KISAH SI AYAM SERAMA KISAH SI AYAM SERAMA SASTERA KANAK-KANAK Cerita dan ilustrasi oleh MUHAMMAD ALIFF HAKIM BIN ABD KHALID
2 NO. 325 Felda Cempaka Jengka 2, 26400 Bandar Jengka, Pahang. Tel: 011-23531901 Cetakan Pertama 2024 Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sebarang cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman ataupun sebahagiannya tanpa izin terlebih dahulu daripada Kaduk Production. Perpustakaan Al-Basuti Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Ahmad Zikri, 2024 MIKA DAN BUNGA AJAIB / cerita dan ilustrasi oleh Aliff Hakim (SIRI CERITA DONGENG KANAK-KANAK) ISBN 986-955-0945-69-8 (set) ISBN 986-955-0945-70-5 1.Children’s stories, Malay 2.Didactic Fiction, Malay I.Judul. II. Siri. 209.5674 DIcetak oleh: QIE EXCEL PRINTING (A) SDN.BHD. NO.402, Jalan Dusun Rambutan, 22200 Besut Terengganu @Aliff Hakim, 2024 Kaduk Production
Pada zaman dahulu, terdapat sebuah perkampungan ayam di dalam hutan. Mereka tinggal di dalam hutan bersamasama menjalani kehidupan dengan penuh ceria. Namun, ada seekor ayam bernama Serama yang sangat sombong.
Si Serama mempunyai badan yang kecil namun memiliki sikap angkuh yang besar. Dia merasa dirinya lebih cantik dan istimewa. Dia sentiasa berbangga diri berbanding ayam-ayam yang lain.
Si Ayam Sabung yang juga tinggal di perkampungan tersebut sering menasihati Si Serama supaya menjadi lebih rendah diri dan berteman dengan mereka. Sabung sedar bahawa kesombongan hanya membawa kepada kerugian. Namun, Serama tidak mengendahkannya.
Pada suatu hari, Si Serama berjalan seorang diri ke dalam hutan untuk mencari makan. Dia pergi secara leka dan tidak berhati-hati.
Tiba-tiba, Si Serama telah terkena sebuah perangkap yang telah dibina oleh pemburu. Serama berasa ketakutan. Serama pun menjerit meminta tolong. ”Tolong! Tolong! Tolong!” jerit Si Serama.
Kemudian, datang Si Sabung dan ayam-ayam yang lain setelah mendengar jeritan Si Serama. Si Serama pun memohon pertolongan dari mereka. Melihat kejadian itu, Si Sabung mendapat idea yang bernas untuk menggunakan peluang tersebut untuk mendidik Si Serama. Si Sabung pun bertanya kepada Si Serama. ”Mengapa kami perlu menolong kamu yang sombong terhadap kami?” kata Si Sabung.
Si Serama pun berasa sedih dan sangat malu. Setelah melihat Si Serama yang bersedih dan menyesal, Si Sabung dan ayam-ayam yang lain membantu Si Serama.
Setelah Si Serama selamat, dia merasa sangat menyesal terhadap sikap sombongnya. Dia belajar bahawa kecantikan sejati tidak hanya terlihat dari luar, tetapi juga dari hati yang rendah diri dan sikap tolong-menolong .
Dari saat itu, Si Serama menjadi lebih rendah diri dan ramah kepada temantemannya. Dia belajar menghargai kerjasama dan persahabatan. Hutan itu kembali dipenuhi dengan keceriaan dan harmoni, dan Si Serama menjadi teladan bagi semua ayam yang tinggal di sana.
Berdasarkan kisah Si Ayam Serama, pengajaran atau teladan yang dapat dipelajari ialah kita mestilah mempunyai sikap yang rendah diri dan tidak berbangga terhadap keistimewaan dan kelebihan diri. Kecantikan bukan hanya daripada paras rupa sahaja namun kecantikan akhlak dan budi pekerti juga menjadi kepentingan. Nilai dan pengajaran inilah yang mampu membentuk sikap kanak-kanak yang tinggi nilai moralnya. PENGAJARAN
Sajak Malaysia Tanah Airku 24 20 IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu. PENULIS : MUHAMMAD ALIFF HAKIM BIN ABD KHALID sastera kanak-kanak SASTERA KANAK-KANAK
Malaysia, 31 Ogos tanggal mulia, Bergemalah laungan keramat, Pembuktian kebebasan, Merdeka, Merdeka, merdeka. Tanah airku, Sejarah menjadi bukti, Tiap taat tiap setia, Hanya demi negara tercinta. Kebangganku, Tanah yang megah bersama rakyat, Dijaga rapi umpama permata, Menabur bakti layaknya pahlawan. Malaysia Tanah Airku
Nilai dan Pengajaran Sajak yang telah dikarang ingin menyampaikan nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam jiwa setiap generasi termasuklah kanakkanak. Jasa dan pengorbanan pahlawan negara perlu dikenang dan dihargai supaya semangat cinta akan negara ini mampu disemai kepada anak bangsa. Imej negara Malaysia di persada dunia perlu dijaga bagi membuktikan kedaulatan rakyatnya yang hidup sejahtera dan harmoni.