Canva Bagaimana belajar M U H D F A R H A N B I N S A R K A W I dalam 1 hari? Volume 1
CETAKAN PERTAMA 2023 PERKONGSIAN EPOSTER DAN INFOGRAFIK DENGAN CANVA UNTUK PRA SEKOLAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MIRI TAHUN 2023 26 OKTOBER 2023 Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan bentuk dengan apa jua cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penulis. Terima kasih dan selamat maju jaya kepada Semoga Ilmu ini dapat dimanfaatkan dalam tugasan harian
M U H D F A R H A N B I N S A R K A W I Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah diberi kesempatan dalam menyiapkan buku khas ini untuk Kelas Canva tahun 2023 yang khas buat rakan pra sekolah di daerah Miri. Syukur ! Seperti tahun sebelumnya, sering kali saya diajukan soalan bila mahu menyediakan modul setiap kali tamat sesuatu kursus dan kelas. Namun, saya tolak disebabkan kekangan masa dengan tugasan harian. Cuma ada kalanya saya mula terfikir mengenai modul tersebut amat penting bagi seorang penuntut ilmu. Maklumlah semakin berkembang ilmu ICT, semua yang dibelajar mungkin akan mudah dilupa dan seterusnya tidak dapat dirujuk apabila kita sendiri yang membuat salinan. Kerna itu, saya mulakan dengan membuat buku khas ini sebagai rujukan semua peserta. Mereka tidak perlu lagi menyalin atau snap gambar setiap slide di dalam kelas kerana semuanya akan saya kongsikan dalam buku. Dalam buku ini juga, saya cuba sampaikan segala pengalaman yang saya rasai sendiri selama menggunakan canva dalam bidang kerja di PPD Miri. Saya harap ianya akan memberi peluang dan ruang untuk semua memperbaiki diri dan terus mencuba dengan idea-idea baharu. Jangan berhenti sebelum mencuba. Kepada semua yang sentiasa yang memberi sokongan dan dorongan, saya amat hargai dan percaya sumbangan dan usaha kita pada hari ini akan menjadikan dunia pendidikan lebih menarik ! Syabas dan maju jaya ! dari penulis
Bil Perkara Muka Surat 1 Apa itu canva? 4-7 2 Ukuran 8-9 3 Pemilihan warna 10 4 Text Upload Elements Sunting Foto Design 11-18 5 Share 19-21 6 Kongsi hasil kerja 22 7 Kerja secara kumpulan 23 8 Membuat sijil 24-27 9 Logo & Asset 28 10 QR Code 29 11 Menghasilkan video dengan canva 30-32 12 Muka depan Buat kerja dengan rakan Export ke booklet Buku Program dengan canva 33-37 13 Membuat Rakaman Video 38-39 14 Magic Studio 40-42 15 Langkah penyediaan design buku tandatangan Banner dengan canva Extra 43-50 I S I KAN D U N GAN
Pernahkah anda mendengar mengenai Canva? Semestinya ianya merupakan satu laman web yang paling terkenal dalam dunia sekarang. Canva ialah sebuah tool untuk reka bentuk, untuk semua orang. Semua orang tu, maksudnya; kalau anda tak ada kemahiran grafik pun, percayalah, anda boleh mula buat rekaan pertama anda melalui Canva dan anda tak akan gagal Bahkan dalam penghasilan video, canva masih menjadi pilihan. Gambar boleh dimuat naik terus dan ditetapkan animasi. Jadi, saya akan kongsikan langkah yang kita akan guna untuk menggunakan canva. Langkah pertama, log masuk ke laman web canva : https://www.canva.com 1. APA ITU CANVA? LOG MASUK / LOGIN Untuk pendaftaran, boleh klik pada butang ‘Register’. Sekiranya ingin menggunakan email GMAIL, klik pada akaun email peribadi. Untuk pendaftaran biasa, akaun akan didaftarkan dalam status PERCUMA. 4
Ini merupakan antaramuka canva. Bagi pengguna akaun FREE, terdapat limitasi dalam fungsi canva. Untuk membuat semakan akaun, boleh klik pada ikon nama di belah kanan. Klik pada ikon tersebut dan pastikan paparan email digunakan betul. Soalan yang sering ditanya, adakah perlu tekan butang save setiap kali kita berehat mengedit di canva? Tidak perlu. Canva akan menyimpan(Save) kerja anda secara automatik setiap kali anda melakukan editing. Bukankah itu akan memudahkan kita? 5
