The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdzakaria, 2023-06-12 23:33:00

BuletinMISv5-006 v2 (2)

BuletinMISv5-006 v2 (2)

Sidang Editor Edisi 1 | 2022 Penaung I Yang Dipertua MIS Datu Haji Misnu bin Haji Taha Ketua Editor Dr. Hajah Asmah binti Othman Timbalan Ketua Editor Madihah binti Haji Salleh Sekretariat IIC-MIS Jurufoto Mohamad Haris bin Matnor Jolani bin Said Zaim Murtadha bin Tahir Penyunting Dewan Bahasa dan Pustaka Penerbit Buletin Majlis Islam Sarawak Diterbitkan oleh Majlis Islam Sarawak Pejabat Majlis Islam Sarawak Aras 16&17, Majma’ Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah Jalan P. Ramlee 93400 Kuching Tel. : 082 - 507251 Hak Cipta 2022 Majlis Islam Sarawak. Hak Cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan pada bentuk lain, sama ada secara elektronik, gambar, rakaman, dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu kecuali untuk tujuan ulasan. Penaung II Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin Penasihat Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah Tuan Haji Khalidi bin Haji Ibrahim Pembaca Pruf & Dokumentasi Haji Samsudin bin Drahman Dayang Siti Aisah binti Abang Suhaili Radiyah binti Affandi Ja’afar bin Hamdan Pereka Grafik & Pereka Letak Abdul Rahman bin Yacob Nur Atikah binti Bujang Editor Kanan Shamsudin bin Haji Basir Noraida binti Sharif Radiyah binti Affandi Hasroliza binti Bolhassan As Salam | Buletin Majlis Islam Sarawak Editor Muhamad Zakaria bin Haji Ashmat Muhamad Hishyamuddin bin Yahya Athirah binti Morni Nur Atikah binti Bujang Haji Fadullah bin Abdullah Haji Samsudin bin Drahman Nurul Ikhsan binti Bohari


ISI KANDUNGAN BUTIR-BUTIR KALAM Sekilas Jejak MIS : • Sejarah Penubuhan & Perkembangan MIS • Senarai Anggota Majlis Islam kali ke-XXV • Agensi-agensi Islam Sarawak WACANA BITARA Majlis Islam Sarawak : Melestarikan Ummah Gemilang GALERI PERSADA • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1443H/ 2021M • Pusat Falak Miri: Ke Arah Memperkasa Ilmu Falak • Majlis Kesyukuran dan Wacana Kepimpinan Ibnu Khaldun • Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak • Penyerahan MATTARY kepada MIS • Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Keamanan Palestin • Perluasan Program Pendidikan Berasaskan Komuniti • Majlis Ucapan Perdana YDP MIS 2022 • Agihan Zakat melalui Program Bantuan • Standard Penarafan Bintang MIS • Program Kerjasama Belia Islam Sarawak • Program Kebajikan Saudara Kita ANJUNG WAHANA • K-Circle : The Epistemology of Ibnu Khaldun (sempena program wacana kepimpinan Ibnu Khaldun) Majlis Islam Sarawak dalam Media Tinta Persada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Perutusan Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi Coretan Pena Setiausaha Majlis Islam Sarawak Dari Meja Ketua Editor 08 18 20 38


YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi Timbalan Menteri Utiliti & Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak Perutusan Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat Radiallahu Anhum Ajma’in. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas usaha semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan Buletin As-Salam Majlis Islam Sarawak khususnya kepada seluruh warga kerja Sidang Editor kerana usaha dan kesungguhan mereka dalam menghasilkan buletin ini. Saya yakin, Buletin ini mampu menjadi wadah perkongsian maklumat dalam usaha murni Majlis Islam Sarawak menyampaikan berita berkaitan ilmu dan perkembangan Islam bagi manfaat ummah. Saya berharap kejayaan penerbitan buletin ini akan menjadi pemangkin pada kesungguhan usaha kita dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat selari dengan fungsi dan matlamat utama Majlis Islam Sarawak. Sudah pasti Buletin As-Salam akan menyatupadukan segala usaha kita dalam menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan agensi-agensi Majlis Islam Sarawak, selain menjadi sumber untuk memperoleh informasi yang benar dan tepat serta dijadikan rujukan dan panduan dalam kalangan pembaca. Akhirnya, saya mendoakan semoga Buletin As-Salam akan memberi impak dan perkhidmatan dengan sebaik mungkin kepada pembaca. Mudah-mudahan usaha yang murni ini dan kerjasama daripada semua pihak akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Tinta Persada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak YBhg. Datu Haji Misnu Bin Haji Taha السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Penaung I, Buletin Majlis Islam Sarawak Walau bagaimanapun, usaha penerbitan ini mungkin masih kecil dalam aspek cakupan liputannya, tetapi mampu menjadi batu loncatan untuk kita merebut peluang menyampaikan maklumat mengenai hal ehwal Islam di Negeri Sarawak. Di samping menambah koleksi penerbitan berunsurkan Islam. Peluang ini patut direbut dalam usaha untuk menyemarak dan mempelbagaikan teknik penyebaran dan penyampaian informasi tentang Islam. Saya juga ingin menyeru agar masyarakat Islam khususnya dan masyarakat umum di Sarawak lebih cakna dalam menilai dan memilih maklumat yang benar dan tepat serta memberi kesan positif terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Negeri Sarawak agar tidak terpengaruh dan terjebak dengan maklumat-maklumat yang mengelirukan. Akhir kata, kepada seluruh warga kerja Sidang Editor Buletin As-Salam dan agensi-agensi Majlis Islam Sarawak, saya berkeyakinan penerbitan buletin ini akan menjadi satu wadah yang signifikan dan relevan untuk menyebarkan dakwah di bumi Sarawak Darul Hana ini. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Alhamdulillah, kita panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas rahmat dan keizinan-Nya kita dapat merealisasikan penerbitan Buletin As-Salam oleh Majlis Islam Sarawak buat julung kalinya melalui keluaran sulung ini. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Sidang Editor Buletin As-Salam Majlis Islam Sarawak atas usaha dan kesungguhan mereka dalam menghasilkan buletin ini. Kita sedia maklum, dengan kecanggihan sistem penyampaian maklumat hari ini, masyarakat kita mudah terdedah kepada maklumat-maklumat yang akan memberi kesan positif atau negatif. Oleh itu, dengan terbitnya Buletin AsSalam ini, masyarakat umum akan dapat mengetahui dan memperoleh maklumat yang tepat serta telus. Selain itu, maklumat yang terkandung dalam buletin ini juga diharap dapat menjadi sebagai pengimbang dan memeriahkan sistem penyampaian maklumat. Justeru itu,agensi-agensi islam harus sentiasa bekerjasama dan bersinergi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dan matlamat pembentukan khairu ummah dapat direalisasikan


Coretan Pena Setiausaha Majlis Islam Sarawak YBhg. Tuan Haji Khalidi Bin Haji Ibrahim السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Setiausaha Majlis Islam Sarawak Penasihat, Buletin Majlis Islam Sarawak Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan yang mulia, Nabi Muhammad SAW seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Setinggi-tinggi tahniah dan apresiasi untuk Sidang Editor Buletin As-Salam atas inisiatif dan iltizam yang tinggi dalam menghasilkan satu lagi tradisi untuk diterbitkan. Penghasilan buletin ini juga merupakan sesuatu yang amat dinantikan lantaran menjadi platform untuk menyampaikan informasi serta perkhidmatan agensi-agensi Majlis Islam Sarawak. Majlis Islam Sarawak sentiasa mengambil langkah-langkah bagi memastikan agensi-agensi Majlis Islam Sarawak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan visi, “Pemacu Khairu Ummah”. Pembangunan masyarakat Islam di Negeri Sarawak merupakan agenda utama dalam aspirasi setiap agensi-agensi ini, melalui pelaksanaan Tindakan Majlis Islam Sarawak, yang juga merupakan manifesto berorientasikan gagasan kerana Allah untuk Ummah. Adalah menjadi harapan agar penerbitan Buletin AsSalam ini dapat memenuhi keperluan masyarakat di untuk mendapatkan sumber-sumber maklumat primer mengenai perkhidmatan agensi-agensi Majlis Islam Sarawak, sekaligus mempertingkatkan taraf profesionalisme Majlis Islam Sarawak sebagai peneraju institusi agama Islam di Negeri Sarawak. Saya yakin Buletin As-Salam juga mampu berperanan sebagai gedung ilmu pengetahuan yang tanpa jemu akan terus membekalkan ilmu dan panduan kepada ummah di Sarawak melalui artikel-artikel pelbagai bidang yang diterbitkan. Teruskan usaha dan perjuangan ini kerana kita telah diamanahkan untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berhubung dengan hal ehwal Islam di Negeri Sarawak. Dan Allah SWT sahajalah sebaik-sebaik pemberi ganjaran. Jazākumullāhu Khayrān Kathīrā.


