The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

STUDENT HANDBOOK PM 2021 2022 combind final

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m_maisarah, 2022-03-02 23:55:05

STUDENT HANDBOOK PM 2021 2022

STUDENT HANDBOOK PM 2021 2022 combind final

Keywords: student handbook buku panduan pelajar,pemprosesan makanan kvdlm

VISI KVDLM

Peneraju pendidikan teknikal
dan vokasional yang unggul

MISI KVDLM

Memperkasa pendidikan
teknikal dan vokasional melalui
pelaksanaan program yang
berkualiti

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

ISI KANDUNGAN Muka surat

Visi dan Misi
i Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja

1.0 PENGENALAN 3
Kata Alu-aluan Pengarah KVDLM 4
5
1.1 Sejarah KVDLM 6
1.2 Carta Organisasi Pengurusan Tertinggi 7
1.3 Carta Organisasi Pengurusan Akademik 8
1.4 Carta Organisasi Pengurusan Sokongan Akademik 8
1.5 Pengenalan Program Akuakultur 8
1.6 Objektif Pendidikan Program 9
1.7 Hasil Pembelajaran Program 9
1.8 Senarai Pensyarah Program 10
1.9 Unit Perhubungan dan Latihan Industri
1.10 Jabatan Pentaksiran dan Penilaian

2.0 MAKLUMAT AM AKADEMIK 12
2.1 Syarat Kelayakan Masuk Program Diploma 12
2.2 Pendaftaran Kursus 12
2.3 Struktur Program 14
2.4 Ringkasan Kursus 19
2.5 Sistem Gred Program Diploma

3.0 MAKLUMAT SOKONGAN AKADEMIK 21
3.1 Unit Hal Ehwal Pelajar 21
3.2 Unit Sukan dan Kokurikulum 22
3.3 Unit Psikologi dan Kerjaya 22
3.4 Unit Pengurusan Asrama 23
3.5 Unit Pusat Sumber 23
3.6 Unit Teknologi Maklumat 24
3.7 Unit Perhubungan Awam dan Khidmat Sosial 24
3.8 Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 1

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

1.0
PENGENALAN

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 2

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

KATA ALU-ALUAN PENGARAH KVDLM

PN HJH MINAH BINTI AHMAD

PENGARAH KVDLM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera
dan salam transformasi saya ucapkan

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat melihat
satu lagi siri kejayaan Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja
dengan terbitnya penghasilan Student Handbook Pelajar
Diploma. Hal ini adalah suatu inisiatif yang murni dilakukan oleh
semua warga KVDLM khususnya jawatankuasa yang terlibat
dalam penghasilan buku ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan.

Saya amat gembira kerana banyak pihak telah mula
menyokong usaha murni dalam mengarusperdanakan Kolej Vokasional. Pengiktirafan
Diploma akan diberikan oleh MQA, JPK, JPA, dan industri sekiranya syarat-syarat dipenuhi. Ini
merupakan satu perkembangan yang sangat memberansangkan dan saya berharap
usahasama ini giat dilakukan agar lebih ramai lagi anak-anak muda kita dapat
berkecimpung dalam bidang vokasional dan seterusnya merancakkan lagi ekonomi negara.
Secara tidak langsung, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja turut menjadi pilihan pelajar
dengan adanya penglibatan dan pengiktirafan agensi-agensi tersebut.

Potensi para pelajar yang dicungkil sepenuhnya sepanjang 4 tahun pengajian di sini
akan dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran. Pelajar juga berpeluang mengikuti On-the-
Job Training (OJT), Production Based Education (PBE), School Enterprise (SE) serta aspek
kokurikulum yang mantap bagi melahirkan kumpulan tenaga mahir yang mempunyai
employability skills yang tinggi.

Akhir kata, saya mengharapkan buku ini dapat memberikan panduan dan rujukan
kepada semua pihak khususnya warga masyarakat dalam memastikan elemen prejudis
terhadap bidang pertanian akan terhapus kerana terbukti laluan yang diambil oleh pelajar
ini di landasan yang tepat bagi menyediakan graduan yang berkemahiran.

Fostering Future Agro Work Force

Sekian.