Bagi akaun Canva Free, terdapat banyak limit dalam proses editing. Oleh itu, saya galakkan untuk pembelian Canva Pro . Namun, dalam kelas kita pada hari ini, saya akan berikan fungsi Canva Pro bagi sesiapa yang mendaftar dalam kelas. BOLEH KA BELI DI SHOPEE? Boleh. Tiada masalah. Namun, sekiranya organisasi akaun tersebut tutup, hasil kerja kita akan turut hilang. Oleh itu, lebih baik menggunakan Canva Free. FREE VS BERBAYAR 6
Sekiranya anda menggunakan Canva Free, sebahagian besar image dalam menu element memerlukan anda untuk membeli image tersebut sekiranya anda ingin export. Bagi image yang bertanda, inya akan ditanda dengan watermark Canva. Bukan itu sahaja, ianya memerlukan bayaran lain untuk muat turun bahan tersebut. Oleh sebab itu, kebanyakkan mereka yang menggunakan canva lebih gemar mencari alternatif lain seperti carian dari google dan sebagainya. 7
2. UKURAN Ukuran amat penting dalam mana-mana kerja. Misalnya dalam pembinaan banner, selalunya ukuran yang digunakan ialah dalam feet dan inch. 1 feet bersamaan 12 inch Manakala untuk ukuran yang lebih kecil size daripada A4, kita akan menggunakan pembaris Penggunaan unit px. cm, feet amat penting. Salah ukuran, maksudnya design yang akan dihasilkan boleh jadi tidak jelas dan tepat. Selain itu, kita boleh membandingkan size ukuran dengan barang di sekeliling kita. Size plywood 8 kaki x 4 kaki Size whiteboard 6 kaki x 3 kaki Size tile kecil 1 kaki x 1 kaki Size buku A4 8
Untuk membuat fishtile / banting selalunya ukuran yang diguna ialah 5 kaki x 2 kaki. Ukuran memainkan peranan penting kerana dari ukuran dapat menentukan harga banner yang dihasilkan. Misalnya seperti banner di sebelah. Size ukuran ialah 5 kaki x 2 kaki Katakan size banner 1 kaki x 1 kaki ialah RM 2.00 Jadi, harga untuk penghasilan banner akan menjadi RM 20.00. Apabila harga sudah kita ketahui, kerja seterusnya hanya menyediakan banner dalam ukuran yang telah ditetapkan tersebut. 5 kaki 2 kaki BOLEHKAH GABUNGKAN PHOTOSHOP DAN CANVA? Untuk mengabungkan photoshop dengan canva adalah mustahil secara terus. Ianya tak ngam ! Namun, terdapat cara yang selalu digunakan oleh pembuat design dalam perkara tersebut. Mereka membuat latar belakang di photoshop dan kemudiannya import ke dalam canva sebagai latar. Secara tidak langsung, design canva akan menjadi lebih cantik dari asalnya. Tip ini saya akan kupas di dalam video yang disediakan di kelas online. UKURAN VS HARGA 9
3. PEMILIHAN WARNA Warna memainkan peranan penting. Dalam kita menghasilkan design, kita perlu melihat warna yang akan kita gunakan. Bagi saya, antara laman paling berguna untuk kita cuba ialah https://coolors.co Di dalam laman web tersebut, kita boleh melihat secara terus warna yang sesuai untuk gabungan warna yang kita hendak guna. Misalnya dalam majlis rasmi. Warna tema ialah warna biru. Biru apa? sebab warna biru mempunyai banyak jenis warna biru. Oleh itu, kegunaan website tersebut akan membantu dalam menentukan kod warna biru yang sesuai digabungkan dengan warna font dan sebagainya. Dalam canva, pemilihan warna juga dilakukan secara automatik tanpa perlu kita memikir warna yang sesuai. 10
4. DESIGN Topik lebih berfokus untuk menentukan design yang kita perlukan. Sebaiknya sebelum kita mula dalam proses pembinaan design, kita perlu tanya diri sendiri mengenai apa jenis bahan yang kita ingin bangunkan. Mengambil contoh sekiranya kita hendak menyediakan buku program. Sebaiknya kita memilih fungsi Document (A4 portrait). Pemilihan ini amat penting kerana sekiranya salah, bahan yang kita hasilkan tidak dapat dicetak seperti yang kita mahukan kerana size yang tidak sama. Begitu juga dalam proses menghasilkan iklan di Facebook atau Whatsapp. Ukuran yang digunakan adalah berpandukan size sebenar post di ke dua media sosial tersebut. 11