Dari Meja Ketua Editor السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته YBhg. Dr. Hajah Asmah Binti Othman Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penerangan Islam, Majlis Islam Sarawak Ketua Editor, Buletin Majlis Islam Sarawak Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin-Nya terbitlah Buletin As-salam Siri Pertama ini. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya. Buletin yang julung-julung kalinya diterbitkan ini akan menjadi wadah untuk menyampaikan maklumat dan aktiviti Majlis Islam Sarawak (MIS). Menelusuri sejarah pembangunan ummah di negeri Sarawak, MIS pastinya mempunyai peranan yang sangat besar. Dalam keluaran kali ini, dikongsikan maklumat mengenai latar belakang MIS serta agensi-agensi Majlis Islam Sarawak. MIS telah mengorak langkah dengan misinya memacu Khairul Ummah dengan sokongan dan dokongan dari agensi-agensi MIS dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti mencakupi pembangunan, pendidikan, ekonomi dan juga sosial. Beberapa kejayaan MIS juga dikongsikan seperti Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pembangunan Pusat Falak Miri. Semoga dengan adanya buletin ini, dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan MIS dan menjadi rujukan masyarakat dalam mengenali MIS dan perkhidmatanperkhidmatannya. Wassalam.


Butir - Butir Kalam 8 Sekilas Jejak Majlis Islam Sarawak Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Majlis Islam Sarawak Terdapat satu manuskrip yang menyatakan mengenai kewujudan Majlis Islam Sarawak sekitar tahun 1930-an yang dipelopori oleh empat (4) orang tokoh, iaitu Mufti Abang Haji Nawawi, Imam Abang Haji Bahauddin, Abang Haji Julaihi dan Haji Mohammad Salleh Arif. Majlis ini diwujudkan atas hasrat ingin melihat satu badan yang lebih utama kedudukannya dari Mahkamah Datu-Datu (Datu’s Court) ditubuhkan, dengan peranan yang lebih meluas. Majlis Islam Sarawak yang wujud secara tidak rasmi ini berperanan dalam usaha dakwah dan kebajikan umat Islam serta bergerak secara complimentary kepada Mahkamah Datu-Datu tersebut. Keterangan yang menyatakan perkembangan seterusnya mengenai Majlis Islam Sarawak ini tidak dijumpai dan mungkin tidak berkesinambungan akibat daripada penubuhannya yang tidak diasaskan atas dasar perundangan. Setelah Koloni British mengambil alih pemerintahan Negeri Sarawak daripada Vyner Brooke pada 8 Februari 1946, timbul penentangan orang Islam terhadap Kerajaan British sehingga membawa kepada pembunuhan Governor Duncan Stewart. Bagi mengurangkan keresahan dalam kalangan orang Islam ekoran daripada penyerahan tersebut, Kerajaan British telah menggubal Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Bab 105 pada 17 Disember 1954 dengan hasrat untuk menubuhkan satu badan yang dipanggil “Majlis Islam Dan Adat Istiadat Melayu Sarawak” bagi menjaga hal ehwal agama Islam dalam negeri dan sekaligus bertujuan untuk mengurangkan kuasa Datu’s Court. Bangunan Majlis Islam Sarawak yang pertama terletak di sungai Bintangor, Satok. Bangunan kayu tersebut terbakar pada tahun 1969 danMIS berpindah ke bangunan di Tebingan Sungai Sarawak Bekas Bangunan Kolonial British Bangunan Majlis Islam Sarawak yang ketiga yang terletak di Jalan Haji Taha, Satok, Kuching Bangunan Majlis Islam Sarawak kedua di Tebingan Sungai Sarawak Bekas Bangunan Kolonial British Bangunan terkini di Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Kompleks Islam Sarawak Bangunan Majlis Islam Sarawak yang keempat yang terletak di Jalan Satok, Kuching. Ia dibina pada tahun 1983 dan siap sepenuhnya pada tahun 1985


9 Butir - Butir Kalam Akhirnya, pada tarikh 1 Mei 1955, Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak yang pertama telah ditubuhkan secara rasminya dengan pelantikan Datu Abang Haji Openg bin Abang Sapi’ee (Tun Abang Haji Openg) sebagai Yang Dipertua. Setelah Sarawak mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963, Datu Abang Haji Openg (Tun) telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak yang pertama dan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua, Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak telah diambil alih oleh Ustaz Haji Mohamad Mortadza bin Haji Daud (Datuk). Bagi memenuhi tujuan utama penubuhan Majlis Islam ini, satu persidangan Ketua-Ketua Kaum Melayu dari seluruh Sarawak telah diadakan pada 30-31 Julai 1956 bagi mengemaskinikan UndangUndang Mahkamah Melayu Sarawak 1915 yang masih diguna pakai ketika itu. Persidangan tersebut telah membuat beberapa pindaan terhadap Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak tersebut dengan fasal tambahan mengenai peraturan Zakat dan Fitrah, perwarisan dan ta’lik. Undang-Undang Mahkamah Melayu Sarawak ini telah diterima pakai sehinggalah Mahkamah Syariah ditubuhkan pada tahun 1978. Pindaan pertama ke atas Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan) 1954, telah dibuat pada 27 Jun 1966 dengan memasukkan Undang-Undang Zakat dan Fitrah (diwartakan pada 22 Julai 1966) yang membawa kepada penubuhan Tabung Zakat dan Fitrah bagi memastikan pemungutan, pengagihan dan penggunaan sumber Zakat dan Fitrah diurus secara lebih baik dan sistematik. Carta Organisasi Presiden Dato Abang Openg Bin Abang Sapi’ee Setiausaha Abang Daim Bin Abang Haji Abdul Rahim Abang Haji Bahauddin Bin Abang Taha Datu Haji Bolhassan Haji Daud Seruji Bin Ali Haji Busrah Bin Othman Abang Morni Bin Abang Haji Latif Che Jol Bin Karim Mohamed Yakub Ahli-Ahli Ahli Ex- Officio Datu Hakim Abang Haji Mohideen Pemacu Khairul Ummah Visi : Mengupayakan dan Memperkasa Ummah bagi Kelangsungan yang Bermaruah Membangunkan Ummah Yang Cemerlang dan Sejahtera Melalui Penghayatan dan Pengamatan Al-Quran dan As-Sunnah Misi : Objektif:


Butir - Butir Kalam 10 Pindaan-pindaan seterusnya terhadap Ordinan ini adalah seperti berikut: Pindaan 1978 Penubuhan Mahkamah Syariah Pindaan 2001 Cara pengeluaran fatwa, pengurusan badan-badan dan institusi Islam, kuasa untuk membeli, memiliki dan memegang harta-harta bagi tujuan ibadah dan dakwah dan pengemaskinian semua enam (6) Ordinan Syariah Pindaan 1997 Penubuhan Lembaga Fatwa, Lembaga Baitulmal dan Wakaf, Lembaga MasjidMasjid dan Lembaga Hal Ehwal Islam dan Pindaan 1989 Penubuhan Jabatan Agama Islam Sarawak pada 17 Ogos 1990 selaku sekretariat kepada Majlis Islam Sarawak dan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak pada 02 Oktober 1990 Pindaan 1994 Memberi kuasa kepada Majlis Islam Sarawak sebagai pemegang amanah mutlak bagi semua masjid dan surau, institusi keagamaan dan sekolahsekolah Agama Islam, bertanggungjawab ke atas kawalan dan pemantauan hal ehwal dan kegiatan semua pertubuhan Islam dan menyelaras dakwah Islamiah di negeri Sarawak Pindaan 1991 Penguatkuasaan enam (6) Ordinan iaitu Ordinan Mahkamah Syariah, Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah, Ordinan Acara Jenayah Syariah, Ordinan Acara Mal Syariah dan Ordinan Keterangan Syariah (diwartakan pada 01 September 1992) yang menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia yang mempunyai Undang-Undang Syariah yang lengkap Adat Melayu serta menentukan pelantikan anggota-anggota Majlis Islam Sarawak dan Mufti dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas perakuan Yang diPertua Negeri Pindaan 1985 (Mac) Menguatkuasakan UndangUndang Mahkamah Syariah Order 1985 Pindaan 1978 Penubuhan ‘Baitulmal’ (Tabung Baitulmal Sarawak) bagi memperkukuhkan lagi peranan Tabung Zakat dan Fitrah Pindaan 1985 (Januari) Penubuhan Sekolah Rendah Agama Majlis Islam Sarawak (Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan) Hubungan Undang-Undang Hubungan Pentadbiran DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Menteri Bertanggungjawab terhadap pengurusan hal ehwal Islam Anggota-Anggota Majlis Islam Sarawak MAJLIS ISLAM SARAWAK Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Setiausaha Lembaga Hal Ehwal Islam & Adat Melayu Lembaga Masjid-Masjid Tabung Baitulmal Sarawak Biro Perkhidmatan Pendidikan Pusat Penerangan Islam Lembaga Baitulmal & Wakaf Lembaga Fatwa Struktur Organisasi Majlis Islam Sarawak


