DELL
Kandungan
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 47/2022
SK DATO’ WAN KEMARA
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 NOTIS MESYUARAT AGUNG 2
2 KATA ALUAN GURU BESAR 3
3 KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 4
4 ATUR CARA MAJLIS 5
5 JAWATANKUASA PELAKSANA MAPIBG
KALI KE 47 6-8
6 JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 9-10
7 AGENDA MESYUARAT 11
8 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 46 12-19
9 LAPORAN TAHUNAN 2021/2022 20-23
11 LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2021 24-27
12 USUL DAN CADANGAN 28-30
13 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 2022/2024 31
14 PENGHARGAAN 32
1
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47/2022
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA
06010 CHANGLUN, KEDAH DARUL AMAN
TELEFON : 04-9241235 FAX : 04-9246962
emel : [email protected]
Ruj. Kami : SKDWK 100-8/4/4( )
Tarikh : 24 Mei 2022
Kepada
Ibu bapa / Penjaga dan guru-guru,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara,
Tuan / Puan,
NOTIS PEMBERITAHUAN : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN
DATO’ WAN KEMARA KALI KE 47 SESI 2022/2023
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Dato’ Wan Kemara akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 seperti ketetapan
berikut :
Tarikh : 02 Jun 2022
Hari : Khamis
Masa : 2:30 petang
Tempat : Dewan Al Farabi, SK Dato’ Wan Kemara
Perasmi : YBhg Dato’ Mohd Razman bin Yaacob
Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
4.1 Ucapan Penasihat PIBG
4.2 Ucapan Yang Di Pertua PIBG
4.3 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
4.4 Perkara-perkara berbangkit
4.5 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan Ahli Jawatankuasa sesi 2021/2022
4.6 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021
4.7 Membahaskan dan Membincangkan usul / cadangan (jika ada)
4.8 Membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
4.9 Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2024
4.10 Memilih 2 orang Juruaudit
4.11 Ucapan penangguhan
4. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa PIBG mengalu-alukan cadangan usul daripada Tuan/Puan untuk dibincangkan ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Semua usul hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha PIBG sebelum atau pada 27 Mei 2022 (Jumaat)
secara atas talian dalam link https://forms.gle/3GawTuj2J7iAritW9. Usul yang dikemukakan akan diteliti dan yang bersesuaian sahaja
dipilih oleh pihak Jawatankuasa untuk dibawa dan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung.
5. Kehadiran dan kerjasama serta sokongan yang diberikan oleh Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi menjaya kan mesyuarat agung kali
ini.
Sekian. Terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
(NABILLAH BINTI MOHAMAD ROSLI)
Setiausaha
PIBG Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara
2021/2022
2
KATA ALUAN GURU BESAR
A ssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur kepada Allaw
S.W.T kerana dengan izin dan rahmatNya dapat kita
dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
kali 47 secara bersemuka. Saya mengucapkan
syabas, tahniah dan terima kasih atas komitmen ibu
bapa pada hari ini. Kehadiran ibubapa menunjukkan
komitmen yang tinggi terhadap PIBG bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai
kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah murid.
Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG yang telah banyak menabur jasa, buah fikiran dan
juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah. PIBG sentiasa memberikan kerjasama
yang baik kepada semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Berilah sokongan yang jitu dan padu
kepada semua program dan aktiviti yang dirancang oleh PIBG. PIBG yang cemerlang bukanlah terletak pada
jumlah wangnya tetapi berapa banyak sumbangan yang diberikan kepada kejayaan dan kecemerlangan anak
didik di sekolah. PIBG dan sekolah mempunyai agenda yang lebih besar, yakni bangkit menjadikan sekolah ini
menjadi sebuah sekolah yang terus cemerlang, sekolah yang menjadi harapan setiap ibu bapa, dan sekolah
harapan Negara.
Diharapkan pada tahun 2022 ini, tahap prestasi SK Dato’ Wan Kemara dalam semua bidang akademik,
sahsiah juga kokurikulum akan terus meningkat dan semakin menyerlah. Semoga visi dan misi sekolah dapat
direalisasikan. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Dipertua PIBG dan anggota jawatankuasanya yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan
kepada program-program sekolah. Juga tidak lupa kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu dan
kerjasama yang erat dalam membawa sekolah ini ke arah kecemerlangan.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kepimpinan PIBG
yang lalu dan mendoakan kepimpinan yang akan datang akan dapat memikul dan meneruskan tanggungjawab
yang diberikan dengan penuh dedikasi, kreatif dan proaktif. Sentiasalah kita menyumbang idea, masa dan tenaga
dalam satu pasukan yang sentiasa bersepadu, tolong-menolong, bekerjasama, bersama-sama susah dan
gembira.
Sekian, terima kasih.
(MOHD NIZAM BIN SAIDIN,PCK)
GURU BESAR
SK DATO’ WAN KEMARA
3
KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T
dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya
kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali KE-47 secara bersemuka.
