The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by spower781, 2020-11-20 03:08:49

esaimen last

esaimen last

1.0 Tajuk Projek

Lori Sampah Berteknologi tinggi

2.0 Latar Belakang

2.1 Fungsi Projek

Produk ini berfungsi untuk mengangkut sampah dengan lebih cepat dan juga efisien.
Produk ini sering digunakan di kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan juga
kawasan bandar.

2.2 Tujuan Pasaran

Produk ini akan digunakan oleh Syarikat Alam Flora dan juga Syarikat Alam Sekitar
yang membeli produk ini jika dipasarkan di pasaran Malaysia. Tujuan produk ini dihasilkan
adalah untuk mengurangkan pencemaran alam serta memudahkan proses pengutipan
sampah di semua kawasan yang telah dijelaskan.

2.3 Reka Bentuk Produk

Prinsip reka bentuk yang diaplikasikan dalam projek ini ialah untuk memudahkan
cara pengutipan dan juga pembuangan sampah dengan reka bentuk yang dihasilkan adalah
berteknologi tinggi iaitu sesuai dengan peredaran semasa. Kriteria yang terdapat dalam reka
bentuk produk ini ialah reka bentuk yang tahan lasak iaitu boleh digunakan dalam jangka
masa yang lama dan rupa bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat. Produk ini
merupakan proses penambahbaikkan dengan cara menginovasikan pelbagai fungsi yang
terkini.

2.4 Perancangan Dalam Pengurusan Projek

Anggaran kos bagi satu unit produk ini mencecah dalam RM100k seunit. Hal ini
demikian kerana, bahan yang ditambah merupakan produk yang asli bukannya tiruan dari
mana-mana produk yang lain. Kuantiti penghasilan produk ini ialah dalam 50 unit sahaja
kerana kami mahukan permulaan yang baik iaitu adakah produk ini dapat perhatian syarikat
yang lain atau tidak.

2.5 Lakaran Idea

Lakaran produk ini menggunakan lakaran isometri iaitu mempamerkan 3 bahagian
dalam bentuk 3D. Lakaran ortografik pula untuk pandangan 2 dimensi iaitu pandangan
pelan, hadapan dan sisi sesuatu projek.

3.0 Deskripsi Projek

3.1 Lakaran Awal

Lakaran awal atau lukisan draf merupakan lukisan yang dihasilkan menggunakan
teknik lakaran bebas tanpa bantuan alat melukis sepeti pembaris atau jangka lukis. Dalam
projek ini, saya telah membuat beberapa lakaran awal sebelum memasuki lakaran
perkembangan. Dalam lakaran awal ini, terdapat pelbagai elemen yang diubah suai
mengikut tahap perkembangan yang dilakukan. Setiap lakaran itu mengalami perubahan
dari segi rupa bentu, fungsi, kekemasa dan keseuaian bahan. Perubahan yang berlaku ini
adalah untuk penambahbaikkan sebelum membuat lakaran perkembangan iaitu
meggabungkan semua elemen yang sesuai menjadi satu projek yang baik.

3.2 Lakaran Perkembangan

Lakaran perkembangan merupakan satu lakaran yang menggabungkan semua
tahap perkembangan yang berlaku di dalam lakaran awal. Lakaran perkembangan ini juga
dicetuskan melalui pelbagai elemen yang sesuai bagi menghasilkan produk yang sesuai.
Dalam lakaran perkembangan ini juga, dimensi di setiap lori itu juga ditandakan bagi melihat
size sebenar objek. Reka bentuk yang sesuai telah dipilih melalui lakaran awal dan
mengalami tahap penambahbaikkan yang efektif.

3.3 Lukisan Ortografik

Lukisan ortografik ini merupakan satu kaedah yang digunakan dalam penghasilan
produk bidang kejuruteraan bagi menerangkan di mana bentuk dan dimensi bagi pelbagai
rupa hasil dari bidang kejuruteraan ini. Lukisan ortografik yang dihasilkan oleh saya iaitu
melalui projek ini menunjukkan arah dari hadapan, pelan dan sisi. Lukisan ini juga
menunjukkan dimensi yang tepat bagi projek saya ini. Dari pandangan atas iaitu pelan, kita
dapat lihat bahawa projek lori ini berdimensi sesuatu ukuran. Pandangan hadapan pula
menunjukkan bahagian hadapan lori itu yang menggunakan ukuran yang tepat. Manakala
pandangan sisi pula menunjukkan bahagian sisi lori secara menyeluruh dengan unjuran
yang sesuai. Unjuran ortografik juga satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan
tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah-satah yang bersudut tepat antara satu
sama lain.

3.4 Lukisan Isometri

Lukisan isometri merupakan lukisan yang menunjukkan gambaran sebenar sesuatu
objek. Lukisan isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu ukuran
lebar, tinggi dan panjang. Ukuran lukisan isometri ini diambil dari lukisan ortografik dan

dipindah ke dalam paksi yang ditetapkan. Melalui lukisan ini, kita dapat lihat projek lori ini
dengan gambaran yang lebih jelas. Pandangan hadapan, sisi dan pelan lori ini digabungkan
menjadi sebuah lori yang berdimensi tepat. Melalui lukisan ini juga, kita dapat lihat projek
saya ini dalam gambaran 3 dimensi. Maka, gambaran yang lebih tepat dapat dilihat melalui
lukisan isometri ini.