11 Butir - Butir Kalam Yang Arif Tuan Saferi Bin Ali YBhg. Dr. Dayang Nurfizawati Binti Datuk Abang Haji Abdul Karim YBhg. Datu Haji Sarudu Bin Haji Hoklai YBhg. Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki YBhg. Dr. Haji Wan Ali Bin Tuanku Madhi YBhg. Tuan Haji Hilmy Bin Haji Othman YBhg. Temenggong Dato Haji Helmi Bin Mohd Gol YBhg. Dr. Abdul Jabbar Abdullah YBhg. Dato Hajah Norhyati Binti Haji Ismail YBhg. Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Bin Tuah YBhg. Profesor Datuk Dr. Haji Mohamad Kadim Bin Haji Suaidi YBhg. Datu Haji Misnu Bin Haji Taha Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin Ex Officio YBhg. Ustaz Haji Khalidi Bin Haji Ibrahim Setiausaha Anggota Majlis Islam Sarawak Ke - XXV (1 Ogos 2021 - 31 Julai 2024) Anggota-Anggota:


Butir - Butir Kalam 12 Agensi- Agensi Islam Jabatan Agama Islam Sarawak | 17 Ogos 1990 Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak | 2 Oktober 1990 01 Objektif Misi Visi Islam Amalan Hidup “Islam Is The Way of Life” Memimpin dan membimbing Ummah Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah 05 03 07 02 06 04 08 Mengukuhkan jaringan kerjasama pintar dengan rakan agensi dan badan amal Memperkasakan pembangunan Institusi keluarga Islam dengan kaedah inovatif Memperkasakan pengurusan, pentadbiran dan mengimarahkan masjid yang inovatif Meningkatkan kesedaran kepentingan ekonomi dalam kalangan ummah Meningkatkan keupayaan organisasi dan pengurusan sumber Meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan Menyampaikan dakwah berinovasi yang efisien Memperkasakan kefahaman, penguatkuasaan, pendakwaan dan penggubalan undang-undang Islam • Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ditubuhkan bertujuan untuk memperkemaskan lagi pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Sarawak. • Perlaksanaan dasar dan pentadbiran Islam di jalankan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan Majlis Islam Sarawak sebagai kuasa tertinggi mengenai Islam di Sarawak. Mahkamah Syariah telah ditubuhkan di bawah Undang-undang (Pemerbadanan) Majlis Islam Sarawak. Pada 1 Mac 1985, Undang-undang Order 1985 telah dikuatkuasakan. Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak telah ditubuhkan Pada 2 Oktober 1990 setelah pentadbirannya dipisahkan daripada Majlis Islam Sarawak. Pada 14 Mei 1991, Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan 6 rang Undang-undang yang menjadi punca kuasa JKSS iaitu : • Ordinan Mahkamah Syariah • Ordinan Acara Jenayah • Ordinan Acara Mal • Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah • Ordinan Undang-undang Keluarga Islam • Ordinan Undang-undang Keterangan Islam Visi Objektif Misi Sebuah institusi kehakiman syariah yang berwibawa Melaksanakan Keadilan berasaskan bidang kuasa yang diberikan Perlembagaan dan Undang-undang selaras dengan Hukum Syarak Memastikan sistem penghakiman yang adil, cekap dan berkesan berasaskan undang-undang dan hukum syarak


13 Butir - Butir Kalam Jabatan Mufti Negeri Sarawak | 1 Januari 1997 Pada tahun 1941 Mufti Negeri telah dilantik berikutan penggubalan Ordinan (Perbendaharaan Majlis Islam) melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sebelum 1941, Datu Hakim secara tidak langsung bertindak sebagai Mufti. Ketika penubuhan Majlis Islam Sarawak pada1 Mei 1955 perlantikan Ahli Jawatankuasa Fatwa menerusi Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan) telah diwujudkan. Pada 1 Januari 1997 Pejabat Mufti Negeri Sarawak ditubuhkan secara rasminya di bawah Jabatan Premier Sarawak setelah pentadbirannya dipisahkan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak. Pejabat Mufti Negeri Sarawak dinaik taraf sebagai sebuah jabatan pada 14 November 2013. & Profesional Berhikmah 5 Nilai Bersama Bertanggungjawab Kejituan Ilmu Pengabdian Toleransi Ketelitian فقيه مسؤولية تسامح عبودية إتقان Masuliyyah Faqih Ubudiyyah Tasamuh Itqan Visi : Menjadi Institusi Mufti Yang Berwibawa Dalam Memartabatkan Syariat Islam Misi : Memperkasa Kecemerlangan Kefatwaan Bagi Membimbing Masyarakat Islam Dengan Rujukan Hukum Yang Berwibawa Dan Unggul Untuk Kesejahteraan Ummah Objektif : Memastikan Fatwa, penjelasan hukum dan panduan beribadat tepat serta memenuhi keperluan ummah berteraskan sistem penyampaian yang profesional lagi berhikmah


Butir - Butir Kalam 14 Tabung Baitulmal Sarawak | 1985 Sesuai dengan perkembangan negara dan keperluan umat Islam yang kian bertambah dalam menghadapi zaman yang penuh cabaran, maka tertubuhlah Baitulmal Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984. Tabung Zakat Fitrah telah ditubuhkan pada tahun 1966 melalui UndangUndang Zakat 1966 atas usaha (Tun Pehin Sri Haji) Encik Abdul Taib Mahmud ketika itu. Tabung Baitulmal Sarawak secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1985. Visi Menjadi sebuah organisasi Islam yang dinamik dan pembela kepada umat manusia khususnya masyarakat Islam Sarawak Menyumbang dalam pembangunan ummah melalui Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam. Memperkukuhkan asas kekuatan ekonomi Tabung Baitulmal Sarawak dengan meneroka peluang yang strategik dan berpotensi dalam aktiviti perkembangan modal dan hartanah yang berdaya maju. Memudahcarakan Pengurusan Zakat, Sadaqatul Jariah dan Wakaf dengan menyediakan pelbagai prasarana yang diyakini oleh masyarakat melalui pendekatan pengurusan holistik ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Menggemblengkan tenaga kerja profesional dan agama untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak. 1966 1984 1984 • Tabung Baitulmal Sarawak b e r p e r a n a n m e n y e d i a k a n kemudahan mengutip, mengagih, mengurus Dana Zakat dan Baitulmal di samping menerangkan tentang kewajipan berzakat. • Pelanggan-pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak adalah masyarakat Islam, badan- badan kerajaan, badan-badan korporat dan pertubuhan-pertubuhan. • Komitmen Tabung Baitulmal Sarawak adalah : Misi • Tabung Baitulmal Sarawak merupakan wakil kepada Majlis Islam Sarawak yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat di Negeri Sarawak. a. Meningkatkan kesedaran tanggungjawab berzakat dalam kalangan masyarakat Islam di Sarawak. b. Memudahcarakan pengurusan Zakat agar dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam dan perkembangan semasa. c. Untuk membangunkan Tabung Baitulmal Sarawak sebagai sebuah organisasi Islam yang memainkan peranan penting dalam program pembangunan masyarakat Islam melalui kemudahan bantuan dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan insan. d. Untuk memelihara dan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan hartanah Tabung Baitulmal Sarawak bagi kepentingan umat Islam di masa hadapan. e. Untuk membangunkan kumpulan pekerja Islam yang profesional dan dinamik. Objektif