Pengarah,
Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 3

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

1.1 SEJARAH KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA

Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja
(KVDLM) terletak 3 km dari Pekan Rembau dan 25
km dari Bandar Seremban. Asal usul nama KVDLM
bermula daripada Sekolah Lanjutan Kampung
Rembau (SLK) yang siap dibina pada tahun 1958.
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh
Y.A.M Undang Rembau pada 25hb Jun 1958.
Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan
Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang
ditawarkan ialah akademik, vokasional, pertanian
dan sains.

Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar
nama kepada Sekolah Latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada
pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar. Nama sekolah
diubah sekali lagi pada 1 Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya
pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar di sekolah ini sehinggalah tahun 1990. Pada tahun 1999, sekolah
ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Rembau. Sekolah ini telah
menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).

Bermula pada tahun 2002, Pengajian Agroteknologi mula ditawarkan. Akhirnya pada tahun 2003,
nama sekolah ini telah diubah sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja iaitu
mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Nama Undang Rembau
ketika itu ialah Dato Hj Muhammad Sharif. Kursus kejuruteraan seperti mekanikal, elektrik dan awam
mula ditawarkan seiring dengan misi sekolah, SMTDLM peneraju aliran teknik kebangsaan.

Pada pertengahan tahun 2006, buat pertama kalinya Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela
Maharaja telah dinobatkan sebagai SEKOLAH HARAPAN NEGARA 2006. Seterusnya, pada tahun 2010,
Pendidikan Vokasional diperkasakan sehingga menyebabkan Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela
Maharaja (SMTDLM) telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Vokasional Dato’ Lela Maharaja
(SMVDLM) menggunakan sistem Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV).

Pada tahun 2012, SMVDLM telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja
(KVDLM) dengan menawarkan 6 program rintis iaitu Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Poltri,
Agroindustri Ternakan Ruminan, Hortikultur, Teknologi Mekanisasi Agro dan Senibina Landskap. Bermula
pada tahun 2013, KVDLM menawarkan tiga lagi program iaitu Pengurusan Perniagaan, Pemprosesan
Makanan dan Akuakultur.

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 4

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

1.2 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN TERTINGGI

PENGARAH
PN HJH MINAH BINTI AHMAD
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
PN HJH YUSNI BINTI ABDUL MURAD
TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
PN HJH SADIAH BINTI SAALAN

KETUA JAMINAN KUALITI
PN LINA ONG BINTI ABDULLAH

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 5

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

1.3 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN AKADEMIK

PENGARAH
PN HJH MINAH BINTI AHMAD

TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
PN HJH YUSNI BINTI ABDUL MURAD

KETUA JABATAN PENGAJIAN KETUA JABATAN PENGAJIAN SAINS
BAHASA DAN KOMUNIKASI SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

PN RIZA BINTI KARSOH EN MOHAMAD HALIM
BIN ISMAIL
KETUA JABATAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL KETUA JABATAN PENTAKSIRAN
DAN PENILAIAN
EN SUHAIRI BIN SAAD
PN KHAIRUL WAHIDA BINTI
ABDUL WAHAB

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 6

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

1.4 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK

PENGARAH
PN HJH MINAH BINTI AHMAD

TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
PN HJH SADIAH BINTI SAALAN

KETUA UNIT KETUA UNIT
HAL EHWAL PELAJAR SUKAN DAN KOKURIKULUM

YM HJH RAJA NORAINEE EN MOHAMAD AZIZOL
BINTI RAJA AYOB BIN AZIZ

KETUA UNIT KETUA UNIT
PSIKOLOGI DAN KERJAYA PENGURUSAN ASRAMA

PN NURUL HAFIZA BINTI EN MOHAMAD HASRUL
MOHD AMIN BIN SALAMAT

KETUA UNIT KETUA UNIT
PUSAT SUMBER TEKNOLOGI MAKLUMAT

PN IDORA BINTI M. NOR EN MOHD YAMIN
BIN YUSOF
KETUA UNIT PERHUBUNGAN
AWAM DAN KHIDMAT SOSIAL KETUA UNIT PEMBANGUNAN
DAN PENYELENGGARAAN
PN ROZI BINTI TAHER
CIK SALMIAH BINTI
MOKHTAR

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 7

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

1.5 PENGENALAN PROGRAM PEMPROSESAN MAKANAN

Kursus ini direkabentuk untuk melahirkan individu yang kreatif dan berkemahiran di dalam
bidang pemprosesan makanan daripada hasil sayuran, buah-buahan, ternakan dan konfeksionari.
Mereka diajar aspek kebersihan dalam penyediaan makanan, penggunaan peralatan yang sesuai,
pemprosesan bahan mentah dan seterusnya menghasilkan produk yang bermutu tinggi, berkhasiat
dan lazat.