Fungsi ini hanya fungsi apabila kita mengubah mana-mana melibatkan text. Untuk menambah text hanya perlu tekan huruf T pada papan kekunci. TEXT Dalam canva kita boleh menggunakan pelbagai font tanpa perlu install di window. Kita bebas untuk memilih font yang kita mahukan. Sekiranya kita menggunakan Canva Free, kita hanya boleh memilih font yang biasa sahaja. Untuk fungsi Effects, kita boleh memilih style font yang kita mahukan. Dalam pemilihan font ini, kita boleh menukar warna, size, spacing dan aligment. Text Animation ini diaktifkan dengan menekan butang Animate. Dengan fungsi ini kita boleh menentukan pergerakan text. Position adalah fungsi untuk kita menyusun semua bahan. Di bahagian ini, kita boleh menyusun semua untuk align to page sama ada ke kiri, kanan, atas atau bawah. Saya sendiri memang menggunakan fungsi ini setiap kali menghasilkan tugasan. 12
Satu cara lain juga yang selalu digunakan untuk mencantikan font ialah dengan klik pada ikon Text di bahagian kiri menu bar. Anda boleh memilih mana-mana size dan style yang anda perlukan untuk dimasukkan ke dalam bahan kerja. Malah banyak pilihan wording yang telah disediakan dalam ruangan tersebut. WOW! Contohnya penggunaan style text di atas. Sekiranya anda ingin mengubah style atau warna pada text tersebut, klik pada butang Effects. Kemudian, anda boleh menukar warna atau apaapa berkaitan text tersebut seperti yang anda inginkan. 13
UPLOAD / MUAT NAIK Terdapat banyak cara untuk kita memuat naik bahan ke dalam canva. Cara pertamanya adalah dengan menekan butang Upload Files di sebelah kanan. Selain cara tersebut, anda boleh juga drag atau tarik masuk gambar dari mana-mana sumber ke dalam ruang kerja. Selain 2 cara tersebut, anda boleh copy image dari internet untuk memasukkan ke dalam ruang kerja. 14
ELEMENTS Bagi saya, antara perkara paling penting dalam canva ialah bahagian Elements ini. Saya boleh katakan ruang ini merupakan poket doremon untuk kita mencari bahan kerja. Ianya google di dalam canva ! Kita boleh mencari apa-apa animasi, foto, video dan bunyi yang dibekalkan oleh canva untuk kita masukkan ke dalam slide. Di bahagian atasnya terdapat ruang untuk kita search element yang kita perlukan. Misalnya kita mencari logo youtube. Hanya perlu masukkan keyword ‘Youtube’. Fungsi elements ini bukan sahaja memudahkan masa kita untuk mencari bahan, malah dalam Canca ianya lebih banyak pilihan yang boleh kita gunakan dalam kerja yang dihasilkan. Namun, pilihan yang paling banyak hanya akan muncul dan dapat diguna sekiranya kita menggunakan Canva pro. Dalam membuat carian, kadang-kadang element yang kita cari tidak dapat kita temui. Saya sering gunakan tips ini dengan klik pada ikon dimana-mana carian yang keluar dan kemudiannya klik pada butang di bawah. Cariannya lebih banyak dan memuaskan. 15
DESIGN Menu design ini paling atas dari semua menu dalam Canva. Ianya benar-benar membantu sekiranya kita menggunakan fungsi ini dengan baik. Kerana apa? Di bahagian ini, ianya boleh menyelesaikan hampir 60% masalah design. Canva akan menyediakan banyak template untuk kita pilih dan customize. Bagaimana cara kerjanya? Anda hanya perlu masukkan keyword untuk dicari. Misalnya anda ingin membuat muka depan file. Gunakan keyword yang sesuai seperti ‘cooperate’ atau ‘formal’ Ianya akan memaparkan hasil carian untuk dipilih. Dari hasil carian tersebut, anda boleh memilih design yang diperlukan. Dari pilihan tersebut juga, akan banyak pilihan warna yang boleh diedit. Setiap design yang dipilih, scheme warna pilihan boleh disetkan secara terus agar sesuai dan sama untuk setiap slide yang dihasilkan. 16