Menerusi pertemuan ini, kita dapat berkumpul dan
merancang pelbagai aktiviti untuk membantu pihak
sekolah terutama dalam pembentukan sahsiah
anak-anak agar menjadi insan yang berguna dan
berbakti kepada Bangsa dan Negara.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi
sumbangan dari segi tenaga dan kewangan dalam membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya
kerjasama yang erat antara PIBG, PIBK dan sekolah, saya yakin kita terus mampu melonjakkan sekolah ini ke
tahap yang lebih cemerlang dan gemilang
Kejayaan SK Dato’ Wan Kemara dalam bidang akademik dan kokurikulum yang telah diraih oleh murid
sepanjang tempoh 2021/2022 telah menjadi bukti kesungguhan serta keberkesanan aktiviti yang dianjurkan
melalui kerjasama PIBG dan warga SK Dato’ Wan Kemara. Sekolah sentiasa berusaha merancang dan
mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan terus
membawa kebaikan kepada semua pihak. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada
semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga
dengan pelbagai karenah dan cabaran.
Akhir kata saya mewakili AJK PIBG 2018-2020 memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat
kekurangan sepanjang menerajui PIBG pada tahun ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua waris yang tak
jemu-jemu membantu menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang. Moga iltizam kita untuk melihat anak-
anak lebih berjaya dan cemerlang dari segi akhlak dan sahsiah akan dapat dilahirkan.
Sekian, terima kasih.
(EN.ZAINOL ABIDIN BIN MOHAMAD,SDK.,AMK.,BKM.,PJK.,)
YANG DIPERTUA
SK DATO’ WAN KEMARA
4
ATUR CARA
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (pibg)
KALI KE-47/2022
SK DATO’ WAN KEMARA
2:15 petang : Pendaftaran Ibu Bapa / Waris / Guru berkumpul di Dewan Al Farabi, SK Dato’
2:30 petang : Wan Kemara.
Ketibaan Encik Zainol Abidin bin Mohamad, YDP PIBG SK Dato’ Wan Kemara.
3:15 petang : Ketibaan YBhg Dato’ Mohd Razman bin Yaacob,
3:30 petang : Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Aluan Pengacara Majlis
- Ucapan Aluan Guru Besar, En Mohd Nizam bin Saidin
- Ucapan YDP PIBG, En Zainol Abidin bin Mohamad
- Ucapan Perasmian Oleh
YBhg Dato’ Mohd Razman bin Yaacob,
Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA
- Penyampaian Cenderahati
- Persembahan
Jamuan Ringan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 bermula
Penutup dan Bersurai
5
Jawatankuasa mesyuarat agung pibg skdwk
PENASIHAT HARI : Khamis
En Mohd Nizam Bin Saidin (Guru Besar)
TARIKH : 02 Jun 2022
PENGERUSI
En Zainol Abidin Bin Mohamad (YDP PIBG) MASA : 2:30 petang
NAIB PENGERUSI TEMPAT : Dewan Al Farabi,
Pn Kamariah Binti Kamaruddin (PK 1) SK Dato’ Wan Kemara
Tn Hj Abdrul Razak Bin Mahamud (PK HEM)
Pn Siti Adora Binti Md Noh (PK KO-KURIKULUM) PERASMI : Dato’ Mohd Razman bin Yaacob
Pn Fairul Riza Binti Musa (PK PPKI) Pengerusi
Yayasan Pelajaran MARA
SETIAUSAHA
Pn Nabillah Binti Mohamad Rosli TEMA : Pakaian Batik Sekolah (BIRU)
BENDAHARI
Pn Yusniza Binti Mohamed Yusoff
PENOLONG BENDAHARI
Pn Norazalina Binti Bakar
JAWATANKUASA PELAKSANA
JEMPUTAN DOA
Tn Hj Mohmad Shukri Bin Othman
Pn Kamariah Binti Kamaruddin (PK PENTADBIRAN)
Tn Hj Abdul Razak Bin Mahamud (PK HEM) PENDAFTARAN KEHADIRAN
Pn Siti Adora Binti Md Noh (PK KO-KU) Pn Susilawatty Binti Ahmad Shahabuddin
Pn Fairul Riza Binti Musa (PK PPKI) Pn Salmah Binti Che Omar
En Noorsaifulnizam Bin Kamarudin (NYDP PIBG) Pn Cik Su Binti Shafie
Pn Rohani Binti Ghazali (AJK WARIS) Pn Aziah Binti Ahmad
En Mohd Ghazali Bin Hj Daud (AJK WARIS) Pn Hartini Binti Josni
En Mohd Sukur Bin Azizoh@Azizam (AJK WARIS) Pn Bawani A/P Supramaniam
En Suhaimi Bin Abd Kadir (AJK WARIS) Pn Haslina Binti Hashim