Pelajar juga didedahkan kepada teknik pembungkusan dan perlabelan serta cara terbaik
untuk memasarkan produk. Penekanan diberi supaya pelajar boleh menjalankan perniaggan sendiri
setelah tamat latihan. Pada akhir program ini, pelajar dilengkapi dengan kursus-kursus termasuk
Standard Kualiti Persijilan Halal, Jaminan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Kawalan Mutu Makanan,
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Amalan Perkilangan yang Baik (GMP) dan Pengendalian
Makanan.

Selain daripada pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan
kepada pembangunan potensi individu pelajar dalam cara yang bersepadu dan holistik melalui kursus
seperti Pengajian Islam, Profesional Pekerjaan, Kokurikulum, Kemahiran Insaniah dan Keusahawanan.
Pelajar juga akan didedahkan kepada situasi sebenar dengan menjalani latihan industru (OJT) di
industri yang berkenaan.

1.6 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

Program Diploma Pemprosesan Makanan mampu menghasilkan graduan yang :
1. Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Pemprosesan Makanan.
2. Efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi.
3. Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif,

kreatif dan mampan.
4. Berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat selari

dengan perubahan persekitaran bagi disiplin Pemprosesan Makanan.

1.7 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Di akhir program Diploma Pemprosesan Makanan pelajar akan boleh :
1. Mengaplikasi pengetahuan matematik, sains, dan asas serta prinsip bidang Pemprosesan

Makanan
2. Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Pemprosesan Makanan
3. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif dalam bidang

Pemprosesan Makanan
4. Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti

serta masyarakat.
5. Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam

melaksanakan pelbagai bidang tugas.
6. Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari

dengan kod amalan profesion.
7. Menyedari keperluan pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri dalam

pembelajaran sepanjang hayat.
8. Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya.
9. Menyedari dan menunjukkan kemahiran kepimpinan yang berkualiti serta efektif.

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 8

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

1.8 SENARAI PENSYARAH PROGRAM

1.9 UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

KETUA UNIT
PN SHARIFAH HAFZAN BINTI SHAHIDIN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang, mengurus dan memantau program latihan industri (on job training) pelajar.
2. Merancang, mengurus dan memantau program perhubungan dan kolaboratif dengan
industri dan kajian pelajar bagi pelaksanaan latihan industri (on job training) pelajar.
3. Hub hubungan antara pihak kolej dan industri serta menyediakan khidmat runding cara
dan temuduga kerjaya.
4. Merancang, mengurus dan memantau pembangunan staf termasuk latihan industri
(industrial attachment).

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 9

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

1.10 JABATAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

KETUA JABATAN
PN KHAIRUL WAHIDA BINTI ABDUL WAHAB

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang dan mengurus penilaian dan pentaksiran KV.
2. Mengawalselia pembinaan dan penghasilan alat-alat pengujian dan pengukuran yang
mempunyai skor berkeesahan, kesahihan dan kebolehpercayaan berlandaskan kurikulum
KV.
3. Menguruskan instrumen penilaian dan pentaksiran pelajar.
4. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan pentaksiran.
5. Berkolaboratif dengan LPM dan agensi luar dalam pentaksiran pelajar KV.
6. Mengurus keputusan pentaksiran berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA).
7. Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Akademik.
8. Mengurus persijilan KV yang diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik.
9. Menyelia data peratusan kehadiran pelajar ke kelas
10. Melaporkan status kelayakan pelajar menduduki PA dalam setiap kursus
11. Mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur standard SPK terhadap pelajar
yang tidak layak menduduki PA.
12. Mengurus tawaran menyambung pengajian peringkat diploma pelajar.
13. Mengurus pendaftaran kursus pelajar diploma.
14. Penolong KJPP membantu pengurusan dan pemantauan pentaksiran berterusan.

