit Kewangan AKMAL Cawangan Langkawi adalah seperti berikut :
14.1 Membuat Perakuan 1 dalam Sistem 1GFMAS ke atas tuntutan Elaun
Perjalanan para pegawai dan kakitangan bagi menghadiri urusan rasmi
14.2 Jabatan.
14.3 Membuat Perakuan 1 dalam Sistem 1GFMAS ke atas tuntutan Elaun Kerja
14.4 Lebih Masa pegawai.
Membuat Perakuan 1 dalam Sistem 1GFMAS bagi memproses tuntutan bil-
14.5 bil pembayaran yang dikemukakan ke atas Jabatan.
14.6 Meluluskan pembelian tiket (Waran Perjalanan Udara) melalui Perakuan 1
dalam Sistem 1GFMAS bagi pegawai dan kakitangan yang menghadiri
14.7 urusan rasmi Jabatan.
14.8 Menyediakan / menyelenggara Penyata Pemungut eTerimaan.
Menyediakan / Mengemukakan Laporan Kira-kira Wang Tunai (KKWT)
14.9 secara bulanan ke Bahagian Akaun Kementerian Kewangan Jabatan
Akauantan Negara Malaysia Seksyen Pemantauan Ibu Pejabat Putrajaya.
Menyelenggara Bayaran Berjadual JANM12 dan Buku Akaun Amanah.
Menyediakan / Mengemukakan Laporan Penyata Penyesuaian Akaun
Amanah, Akaun Hasil dan Vot Bekalan ke Jabatan Akauntan Negara
Malaysia (JANM).
Membuat laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Jabatan
ke Ibu Pejabat Putrajaya bagi setiap Suku Tahun.
18
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
14.10 Menjadi urusetia dan setiausaha bagi mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan dan Akaun yang dipengerusikan oleh Pengarah
AKMAL dan diadakan setiap Suku Tahun.
14.11 Ketua Unit Pentadbiran dilantik sebagai urusetia bagi mesyuarat
sebutharga Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan
AKMAL.
14.12 Ketua Unit Pentadbiran yang dilantik sebagai Urusetia akan mengeluarkan
surat Arahan Kerja dan Setuju Terima kepada syarikat-syarikat yang
terpilih dalam mesyuarat Sebutharga.
14.13 Urusetia yang dilantik akan mengemukakan Draf Perjanjian Kontrak untuk
kelulusan ke Ibu Pejabat Putrajaya bagi syarikat-syarikat yang terpilih
untuk kerja-kerja Perkhidmatan Secara Kontrak.
14.14 Mengemukakan Perjanjian Kontrak jabatan (setelah mendapat kelulusan
dari Ibu Pejabat) dengan syarikat-syarikat yang terpilih untuk kerja-kerja
Perkhidmatan Secara Kontrak.
15.0 PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
15.1 AKMAL Cawangan Langkawi telah mendapat penganugerahan
pensijilan MS ISO 9001:2015 daripada Sirim QAS International Sdn.
Bhd. yang berkuatkuasa 18 Disember 2018 dan akan berakhir pada 18
Disember 2021.
15.2 Organisasi telah mewujudkan pendekatan yang sistematik untuk
menerapkan kualiti dengan memastikan produknya memenuhi keperluan
pelanggan. Pengiktirafan sijil ISO ini AKMAL Cawangan Langkawi telah
berjaya melangkah satu lagi tangga kejayaan dalam memastikan
penyampaian perkhidmatan awam dilaksanakan dengan cemerlang.
15.3 Pencapaian ini adalah hasil usaha dan komitmen segenap lapisan warga
kerja AKMAL Cawangan Langkawi demi untuk memenuhi keperluan,
kehendak dan kepuasan pelanggan.
19
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
Sijil Pengiktirafan ISO 9001:2015
16.0 PENGURUSAN KEWANGAN AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
16.1 Pemeriksaan Mengejut AP 309 telah dilaksanakan oleh Pengarah
Cawangan AKMAL pada 15 Mac 2021. Perkara yang diperiksa ialah wang
tunai, peti besi dan resit. Hasil pemeriksaan didaftarkan dalam borang
Daftar Pemeriksaan Mengejut AP309. Hasil pemeriksaan menunjukkan
AKMAL Cawangan Langkawi telah mengikut tatacara pengurusan
kewangan seperti yang ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan.