BUKU PROGRAM
Ummai Kalshom Binti Mohd Kasim
Pn Nor Humaiziah Bt Mat Radzi
Pn Fatimah Azzaharah Binti Amat Ramsa
Pn Bidah Binti Ahmad
Pn Nor Azzuwal Binti Kila
Pn Nurhuda Binti Abu Talib
Pn Noraziah Binti Saad
6
PENGACARA CENDERAHATI VIP
Pn Alizawati Binti Abd Rahim Pn Nik Azwani Binti Nik Azemi
Mohamad Fitri Bin Md Tahir Pn Rossalwa Binti Mohd Isa
Pn Nur Syazwani Binti Ahmad
PERSIAPAN PENTAS / BACKDROP / DEWAN Pn. Faridah Binti Fuad (Ajk Waris)
Pn Azliela Bt Abdullah (Ajk Waris)
Pn Hazliza Binti Salleh
Pn Zarina Binti Bakar PERSIAPAN TEMPAT & KHEMAH
Pn Zuraida Binti Zainul Abidin
Pn Umaimunah Binti Mat Saman En Rosmadi Bin Mohd Yunus
Pn Dayang Fauziah Binti Abang Sarbini En Noruddin Bin Ahmad
Pn Asiah Binti Che Pi En Suhaizi Bin Sukri
Pn Nasirah Binti Zainal En Zawawi Bin Kasim
Pn Hamimah Binti Zakaria En Afrijasri Bin Jasni
En Amir Bin Nanyan
JAMUAN VIP En Mohd Amir Bin Jamaluddin
En Mohd Fauzi Bin Ahmad
Pn Siti Aminah Binti Abu Bakar
Pn Zaitun Binti Baharom JAMUAN GURU, IBU BAPA & MURID
Pn Shukinah Binti Shuib
Pn Rosnani Binti Said Pn Mariatul Kabariah Binti Suboh
Pn Roshadah Binti Yaakub Pn Nurlailawati Binti Abdul Razak
Pn Nurul Huda Binti Husain Pn Zuhirani Binti Saad
Pn Asiah Binti Musa Pn Zaidah Binti Chin
Pn Intan Norshimah Binti Osman Pn Solehah Binti Abd Ghani
Pn Rohmah Binti Rahim @ Abdul Rahim
PENCATAT Pn Abizah Binti Hussain
Pn Mawar Binti Abd Rahim
Pn Maszurah Binti Mohamad
Pn Noraliza Binti Saidin PERSEMBAHAN MURID & SAMBUTAN
Pn Zur Azizah Binti Ismail
Pn Saadiah Binti Ahmad Pn Saflina Binti Sepian
Pn Nor Zaina Binti Bahari Pn Suraiya Binti Ishak
Pn Juwita Binti Akal Ali En Zulkifli Bin Ismail
Pn Norsham Binti Hussain Pn Shafaruzie Binti Shabudin
Pn Nuriy Nurhane Binti Jamil
SIARAYA DAN TEKNIKAL DEWAN
BANNER & PUBLISITI
En Azmir Bin Ahmad
En Muhamad Hilmi Bin Saifuddin En Mohammad Zawawi Bin Ishak @ Abdul Manaf
En Aiman Bin Abd Aziz
KAWALAN KESELAMATAN & LETAK KENDERAAN
FOTOGRAFI / VIDEO
En Ahmad Fazreen Bin Amron
En Mohamad Bin Hashim En Mohd Dhiauddin Bin Othman
En Ahmad Shazli Bin Md Zainol En Ahmad Iscander Fadzlin Bin Syed Mohamed
En Md Sharifuddin Bin Mat Sirat
En Muhammad Khairi Bin Jamil
7
DOKUMENTASI KEMASAN AKHIR
Semua guru, staf & pekerja sekolah
Pn Salmah Binti Halim @ Saad
Pn Hasnah Binti Shaarani
Pn Yong Nasharah Binti Lan Dahari
8
JAWATANKUASA PIBG SESI 2021 / 2022
BIL NAMA PEKERJAAN JAWATAN
1 EN MOHD NIZAM BIN SAIDIN, PCK. GURU BESAR PENASIHAT
2 EN ZAINOL ABIDIN BIN MOHAMAD, PENGARAH YANG
SDK.,AMK.,BKM.,PJK. SYARIKAT DIPERTUA
3 EN NOORSAIFULNIZAM BIN PENCERAMAH NAIB YANG
KAMARUDDIN BEBAS DIPERTUA
4 PN NABILLAH BINTI MOHAMAD ROSLI GURU SETIAUSAHA
5 PN YUSNIZA BINTI MOHAMED YUSOF GURU BENDAHARI
6 PN NORAZALINA BINTI BAKAR GURU NAIB
BENDAHARI
7 EN MOHD GHAZALI BIN HJ DAUD
AHLI AJK WARIS
8 EN MUHAMAD SUKUR BIN PERNIAGAAN
AZIZOH@AZIZAM
KONTRAKTOR AJK WARIS
9 EN SUHAIMI BIN KADIR
PESARA AJK WARIS
10 PN ROHANI BINTI GHAZALI TENTERA
11 PN AZLIELA BINTI ABDULLAH AHLI AJK WARIS
PERNIAGAAN
PENOLONG AJK WARIS
PUSTAKAWAN
9
12 PN FARIDAH BINTI FUAD PENSYARAH AJK WARIS
13 EN ROSMADI BIN MD YUNUS
GURU AJK GURU
14 EN MOHMAD SHUKRI BIN OTHMAN GURU AJK GURU
15 PN ALIZAWATI BINTI ABD RAHIM GURU AJK GURU
16 PN HUDA BINTI ISHAK GURU AJK GURU
17 HJ IBRAHIM BIN HJ ISMAIL KETUA JURUAUDIT
18 PN NORSHAM BINTI HUSSAIN SEKSYEN WARIS
OPERASI
JURUAUDIT
KWSP GURU
GURU
10
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47/2022
1. Ucapan Penasihat PIBG SK Dato’ Wan Kemara.
2. Ucapan Yang Di Pertua PIBG SK Dato’ Wan Kemara.
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
4. Perkara-perkara berbangkit.
5. Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan Ahli Jawatankuasa sesi
2021/2022.
6. Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2021.
7. Membahaskan dan Membincangkan usul / cadangan (jika ada).
8. Membubarkan Jawatankuasa PIBG SK Dato’ Wan Kemara sesi 2021/2022
9. Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Dato’ Wan Kemara sesi 2022/2024
10. Memilih 2 orang Juruaudit.
11. Ucapan penangguhan.
11
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 46 / 2021
TARIKH : 30 Oktober 2021 ( Sabtu )
MASA : 2:30 petang
TEMPAT
: Google Meet (kediaman masing-masing)
PERASMI
http://meet.google.com/syk-sjai-awr
: Encik Zainol Abidin bin Mohamad SDK.,AMK.,BKM.,PJK.
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara
KEHADIRAN : 164 orang (YDP PIBG)
1. En.Zainol Abidin bin Mohamad (NAIB YDP)
2. En.Noorsaifulnizam bin Kamaruddin (Setiausaha)
3. Pn.Nabillah binti Mohamad Rosli (Bendahari)
4. Pn.Yusniza binti Mohamed Yusof (Naib Bendahari)
5. Pn.Norazalina binti Bakar (AJK)
6. En.Mohmad Shukri bin Othman (AJK)
7. En.Rosmadi bin Md Yunus (AJK)
8. En.Mohmad Shukri bin Othman (AJK)
9. Pn.Huda binti Ishak (AJK)
10. Pn.Alizawati binti Abdul Rahim (AJK)
11. Pn.Rohani binti Ghazali (AJK)
12. Pn.Faridah binti Daud (AJK)
13. Pn.Azliela binti Abdullah (AJK)
14. En.Suhaimi bin Kadir (AJK)
15. En.Mohd Ghazali bin Haji Daud (AJK)
16. En.Muhamad shukur bin Azizoh@Azizam
Senarai Ahli rujuk Lampiran A
TURUT HADIR :
1. En.Mohd Nizam bin Saidin (Guru Besar)
(PK Pentadbiran)
2. Pn.Kamariah binti Kamaruddin
12
3. Tn.Hj Abdul Razak bin Mahmud (PK Hem)
4. Pn.Siti Adora binti Md Noh (PK Kokurikulum)
5. Pn.Fairul Riza binti Musa (PK PPKI)
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Penasihat PIBG
Penasihat PIBG iaitu Encik Mohd Nizam bin Saidin selaku Guru Besar SK Dato’ Wan Kemara
berasa bangga dengan kehadiran waris ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46. Seramai 164 orang terdiri
dari ibu bapa dan guru turut serta bersama-sama dalam menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke
46. Mesyuarat bermula jam 2.30 petang.
Selain itu, beliau turut berbangga dengan kecemerlangan sekolah SKDWK iaitu kecemerlangan
dari segi kemenjadian murid sehingga telah dipilih oleh pihak TV3 untuk ditayangkan dalam
dokumentari Majalah 3. Pemilihan TV3 adalah hasil daripada kecemerlangan SKDWK kerana telah
meraih banyak pengiktirafan peringkat antarabangsa. Terdapat beberapa pengiktirafan seperti Sekolah
Digital. Untuk pengiktirafan Sekolah Digital, pihak PIBG telah menyumbang dana untuk melengkapkan
keseluruhan kawasan sekolah mendapat liputan internet. Pengiktirafan daripada pelbagai pihak
menjadikan SKDWK sekolah pilihan untuk dilawati oleh pihak luar. Kecemerlangan telah dicapai oleh
PIBG SKDWK sehingga telah meraih pengiktirafan demi pengiktirafan
2. Ucapan Yang di Pertua PIBG
Tuan Yang Dipertua PIBG En Zainol Abidin bin Mohamad berasa sangat bangga dengan
pencapaian SKDWK, setiap hari terdapat berita disiarkan tentang skdwk. Tambahan pula, SKDWK
merupakan sekolah kawasan luar Bandar tetapi dapat mencapai pencapaian yang sangat luar biasa.
Antaranya sekolah digital, guru menggunakan smart TV untuk mengajar dan keseluruhan kawasan
sekolah mendapat liputan internet. Beliau amat berharap semua murid dapat menguasai bidang
Matematik dan Sains kerana sekolah telah menyediakan kemudahan makmal STEM untuk pelajar.
Pihak PIBG akan sentiasa memenuhi keperluan anak didik dengan membantu mencari dana dan
menggunakan sumber kewangan akan digunakan sebaik mungkin bagi membantu dan memenenuhi
keperluan dalam pendidikan anak-anak.
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45
3.1 Setiausaha PIBG, Pn Nabillah bt Mohaamd Rosli telah membentangkan minit mesyuarat agung
PIBG kali ke 44/45 dan meminta ahli untuk merujuk bermula muka surat 1 sehingga 12 untuk
disemak dan disahkan.
3.2 Minit mesyuarat diterima dan dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Jamilah Ahmad. Cadangan
disokong oleh Pn Hanisah.