4.0 Perbincangan

4.1 Menjana Idea Baharu dan Penterjemahan Idea

Projek ini mengalami beberapa proses penjanaan idea baharu dan
menterjemah idea bagi mendapatkan rupa bentuk dan saiz yang sesuai. Saya telah
menggunakan beberapa kaedah semasa proses awal iaitu melalui sumber internet,
penyumbangan idea dan perbincangan.

Bagi langkah yang pertama iaitu saya melayari internet untuk mendapatkan
pelbagai rupa bentuk yang menarik. Pelbagai hasil yang saya temui dalam internet
ini dan hasil daripada itu, saya cuba menggabungkan pelbagai rupa bentuk itu
menjadi satu rupa yang menarik.

Seterusnya, kaedah penyumbangan idea pula ialah melalui pertanyaan
daripada adik beradik saya. Hal ini bertujuan untuk mereka menyumbangkan sedikit
idea bagi penambahbaikkan terhadap projek saya. Mereka telah memberi sedikit
sebanyak pandangan terhadap projek ini, maka saya telah mengaplikasikan idea
mereka dalam projek ini.

Selain itu, proses awal yang seterusnya bagi menjana idea baharu dan
penterjemahan idea ialah melalui perbincangan dengan rakan-rakan saya. Saya
telah meminta pandangan mereka dan jika terdapat kecacatan pada projek ini untuk
maklumkan pada saya. Dalam perbincangan ini juga, saya dan rakan-rakan turut
berkongsi idea dan memikirkan tentang kelebihan serta kelemahan projek saya ini.

Melalui kaedah yang saya lakukan ini, saya telah berjaya untuk menghasilkan
sebuah projek yang menarik. Proses penjanaan idea dan penterjemahan ini
dilakukan dengan baik. Proses ini juga membantu saya dalam melakukan empat
lakaran awal dan digabungkan menjadi lakaran perkembangan.

4.2 Membanding dan Membezakan Idea

Setelah kelima-lima lukisan ini selesai dilakar, saya telah melakukan proses
yang seterusnya iaitu membanding bezakan lakaran ini yang mana lebih baik. Dalam
proses ini, saya juga meminta pandangan rakan-rakan bagi menyumbang idea
dalam proses perkembangan. Terdapat beberapa kelebihan dan juga kelemahan di
setiap lukisan ini. Maka, kesemua lukisan ini diguna pakai bagi proses
perkembangan. Setiap lakaran yang saya buat ini mempunyai kelebihan dan juga
kelemahan tersendiri. Dari sini juga saya telah mendapat idea bagi melakukan
proses lukisan perkembangan projek ini.

5.0 Menilai Idea

5.1 Idea Pertama

Dalam lakaran idea pertama ini, kelebihan yang terdapat pada projek lori ini
ialah satu ruangan pembuangan sampah yang luas di belakang. Ia mempunyai
ruang yang lebar bagi menampung kuantiti sampah yang besar. Ruangan di
belakang juga boleh ditutup dan dibuka. Bentuk ini juga dilihat lebih selamat dan
bahaya kepada orang awam. Kelemahan lori ini pula ialah lori ini hanya mempunyai
satu ruangan sampah sahaja. Jadi, lori ini tidak dapat mengasingkan sampah yang
boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula.

5.2 Idea Kedua

Lakaran kedua pula melihatkan ruangan di belakang terbahagi kepada dua
bahagian. Ruang ini memudahkan proses pengasingan sampah dan ruang sebegini
mampu mengisi lebih banyak bahan yang terpakai atau yang tidak terpakai.
Kelemahan ruangan sebegini ialah melibatkan pembaziran masa ketika hendak
mengasingkannya. Ruangan sebegini juga hanya mampu bertahan untuk seketika
waktu sahaja kerana ia mungkin akan menyusahkan pekerja.

5.3 Idea Ketiga

Lakaran ketiga ini menunjukkan perbezaan dari segi rupa bentuk iaitu dalam
lukisan ini, terdapat penambahan tong sampah di tepi bahagian belakang. Kelebihan
penambahan ini adalah untuk proses pengasingan sampah yang kecil dan juga
sampah yang besar. Bagi bahagian atas, sampah yang besar boleh dikumpulkan
dengan banyak manakala bahagian tong sampah kecil itu juga boleh digunakan
sebagai tempat kitar semula. Kelemahan lori ini pula ialah ruangan yang sempit
kerana terdapat pengurangan ruang pada bahagian belakang.

5.4 Idea Keempat

Lakaran yang keempat ini memaparkan penambahan tong sampah pada
bahagian tepi iaitu sama seperti lukisan ketiga tetapi berlaku penambahan.
Kelebihan pada lori ini pula ialah lori ini menggunakan sistem hidraulik iaitu
mengankut sampah dari luar dan terus naik ke atas dan masuk ke dalam bekas yang
besar. Kelemahan sistem pada lori ini ialah sistem ini tidak mampu mengangkat
jumlah sampah yang besar kerana sistemnya adalah bersaiz sederhana.

6.0 Memilih Idea
Dalam proses pemilihan idea,




Click to View FlipBook Version