15 Butir - Butir Kalam Biro Perkhidmatan Pendidikan | 1 November 2007 Biro Perkhidmatan PendidikanMIS yang ditubuhkan pada bulan November 2007 di bawah naungan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) adalah cetusan idea dan saranan Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. BPP-MIS ditubuhkan untuk membantu Majlis Islam Sarawak melaksanakan kewajibannya dalam bidang pembangunan pendidikan umat Islam, serta merealisasikan agenda pengupayaan ummah dan mengimarahkan masjid dengan berperanan sebagai : Wadah rasmi bagi para intelek, pemikir, pengamal, penggubal dasar dan individu yang prihatin untuk bermuzakarah dan memikir, mengupas, menganalisis serta menangani pelbagai isu sosiobudaya dan pendidikan yang menyentuh secara langsung kesejahteraan, pembangunan dan kelangsungan ummah Pangkalan jaringan profesional yang mengemblengkan pengalaman, kekuatan dan tenaga fikir individu-individu prihatin bagi tujuan membantu MIS dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan berasaskan komuniti untuk merealisasikan agenda pembangunan dan kecemerlangan ummah Organisasi berorientasikan program yang bertanggungjawab memikir, merancang, melaksana, memantau, menilai serta membantu pelaksanaan program, aktiviti dan inisiatif pendidikan berasaskan komuniti Visi Biro perkhidmatan pendidikan yang berwibawa dan berintegriti Tanggungjawab BPP-MIS berperanan sebagai satu badan penasihat pendidikan bagi masyarakat Islam di Sarawak, dan bertindak sebagai sebuah badan perancang dan pelaksana pelbagai inisiatif pendidikan untuk tujuan membangun dan membina keupayaan ummah Misi Memberi perkhidmatan pendidikan berkualiti yang k o m p r e h e n s i f m e l a l u i perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan, penilaian, penyelidikan dan penyeliaan pelbagai program dan aktiviti pendidikan bagi tujuan memperkaya dan m e m p e r k a s a k a n u s a h a membina dan membangunkan keupayaan ummah di Sarawak


Butir - Butir Kalam 16 Pusat Penerangan Islam atau Islamic Information Centre (IICMIS) telah ditubuhkan pada 17 Ogos 2008 dan telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. IIC-MIS berpegang kepada 2 prinsip utama iaitu : 1. Kepentingan Ilmu Kepentingan ini bertepatan dengan seruan Allah SWT dalam firman-Nya: Pusat Penerangan Islam | 17 Ogos 2008 Menjadi peneraju dalam memacukan pemahaman dan penghayatan Islam sebagai Rahmat untuk semua makhluk di muka bumi ini (Rahmatan lil-’alamin, Al-Anbiya 107). Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya…. Al-‘Alaq, 1-5 Visi Menjadi pusat penerangan Islam yang ternama dan dinamik Misi Mempermudahkan pemahaman tentang Islam melalui pengurusan ilmu yang aktif dan berkesan Aspirasi Mempromosikan pemahaman yang jelas tentang kesempurnaan, dasar dan nilainilai Islam sebagai cara hidup Mempromosikan keharmonian agama serta memberi pemahaman yang lebih jelas tentang Islam dan agama lain Mengumpul data, menjana serta berkongsi informasi tentang isu-isu kontemporari yang memberi impak kepada masyarakat umum dan masyarakat Islam khususnya Objektif 2. Keharmonian Hubungan Sesama Manusia Firman Allah SWT: W a h a i u m a t m a n u s i a ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu... Al-Hujurat, 13 Pusat Penerangan Islam (IICMIS) ditubuhkan bertujuan untuk menyampai, menyebar dan berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan Islam kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, agama mahupun latarbelakang pendidikan.


17 Butir - Butir Kalam MAJLIS ISLAM SARAWAK JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK BIRO PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PUSAT PENERANGAN ISLAM TABUNG BAITULMAL SARAWAK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK JABATAN MUFTI NEGERI SARAWAK http://mis.sarawak.gov.my http://jais.sarawak.gov.my http://bppmis.com http://www.sarawakiic.org.my http://www.tbs.org.my http://syariah.sarawak.gov.my http://muftinegeri.sarawak.gov.my 082 – 507251 082-507077 082-230728 082-420798 082- 682861 082-428910 082-507500 SALURAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AGENSI-AGENSI ISLAM


Wacana Bitara 18 Majlis Islam Sarawak : Melestarikan Ummah Gemilang Editor As-Salam : Assalamualaikum wbt YBhg. Datu. Dikesempatan ini, bagi pihak Sidang Editor As-Salam ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan dan pencapaian YBhg. Datu dalam memimpin Majlis Islam Sarawak (MIS) sehingga ke hari ini. Editor As-Salam : Bolehkah YBhg. Datu jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan misi MIS untuk Membangunkan Ummah Yang Cemerlang dan Sejahtera? Editor As-Salam : Bolehkah YBhg. Datu kongsikan di sini apakah harapan YBhg. Datu terhadap Majlis Islam Sarawak (MIS)? YDP : Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kekuatan dan kemudahan kepada saya dan seluruh warga Majlis Islam Sarawak dalam membangun kesejahteraan ummah di Sarawak ini khususnya. YDP : Inilah tanggungjawab besar kita dalam memastikan umat Islam di Sarawak ini dapat hidup berlandaskan Islam sebagai cara hidup. Oleh itu MIS telah merangka satu pelan tindakan yang dinamakan PTMIS 21-30 yang bertemakan “Ummah Gemilang”. Ia mengambarkan tekad MIS untuk melestarikan kegemilangan ummah dengan terbentuknya masyarakat Khairul Ummah. PTMIS 21-30 ini menfokuskan usaha untuk mempertingkatkan keupayaan dan kecemerlangan segenap lapisan masyarakat Islam daripada kanak-kanak sehingga warga emas, melalui enam (6) bidang, iaitu Bidang Masjid, Bidang Pendidikan, Bidang Ekonomi, Bidang Sosiobudaya, Bidang Dakwah dan YDP : Bidang Perundangan Islam. Sudah pastilah kita hendak mencapai visi MIS iaitu sebagai Pemacu Khairul Ummah ini dapat dilaksanakan dengan semua kekuatan yang kita ada dalam mengupayakan dan memperkasa kesejahteraan ummah. Ini termasuklah dalam semua semua aspek seperti ekonomi, pendidikan, perundangan dan juga sosial bagi memastikan umat Islam di Sarawak mempunyai kelangsungan yang bermaruah. Editor As-Salam : Apakah harapan YBhg. Datu terhadap perencanaan yang telah digarap dalam PTMIS 21-30? YDP : Sudah tentunya kita mahu melihat komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang menjadi pelaksana PTMIS 21-30 demi memastikan setiap perencanaan yang digarap dapat dilaksanakan. Jika komitmen ini terserlah, saya pasti hasrat kita untuk menjadi ummah yang bermaruah berada dalam trek yang betul.


Majlis Islam Sarawak : Melestarikan Ummah Gemilang Editor As-Salam : YDP : Begitu besar harapan kita untuk mengupayakan Ummah Gemilang ini, semoga usaha kita semua dipermudahkan dan diredai oleh Allah SWT. Pihak Editor As-Salam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian YBhg. Datu meluangkan masa untuk sesi temu ramah ini. Sama-sama. Tahniah dan Syabas juga untuk Sidang Redaksi Buletin As-Salam ini. Editor As-Salam : Bercakap tentang cabaran sudah pastinya MIS juga tidak terkecuali berdepan cabaran-cabaran dalam tadbir urus hal ehwal Islam di Negeri Sarawak, sedikit pandangan tentang perkara ini Datu? YDP : Tanggungjawab menguruskan hal ehwal Islam di Sarawak sememangnya mempunyai cabaran-cabarannya yang tersendiri. Walau apa pun cabaran itu, bagi saya kita hendaklah menanganinya secara bijaksana dan berhikmah demi kelangsungan umat Islam di Sarawak, bak kata peribahasa “bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak”. Oleh itu, saya amat menuntut agar semua agensi-agensi Islam di Sarawak menggunakan kebijaksanaan dengan penuh berhikmah dalam menangani apa juga isu dan cabaran yang dihadapi.


Galeri Persada Majlis Islam Sarawak


Galeri Persada 22 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1443H/ 2021M S a m b u t a n M a u l i d u r R a s u l merupakan satu acara perayaan Islam yang disambut setiap tahun di Bumi Kenyalang ini. Walaupun berdepan musim Pandemik wabak Covid-19, namun semangat untuk terus menzahirkan agungnya syiar Islam dalam menghayati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW tidak mematahkan apa juga cabaran dan ujian yang mendatang. Pada Tahun 1443H/ 2021M kita dapat saksikan sambutan Maulidur Rasul tetap meriah diadakan dengan berpandukan SOP (Standard Operating Procedure) yang telah digariskan oleh pihak kerajaan dalam mendepani cabaran semasa Covid-19 ini. Sempena Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”, beberapa program dan aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah: • Pertandingan Poster Digital • Majlis Kesyukuran • Forum Perdana “Fattabiunni” • Majlis Penghargaan Kecemerlangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Majlis Islam Sarawak dan Pelajar Cemerlang STAM, STPM dan SPM 1443H/ 2021M • Majlis Sarawak Berselawat