13
4. Perkara-perkara berbangkit
Mesyuarat pada kali ini tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.
5. Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Ahli Jawatankuasa sesi 2019/2021
5.1 Setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan ahli jawatankuasa sesi 2019/2021. Ahli
mesyuarat boleh merujuk pada muka surat 13 sehingga 19 untuk disemak, diterima dan
disahkan.
5.2 Pn. Norsuhaili Ahmad mencadangkan minit mesyuarat dierima. Seterusnya cadangan ini
disokong oleh Pn Nabilah Abdul Hamid.
6. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi Tahun Kewangan
berakhir 2020
6.1 Seterusnya bendahari PIBG, Pn Yusniza bt Yusoff membentangkan laporan kewangan PIBG
tahun berakhir Disember 2020. Ahli mesyuarat boleh rujuk laporan kewangan pada muka surat
22 dan 26. (Rujuk lampiran). Laporan kewangan dibuka untuk diterima dan disahkan.
6.2 Pn Norsuhaili binti Ahmad mencadangkan laporan kewangan diterima dan disahkan. Cadangan
disokong oleh Pn. Faridah
7. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan
berakhir 31 Oktober 2021
7.1 Bendahari PIBG, Pn Yusniza bt Yusoff membentangkan laporan kewangan PIBG tahun berakhir
31 Oktober 2021. Ahli mesyuarat boleh rujuk laporan kewangan pada muka surat 22 dan 26.
(Rujuk lampiran). Laporan kewangan dibuka untuk diterima dan disahkan.
7.2 Pn Norsuhaili binti Ahmad mencadangkan laporan kewangan diterima dan disahkan. Cadangan
disokong oleh Pn. Faridah
8. Membincang Usul dan Cadangan
8.1 Guru besar En Mohd Nizam bin Saidin meminta merujuk usul dan cadangan bermula muka surat
30 – 32. Boffin Event Management mencadangkan agar mengadakan kutipan derma kilat bagi
mengatasi masalah tiada penutup lubang longkang di luar pagar sekolah untuk mengelak
kecelakaan kepada murid. Cadangan ini disambut baik oleh pihak sekolah dengan melancarkan
tabung infak subuh bermula minggu pertama persekolahan.
14
8.2 En Noor Arifin Hussin mencadangkan pihak berkenaan meratakan divider depan SADA sebagai
tempat meletak kenderaan waris. Guru besar memaklumkan divider berkenaan adalah di bawah
seliaan Majlis Daerah Kubang Pasu. Pihak sekolah sentiasa memantau dan memaklumkan
kepada pihak berkenaan. Pertanyaan daripada waris berkaitan waktu rehat murid, guru besar
menjelaskan murid masih makan di dalam kelas.
9. Membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2020
9.1 Yang Dipertua PIBG En Zainol Abidin Mohammad membubarkan semua jawatankuasa PIBG
untuk sesi 2018/2020.
9.2 Guru besar En Mohd Nizam Saidin mencadangkan semua jawatankuasa PIBG sesi 2018/2020
yang sedia ada agar dikekalkan sehingga dapat bersemuka pada tahun 2022 untuk pelantikan
baharu.
9.3 Puan Suhaili mencadangkan untuk mengekalkan jawatakuasa PIBG. Cadangan ini disokong
oleh Puan Nor Hafiza.
10. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2024
10.1 Keputusan mesyuarat mengekalkan jawatankuasa sedia ada sehingga dapat bersemuka pada
tahun 2022 untuk pelantikan ahli jawatankuasa baharu.
11. Hal-hal lain
11.1 Tuan Yang Dipertua PIBG, En Zainol Abidin bin Mohamad mencadangkan persetujuan
kutipan/sumbangan PIBG bagi Tahun 2022 diteruskan dan dikekalkan.
11.2 Keputusan mesyuarat bersetuju untuk meneruskan dan mengekalkan
kutipan/sumbangan PIBG bagi Tahun 2022.
12. Ucapan Penangguhan
12.1 YDP PIBG menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG Ke-46 pada jam 3.55 petang. Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih diberi kepercayaan bersama ahli jawatakuasa
PIBG sehingga sesi 2022.
12.2 Guru Besar memulakan ucapan penangguhan dengan memaklumkan PIBG SK Dato’
Wan Kemara sangat digeruni oleh pihak luar .Kehebatan PIBG SK Dato’ Wan Kemara ini terbukti
apabila mendapat anugerah PIBK Cemerlang peringkat negeri Kedah dan dipilih mewakili ke
peringkat Kebangsaan. Selain itu, YDP PIBG SK Dato’ Wan Kemara mendapat pengiktirafan
Pengurusan PIBG Cemerlang, dan Anugerah Pengurusan Kewangan PIBG Cemerlang. Selain
itu juga, Guru Besar juga memaklumkan sekolah ini mempunyai 14 orang guru Microsoft
15
Innovative Educator Expert ( MIEE). Akhir sekali Guru besar memberitahu seramai 57 orang
daripada Pengarah JPN Negeri Sembilan akan datang membuat lawatan ke SKDWK.