20
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
16.2 Mesyuarat dan Pelaporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan
Akaun (JPKA) pula telah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu
Mesyuarat JKPA di AKMAL Cawangan Langkawi dibuat bersama AKMAL
Induk setiap suku tahun (Salinan Surat Panggilan Mesyuarat JPKA seperti
di Lampiran A). Tarikh mesyuarat JKPA bersama AKMAL Induk adalah
seperti dibawah :
JADUAL 3 : JADUAL MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN
KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA)
Bil Mesyuarat JPKA Tarikh
1 Suku Tahun Keempat 2020 19 Januari 2021
2 Suku Tahun Pertama 2021
3 Suku Tahun Kedua 2021 18 April 2021
06 Julai 2021
16.3 Bagi tahun 2020 dan 2021, tiada pengurusan pembayaran di bawah Arahan
Perbendaharaan 59 (AP59) yang bermaksud bagi sesuatu perolehan yang
telah dilakukan tanpa mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa di
AKMAL Cawangan Langkawi.
16.4 AKMAL Cawangan Langkawi menyediakan dan menghantar Penyata
Penyesuaian setiap bulan. Laporan Penyata Penyesuaian yang
diselenggara oleh AKMAL Cawangan Langkawi ialah:-
16.4.1 Penyata Penyesuaian Vot
16.4.2 Penyata Penyesuaian Amanah
21
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
16.5 Laporan Penyesuaian Vot akan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara
Malaysia (JANM) Cawangan Alor Star dalam tempoh 14 hari selepas
laporan dikeluarkan oleh JANM. Bagi Penyesuaian Amanah pula, laporan
akan dihantar ke JANM Alor Star, Jabatan Audit Negara Negeri dan AKMAL
Melaka dalam tempoh 14 hari selepas laporan dikeluarkan.
16.6 Pada tahun 2020 dan 2021, AKMAL Cawangan Langkawi tidak dapat
menghantar pegawai-pegawainya untuk menghadiri menghadiri kursus
yang berkaitan dengan pengurusan kewangan disebabkan Pandermik
Covid-19.
16.7 Namun demikian, pegawai-pegawai AKMAL Cawangan Langkawi telah
dicalonkan untuk menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan
kewangan dan perolehan secara dalam talian (online). Kursus-kursus ini
telah dirancang akan dijalankan oleh AKMAL Melaka dalam bulan
September dan Oktober tahun 2021.
17.0 PRESTASI PERBELANJAAN AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
17.1 Prestasi perbelanjaan AKMAL Cawangan Langkawi bagi 2020 adalah pada
tahap 86.62% manakala perbelanjaan bagi bulan Januari berakhir Julai
tahun 2021 adalah sebanyak 60.92%.
17.2 Tiada bil yang dibayar di bawah AP58(a) dan AP59 sepanjang tahun 2021.
Prestasi perbelanjaan AKMAL Cawangan Langkawi bagi tahun 2020 adalah
seperti di Lampiran B.
22
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
JADUAL 4 : PRESTASI PERBELANJAAN TAHUN 2020
Peruntukan Perbelanjaan Tanggungan Baki
(RM) (RM) (RM) (RM)
1,215,331.40 1,052,674.15 0.00 162,657.25
17.3 Prestasi perbelanjaan bagi tahun 2021 berakhir Julai 2021 adalah seperti
di Lampiran C.
JADUAL 5 : PRESTASI PERBELANJAAN JANUARI HINGGA JULAI TAHUN 2021
Peruntukan Perbelanjaan Tanggungan Baki
(RM) (RM) (RM) (RM)
1,208,427.00 481,826.15 276,923.80 449,677.05
18.0 PRESTASI PEMBAYARAN AKMAL CAWANGAN LANGKAWI
18.1 AKMAL Cawangan Langkawi mensasarkan agar pembayaran bil sempurna
hendaklah di bawah (tujuh) 7 hari. Jumlah bil yang didaftarkan bagi tahun
2020 ialah sebanyak 252 bil. AKMAL Cawangan Langkawi berjaya
menyempurnakan pembayaran bil di bawah (tujuh) 7 hari seperti yang
disasarkan.
18.2 Manakala jumlah bil yang didaftarkan bagi tempoh Januari hingga Julai
2021 ialah sebanyak 110 bil. AKMAL Cawangan Langkawi berjaya
23
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
menyempurnakan pembayaran bil di bawah 7 hari seperti yang disasarkan.
18.3 Bagi Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan pula, jumlah pesanan
kerajaan yang dikeluarkan bagi tempoh Januari 2021 hingga Julai 2021
ialah 72 pesanan. Daripada jumlah tersebut, 38 pesanan telah diterima
oleh Government Financial Management Accounting System (GFMAS).
Cara perolehan pesanan kerajaan yang diterima oleh GFMAS pula
menunjukkan 38 pesanan dilakukan secara online.