23 Galeri Persada Pusat Falak Miri Ke Arah Memperkasa Ilmu Falak Tanggal 17 Safar 1443 bersamaan 24 September 2021 telah tercipta satu sejarah bagi negeri Sarawak dengan sempurnanya Majlis Perasmian Pusat Falak Miri (PFM). Pusat yang pertama seumpamanya di negeri Sarawak ini telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Semasa Majlis tersebut, Yang Amat Berhormat Premier begitu teruja dan berpuas hati dengan pembinaan PFM yang terletak di lokasi yang sangat strategik dan menarik. Dalam ucapannya, Yang Amat Berhormat Premier berkata “ilmu falak bukan hanya untuk mengesahkan kedatangan Ramadan, namun sebenarnya mempunyai peranan begitu luas dalam kehidupan manusia keseluruhannya”. Perancangan membina PFM yang terletak di Luak Esplanade, Miri ini telah dimulakan oleh Jabatan Mufti negeri Sarawak sejak tahun 2014 dan telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Sarawak serta tersenarai sebagai Projek Keutamaan Negeri Sarawak dalam Rancangan Malaysia ke-11. Berdasarkan objektif pembangunannya, selain menjadi pusat cerapan dan takwim, ia juga menjadi pusat aktiviti cerapan objek langit seperti bulan, matahari, planet, bintang, buruj, nebula, dan sebagainya. Ia juga turut menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan ilmu falak. Selain itu, ia juga akan menjadi pusat pendidikan dan perkembangan ilmu falak sebagai satu usaha bagi melahirkan tenaga pakar dengan kerjasama institusi berkaitan ilmu falak di dalam dan di luar negara. PFM ini juga diharap akan menjadi pusat astro-pelancongan yang akan menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang dilengkapi dengan sistem dan teknologi canggih dan terkini. Kewujudan PFM ini akan menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu falak agar khazanah berharga ini tidak hilang ditelan zaman dan dapat melahirkan lebih ramai ilmuwan falak di negeri Sarawak khususnya. PFM ini nanti pastinya akan menghasilkan banyak penyelidikan dan menjadi pusat kegiatan dan aktiviti berkaitan ilmu falak seiring dengan aspirasi kerajaan negeri Sarawak iaitu Sarawak Negeri maju Tahun 2030.


Galeri Persada 24 Majlis Kesyukuran dan Wacana Pemikiran Kepimpinan Ibnu Khaldun Dalam konteks Sarawak, kita menghormati (satu sama lain), manusia pelbagai keturunan dan berbilang latar belakang. Kerana lumrah ini, manusia berkehendaki pengiktirafan dan kalau ini berlaku maka timbul kasih sayang antara manusia dengan manusia. Berdasarkan sudut teori ekonomi iaitu produktiviti, manusia ada kapasitinya untuk mengeluarkan sesuatu kerana tidak ada manusia yang sama, mesti berbeza. Sebab itu dalam teori produktiviti timbul pula pendekatan ketamadunan. Semasa ucapan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dalam Majlis Kesyukuran dan Wacana Kepimpinan Ibnu Khaldun Tahun 2022, tiga asas pemikiran Ibnu Khaldun telah diadaptasi dalam menguruskan Negeri Sarawak yang merangkumi pengiktirafan (perhubungan manusia sesama manusia), produktiviti, dan juga ilmu. Di Sarawak begitu juga, kita berkehendak umat Sarawak mempunyai ketamadunan yang harus digunakan secara optimum untuk mendapatkan produk maksimum. Ketiga yang terpenting adalah ilmu. Sekarang kita (Sarawak) ke arah ekonomi digital, setidak-tidaknya kita ada pakar orang Sarawak, anak muda untuk memahami apakah teori di sebalik ekonomi digital. Majlis ini turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr. Hazland Abang Hipni, Menteri Muda di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong YB. Fazzrudin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi) Datuk Seri Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Mufti Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Haji Kipli Haji Yassin, dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Taha.


25 Galeri Persada Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak Majlis Islam Sarawak (MIS) merupakan sebuah badan induk dan agensi yang bertanggungjawab merangka dasar, menyelaras pelaksanaan, mentadbir serta mengurus hal ehwal pembangunan dan pemerkasaan agama Islam di negeri Sarawak. Oleh itu, satu usaha strategik di bawah inisiatif Majlis Islam Sarawak (MIS) dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia telah mewujudkan satu kursi wakaf untuk membangunkan bidang penyelidikan berkaitan ‘Pemerkasaan Ekonomi Masyarakat Islam Sarawak’ yang dinamakan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak. Pada 8 November 2021 telah diadakan Majlis Menandatangani M e m o r a n d u m P e r j a n j i a n Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak di antara Majlis Islam Sarawak dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak. Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak merupakan rentetan daripada resolusi yang terhasil pasca penganjuran Nadwah Ulama Nusantara (NUN) yang diadakan pada 23 - 25 Oktober 2018. Maka, NUN VIIII 2018 mengusulkan supaya tradisi keilmuan dan kesarjanaan yang bertunjangkan kepada ilmu, kepakaran dan pemikiran ulama dilestarikan dan dikembangkan dengan mewujudkan kursi kesarjanaan Islam di IPT. Usaha ini sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) dan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang bertujuan untuk memperkasa penglibatan masyarakat Islam Negeri Sarawak dalam bidang ekonomi secara komprehensif selari dengan perkembangan ekonomi digital pada hari ini. Inisiatif dan prakarsa ini amat sesuai dengan penamaan Kursi ini berdasarkan nama seorang tokoh ulama ulung dari Negeri Sarawak, iaitu Sheikh Othman Sarawak. Objektif Penyelidikan ini dijangka akan fokus kepada empat (4) kluster iaitu ekonomi digital, pertanian moden, perusahaan kecil dan sederhana serta tamadun dan pembangunan ummah. Memperkasa penglibatan masyarakat Islam Sarawak dalam bidang ekonomi secara komprehensif Menyediakan cadangan untuk masyarakat Sarawak mempertingkatkan penglibatan dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mengenal pasti ruang-ruang yang boleh diterokai oleh masyarakat Islam Sarawak dalam bidang pertanian moden Memperkasa aspek tamadun dan pembangunan ummah Melahirkan Generasi Pemikir Islam Sarawak


Galeri Persada 26 Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak (KBTS) Penyerahan MATTARY kepada MIS Keputusan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Yang ke-45 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS telah menetapkan supaya Majlis Islam Sarawak (MIS) mengambil alih sepenuhnya pengurusan pentadbiran dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) berkuatkuasa pada 01 Januari 2020. Penggubalan KBTS dilaksanakan secara berperingkat. Susulan daripada itu, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) telah diberi tanggungjawab oleh MIS untuk membantu dalam penggubalan Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak (KBTS) dan Program Latihan Profesional Keguruan Islam untuk guru-guru MATTARY. Sesi perkongsian tentang kurikulum yang sedia ada di MATTARY dan juga Kurikulum Tahfiz yang dilaksanakan di SMK Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW). Bengkel bagi membina falsafah KBTS dan dikuti dengan penghasilan penyesuaian Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Penghasilan penyesuaian DSKP bagi Tahun 4, 5 dan 6 serta Komponen Hadis.


27 Galeri Persada 5 Objektif Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak KBTS dibangunkan dengan mengambil kira lima (5) komponen berikut iaitu Komponen Al-Quran, Komponen Hadis, Komponen Pendidikan Agama Islam, Komponen Bahasa dan Komponen Akademik. Penerapan nilai-nilai islam dalam pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum berdasarkan AlQuran dan hadis melalui pendekatan KAFFAH. KBTS bagi tahun 1 telah siap digubal pada hujung tahun 2020 dan telah dilaksanakan di MATTARY bermula tahun 2021. Pada bulan Mei hingga Julai 2021, penyeliaan pelaksanaan KBTS Tahun 1 telah dilaksanakan dan dapatan penyeliaan telah dikongsikan dengan pihak MATTARY dan Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Sarawak. Bengkel menghasilkan KBTS bagi Tahun 2 dan Tahun 3 telah diadakan di Hotel Waterfront Kuching pada 15- 17 November 2021 yang melibatkan lapan (8) orang Panel Penggubal dan dua belas (12) orang guru di MATTARY. Pada tahun 2022, KBTS akan dilaksanakan bagi murid Tahun 1 dan juga Tahun 2. Menyediakan asas kukuh untuk melahirkan generasi Al-Quran Mewujudkan program pengajaran dan pembelajaran asas yang komprehensif dan berdaya saing Menyediakan tapak asas untuk melahirkan huffaz yang profesional dan para profesional yang huffaz Membina asas bagi membangunkan insan yang cemerlang dan seimbang (Hablum Min Allah & Hablum Minannas) melalui pembelajaran yang bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah Menyediakan laluan asas bagi membentuk insan yang bertakwa, berilmu, bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah melalui Pendidikan Al-Quran


Galeri Persada 28 Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Keamanan Palestin Kekejaman dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin turut dirasai oleh Majlis Islam Sarawak. Oleh yang demikian, sebagai rasa solidariti, rasa keinsanan dan kebersamaan Umat Islam di Negeri Sarawak, Majlis Islam Sarawak telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Keamanan Palestin berjumlah RM1 juta secara maya pada 8 Julai 2021 yang lalu. Sumbangan ini adalah hasil sumbangan daripada Majlis Islam Sarawak, kutipan Jumaat masjid dan surau di Sarawak serta Tabung Ihsan Palestin Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Premier (Hal Ehwal Islam & DBKU) dan Menteri Muda (Bekalan Air) Sarawak. Majlis Islam Sarawak mengharapkan agar sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat Palestin.