SUNTING FOTO Setelah kita memuat naik gambar ke dalam ruang kerja, kita boleh mengubah warna, bentuk dan pelbagai perkara mengenai gambar tersebut. Contohnya seperti gambar di sebelah. Klik pada gambar tersebut, maka akan keluar menu seperti berikut . Apabila di klik pada Edit Photo, paparan di sebelah kiri akan keluar pilihan berikut. Antara yang terkenal dengan canva ialah keupayaan untuk membuang background foto dengan baik. Untuk fungsi ini, anda boleh klik pada fungsi BG Remover. Anda boleh mencuba untuk menggunakan semua fungsi yang ada di dalamnya. 17
Selain dari fungsi Remove Background, banyak fungsi lain yang boleh dicuba. Misalnya dalam membuat iklan berbentuk Mockup. Dalam koleksi smartmockups, anda boleh memasukkan foto secara terus ke dalam mockup secara terus dan gambar akan menjadi realistik ! Fungsi ini untuk menukar tranparency. Untuk copy style dari satu gambar ke satu gambar Untuk lock atau unlock pergerakan bahan 18
5. SHARE Dalam setiap bahan yang kita hasilkan, ada masanya kita perlukan pandangan daripada pihak atasan mengenai design dan sebagainya. Oleh itu, terdapat satu fungsi di dalam canva dimana kita boleh sharekan bahan kerja tersebut kepada sesiapa sahaja melalui link. Di bahagian ini, anda boleh kongsikan bahan kerja dengan rakan lain melalui Copy Link. Apa yang rakan anda boleh lihat? Mereka akan bebas untuk melihat (view) dan edit mana-mana bahagian yang salah Bahagian ini akan saya kongsikan juga dalam topik lain kelak dimana anda boleh membuat komen setiap page yang memerlukan pembetulan. Dalam fungsi Share, anda boleh memuat turun bahan yang dihasilkan. Misalnya anda ingin menjadikan bahan tersebut sebagai bahan bercetak size kecil, anda boleh download sebagai PDF Standard. Selain itu, anda juga boleh download sebagai JPG atau PNG berdasarkan keperluan. Bagi saya, kualiti terbaik untuk foto sebaiknya menggunakan format PNG. Malah sekiranya anda ingin download sebagai mp4 video, hasilnya juga menarik ! Anda boleh menukar animasi setiap slide menjadikan video anda lebih menarik. 19
Bahagian ini merupakan pilihan untuk hasil bahan yang kita hasilkan. Fungsi ini membolehkan kita menjadikan bahan yang dihasilkan lebih menarik kerana lebih banyak pilihan yang boleh dijadikan. Misalnya dalam membuat rakaman kendiri, anda boleh klik pada Present and record. Ianya akan memberi 20
Warna memainkan peranan penting. Dalam kita menghasilkan sebarang tugasan, kita perlu melihat warna yang akan kita gunakan. Bagi saya, antara laman https://coolors.co 21
Seperti topik sebelumnya, bezanya kali ini kita boleh masukkan email pegawai ke dalam kotak di sediakan. 6. KONGSI HASIL KERJA Apabila kita memasukkan email ke dalam kotak tersebut, penerima email tersebut akan menerima notifikasi berkenaan pemohonan tersebut. Satu notikasi akan dipaparkan Melalui email, pemilik email yang kita masukkan tadi akan menerima email berikut. Kita boleh sertai dengan menekan butang ‘Join the class’. 22
7. KERJA SECARA KUMPULAN Kelebihan paling ketara dalam Canva ialah ianya membenarkan kita berkerja secara ramai tanpa perlu berada di satu tempat. Misalnya, dalam penyediaan slide pembentangan. Setiap ahli boleh membuat bahagian masing-masing tanpa perlu menunggu setiap bahagian diselesaikan. Masing-masing siapkan bahagian masing-masing. Dalam menggunakan fungsi ini, boleh rujuk topik sebelumnya bagaimana kita memasukkan nama rakan lain ke dalam canva iaitu dengan memasukkan email mereka di ruang share. Ahli kumpulan yang lain boleh menyemak setiap page dan memberikan komen dengan cara halakan anak panah ke penjuru kanan atas page. Klik pada ikon chat tersebut dan tinggalkan komentar di ruangan tersebut. Dengan adanya fungsi tersebut, ianya akan membantu dalam meningkatkan hasil kerja. Ianya amat membantu ! 23