Pencatat minit mesyuarat Agung PIBG kali 46 :
Pn. Soleha binti Abdul Ghani
Pn. Rosnani binti Said
Pn. Zaidah binti Chin
Pn. Siti Aminah binti Abu Bakar
16
KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
1
LAMPIRAN A
TAHUNAN PIBG KALI KE 46/2021
17
1
18
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(NABILLAH BINTI MOHAMAD ROSLI) (ZAINOL ABIDIN BIN MOH
Setiausaha Agung PIBG 2018/2020 YDP PIBG
SK Dato’ Wan Kemara SK Dato’ Wan Kemara
1
Disahkan Oleh,
HAMAD) (MOHD NIZAM BIN SAIDIN)
GURU BESAR
SK Dato’ Wan Kemara
19
LAPORAN TAHUNAN pibg 2021/2022
Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Dato’ Wan Kemara
1. En.Mohd Nizam bin Saidin (Guru Besar)
2. En.Zainol Abidin bin Mohamad (YDP PIBG)
3. En.Noorsaifulnizam bin Kamaruddin (NAIB YDP)
4. Pn.Nabillah binti Mohamad Rosli (Setiausaha)
5. Pn.Yusniza binti Mohamed Yusof (Bendahari)
6. Pn.Norazalina binti Bakar (Naib Bendahari)
7. En.Mohmad Shukri bin Othman (AJK)
8. En.Rosmadi bin Md Yunus (AJK)
9. En.Mohmad Shukri bin Othman (AJK)
10. Pn.Huda binti Ishak (AJK)
11. Pn.Alizawati binti Abdul Rahim (AJK)
12. Pn.Rohani binti Ghazali (AJK)
13. Pn.Faridah binti Daud (AJK)
14. Pn.Azliela binti Abdullah (AJK)
15. En.Suhaimi bin Kadir (AJK)
16. En.Mohd Ghazali bin Haji Daud (AJK)
17. En.Muhamad Shukur bin Azizoh@Azizam (AJK)
20
Rekod keHADIRAN ahli jaw
Bil Nama Jawatan
1. En. Mohd Nizam bin Saidin GURU BESAR
2. En. Zainol Abidin bin Mohamad YDP PIBG
3. En. Noorsaifulnizam bin Kamarudin
4. Pn. Nabillah binti Mohamad Rosli Naib YDP PIBG
5. Pn. Yusniza binti Mohamed Yusof Setiausaha PIBG
6. Pn. Norazalina binti Bakar Bendahari PIBG
7. Pn. Rohani binti Ghazali Penolong Bendahari
8. En. Mohd Ghazali bin Haji Daud AJK PIBG (WARI
9. En. Muhamad Sukur bin Azizoh@Azizam AJK PIBG (WARI
10. En. Suhaimi bin Kadir AJK PIBG (WARI
11. Pn. Azliela binti Abdullah AJK PIBG (WARI
12. Pn. Faridah binti Fuad AJK PIBG (WARI
13. En. Rosmadi bin Md Yunus AJK PIBG (WARI
14. En. Mohd Shukri bin Othman AJK PIBG (GURU
15. Pn. Alizawati binti Abdul Rahim AJK PIBG (GURU
16. Pn. Huda binti Ishak AJK PIBG (GURU
AJK PIBG (GURU
2
warankuasa sesi 2021/2022
R 07/04/2021 18/11/2021 13/02/2022 29/05/2022
/ / / /
G / / / /
G / / / /
G / / / /
i PIBG / / / /
IS) / / / /
IS) / / / /
IS) / / / /
IS) / / / /
IS) / / / /
IS) / / / /
U) / / / /
U) / / / /
U) / / / /
U) / / / /
/ / / /
21
LAPORAN TAHUNAN aktiviti 2021/2022
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TINDAKAN BIRO
1 Projek pemasangan papan tanda & stor simpanan 04 November 2021 Semua Biro
alatan sukan
2 Anugerah Digital Utilisation and Technology Peringkat 14 November 2021 Semua Biro
Negeri Kedah 7 Disember 2021
3 Verifikasi Anugerah PIBG/PIBK Cemerlang Peringkat 16 November 2021 Semua Biro
Negeri Kedah (Kategori Pengurusan Kewangan dan
YDP PING Cemerlang) 21 November 2021 Semua Biro
4 Sambutan “Welcome Back To School”
5 The Best Face Mask Detector – Silver Medalist Award 23 November 2021 Semua Biro
di International virtual Expo of Innovation Product
System 2021
6 Projek Naiktaraf Pusat Sumber SKDWK 25 November 2021 Biro Akademik
7 Rombongan Delegasi Jabatan Pendidikan Negeri 27 November 2021 Semua Biro
Sembilan
8 Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 29 November 2021 Biro Akademik
Peringkat Negeri kedah 2021- JK Hadiah
9 Anugerah Sekolah Bestari Peringkat Daerah Kubang 30 November 2021 Semua Biro