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 10

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

2.0
MAKLUMAT

AM
AKADEMIK

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 11

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

2.1 SYARAT KELAYAKAN MASUK PROGRAM DIPLOMA

Pelajar perlu memenuhi syarat berikut untuk masuk ke program diploma :
1. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
2. Lulus BM KV 1104
3. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik ≥ 2.00
4. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Vokasional ≥ 2.67
5. Kompeten semua modul Vokasional
6. Kompeten semua modul Core Ability

2.2 PENDAFTARAN KURSUS

Pendaftaran perlu dilakukan pada hari pertama setiap semester.

2.3 STRUKTUR PROGRAM

KOD SEMESTER I JAM KREDIT
MPU 2312 NAMA KURSUS 2

PENGAJIAN ISLAM*

MPU 2322 PENGAJIAN MORAL **

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME 2
2
DPB 1312 PENGENALAN INDUSTRI MAKANAN 3
3
DPB 1323 PENGURUSAN AM KILANG 3
2
DPB 1333 AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GMP) 2
19
DPB 1343 TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN

UMH 1112 MATEMATIK

USC 1112 KIMIA TAK ORGANIK

JUMLAH

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 12

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

KOD SEMESTER 2 JAM KREDIT
MPU 2172 NAMA KURSUS 2
MPU 2222 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU2412 BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI 2
DPB 2313 KHIDMAT KOMUNITI
DPB 2323 PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN 2
DPB 2132 KAWALAN MUTU MAKANAN
DPB 2343 STANDARD KUALITI PERSIJILAN HALAL 3
USF 2012 APLIKASI TEKNOLOGI PEMPROSESAN
UMB 2112 SAINS PEMAKANAN 3
MATEMATIK PERNIAGAAN
2

3

2

JUMLAH 2
21

KOD SEMESTER 3 JAM KREDIT
DPB 3313 NAMA KURSUS 3
DPB 3322 PERANCANGAN KERJA PENGELUARAN 2
DPB 3333 JAMINAN KUALITI DAN KESELAMATAN MAKANAN 3
DPB 3342 ASAS KEJURUTERAN MAKANAN 2
DPB 3052 PENGURUSAN PEKERJA 2
UMS 3112 PROJEK TAHUN AKHIR I 2
UES 3012 STATISTIK 2
UEB 3112 KEUSAHAWANAN 2
ELA 3312 BAHASA INGGERIS PERNIAGAAN
ELM 3312 BAHASA ARAB I 2
BAHASA MANDARIN I 20

JUMLAH

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 13

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

KOD SEMESTER 4 JAM KREDIT
DPB 4313 NAMA KURSUS 3
DPB 4323 PELAKSANAAN KERJA PENGELUARAN 3
DPB 4334 PENILAIAN KERJA PENGELUARAN 4
DPB 4044 PEMBANGUNAN PRODUK 4
ELA 4322 PROJEK TAHUN AKHIR II 2
ELM 4322 BAHASA ARAB II 2
ESB 4012 BAHASA MANDARIN II
ESD 4012 KEMAHIRAN KOMUNIKASI 2
KEMAHIRAN DINAMIKA 20

JUMLAH

KOD SEMESTER 4 JAM KREDIT
DJT 50112 NAMA KURSUS

ON-THE JOB TRAINING 12

JUMLAH 12

2.4 RINGKASAN KURSUS

SEMESTER 1

Kod & Nama Kursus DPB 1312 - PENGENALAN INDUSTRI MAKANAN

Sipnosis Kursus Kursus ini bertujuan menerapkan kepada pelajar pengetahuan dan
kemahiran asas dalam bidang sains makanan umumnya dalam aspek
komposisi dan nilai pemakanan dalam makanan, perundangan dan
keselamatan makanan, penganalisaan makanan dan pembangunan produk
makanan. Ia memberikan nilai tambah pelajar dalam aspek pengetahuan
dan kemahiran serta pengurusan yang diperlukan dalam industri
perkhidmatan makanan komersial yang semakin menekankan penyediaan
makanan yang sihat dan selamat serta berkualiti.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 40%

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 14

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

Kod & Nama Kursus DPB 1323 - PENGURUSAN AM KILANG

Sipnosis Kursus Kursus ini menerangkan kompetensi yang diperlukan dalam melaksanakan
kerja amalan keselamatan, kesihatan dan persekitaran tempat kerja yang
baik dalam mencapai sasaran kerja yang berkualiti. Kursus ini juga
memerlukan pelajar mengaplikasi kemahiran merekod menggunakan
pengkalan data, mengenal pasti punca pembaziran dan mengamalkan
program amalan keselamatan makanan.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 1333 - AMALAN PERKILANGAN YANG BAIK (GMP)