29 Galeri Persada Perluasan Program Pendidikan Berasaskan Komuniti Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK) merupakan program dan aktiviti pendidikan yang diwujudkan secara sedar oleh sesebuah komuniti berpandu serta bersandarkan kesedaran, kemahuan dan kebersediaan komuniti setempat itu untuk melibatkan diri secara langsung dalam usaha menangani keperluan bimbingan, didikan atau latihan kepada ahli-ahlinya demi kesejahteraan, kebajikan dan kelangsungan bersamasama. Program dan aktiviti PBK yang dibangunkan oleh BPP- MIS adalah berdasarkan keperluan 10 kumpulan sasar yang telah dikenal pasti serta berpandukan strategi untuk mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang setiap kumpulan sasar tersebut. Secara keseluruhannya, terdapat 17 strategi, 31 program dan 89 aktiviti di bawah program dan aktiviti PBK. Program dan aktiviti PBK dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid dan juga oleh BPP-MIS. Program dan aktiviti PBK dilaksanakan oleh fasilitator yang telah dilatih oleh BPP-MIS dan berpandukan Buku Panduan Pelaksanaan PBK. Untuk program dan aktiviti PBK yang dikendalikan oleh JKP Masjid, BPPMIS membantu dalam aspek bantuan dana, khidmat profesional dan juga fasilitator. Terdapat 167 buah masjid disasarkan untuk terlibat dalam program dan aktiviti PBK untuk tahun 2021. Manakala bagi tahun 2022, 202 buah masjid dicadangkan untuk dilibatkan dalam program dan aktiviti PBK. Sepanjang tahun 2021 (sehingga 21 Oktober 2021), BPP-MIS dengan izin Allah SWT telah berjaya melaksanakan sebanyak 118 aktiviti Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK) untuk enam (6) kumpulan sasar iaitu kanak-kanak berusia 3-4 tahun (2 aktiviti), murid sekolah rendah (4 aktiviti), pelajar sekolah menengah (6 aktiviti), belia (4 aktiviti), pemimpin dan individu prihatin (41 aktiviti), dan kumpulan rakan kongsi (61 aktiviti). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 74 aktiviti telah dikendalikan oleh JKP Masjid manakala 44 aktiviti pula dilaksanakan oleh BPP-MIS sendiri.


Galeri Persada 30 Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Tahun 2022 Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak tahun 2022 telah diadakan pada 24 Januari 2022M bertempat di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Majlis tersebut telah dihadiri oleh anggota-anggota Majlis Islam Sarawak, serta kakitangan dan warga kerja yang berkhidmat di bawah Majlis Islam Sarawak. Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Bin Haji Taha mengucapkan tahniah kepada pelantikan anggota-anggota Majlis Islam Sarawak yang ke-25. Dalam ucapannya, beliau telah menyampaikan usaha Majlis Islam Sarawak untuk membangunkan Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak (PTMIS) yang menggariskan secara bersepadu perancangan 10 tahun Agenda Pembangunan Ummah bermula tahun 2021 – 2030. Pelan ini merupakan satu modus operandi yang terancang berdasarkan strategi, pendekatan serta tindakan yang perlu diambil oleh setiap pihak yang dipertanggungjawabkan. Beliau menegaskan, hala tuju yang digagaskan melalui Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak ini akan membangun dan mendayaupayakan potensi ummah di Sarawak yang akhirnya melahirkan generasi Khairul Ummah yang progresif dan dinamik. Justeru, agensi-agensi Islam harus sentiasa bekerjasama dan bersinergi untuk memastikan penyampaian perkhidmatan dan matlamat pembentukan Khairul Ummah dapat direalisasikan. Selaras dengan hasrat dan hala tuju Majlis Islam Sarawak untuk meningkat dan melestarikan kecemerlangan ummah, terdapat enam (6) bidang utama yang menjadi fokus dalam Pelan Tindakan MIS iaitu: 01 05 03 02 06 04 Bidang Ekonomi Bidang Pendidikan Bidang Dakwah Bidang Sosiobudaya Bidang Perundangan Islam Bidang Masjid


31 Galeri Persada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dalam ucapanya juga menyatakan rasa bangga beliau dengan pembangunan Pusat Falak yang telah dibina di Miri dan dirasmikan oleh YAB Premier Sarawak pada 24 September 2021. Pembinaan Pusat Falak tersebut bukan hanya berfungsi sebagai pusat cerapan dan takwim, pusat penyelidikan, serta perkembangan Ilmu Falak, malah juga sebagai pusat pelancongan sains astronomi. Pelbagai perancangan telah dirangka oleh Majlis Islam Sarawak untuk umat Islam khususnya di Sarawak. Antaranya adalah membangunkan projek Data Analytics sebagai satu komoditi berpotensi untuk perkembangan MIS dalam usaha mencapai kemajuan teknologi digital dan formasi dalam pengumpulan data yang cekap dan efisien. Di samping itu juga, dalam bidang Pendidikan Majlis Islam Sarawak berhasrat untuk membina sebuah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Sarawak (SMIS) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2027. Penubuhan SMIS merupakan langkah untuk menyediakan peluang pendidikan yang syumul dan pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu, MIS juga merancang untuk membina sebuah Kompleks Baitul Hidayah yang bertujuan, sebagai pusat pengajian dan perlindungan serba lengkap bagi mereka yang memerlukan khususnya kepada golongan Saudara Kita. Dalam masa yang sama, Majlis Islam Sarawak akan membina sebuah Galeri Ibnu Khaldun (GIK) yang akan bertapak di Pusat Penerangan Islam – MIS. Pembinaan galeri ini bertujuan untuk menjana, mengumpul, berkongsi dan memelihara maklumat serta pengetahuan tentang Islam dan umat Islam di Sarawak melalui kaedah pembelajaran secara digital dan interaktif.


Galeri Persada 32 Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK) Agihan Zakat melalui Program Bantuan Tabung Baitulmal Sarawak memandang berat dan serius dalam usaha memartabatkan Umat Islam supaya menjadi insan yang berwibawa, berketerampilan, disegani dan paling utama menjadi intelektual yang bertaqwa kepada Allah SWT. Demi matlamat murni itu, TBS telah memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk menjayakan program ini memandangkan ia adalah perancangan jangka panjang serta bertepatan dengan konsep kail. Antara aktivitinya adalah: Program memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) Sejajar dengan peranannya, Tabung Baitulmal Sarawak telah mengorak langkah bergerak ke hadapan bagi membela nasib umat Islam yang terhimpit dalam kemiskinan dan kemelaratan hidup. Umpamanya golongan Asnaf yang amat memerlukan sokongan dan bantuan termasuk saraan hidup. Produk bantuan tersebut merupakan satu lagi program kemasyarakatan yang diwujudkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak bagi mengagihkan bantuan Zakat kepada Asnaf. Antara bantuan tersebut ialah: 01 05 03 07 02 06 04 Bantuan Pengajian IPT Bidang Agama Bantuan Pengajian Sekolah Rendah / Menengah (Yuran/Kelengkapan Sekolah) Bantuan Pengajian Di peringkat Sijil/Kursus Bantuan Pengajian Maahad Tahfiz Al-Quran Bantuan Pengajian Sekolah Agama/Arab Bantuan Pengajian Ke Timur Tengah Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi 01 05 03 07 02 06 04 Bantuan Rawatan / Perubatan dan Pembedahan Kepada Pesakit Bantuan Kecemasan Bencana Alam Bantuan Untuk Musafir Yang Terkandas Dari Dalam dan Luar Negeri (Ibnusabil) Bantuan Fardhu Kifayah Bantuan Am Bagi Asnaf Muallaf Bantuan Bagi Asnaf Al- Gharimin (Menyelesaikan hutang) Bantuan Sara Hidup Fakir Miskin