8. MEMBUAT SIJIL Topik ini memang seronok. Kebanyakkan yang bertanya kepada saya bagaimana nak buat sijil dari Microsoft Excel dan Word selama ini dah mula berubah ke canva. Bagi yang tidak berkesempatan membuat secara langsung di dalam kelas, saya ada sediakan video bagaimana cara untuk menghasilkan sijil di dalam video dalam kelas Canva Online. Boleh tonton di sana untuk lebih faham mengenai step by step yang diguna. Namun, saya akan kongsikan juga dalam buku ini bagaimana untuk membuatnya. 1. Sediakan template sijil kosong Buat carian di menu utama. Taipkan : certificate Anda akan mendapati banyak design yang telah boleh dipilih. Tekan mana-mana sijil yang anda ingin pilih. Dari mana-mana design sijil tersebut, pilih mana-mana yang sesuai. 24
Apabila anda klik pada design tersebut, paparan berikut akan muncul. Klik pada Customize this template Kemudian, anda hanya perlu edit bahagian-bahagian yang perlu di dalam design tersebut. Misalnya seperti tulisan, nama pegawai tandatangan dan sebagainya. Di bahagian kiri, klik pada ikon Apps Kemudiannya, taipkan diruang seach atas : bulk create Klik pada pilihan pertama Dari ini, kita boleh masukkan maklumat ke dalam sijil 25
Pada paparan ini, anda boleh masukkan data ke dalam sijil tersebut dengan 2 cara. 1. Masukkan data secara manual . Klik pada ikon 2. Masukkan maklumat diperlukan ke dalam table tersebut. Anda boleh masukkan column tambahan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh masukkan gambar dari dalam column tambahan. Selesai selesai, klik pada Done 3. Seterusnya, maklumat yang dimasukkan tadi akan keluar di ruang berikutnya. 4. Pada bahagian text uang kita hendak tukar, klik pada text tersebut. Tekan pada Connect Data 26
5. Pilih data yang kita ingin guna sebagai ganti text yang kita hendak tukar 7. Akhir sekali, klik pada butang terakhir 6. Kemudian, klik butang di bawah 8. Selesai. Semua sijil akaun automatik generate. Tahniah 27
9. LOGO & ASSET Apabila kita menghasilkan pelbagai tugasan di sekolah misalnya, semestinya kita mahukan satu ruang khas untuk menyimpan gambar yang berulang-ulang dipakai. Misalnya logo sekolah yang berulang kali digunapakai. Oleh itu, canva ada menyediakan ruang untuk anda menyimpan asset tersebut. Contohnya seperti logo. Saya selalu jadikan ruang ini untuk simpan logo yang berulang kali diguna pakai. Untuk anda mencari semua bahan-bahan yang pernah anda upload ke dalam canva, boleh cari di dalam menu Uploads. 28
10. QR CODE Untuk QR code, klik pada butang Kemudian, pilih butang more Pilih QR code Anda boleh isi maklumat yang berkaitan di dalam kotak di sediakan. Anda boleh pilih page mana yang anda ingin janakan QR Code. Akhir sekali, anda boleh download QR Code tersebut dan gunakan dalam kerja anda seterusnya. 29
11. MENGHASILKAN VIDEO DENGAN CANVA Menghasilkan video bagi topik ini lebih kepada memasukkan teks dan gambar dalam tayangan video penerangan. Ianya amat berguna dalam proses anda membuat video promosi atau iklan program di tempat kerja. Seperti topik lain, cara pantas menggunakan fungsi video ini ialah dengan memilih template yang telah disediakan. Pilih dan semuanya selesai. Namun, bagi anda yang ingin membuat sendiri dari awal. Terdapat beberapa step yang perlu anda ikut. Langkah pertamanya ialah dengan memilih pada jenis bahan yang dihasilkan. Klik pada pilihan Video. Size yang selalunya digunakan ialah 1920 x 1080 px. Ukuran ini seperti saya sebutkan memang memainkan peranan penting terutamakan dalam bahagian video. Bagi video-video di tik tok misalnya, paparan videonya mungkin berbeza kerana paparan screen yang digunakan ialah jenis potrait. Bahagian ini adalah untuk kita menukar animasi transition setiap slide yang dihasilkan. Pilihan ini membolehkan anda memilih banyak fungsi untuk pergerakan setiap slide. 30