Sipnosis Kursus Kursus ini menerangkan tentang garis panduan dan aplikasi kemahiran
mengendali pemprosesan serta kerja am kilang yang perlu diikuti oleh premis
makanan berdasarkan kepada sistem standard Amalan Perkilangan Yang
Baik (GMP), HACCP, MESTI dan BeSS.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 1343 - TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN

Sipnosis Kursus Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan bahan
mentah, bahan pengawet, teknologi penggunaan mesin pemprosesan dan
pembungkusan serta kaedah pemprosesan yang terkini selaras dengan
pengeluaran produk dalam industri makanan.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

SEMESTER 2

Kod & Nama Kursus DPB 2132 - STANDARD KUALITI PENSIJILAN HALAL

Sipnosis Kursus Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep dan prinsip
persijilan halal serta keperluan persijilan halal dalam industri makanan di
Malaysia serta mengaplikasi standard persijilan halal dalam penghasilan
produk.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 40%

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 15

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

Kod & Nama Kursus DPB 2313 - PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN

Sipnosis Kursus Kursus ini menerangkan tentang prinsip pelabelan dan pembungkusan produk
makanan, teknologi mesin dan peralatalan pelabelan dan pembungkusan
serta peraturan perundangan dalam pelabelan dan pembungkusan produk
makanan. Selain itu juga pelajar boleh mengaplikasi kemahiran mengendali
mesin pembungkusan dan pelabelan.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 2323 - KAWALAN MUTU MAKANAN

Sipnosis Kursus Kursus ini menerangkan pengetahuan dan kemahiran dalam kawalan mutu
selari dengan keperluan semasa dan hasrat Negara. Ia juga menunjukkan
kebolehan penyelesaian masalah dalam kawalan mutu makanan secara
inovatif, kreatif dan kerja berpasukan.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 2343 - APLIKASI TEKNOLOGI PEMPROSESAN

Sipnosis Kursus Kursus ini dirancang untuk menyediakan bahan dan peralatan berdasarkan
penghasilan produk makanan. Teknologi alatan tersebut dihubungkaitkan
semasa menghasilkan produk makanan yang dihasilkan. Melaksanakan
penghasilan produk berasaskan hasil bijirin, buah-buahan, minuman, hasilan
ayam, ikan, daging dan bakeri.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

SEMESTER 3

Kod & Nama Kursus DPB 3313 - PERANCANGAN KERJA PENGELUARAN

Sipnosis Kursus Kursus ini menerangkan kompetensi yang diperlukan dalam menentukan
keperluan pekerja, mengkaji semula standard produk dan merangka jadual
pengeluaran harian dan mingguan. Kursus ini juga memerlukan pelajar
mengenalpasti spesifikasi bahan mentah dan bahan pembungkus serta
menghuraikan peranan pembekal dalam perancangan kerja pengeluaran.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 16

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

Kod & Nama Kursus DPB 3322 - JAMINAN KUALITI DAN KESELAMATAN MAKANAN

Sipnosis Kursus Kursus ini meliputi pengetahuan dan kemahiran tentang undang-undang
yang diperuntukkan dalam bidang makanan. Kursus ini juga meliputi
pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan stok dalam menentukan
jaminan kualiti dan keselamatan makanan.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 3333 - ASAS KEJURUTERAAN MAKANAN

Sipnosis Kursus Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan asas kejuruteraan
meliputi mekanik bendalir, termodinamik dan pemindahan jisim. Kursus ini juga
menekankan aspek keselamatan mesin dalam pemprosesan makanan.
Kursus ini juga memerlukan pelajar untuk mahir menyelenggara mesin dan
menguruskan pelupusan mesin.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 3342 - PENGURUSAN PEKERJA

Sipnosis Kursus Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan
pengurusan pekerja. Kursus ini juga memerlukan pelajar untuk mahir dalam
menguatkuasakan amalan perkilangan yang baik, memantau kualiti produk
dan mengambil tindakan susulan.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 3052 - PROJEK TAHUN AKHIR 1

