PORTFOLIO EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN 2024 MUHAMMADALIFFHAKIM BINABDKHALID
MAKLUMAT PELAJAR 2024 NAMA: MUHAMMAD ALIFF HAKIM BIN ABD KHALID www.reallygreatsite.com UNIT: NAMA PENSYARAH: 5 PISMP BAHASA MELAYU 5 ENCIK MOHD YUSRI BIN MOHD NOOR
PENGENALAN 2024 Sejajar dengan arus kemodenan, sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai transformasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan pada segenap aspek. Salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah melalui memperkenalkan pendekatan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD ini ialah suatu bentuk pentaksiran yang bertujuan mengukur tahap perkembangan murid secara holistik. Hal yang demikian bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengfokuskan kepada lahirnya insan yang seimbang bagi memenuhi tuntutan global. PBD ini juga juga sangat signifikan dalam mewujudkan suatu budaya pembelajaran yang menyeronokkan, peluang pembelajaran yang sama rata dan mengurangkan tekanan peperiksaan yang dialami murid. Oleh yang demikian, jurang pencapaian dalam kalangan murid juga dapat dikurangkan. Guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan dan mentadbir PBD melalui tahap kompetensi yang sudah dicorak. PBD merupakan suatu idea yang sangat bernas bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. EDUP 3153
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2024 EDUP 3153
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2024 EDUP 3153
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2024 EDUP 3153
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2024 EDUP 3153
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2024 EDUP 3153
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2024 EDUP 3153
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN 2024 EDUP 3153 Dirujuk melalui Dokumen Standard Kokurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 5. Aspek yang telah dipilih merupakan aspek tatabahasa. Daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran tersebut, perancangan aktiviti pembelajaran akan dirangka oleh guru bagi memastikan pencapaian objektif pembelajaran bermakna dapat berlangsung dengan sistematik.
LANGKAH 1
2024 EDUP 3153
Objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang telah ditetapkan merupakan domain kognitif pada tahap C2 iaitu aras memahami dalam Taksonomi Bloom. Peringkat atau aras memahami merupakan kemahiran berfikir aras rendah. Murid akan menyatakan kefahaman dalam bentuk ayat atau perkataan mengikut kefahaman dan pengetahuan yang telah diajar. Tugas ekplisit yang sesuai bagi aras memahami ialah menerangkan ciri-ciri kata majmuk. Bagi melihat kriteria kejayaan atau tercapainya objektif pembelajaran, dua hingga tiga contoh juga akan disertakan bagi membuktikan pemahaman murid terhadap penggunaan kata majmuk dengan tepat. Apabila murid memahami konsep tatabahasa berkenaan, contoh yang menjadi pengukuhan minda akan menjadi lonjakan paradigma kepada pembelajaran sepanjang hayat kerana murid dapat mengaitkan perkara di sekelilingnya. 2024 EDUP 3153
Langkah ini menggunakan strategi berpusatkan guru. Guru memainkan peranan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan menjadi pembimbing dan sumber pengetahuan kepada murid. Kaedah ini dipilih kerana ia bersesuaian dengan fokus untuk penyampaian fakta-fakta dan mengelakkan kekeliruan. Bagi mengelakkan pendedahan yang mungkin sukar difahami murid sekolah rendah. Oleh itu, penerangan yang jelas dan terperinci diperlukan. Kemudian,kaedah dan teknik yang diterapkan adalah perbincangan. Kaedah ini bersesuaian bagi berkongsi pendapat dan idea sesama murid. Perbincangan ini berlaku di antara murid dan guru atau murid dan murid. Guru akan menjadi fasilitator bagi meningkatkan pembelajaran bermakna. 2024 EDUP 3153 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK
2024 EDUP 3153 SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN
RUBRIK 2024 EDUP 3153