Pasu dan Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa
10 Johan Pertandingan Drone Edu-Challenge 2.0 PPKI 01 Disember 2021 Biro Sukan
11 Anugerah Pengurusan Pengawas Terbaik Rendah dan 07 Disember 2021 Semua Biro
Anugerah Tokoh Terbaik Murid Adiwira Peringkat
Kebangsaan
12 Pertandingan Akhir Anugerah Tokoh Nilam Peringkat 08 Disember 2021 Biro Akademik
Daerah Kubang Pasu- Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris
13 Majlis Persaraan Pn Hjh Haziana binti Abdul Hamid 09 Disember 2021 Biro Sosial
14 Sumbangan Alatan Gym dan audio video daripada 14 Disember 2021 Biro Akademik
UUM dan Sukan
15 Anugerah Khas Kecemerlangan PIBG/PIBK Peringkat 18 Disember 2021 Semua Biro
Negeri Kedah
16 Anugerah IKON PIBG/PIBK Negeri Kedah 19 Disember 2021 Semua Biro
17 Projek Naiktaraf Bilik Bimbingan dan Kaunseling 21 Disember 2021 Biro Akademik
18 Projek Naiktaraf Kemara Bistro 29 Disember 2021 Biro Akademik
19 Projek “Book Nest” 23 Januari 2022 Biro Akademik
20 Program Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah 16 Februari 2022 Biro Akademik
2021/2022
21 Pelancaran Laman Minda Sihat @ Relax and 16 Februari 2022 Biro Sosial
Rechargeble (RnR)
22 Pusat Pemberian Vaksin Kanak-kanak 5-11 tahun 19 Februari 2022 Biro Sosial
23 Pertandingan SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC 17 - 20 Februari Biro Sukan
NATIONAL JUNIORCIRCUIT, Prai, Pulau Pinang 2022
24 Program Khatam Al-Quran dan Program Kenangan 21 Februari 2022 Biro Akademik
Seuntai Kasih Tahun 6 2021
25 World Best School Prize Peringkat Antarabangsa 25 Februari 2022 Semua Biro
26 Johan KFA Junior Cup Peringkat Negeri Kedah 26 Februari 2022 Biro Sukan
22
LAPORAN TAHUNAN aktiviti 2022
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TINDAKAN BIRO
27 Program “Budi Ditabur Kasih Disemai” 7 Mac 2022 Biro Sosial
28 Program Sekolah Penyayang- Seronok Mai Sekolah 21 Mac 2022 Semua Biro
29 Sumbangan Smart Television 23 Mac 2022
30 Gold Winners (Junior) di ASIAN YOUTH INNOVATION 26 Mac 2022 Biro Akademik
Biro Akademik
AWARDS 26 Mac 2022
31 Kejohanan Poomsae Taekwondo (TMWT) Daerah Biro Sukan
04 April 2022
Kubang Pasu 04 April 2022 Semua Biro
32 Program Ihya Ramadan dan Tilawah Al-Quran 08 April 2022 Biro Sosial
33 Sambutan Hari Autisme Biro Akademik
34 Perlantikan Barisan Tertinggi Kepimpinan Pengawas 21 April 2022
27 April 2022 Biro Akademik
SKDWK 27 April 2022 Semua Biro
35 Majlis International e-Khatam Peringkat Antarabangsa
36 SEEDS PROJECT 28 April 2022 Biro Akademik
37 Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Puteri Islam 29 April 2022
12 Mei 2022 Biro Sukan
SKDWK 14 Mei 2022 Biro Akademik
38 Online Chess International Championship 2022 16 & 17 Mei 2022
39 Program Ihya’ Ramadhan 19 Mei 2022 Semua Biro
40 Sambutan Aidilfitri Peringkat SKDWK Biro Sukan
41 Kejohanan Merentas Desa SKDWK Semua Biro
42 Sambutan Hari Guru Peringkat SKDWK Semua Biro
43 Showcase dan Gallery Walk PPKI
Laporan disediakan oleh, Laporan disemak oleh,
(NABILLAH BINTI MOHAMAD ROSLI) (MOHD NIZAM BIN SAIDIN, PCK)
Setiausaha Guru Besar
PIBG SK Dato’ Wan Kemara SK Dato’ Wan Kemara
2021/2022
23
Laporan KEWANGAN bagi tahun
berakhir pada 31 disember 2021
24
LAMPIRAN A
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN KEMARA
NOTA KEPADA AKAUN PENDAPATAN TAHUN 2021
Nota Pendapatan Bahagian D.