Sipnosis Kursus Projek Tahun Akhir merupakan kursus wajib di dalam program Diploma
Pemprosesan Makanan yang perlu dilaksanakan pada tahun akhir.
Sepanjang perlaksanaan pelajar dibimbing oleh pensyarah yang berperanan
sebagai penyelia projek (PP) bagi bagi menyelia, memantau dan membantu
perjalanan PTA. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan latar belakang, pernyataan masalah,objektif kajian, kaedah kajian
dan jangkaan hasil.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 100%

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 17

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

SEMESTER 3

Kod & Nama Kursus DPB 4313 - PELAKSANAAN KERJA PENGELUARAN

Sipnosis Kursus Kursus ini menerangkan kompetensi yang diperlukan dalam melaksanakan
kerja pengeluaran dengan menentukan parameter pemprosesan,
menyelaras keperluan bahan, peralatan dan pekerja. Kursus ini juga
memerlukan pelajar mengenalpasti masalah pemprosesan, melaksanakan
tindakan pembetulan dan memantau sasaran pengeluaran.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 4323- PENILAIAN KERJA PENGELUARAN

Sipnosis Kursus Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar kemahiran mengira kos
pengeluaran berdasarkan standard loss dan kos bahan, menganalisis dan
mengimbang kos pengeluaran serta menentukan keutamaan kos
pengeluaran supaya kerugian syarikat dapat dielakkan. Kursus ini juga
memastikan pelajar melaksanakan tindakan pembetulan menggunaan
rekod kecekapan mesin, pekerja dan bahan supaya semua input dan output
di dalam kawalan. Ia bertujuan untuk memudahkan pelajar membuat
laporan prestasi ‘Key Performance Indicator’(KPI) bagi meramal keuntungan
syarikat.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 4334 - PEMBANGUNAN PRODUK

Sipnosis Kursus Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar dalam menjalankan kajian
kemungkinan pembangunan produk dalam pengeluaran, pengurusan
perkhidmatan pengangkutan serta kepentingan aspek pengurusan
pelupusan sisa buangan dalam pemprosesan hasil pertanian. Kursus ini juga
memastikan pelajar kompeten dalam mengendalikan pengeluaran
percubaan.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 60%
Penilaian Akhir (Teori) : 10%
Penilaian Akhir (Amali) : 30%

Kod & Nama Kursus DPB 4044 - PROJEK TAHUN AKHIR II

Sipnosis Kursus Pelajar didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan latar
belakang, pernyataan masalah,objektif kajian, kaedah kajian dan jangkaan
hasil dalam melaksanakan projek dan penulisan.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 100%

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 18

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022
SEMESTER 5

Kod & Nama Kursus OJT 80110 – ON THE JOB TRAINING

Sipnosis Kursus On the Job Training (OJT) adalah prasyarat untuk pelajar program Diploma
Seni Bina Landskap di semua Kolej Vokasional, ILKA dan ILKS. Pelaksanaan On
The Job Training (OJT) akan mendedahkan graduan kepada situasi kerja
sebenar selain dapat meningkatkan pengetahuan pelajar, kemahiran teknikal
dan soft skills pelajar tersebut. On The Job Training (OJT) juga diperkenalkan
untuk mengukuhkan kecekapan sedia ada pelajar selain dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman kerja di dunia
nyata lantas dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar.

Kaedah Pentaksiran Penilaian Berterusan : 100%

2.5 SISTEM GRED PROGRAM DIPLOMA

Tahap Pencapaian Akademik Tahap Kompetensi Vokasional

Markah Gred

Nilai Gred Pencapaian Nilai Gred Tahap Kompetensi

90 – 100 A 4.00 4.00 Kompeten Cemerlang
80 – 89 A- Cemerlang 3.67 Kompeten Baik
70 – 79 B+ 3.33
65 – 69 B 3.67
60 – 64 B- 3.00 Kompeten
55 – 59 C+ 3.33 2.67
50 – 54 C
45 – 49 D+ 3.00 Kepujian 2.33
40 – 44 D 2.00
35 – 39 D- 2.67
0 – 34 E 1.67
2.33 Belum Kompeten
Lulus
1.33
2.00
1.00
1.67 0.00

1.33
1.00 Gagal

0.00

Keputusan Pentaksiran dinyatakan dalam bentuk Gred dan Nilai Gred. Pelajar yang gagal dalam
Akademik dan belum kompeten dalam vokasional perlu mengulang mata pelajaran tersebut. Slip
keputusan pentaksiran bagi program SVM akan dikeluarkan setiap semester oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) manakala slip keputusan pentaksiran bagi program Diploma akan
dikeluarkan oleh kolej masing-masing.