Menghasilkan video bagi topik ini lebih kepada memasukkan teks dan gambar dalam tayangan video penerangan. Ianya amat berguna dalam proses anda membuat video promosi atau iklan program di tempat kerja. Untuk membuat animasi setiap Elements atau text, klik pada butang Animate pada canva. Pada bahagianPage Animations, anda boleh klik pilihan yang ada di bahagian bawah tersebut. Selain itu, terdapat satu fungsi baharu untuk anda klik Magic Animate Dengan fungsi tersebut, animasi khas untuk animasi akan menjadi lebih menarik. PAGE ANIMATIONS 31
Animasi ini khas untuk penggunaan text. Misalnya dalam membuat animasi text sama ada masuk dan keluar. Oleh itu, bagi setiap animasi text yang ingin diedit, anda boleh klik pada pergerakan setiap text tersebut sama ada secara satu persatu atau sekali gus dengan membuat group (Klik kiri untuk group). Dalam fungsi Animate ini, sama seperti fungsi Page Animations , satu lagi fungsi yang turut ada ialah Text Animations. Dalam fungsi tersebut, anda boleh membuat animation secara manual. Misalnya dalam menggerakkan manamana subjek di dalam slide. TEXT ANIMATIONS Misalnya jika anda ingin menggerakkan logo, anda boleh membuat pergerakan secara manual untuk setiap animation. Ianya sungguh mudah dan menarik ! 32
12. BUKU PROGRAM DENGAN CANVA Dalam membuat buku program, banyak aspek perlu diperhatikan. Dalam buku ini, saya akan fokuskan dalam pembinaan muka depan sahaja. Insha Allah saya akan cuba kupas lebih lanjut dalam Volume 2 mengenai lebih dalam penghasilan buku program. Muka depan memainkan peranan penting. Baik dari segi susunan, perkataan yang dimasukkan, warna malah protokol memainkan peranan penting. Oleh itu, setiap yang kita hasilkan perlu memenuhi semua keperluan tersebut untuk menjadikan sesuatu muka depan tersebut diterima. 33
Dalam canva, kita tidak perlu fokus terlalu banyak dengan design kerana pilihan yang banyak sudah disediakan oleh canva di fungsi Design. Bahagian ini membolehkan kita terus mencari dengan menaip apa bentuk design yang kita mahukan. Misalnya kita hendak hasilkan design berbentuk bunga, taipkan perkataaan flower. MUKA DEPAN Dari carian tersebut, kita boleh memilih pilihan yang mana anda suka. Klik pada pilihan tersebut. Kemudian, akan keluar pilihan untuk masukkan sebagai new pages atau ganti page yang kita sedang edit. Saya cadangkan klik pada Add as new pages. 34
Hasil dari pilihan warna tersebut, anda boleh memilih jenis mana yang anda inginkan. Pada halaman yang dihasilkan tersebut, klik pada teks dan gantikan maklumat yang berkaitan. Maklumat tersebut berbentuk tajuk, lokasi program, tarikh, masa dan nama perasmi jika ada. Contoh ini merupakan salah satu cara kita memasukkan maklumat yang kita peroleh dalam menghasilkan buku program. Bagi saya, penggunaan warna yang sesuai adalah penting dalam menandakan sesuatu majlis. Selalunya dalam majlis persaraan, warna sesuai gold dan hitam. Untuk warna majlis berkaitan kematian, selalunya kita gunakan foto hitam putih. 35
Dalam topik 6, anda ada dikongsikan cara untuk masukkan rakan ke dalam canva. Tujuan pembelajaran tersebut amat penting kerana dalam menghasilkan banyak penulisan seperti buku program ianya perlu banyak idea dan tambahan dari rakan lain. Oleh itu, sebelum kita mulakan tugasan bersama, pengagihan tugasan perlu dimaklum bersama. Contohnya : Muka depan - Peserta 1 Tentatif - Peserta 2 Jawatankuasa program - Peserta 3 Foto aktiviti - Peserta 4 Penutup - Peserta 5 Susun kreatif - Peserta 6 BUAT KERJA BERSAMA RAKAN Dalam menyelesaikan sesuatu tugasan tersebut, paling penting ialah bagaiamana peranan ketua dalam menyelaras semua arahan. Ketua perlu sync dengan urusetia untuk mendapatkan semua bahan program supaya maklumat yang diperoleh tepat. Dalam setiap agihan tersebut terdiri daripada seorang yang dilantik. Peranan yang amat penting dalam membuat tugasan berkongsi seperti buku program ialah bahagian susun kreatif kerana beliau perlu menyusun semua kandungan supaya lebih menarik. Gunakan fungsi elements untuk menambah fungsi tersebut. 36