Bil Perkara RM
i. Sumbangan Kita Fund 1077.83
ii. Sumbangan Menteri Besar Kedah 15000.00
Jumlah Pendapatan 16077.83
Nota Pendapatan Bahagian E,F dan G RM
Bil Perkara 290.00
7340.00
i. Hasil Jualan Buku
ii. Sumbngan Dana Van PIBG 662.00
iii Sumbangan sedekah subuh waris-waris
8292.00
Jumlah Pendapatan
25
NOTA KEPADA AKAUN PERBELANJAAN TAHUN 2021
1.0 PROGRAM PENDIDIKAN RM
1272.00
Bil Perkara
i Yuran pertandingan Inovasi peringkat Antarabangsa 830.00
ii. Yuran pertandingan Inovasi peringkat Antarabangsa 13500.00
iii. Percetakan Buku Transformasi 100 unit
vi Pertandingan peringkat PPKI 100.00
Jumlah pembayaran 15702.00
2.0 PROGRAM KEBAJIKAN DAN SOSIAL RM
2400.00
Bil. Perkara 2000.00
i. Pelitup muka
ii. Pembaikan dan penyelengaraan bangunan sekolah 300.00
iii. Hadiah Pesaraan ( 3 orang ) 620.00
vi Jamuan agensi luar ( PADU)
5320.00
Jumlah pembayaran
3.0 PENAPIS AIR COWAY RM
1383.00
Bil Perkara 1383.00
i. Bayaran ansuran penapis air Coway lama dan trade in
Jumlah
4.0 BELANJA PENGURUSAN PIBG RM
598.40
Bil Perkara
i. Jamuan mesyuarat AJK PIBG /PIBK 6.00
ii. Caj bank
604.40
Jumlah
26
27
USUL DAN CADANGAN
Pihak Ahli Jawatankuasa PIBG bersedia menerima teguran dan cadangan
yang membina daripada semua pihak demi kebaikan bersama. Namun begitu,
pihak AJK PIBG dan sekolah terpaksa mengabaikan sesetengah usul atau teguran
yang di luar bidang kuasa dan kemampuan atau bertentangan dengan garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pihak Ahli Jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat pada 29 Mei 2020
(Ahad) yang lalu dan mendapati tiada sebarang usul yang berkaitan dengan
perlembagaan PIBG dikemukakan oleh ahli-ahli. Terdapat banyak persamaan
cadangan yang dikemukakan dan kebanyakannya menjurus kepada aspek
pendidikan, keselamatan, infrastruktur, sosial serta kemudahan murid-murid dan
para waris dan hal-hal lain. Setelah mengambil kira kepentingan dan kebaikan
bersama, maka disenaraikan beberapa usul dan cadangan yang telah dipilih untuk
perhatian dan tindakan pihak sekolah serta AJK PIBG berdasarkan aspek-aspek
berikut :
A. Akademik
B. Kokurikulum
C. Sosial dan Komunikasi
D. Pembangunan dan Keceriaan
E. Keselamatan
F. Lain-lain
28
BIL NAMA PENUH USUL / CADANGAN
PENCADANG
Longkang luar sekolah penutup telah pecah dan
1 Zulkifli bin Hussin berlubang. Minta pihak berkenaan buat penutup
simen baru kerana amat bahaya pada anak
anak.Harap tindakan segera
2 Fatin Nadiah Yusoff Mohon agar pihak pengurusan pengawas
sekolah mengkaji semula pakaian seragam yang
berlapis-lapis dan menyebabkan pelajar panas
dalam keadaan cuaca sekarang serta keadaan
dalam bilik darjah yang agak tidak kondusif. Kita
bukan hanya ingin nampak baju yang kemas dan
cantik, kita juga perlu memikirkan keselesaan
pelajar untuk bergerak dan belajar sepanjang
mereka di sekolah.
3 1.Mohd Shahrani bin Rosli Melarang kereta-kereta parking depan sekolah
2.Ramlan bin Ali bawah jambatan ketika ambil anak sekolah
kerana memyebabkan kesesakan.
4 Rohaina bt. Mat Isa Perbanyakkan latihan latih tubi bg murid tahun 1.
5 1. Ahmad Luqman Hakim Minta kerjasama guru untuk memperbaiki serta
bin Nor Azlan memantau makanan di kantin serta mengawal
harga mkanan .Boleh ikut contoh seperti SK
Taman Seri Wang Sungai Petani yang viral baru-
baru ini.
2. Ruhaiza binti Che Omar Pelbagaikan menu makanan di kantin.
29
6 Siti Juliana binti Md Isa Harap cikgu dapat memberi info kepada ibubapa
sentiasa tentang perkembangan pembelajaran
anak-anak.
Shaliza Azreen binti Mohon disediakan sabun untuk kegunaan murid
7 Mustafa di dalam tandas dan memastikan tandas murid
bersih dan ada air.
9 Izwan Affendi bin Ahmad Menyediakan ruang berbumbung bagi murid-
murid menunggu ibu bapa semasa pulang.
30
Jawatankuasa pibg sesi 2022/2024
Penasihat :En Mohd Nizam bin Saidin (Guru Besar)
Yang DiPertua :………………………………………………(Waris)
Naib Yang DiPertua:………………………………………………(Waris)
Setiausaha :………………………………………………(Guru)
Penolong Setiausaha : …………………………………………..(Guru)
Bendahari :…………………………………………..(Guru)
Penolong Bendahari :…………………………………………..(Guru)
AJK Guru:
1. …………………………………………………………..
2. …………………………………………………………..
3. …………………………………………………………..
4. …………………………………………………………..
5. …………………………………………………………..
6. …………………………………………………………..
AJK Waris:
1. …………………………………………………………..
2. …………………………………………………………..
3. …………………………………………………………..
4. ………………………………………………………..
5 …………………………………………………………..
6 …………………………………………………………..
7 …………………………………………………………..
Juru Audit:
1. …………………………………………………………..(Guru)
2. …………………………………………………………..(Waris)
31
Penghargaan
Pihak PIBG SKDWK merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada
YBhg Dato’ Mohd Razman bin Yaacob,
Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU
Encik Mohd Nizam Bin Saidin
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara
Semua Guru Penolong Kanan
Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara
Semua Guru Dan Staf Sokongan
Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara
Semua ahli PIBG SKDWK
&
semua pihak yang terlibat memberi sumbangan
dalam menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-47/2022
Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara
Terima Kasih
32
33