33 Galeri Persada Program Peningkatan Kemahiran Ummah (PPKU) Institusi Islam adalah lambang serta syiar keagungan ajaran Islam itu sendiri maka sewajarnya diberi kedudukan yang istimewa dan keutamaan oleh masyarakat Islam. Berkesinambungan dengan itu, Tabung Baitulmal Sarawak telah meletakkan satu gagasan demi membantu institusi Islam yang memerlukan bantuan. Manakala badan-badan kebajikan yang lainnya turut mendapat imbalan yang berpatutan daripada Tabung Baitulmal Sarawak dengan tujuan memperkasakan serta merangsang aktiviti kemasyarakatan dan melebarkan ruang sebar dakwah Islamiah di Sarawak. Aktiviti di bawah program ini ialah: 01 05 03 02 04 Bantuan Am Masjid dan Surau Bantuan Untuk Seminar dan Bengkel Pendidikan Pelajar Bantuan Kepada Badan-Badan Kebajikan dan Organisasi untuk kerja kemasyarakatan Bantuan Kepada Sekolah Agama Islam Bantuan Kepada Institusi/ Badan Dakwah Tabung Baitulmal Sarawak menyediakan kursus-kursus kemahiran kepada Asnaf Zakat dalam perlaksanaan kerja. Kursus kemahiran ini bagi membangun diri mereka dalam kepakaran dan juga pengetahuan sebagai sumber menjana pendapatan selain daripada bimbingan di lapangan dan pengalaman. Antara bantuan di bawah program ini ialah: 01 05 03 02 06 04 Bantuan Pembangunan Modal Insan Kemahiran Pertanian Bantuan Modal dan Peralatan Perniagaan Kemahiran Teknikal dan Kulinari Latihan kemahiran Digital Bantuan Latihan Lapangan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII)


Galeri Persada 34 Standard Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak Isu pengurusan, pengimarahan dan kebersihan adalah suatu isu yang selalu dicanangkan dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai medium. Masa kini, penyebaran maklumat melalui medium media sosial berkaitan isu-isu pengurusan, pengimarahan dan kebersihan masjid tidak boleh dipandang sepi. Justeru sebagai sebuah institusi agama yang terulung dalam negeri Sarawak, Majlis Islam Sarawak mengemukakan satu dasar yang dirangkumkan dalam Standard Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak bagi membantu pihak pengurusan masjid, menjadikan masjid sebagai institusi yang cemerlang. Standard Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak adalah usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak bagi meningkatkan kualiti pengurusan, pengimarahan, kebersihan dan keceriaan masjid di negeri Sarawak. Ia menepati saranan amalan hidup Islam seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, “Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.” Usaha ini bertepatan dengan tuntutan amalan kebaikan dalam Islam. Usaha komprehensif semua pihak dalam negeri ini khususnya agensi-agensi Islam akan meningkatkan lagi fungsi masjid dan surau untuk mendepani era yang lebih mencabar pada masa akan datang. Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, dalam ucapan penangguhan program Team Building Agensi Islam pada 25 Februari 2017 di Kem Bina Negara, Sempadi telah menegaskan betapa pentingnya tahap kebersihan dan keceriaan masjid khasnya tandas dan tempat wuduk dipertingkatkan. Seterusnya, beliau dalam Mesyuarat Penarafan Tandas Masjid dan Surau pada 7 Mac 2017 telah mengarahkan agar penilaian tahap kebersihan dan keceriaan masjid dilaksanakan segera. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak pada 4 Ogos 2017, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak memutuskan agar Standard Penarafan Masjid Negeri Sarawak hendaklah merangkumi aspek pengurusan, pengimarahan, kebersihan dan keceriaan. Sejajar dengan keputusan Majlis Islam Sarawak untuk menarafkan masjid 5 bintang kepada seluruh Masjid di Negeri Sarawak telah membuahkan hasil apabila Masjid An-Nur Sibu yang telah diberi penarafan 5 bintang oleh Majlis Islam Sarawak telah memenangi ANUGERAH MASJID ETNIK TERBAIK pada Anugerah Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) pada tahun 2020.


35 Galeri Persada Program Belia Kerjasama Belia Islam Sarawak Belia merupakan golongan yang sering dikatakan sebagai harapan dan penentu masa depan negara. Bilangan mereka yang ramai serta memiliki tenaga yang padu merupakan tonggak masyarakat sebagai penyambung antara satu generasi dengan satu generasi yang lain. Sarawak, sebagai sebuah negeri berbilang kaum yang pesat membangun dan sedang giat menghadapi cabaran dalam dunia dakwah moden sangat bergantung kepada golongan belia Islam yang aktif, berdisiplin dan progresif. Dengan hamasah (حمسة (ataupun semangat belia Islam inilah wujudnya pelbagai NGO Islam di Negeri Sarawak yang berperanan membantu pihak kerajaan negeri dalam menyebarluaskan dakwah, kebajikan dan kefahaman Islam secara menyeluruh. Namun, perkembangan dan pertumbuhan NGO yang semakin menggalakkan dilihat memerlukan sistem pengurusan yang sempurna agar segala objektif dapat dicapai dengan jayanya. Hal ini memberi gambaran bahawa perlunya jalinan kerjasama antara NGO Islam bersama-sama pihak yang berautoriti demi memantapkan pengurusan kesukarelawanan Islam secara menyeluruh. Maka bagi mencapai hasrat murni ini, pihak Jabatan Agama Islam Sarawak mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan NGO Islam di Negeri Sarawak bagi memastikan segala perancangan dan tindakan yang diambil dapat dilaksanakan d e n g a n s e m p u r n a d e m i kesejahteraan masyarakat Islam di Sarawak khasnya. Rentetan itu beberapa program dan aktiviti telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2021 melibatkan kerjasama antara pihak JAIS dan NGO Belia Islam Sarawak antaranya Forum Belia di Ambang Merdeka, Bengkel Penyediaan Draf (Kali ke-2) bagi Pelan Kesejahteraan Belia Islam Sarawak, Program Sinar Ramadhan 2021 Persatuan Kebajikan Pelajar Islam (PERKEPIS) dan pelbagai lagi aktivitiakitiviti sumbangan dan kebajikan turut dilaksanakan.


Galeri Persada 36 Program Kebajikan Saudara Kita Urus Setia Saudara Kita (USK) ditubuhkan pada tahun 1986 sebagai platform untuk golongan saudara baru berinteraksi sesama sendiri supaya dapat menjalinkan ukhuwah Islamiah dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan mereka. USK merupakan tapak bagi saudara kita untuk bermusyawarah, berbincang dan menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang terutama sekali yang berkaitan dengan agama yang baru mereka anuti dan juga masalah mereka dengan keluarga mereka yang belum memeluk Islam. USK juga ditubuhkan bertujuan untuk memberi sokongan moral yang sangat diperlukan oleh saudara kita semasa berhadapan dengan keluarga dan masyarakat yang bukan Islam. USK juga bertindak sebagai badan penghubung antara masyarakat saudara baru dengan organisasi Islam yang sedia ada di Negeri Sarawak seperti Majlis Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Tabung Baitulmal Sarawak, Mahkamah Syariah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lainlain. USK wujud di bawah naungan Majlis Islam Sarawak dan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Antara fungsi USK ialah sebagai tempat asas untuk mendidik dan memperkenalkan Islam kepada sesiapa sahaja yang baru memeluk Islam dan sebagai tempat berkenalan serta berinteraksi sesama saudara baru. Ia juga bertindak sebagai “ahli fikir” dalam mengurus hal ehwal saudara kita. Selain itu USK berhubung dan berbincang dengan JAIS berkenaan pelan tindakan, apa-apa polisi yang berkaitan atau mempengaruhi masyarakat saudara kita dan USK juga bertindak sebagai penyelaras serta pelaksana pelbagai aktiviti keagamaan untuk saudara baru. Antara aktiviti yang dijalankan oleh USK ialah Pendidikan Agama Saudara Kita seperti kursus, bengkel dan kelas-kelas mengaji dan fardhu ain. Selain itu, turut dilaksanakan aktiviti Kebajikan Saudara Kita seperti Pusat Jagaan Laman Kaseh, Bantuan Kebajikan, Pengurusan Jenazah dan Projek Agihan Makanan (kerjasama Kechara Soup Kitchen). Di samping itu turut dilaksanakan program dan aktiviti-aktiviti lain seperti Program Ziarah, Kemasyarakatan dan Program-Program sempena Hari Kebesaran Islam.