Cetak Untuk buku program jenis bercetak, saya akan kongsikan bagaimana untuk mencetak buku tersebut mengikut susunan yang betul. Sekiranya kita mencetak menggunakan printer Canon, kita dapat mencetak tanpa ada border (berdasarkan pengalaman). Untuk mencetak , kita akan download as PDF. Setelah selesai, anda tekan pada butang share. Terdapat 2 cara untuk kongsikan bahan tersebut. Online Ianya lebih kepada untuk menghasilkan booklet secara online. Contohnya menggunakan aplikasi anyflip. Namun, dalam canva ada 2 jenis e-booklet yang percuma. Anda boleh pilih sama ada menggunakan Heyzine Flipbooks dan Simplebooklet. EXPORT KE BOOKLET Setelah itu, buka files tersebut menggunakan Adobe Reader. Hanya dengan software tersebut, anda akan dapat mencetak dengan mudah. Klik pada print. Pilih booklet dan selesai. 37
13. MEMBUAT RAKAMAN VIDEO Untuk membuat rakaman video, klik pada butang berikut Selepas klik pad butang tersebut, anda perlu allow fungsi kamera dan audio pada chrome. Disebelah kanan, akan keluar 3 pilihan untuk pilihan iaitu A) Kamera sahaja Untuk rakaman video sahaja. Ianya lebih kepada rakaman pada webcam atau kamera. B) Camera dan screen Untuk bahagian ini, rakaman lebih kepada kamera dan screen share. Cara rakaman ini lebih kepada sesi pembelajaran dan perkongsian. C) Screen Cara rakaman ini lebih kepada rakaman screen share sahaja. 38
Contoh di sebelah ialah rakaman menggunakan mode kamera dan screen. Anda boleh menekan butang Record sekiranya sudah bersedia. Dalam proses rakaman, anda juga boleh pause. Teruskan apabila sudah bersedia. Selepas habis rakaman, tekan pada butang Done. Proses seterusnya, tekan Sava and exit. Rakaman video tersebut anda boleh save sebagai video. Untuk penghasilkan video, anda boleh masukkan kesan bunyi atau soundtrack dalam video tersebut. Langkah sama seperti mencari image. Klik pada bahagian Elements, taipkan audio yang anda inginkan. Hanya perlu masukkan ke dalam slide/video yang dihasilkan, canva bantu proses seterusnya untuk anda. 39
14. MAGIC STUDIO ? Topik ini menarik kerana ianya adalah fungsi baharu dalam Canva. Fungsi ini bagi saya paling power dalam edisi terbarunya. Ianya menggabungkan AI dengan canca. Terdapat beberapa fungsi yang boleh kita cuba. TRANSLATE Seperti yang kita tahu, sekiranya kita copy ayat dari internet secara terus, kita perlu menukar kembali bahasa tersebut kepada bahasa yang kita mahukan. Ianya akan mengambil masa yang panjang sekiranya bahan tersebut terlalu banyak. Namun, dengan canva, semuanya akan menjadi lebih mudah kerana dengan satu klik semuanya selesai. MAGIC WRITE Dalam seni penulisan canva melalui fungsi ini, kita boleh membuat ayat secara rephase atau secara automatik. Untuk topik ini, ianya tidak terbuka kepada semua. Hanya akaun As Teacher yang akan diberi peranan tersebut. Anda boleh klik pada logo di bawah untuk membuat cubaan. 40
MAGIC MEDIA Fungsi ini membolehkan kita membuat carian dengan lebih tepat dengan mengabungkan perkataan yang sesuai. Anda hanya perlu klik pada bahagian sidemenu Apps. Buat carian Magic Media. Contohnya anda boleh membuat carian seperti berikut : Hasilnya, gambar yang seperti anda gambarkan akan keluar dalam carian tersebut. Bukan sahaja sebagai images malah turut ada video berkaitan. Ianya menunjukkan kekuatan AI dalam canva semakin berkembang ! 41
Kelas Canva MAGIC MORPH Fungsi ini lebih untuk menukar design text atau mana-mana element menjadi timbul dan 3D. Kebanyakkan penggunaan fungsi ini sesuai untuk text berkaitan tajuk utama sesuatu program. Malah, ada sesetengah yang menggunakan fungsi ini untuk kesan effect seperti api dan belon. Anda boleh lihat contoh yang saya cuba pada penggunaan pertama kali. Ianya akan nampak jelas sekiranya size text lebih besar dan tebal. 42