18.4 Berikut adalah Laporan Prestasi Pembayaran Bil. Jadual 6 dan Lampiran D
menunjukkan Laporan Prestasi Pembayaran Bil/Invois Sempurna Bagi
Tahun 2020. Manakala Lampiran E ialah Laporan Prestasi Pembayaran
Bil/Invois Sempurna Bagi Bulan Januari Tahun 2020 Sehingga bulan Julai
2021. Semua penyata penyesuaian vot dan amanah disediakan dalam
masa yang ditetapkan.
JADUAL 6 : LAPORAN PRESTASI PROSES PEMBAYARAN BIL SEMPURNA
BAGI TAHUN 2020
BIL DIDAFTARKAN BIL TELAH SEMPURNA BAYARAN
Bilangan Nilai (RM) Hari Bil % Nilai (RM) %
252 893,596.14 <7 252 100.00 893,596.14 100.00
TIADA - 8-14 - 0.00 - 0.00
TIADA - >14 - 0.00 - 0.00
24
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
JUMLAH 252 100.00 893,596.14 100.00
JADUAL 7 : LAPORAN PRESTASI PROSES PEMBAYARAN BIL SEMPURNA BAGI
TEMPOH JANUARI HINGGA JULAI TAHUN 2021
BIL DIDAFTARKAN BIL TELAH SEMPURNA BAYARAN
Bilangan Nilai (RM) Hari Bil % Nilai (RM) %
110 401,604.86 < 7 110 100.00 401,604.86 100.00
TIADA - 8-14 - 0.00 - 0.00
TIADA - >14 - 0.00 - 0.00
JUMLAH 110 100.00 401,604.86 100.00
19.0 KESIMPULAN
19.1 Mesyuarat dan Pelaporan JKPA pula telah dilakukan dalam tempoh yang
ditetapkan iaitu Mesyuarat JKPA di AKMAL Cawangan Langkawi dibuat
setiap suku tahun. AKMAL Cawangan Langkawi menyediakan dan
menghantar Penyata Penyesuaian setiap bulan.
19.2 Laporan Penyata Penyesuaian yang diselenggara oleh AKMAL Cawangan
Langkawi ialah Laporan Penyesuaian Vot dan Laporan Penyesuaian
Amanah. Pengarah Cawangan AKMAL telah memaklumkan tentang
25
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
langkah-langkah penjimatan berhemah selaras dengan saranan pihak
pengurusan tertinggi JKDM dan juga perlaksanaan program EKSA
menekankan kepada penjimatan utiliti.
19.3 Tiada aduan kewangan yang diterima oleh AKMAL Cawangan Langkawi
dari bulan Januari sehingga bulan Julai 2021. Unit Kewangan AKMAL
Cawangan Langkawi bertanggungjawab untuk memantapkan sistem
pengurusan kewangan dan aktiviti AKMAL Cawangan Langkawi secara
ekonomi, cekap dan berkesan berpandukan kawalan dalaman dan
mematuhi kehendak peraturan kewangan kerajaan di samping untuk
meningkatkan akauntabiliti, menghindari daripada unsur penyelewengan,
pembaziran dan penyalahgunaan kuasa.
20.0 PENUTUP
20.1 AKMAL Cawangan Langkawi telah mengikuti segala garis panduan
pengurusan kewangan seperti kehendak pekeliling atau peraturan
perbendaharaan yang sedang dikuatkuasakan seperti Arahan
Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan.
20.2 Selain daripada itu, AKMAL Cawangan Langkawi telah mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh PK(S).AKMAL.02 Prosedur Penyediaan Bajet, PK(S)
AKMAL.05 Prosedur Perolehan dan PK(S).AKMAL.06 Prosedur
Penyelenggaraan. AKMAL Cawangan Langkawi telah berjaya mentadbir
serta menguruskan pengurusan kewangan dengan amat baik dan sentiasa
26
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN 2021
mengikut garis panduan yang ditetapkan.
****************************AKMAL CAWANGAN LANGKAWI************************
27
SALINAN SURAT PANGGILAN MESYUAR
SUKUAN PERTAMA TAHUN 20
LAMPIRAN A
RAT JPKA BAGI SUKUAN KEEMPAT TAHUN 2020,
021 DAN SUKUAN KEDUA TAHUN 2021
LAPORAN KEDU
(PRESTA
LAMPIRAN B
UDUKAN VOT TAHUN 2020
ASI PERBELANJAAN)
LAPORAN KEDUDUKAN VOT BU
(PRESTA
LAMPIRAN C
ULAN JANUARI HINGGA JULAI TAHUN 2021
ASI PERBELANJAAN)
LAPORAN PRESTASI PROSES PEMB
LAMPIRAN D
BAYARAN BIL/INVOIS SEMPURNA TAHUN 2020
LAPORAN KEDUDUKAN VOT BU
LAMPIRAN E
ULAN JANUARI HINGGA JULAI TAHUN 2021