Giving Back to Society To provide an avenue for the practices and applications of wakaf among the Muslims Community Flow Chart on Wakaf Ilmu Collection of Wakaf monies Purchase of books for Wakaf Ilmu Distribution of Wakaf Ilmu a. Surau/Mosque b. Libraries c.Associations/Relevant organisations


Anjung Wahana 38 Sidang media Garis Panduan Aktiviti Qurban Bagi Tahun 1442H bersama Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Premier (Hal Ehwal Islam dan DBKU) dan Menteri Muda (Bekalan Air) Sarawak Datu Haji Misnu Bin Haji Taha semasa ditemuramah di tempat pameran Agensi Islam bersempena Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2020 daripada Maybank Islamic kepada Majlis Islam Sarawak Majlis Islam Sarawak


39 Anjung Wahana Bual Bicara Agensi Islam bersama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu Bin Haji Taha“Pematuhan Garis Panduan Pengimarahan Ramadan Tahun 1442H/2021M” Bual Bicara Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak di IRIS Digital Radio bertajuk “Isra’ dan Mikraj: Insiprasi Kesejahteraan Ummah” Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Petronesa dan Sanjung Etika SDN BHD Kepada Majlis Islam Sarawak MEDIA dalam


Anjung Wahana 40 SIAPAKAH TOKOH? KENAPA TOKOH INI PENTING? APAKAH KONTEKS WACANA DENGAN SITUASI SEMASA? DR. ZAID : Tokoh pemikir tamadun yang sangat dikenali dalam kalangan akademia mahupun di luar kalangan akademia di timur dan barat, Ibn Khaldun ini merupakan seorang tokoh yang karyanya dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Beliau merupakan seorang tokoh ilmuwan yang sangat versatil dan disifatkan sebagai tokoh ulung oleh mereka yang mengkaji mengenai beliau mengikut bidang masing-masing. Beliau disifatkan sebagai ilmuwan yang mendahului zamannya. Ada yang berpendapat beliau bapa beberapa ilmu moden seperti bapa falsafah sejarah, bapa ekonomi, bapa sosiologi dan sebagainya. Ini adalah disebabkan karya yang dihasilkan Ibnu Khaldun itu menarik minat dan menangkap imaginasi mereka yang mengkaji karya dan pemikiran beliau. Teori-teori yang dipelajari dan digunakan dalam pengajian ilmu sosial masa kini biasanya merujuk kepada tokoh pemikir dan karyakarya dari barat. Akan tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa terdapat banyak petunjuk yang boleh disifatkan sebagai pengaruh daripada tulisan dan pemikiran Ibn Khaldun. Hingga kini, walau pun sudah berlalu lebih 600 tahun, kajian tentang idea dan pemikiran Ibnu Khaldun masih diteruskan bukan sahaja dalam kalangan sarjana Islam, malah dalam kalangan sarjana bukan Islam juga DR. ZAID: Ibn Khaldun menulis tentang peradaban manusia. Hari ini manusia sedang berdepan dengan kegawatan peradaban. Pelbagai cabaran yang dihadapi memerlukan tunjang pemikiran yang kukuh untuk mendepaninya. Apa yang sedang dihadapi oleh manusia moden kini bukanlah semata-mata sesuatu yang semata-mata baharu. Ia mungkin baharu dari segi suasana dan persekitarannya, akan tetapi persoalan yang berkaitan dengan manusia dalam konteks pemikiran, emosi, spiritual adalah sama sahaja. Ini bermakna apa yang dibahaskan pada masa lampau tidak semestinya tiada kaitan dengan situasi semasa. Oleh sebab itulah kajian mengenai pemikiran Ibn Khaldun sentiasa segar dan terkini, malahan ribuan hasil kajian dan tulisan mengenai Ibn Khaldun perlu kita terokai, dikupas dan diangkat wacananya untuk dijadikan kerangka pemikiran dan panduan dalam membentuk halaju peradaban pada masa hadapan. K-Circle : Program bedah buku anjuran Islamic Information Centre bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. K-Circle : The Epistemology of Ibnu Khaldun Oleh Dr. Zaid bin Ahmad, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia bersempena Majlis Kesyukuran dan Wacana Kepimpinan Ibnu Khaldun


41 Anjung Wahana APA YANG DAPAT DIPELAJARI? APAKAH KONTEKS WACANA DENGAN SITUASI SEMASA? APA KANDUNGAN PENTING BUKU – THE EPISTEMOLOGY OF IBN KHALDUN? DR. ZAID: Gagasan penting yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun adalah agar manusia belajar daripada sejarah. Beliau mengangkat konsep ibra atau ibrah yang diinspirasikan daripada al-Quran di mana peritiwa dan pengalaman masyarakat masa lampau itu adalah iktibar yang menjadi panduan kepada generasi kemudian. Dalam membina peradaban, pengajaran, iktibar dan panduan daripada perlakuan dan gelagat generasi terdahulu dan akibat yang menimpa mereka hasil daripada tindak tanduk itu mesti dijadikan iktibar oleh generasi kemudian agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Ingatan saya, jangan berhenti menuntut ilmu, terus membaca dan mengkaji kerana masih banyak yang boleh dipelajari daripada karya-karya terdahulu yang masih mempunyai kaitan dan menjadi panduan kepada generasi masa kini. DR. ZAID: Antara ciri sebuah karya yang hebat adalah karya yang memiliki ketahanan dan keupayaan melalui ujian zaman. Demikian juga sesuatu pemikiran dan idea yang hebat adalah pemikiran yang dapat mengharungi perubahan zaman dan tetap relevan dan berterusan diwacanakan dalam kalangan ilmuan. Karya Ibn Khaldun yang ditulis lebih 600 tahun yang lampau masih dibaca sehingga kini. Ini menunjukkan bahawa karya Ibn Khaldun bukanlah karya dan gagasan pemikiran biasa. Ia merupakan karya agung atau mahakarya yang telah teruji kekuatannya sehingga menjadikan ia tetap relevan dan mampu memberikan pedoman dan hikmah walaupun zaman telah berubah. Sejarah menunjukkan begitu banyak karya yang dihasilkan dalam pelbagai tradisi dan DR. ZAID: Buku ini merupakan kajian PhD saya di Manchester University yang kemudiannya diterbitkan sebagai buku. Maksud Epistemology adalah teori ilmu (Theory of Knowledge). Apa yang dikupas dalam buku ini berkisar tentang teori ilmu yang digagaskan oleh Ibn Khaldun melalui mahakaryanya Muqaddimah. Kitab Muqaddimah ini sangat popular dan menjadi bahan bacaan yang menarik minat para sarjana dan pengkaji timur dan barat, Islam dan bukan Islam. Secara ringkas, kitab Muqaddimah merupakan pendahuluan bagi penulisan kitab sejarah Ibn Khaldun. Muqaddimah itu penting kerana Ibn Khaldun menghuraikan kerangka teori, pemikiran dan manhaj yang menjadi asas dalam membina sesuatu disiplin ilmu. Oleh yang demikian Muqaddimah menjadi sebuah kitab yang amat signifikan bagi seseorang pengkaji dan peneroka ilmu. Secara keseluruhannya Muqaddimah mengandungi 6 bab yang berbicara tentang pelbagai aspek dalam kehidupan sosial dan peradaban manusia. Bab yang terakhir dalam Muqaddimah adalah bab 6 yang mengupas tentang ilmu dan segala permasalahan yang berkaitan dengannya. Bahagian inilah yang menjadi fokus bagi buku The Epistemology of Ibn Khaldun. Buku ini pada asasnya cuba mengupas pelbagai dimensi pemikiran Ibn Khaldun khususnya berkaitan dengan ilmu, daripada k a e d a h b a g a i m a n a b e l i a u mengklasifikasikan ilmu hinggalah kepada persoalan pedagogi seperti kaedah pembelajaran dan selainnya. Ibn Khaldun menjelaskan tentang hierarki berasaskan kepentingan dan kaitannya dengan kehidupan manusia dan bagaimana ilmu berperanan dalam pembentukan peradaban dan tamadun manusia. Bagi Ibn Khaldun, sejarah dan ilmu sosial yang lain bukanlah sekadar menggali fakta atau memastikan kesahihan fakta serta dokumentasinya, tetapi lebih daripada itu adalah bagaimana manusia memahami dan mentafsir ilmu sehingga menjadi sesuatu yang bermanfaat dan menjadi panduan dalam membina peradaban dan masa depan yang lebih baik. peradaban tetapi banyak yang tidak dapat melalui ujian masa dan tenggelan ditelan zaman. Ternyata Muqaddimah adalah sebuah karya yang hebat yang membuktikan kekuatannya melalui perubahan dan ujian zaman.


Bantuan Covid Masjid Surau (BCMS)


Cadangan & Komen As Salam | Buletin Majlis Islam Sarawak EDISI 1 | 2022 Sila imbas kod QR yang disediakan untuk mengisi borang maklum balas,cadangan dan komen Sekretarian Buletin Majlis Islam Sarawak Islamic Information Centre Sarawak KCLD, Block 10, Jalan Ong Tiang Swee,93200 Kuching, Sarawak


Click to View FlipBook Version