Kenalpasti terlebih dahulu matlamat. Dalam kelas ini, kita akan mulakan untuk membuat buku tandatangan pegawai yang akan ke sekolah. Bagaimana kita nak mulakan? LANGKAH PENYEDIAAN DESIGN BUKU TANDATANGAN Matlamat : Buku tandatangan Pertama, kita hendaklah pastikan apa matlamat penghasilan. Size : A4 bentuk landscape Seterusnya kita tentukan warna yang kita hendak guna. Misalnya dalam kes ini, kita hendak gunakan warna Biru dan Kuning. Warna : Biru dan Kuning Kemudiannya kita perlukan beberapa maklumat penting. Misalnya nama penuh program , tarikh , masa dan tempat. Maklumat program : Lawatan PPD Miri ke SK A pada 12 Oktober 2023 jam 2.00 petang Apabila semua proses ini selesai, baru kita mulakan langkah dengan canva. 43
Ukuran yang diperlukan Maklumat diperlukan Pemilihan warna Lokasi diletakkan Design Pilihan Export 44
Lokasi diletakkan Untuk projek kali ini, saya cuba kaitkan dengan projek tahun ini dimana untuk menghias banner di tangga sekolah. Untuk projek seperti tangga ini, ukuran hendaklah tepat dan betul kerana setiap anak tangga kemungkinan ukurannya berbeza. Untuk projek seperti ini, selalunya saya akan ambil foto supaya gambaran sebenar akan diperoleh. Lokasi untuk diletakkan memainkan peranan utama kerana kita akan padankan latar dan design yang kita akan buat. Untuk ukuran size kecil, saya akan gunakan ukuran cm. Gunakan pita ukur untuk mengukur size setiap anak tangga bagi memudahkan kita membuat ukuran. Latar di kertas ukuran untuk size anak tangga tersebut. Ukuran yang diperlukan 14.5 cm 132 cm 14.5 cm 14.5 cm Ukuran boleh dibuat mengikut size terkecil bergantung kepada keadaan design 45
Dalam projek ini, saya hendak menghasilkan banner dengan ayat motivasi. Jadi, maklumat yang saya perlukan ialah ayat motivasi. Untuk mencari maklumat tersebut, anda boleh membuat carian di google. Taipkan apa-apa yang anda ingin perlukan dan google lakukan carian untuk memudahkan anda. Sekiranya anda membuat banner atau buku program, maklumat yang anda perlukan ialah seperti Nama program, tarikh, masa, lokasi dan nama perasmi. Pemilihan warna ini bagi orang mungkin tak perlu sama dengan latar. Namun, pemilihan warna yang salah akan membuat banner dihasilkan suram dan tidak menyerlah. Dalam kes ini, saya hendak menjadikan pemandangan di bawah tangga dengan suasana di lautan dengan rumpai-laut. Pemilihan warna tersebut dicadangkan oleh colour pattern yang dicari coolors.co(rujuk topik2). Maklumat diperlukan Pemilihan warna 46
Design Pilihan Design yang saya maksudkan ialah bagaimana kita mengabungkan semua anak tangga menjadi satu banner besar. Untuk setiap anak tangga, saya akan bahagikan dengan garis panjang. 132 cm 116 cm Pada bahagian ini, saya akan mulakan dengan memasukkan wording yang saya jumpa ke dalam ruangan kotak tersebut. Pada bahagian ini, kita belum perlu menghias wording. Hanya text sahaja. 47
Design Pilihan Seterusnya, cari di bahagian Elements, mana-mana gambar latar yang anda suka. Sebaiknya cari warna latar yang tidak sama dengan wording supaya tulisan tidak tenggelam. Tukar warna setiap wording tadi dengan warna yang anda suka. Sebaiknya, bezakan setiap perenggan dengan warna berbeza. 48
Setelah selesai, klik pada bahagian Share untuk export bahan kerja kepada hasil terakhir iaitu PNG. Untuk format PNG, pastikan klik pada bahagian pages yang anda ingin cetak. Export Hasil tersebut, boleh dihantar ke kedai untuk dicetak. Untuk ukuran banner tersebut, selalunya kedai akan kenakan bayaran menggunakan size feet atau kaki. 132 cm = 4.3 kaki 116 cm - 3.8kaki Untuk size 4.3 kaki x 3.8 kaki x RM 2.00 RM 32.68 Anda dapat jimat lebih banyak sekiranya anda tahu berkenaan ukuran sebenar banner tersebut. Hasilnya, design akan menjadi lebih mudah dan terancang. 49