The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Mengoptimumkan Sumber Akmal Melaka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shougun_eclipse, 2021-09-09 21:37:39

Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Mengoptimumkan Sumber

Anugerah Kecemerlangan Dan Inovasi Mengoptimumkan Sumber Akmal Melaka

ANUGERAH INOVASI MENGOPTIMUMKAN SUMBER TAHUN 2021
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA (AKMAL)

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada pencambahan pemikiran pasukan
Anugerah Inovasi Mengoptimumkan Sumber AKMAL Tahun 2021, kami telah
mencetuskan lima (5) projek yang boleh dikategorikan sebagai kejayaan AKMAL
dalam mengoptimumkan sumber yang sedia ada. Antaranya adalah AKMAL2U,
GBAM, AKMAL Management System (AMS), Mesyuarat Tadbir Urus dan
Pelaksanaan Kursus / Seminar Dalam Talian. Secara tidak langsung, ke semua
projek ini telah memberikan satu nilai signifikan yang jelas dalam aspek penjimatan
sepertimana yang telah digariskan dalam kriteria pelaporan anugerah ini seperti
kewangan, sumber manusia, bahan / peralatan dan inovasi. Selain itu, kejayaan
projek ini adalah selari dengan objektif yang telah ditetapkan, iaitu memberi
pengiktirafan secara formal kepada Bahagian Ibu Pejabat / Negeri / PTJ yang
menunjukkan hasil inovasi dalam penggunaan sumber secara optimum, memupuk
dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara kerja yang diamalkan
oleh warga JKDM serta menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggan.

43

ANUGERAH INOVASI MENGOPTIMUMKAN SUMBER TAHUN 2021
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA (AKMAL)

PENUTUP

Perkembangan semasa ekonomi serantau dan global memberi kesan kepada
Kerajaan Persekutuan berikutan kutipan hasil Kerajaan yang terjejas. Bagi
memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai, maka langkah
mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan secara menyeluruh agar
sumber dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan. Bagi memastikan
perkembangan ekonomi negara terus kukuh dengan kedudukan fiskal yang
mampan, langkah-langkah proaktif dan instruktif wajar dilaksanakan secara
bersepadu oleh semua pihak terutama JKDM. Oleh itu, AKMAL sentiasa
memberikan sokongan dan perhatian dalam menyusun semula keutamaan program/
aktiviti yang dilaksanakan supaya sejajar dengan agenda nasional. Sehubungan itu,
JKDM khususnya AKMAL terus bergerak ke hadapan bagi menjana pertumbuhan
ekonomi negara yang unggul dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan
melalui perkhidmatan kastam yang harmoni. Dalam era globalisasi, kehendak dan
ekspektasi pelanggan serta stakeholders menjadi semakin sukar dan mencabar.
Untuk memenuhi jangka harap tersebut, pengurusan dan pentadbiran JKDM perlu
diurus secara cekap dan berkesan. Sumber-sumber dalaman yang adalah
hendaklah digunakan secara optimum agar dapat memberi impak yang lebih besar
kepada jabatan.

44

ANUGERAH INOVASI MENGOPTIMUMKAN SUMBER TAHUN 2021
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA (AKMAL)

RUJUKAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 3.3 Garis Panduan Langkah Optimumkan
Perbelanjaan Kerajaan
Arahan Pentadbiran Dalaman JPA Bilangan 1 Tahun 2018

45

ANUGERAH INOVASI MENGOPTIMUMKAN SUMBER TAHUN 2021
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA (AKMAL)

SENARAI LAMPIRAN

BIL LAMPIRAN PERKARA

Lampiran 1 Pelantikan Jawatankuasa AIMS AKMAL Tahun 2020

Lampiran 2 Pelantikan Jawatankuasa Kecil AIMS Tahun 2020
Lampiran 3 PB 3.3 Garis Panduan Langkah Optimumkan Perbelanjaan
Kerajaan.

Lampiran 4 Garis Panduan Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi
Mengoptimumkan Sumber

Lampiran 5 Mohon Kursus Secara Online AKMAL2u

Lampiran 6 Panduan Pelaksanaan EKSA DIY JKDM

Lampiran 7 Mesyuarat Berkala di Tanjung Surat, Johor

Lampiran 8 Mesyuarat Berkala di AKMAL Cawangan Langkawi

Lampiran 9 Mesyuarat Berkala di AKMAL Cawangan Sarawak

Lampiran 10 Panduan Pelaksanaan Kursus Dalam Talian

Lampiran 11 Contoh Senarai Kursus AKMAL

Lampiran 12 Prosedur Perancangan Latihan

Lampiran 13 Arahan Merekod Kehadiran Peserta Kursus Secara Imbasan
Kod Quick Response (QR) di AKMAL2u.

46

ANUGERAH INOVASI MENGOPTIMUMKAN SUMBER TAHUN 2021
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA (AKMAL)

SENARAI
LAMPIRAN

47


Click to View FlipBook Version