Instrumen senarai semak telah dipilih kerana kaedah ini sangat sesuai dalam mengenalpasti aspek atau kriteria yang jelas untuk dinilai pada murid. Senarai ini akan membantu guru dalam memeriksa setiap aspek yang relevan untuk dinilai dan ditaksir. Instrumen ini juga akan mendedahkan kepada guru dengan jelas tentang perkara-perkara yang akan difokuskan bagi meningkatkan perkembangan murid pada aspek pengetahuan dan kemahiran mereka. Tambahan pula, senarai semak ini juga dapat didedahkan kepada murid untuk memberi peluang murid fokus untuk mencapai kriteria cemerlang. Oleh itu, murid akan lebih berusaha untuk mencapai objektif pembelajaran. 2024 EDUP 3153 JUSTIFIKASI PEMILIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN
LANGKAH 2
2024 EDUP 3153
Objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan bagi langkah kedua yang telah ditetapkan merupakan domain kognitif pada tahap C2 iaitu aras memahami dalam Taksonomi Bloom. Peringkat atau aras memahami merupakan kemahiran berfikir aras rendah (KBAR). Murid akan menyatakan kefahaman mengenai jenis kata majmuk sama ada kata majmuk bebas atau kata majmuk mantap mengikut kefahaman dan pengetahuan yang telah diajar. Tugas ekplisit yang sesuai bagi aras memahami adalah mengenalpasti dengan mengkategorikan jenis-jenis kata majmuk. Aras ini dipilih supaya pemantapan dasar kefahaman murid mengenai perbezaan dapat dijelaskan lagi dengan bantuan mengesan maklumat. 2024 EDUP 3153
2024 EDUP 3153
Strategi yang telah dipilih merupakan pembelajaran berpusatkan murid. Strategi ini menerapkan amalan murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan melakukan lebih banyak aktiviti seperti mengeksplorasi, memperoleh dan berbincang dalam kumpulan manakala guru adalah sebagai fasilitator. Strategi ini sangat sesuai bagi meningkatkan penglibatan murid dan memastikan keperluan pembelajaran murid tercapai. Murid akan lebih banyak bercakap, berinteraksi dan bekerjasama bagi mewujudkan suasana kumpulan yang positif. Di sini juga berlaku penolong rakan sebaya dalam aktiviti pembelajaran yang merupakan kaedah yang bernas dan sesuai kepada murid dalam menonjolkan potensi diri. Kaedah dan teknik yang diterapkan ialah Projek Mudah. Menurut Md Nasir et al.(2022), guru perlu meningkatkan potensi murid dalam pembelajaran. Penglibatan aktif akan mewujudkan pembelajaran bermakna apabila murid merancang, mengenalpasti dan mengeluarkan maklumat kepada bentuk yang baharu. Kerja berkumpulan dapat mengasah kemahiran kerja berpasukan dan kerjasama semasa melakukan tugas. Murid dapat bergerak bebas untuk menyiapkan tugasan yang diberi mengikut kefahaman mereka. Objektif utamanya adalah untuk mengeluarkan pengetahuan untuk dikongsi dalam bentuk kolaborasi. 2024 EDUP 3153 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK
2024 EDUP 3153 HASIL LEMBARAN KERJA PENTAKSIRAN
2024 EDUP 3153 SKEMA JAWAPAN PENTAKSIRAN
RUBRIK 2024 EDUP 3153
Instrumen hasil lembaran kerja telah dipilih kerana mempunyai beberapa aspek positif dalam menilai atau menaksir kefahaman murid. Hasil lembaran kerja dipilih kerana aspeknya yang efektif bagi mengukur kefahaman dan kemahiran murid. Hasil lembaran berkenaan akan menyatakan sejauh mana tahap pemahaman murid bagi kandungan pembelajaran. Selain itu,instrumen ini mempunyai unsur keobjektifan yang baik kerana mengira jumlah jawapan yang betul. Ini akan dapat mengelakkan sebarang kekurangan dalam pentaksiran yang dilakukan guru. Oleh itu, guru dapat melaksanakan pentaksiran dengan terancang. Kemudian, hasil lembaran kerja lebih mudah dikelola oleh guru dengan melakukan semakan jawapan. Pemeriksaan yang dilakukan dapat berlangsung secara terus bersama murid di dalam kelas bagi membantu murid mengetahui kekurangan dan memperbaiki tugasan mereka. 2024 EDUP 3153 JUSTIFIKASI PEMILIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN
LANGKAH 3
2024 EDUP 3153
Objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan bagi langkah kedua yang telah ditetapkan merupakan domain kognitif pada tahap C3 iaitu aras mengaplikasi dalam Taksonomi Bloom. Peringkat atau aras mengaplikasi merupakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Murid akan menggunakan kefahaman mereka dengan membina ayat menggunakan kata majmuk bebas atau kata majmuk mantap mengikut kefahaman dan pengetahuan yang telah diajar. Tugas ekplisit yang sesuai bagi aras mengaplikasi adalah membina iaitu menggunakan jenis-jenis kata majmuk yang telah dipelajari dalam bentuk ayat. Aras ini dipilih supaya murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka kepada suatu penggunaan konsep dengan tepat. 2024 EDUP 3153
2024 EDUP 3153
Strategi yang telah dipilih ialah pembelajaran berpusatkan bahan. Strategi ini menerapkan budaya guru menggunakan bahan sebagai tumpuan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Chin et al., 2023). Penggunaan media juga merupakan pembelajaran berpusatkan bahan. Murid akan melakukan lebih banyak aktiviti seperti mengekspolari, memperoleh dan berbincang dalam kumpulan manakala guru hanya sebagai fasilitator. Strategi ini sangat sesuai bagi meningkatkan penglibatan murid dan memastikan keperluan pembelajaran murid tercapai. Penggunaan sistem aplikasi genially telah membantu menarik minat murid dalam sesi pembelajaran. Umum mengetahui bahawa teknologi digital sangat dituntut dalam pendidikan masa kini kerana kaedah ini dapat meningkatkan daya fokus murid dengan lebih lama. Fokus inilah yang akan memberi nilai tambah kepada pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah dan teknik yang diterapkan ialah latih tubi. Latih tubi telah dipilih bertujuan supaya murid dibekalkan dengan suatu latihan atau peneguhan yang secukupnya kepada murid. Sesutau pembelajaran akan lebih diingati dan difahami apabila murid mengalami masalah. Dalam langkah ini, murid perlu membina ayat menggunakan kata majmuk yang telah dijumpai. Pembinaan ayat ini akan dinilai supaya guru dapat mengetahui sama ada murid dapat menggunaka konsep kata majmuk dengan betul dalam penggunaan ayat. Guru akan mengukur sejauhmana murid mampu mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari ketika dalam latihan. 2024 EDUP 3153 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK
2024 EDUP 3153 HASIL LEMBARAN KERJA PENTAKSIRAN
RUBRIK 2024 EDUP 3153
Instrumen hasil lembaran kerja telah dipilih kerana mempunyai beberapa aspek positif dalam menilai atau menaksir kefahaman murid dalam mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam bentuk ayat. Hasil lembaran kerja dipilih kerana aspeknya yang efektif bagi mengukur kefahaman dan kemahiran murid. Hasil lembaran berkenaan akan menyatakan sejauh mana tahap pemahaman murid bagi kandungan pembelajaran, kosa kata dan tatabahasa. Selain itu, instrumen ini mempunyai unsur keobjektifan yang baik kerana mengira jumlah jawapan yang betul. Ini akan dapat mengelakkan sebarang kekurangan dalam pentaksiran yang dilakukan guru. Oleh itu, guru dapat melaksanakan pentaksiran dengan terancang dengan melihat dari segi pelbagai aspek. Kemudian, hasil lembaran kerja lebih mudah dikelola oleh guru dengan melakukan semakan jawapan. Pemeriksaan yang dilakukan dapat berlangsung secara terus bersama murid di dalam kelas bagi membantu memperbaiki tugasan mereka. 2024 EDUP 3153 JUSTIFIKASI PEMILIHAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN
PENUTUP 2024 Kesimpulannya, pentaksiran merupakan salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah dan instrumen pentaksiran yang didapati sesuai untuk mengukur tahap pengetahuan dan kemahiran murid. Pentaksiran bukan hanya sekadar alat pengukuran atau penilaian murid, namun merupakan suatu bantuan kepada guru untuk melihat sejauh mana kesesuaian kaedah pengajaran kepada murid. Guru perlu bijak dalam melihat keperluan pembelajaran murid supaya tahap perkembangan murid terus meningkat. Setelah itu, guru akan menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru mestilah sentiasa tekun dan bertanggungjawab dalam menyediakan rancangan pengajaran yang kondusif dan bermakna. EDUP 3153
RUJUKAN 2024 EDUP 3153
TAMAT