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 19

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

3.0
MAKLUMAT
SOKONGAN
AKADEMIK

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 20

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

3.1 UNIT HAL EHWAL PELAJAR

KETUA UNIT
PN YM HJH RAJA NORAINEE BINTI RAJA AYOB

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang, melaksana, memantau dan menyelia hal ehwal pelajar termasuk
pengambilan dan pendaftaran pelajar.
2. Merancang, melaksana, memantau dan menyelia urusan disiplin, kepimpinan dan
kebajikan (contoh: bantuan kewangan) pelajar.
3. Menyelia dan menilai program perlindungan pelajar, program mencegah penyalahgunaan
dadah dan lain-lain program di peringkat kolej.
4. Mengurus dan merekod data pelajar.
5. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan pengesanan pelajar (kehadiran).
6. Memantau dan menyelia program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OHSAS -
Occupation health and safety assessment series for health and safety management
systems).
7. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

3.2 UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM

KETUA UNIT
EN MOHD AZIZOL BIN AZIZ

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Menjalankan tugasan sukan di peringkat Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja
2. Menjalankan tugasan hal ehwal yang berkaitan penyertaan pasukan ke pertandingan.
3. Memaju dan mempertingkatkan latihan sistematik dan tersusun sepanjang tahun bagi atlet
muda berpotensi.
4. Menganjurkan sukan dalaman.
5. Memantau kelab sukan dan permainan.
6. Menguruskan program sukan antara Kolej Vokasional seperti VOKTEK.

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 21

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

3.3 UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA

KETUA UNIT
PN NURUL HAFIZA BINTI MOHD AMIN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Memberikan khidmat Bimbingan Kerjaya kepada pelajar-pelajar KV.
2. Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar-pelajar KV.
3. Memberikan perkhidmatan psikologi kepada pelajar-pelajar KV.
4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Kajian Jejak KV.
5. Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pembangunan sahsiah.
6. Merancang dan mengurus program outreach perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
7. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

3.4 UNIT PENGURUSAN ASRAMA

KETUA UNIT
EN MOHD HASRUL BIN SALAMAT

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Mengurus, menyelia, memantau dan melaksana pengurusan pelajar asrama.
2. Merancang, menyelia, melaksana dan menilai program pembangunan insaniah pelajar
asrama.
3. Merancang, melaksana, memantau dan menyelia hal disiplin dan kebajikan pelajar
asrama.
4. Mengurus, memantau, menambahbaik dan memastikan kawasan dan fasiliti asrama baik
dan selamat.
5. Merancang, menyelia dan menilai dan program akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar
asrama.
6. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 22

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

3.5 UNIT PUSAT SUMBER

KETUA UNIT
PN IDORA BINTI M. NOR

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang, melaksana dan menyelaras perkhidmatan sumber maklumat, pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan.
2. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pengurusan infrastruktur dan
kemudahan pusat sumber dan perpustakaan.
3. Merancang, melaksana dan menyelaras program-program pusat sumber dan
perpustakaan.
4. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.
5. Menyenarai semua url yang menjadi sumber rujukan dan menyediakan bar kod serta
disebar luas penggunaannya untuk memperkasakan penggunaan e –book.

3.6 UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

KETUA UNIT
EN MOHD YAMIN BIN YUSOF

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana perkhidmatan sistem sumber maklumat
dan rangkaian KV.
2. Merancang, menyelaras dan melaksana khidmat bantuan/peralatan/ kemudahan
komputer, system maklumat dan rangkaian KV.
3. Merancang dan melaksana pengurusan infrastruktur dan kemudahan sistem maklumat dan
rangkaian KV.
4. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 23

BUKU PANDUAN PELAJAR SESI 2021/2022

3.7 UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN KHIDMAT SOSIAL

KETUA UNIT
PN ROZI BINTI TAHER

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang, melaksana dan menyelaras pengurusan perhubungan awam dan
korporat KV.
2. Merancang, melaksana dan menyelaras penyediaan laporan-laporan, buletin,
dokumentasi, brosur dan teks ucapan.
3. Merancang, melaksana, menyelaras dan menguruskan semua saluran informasi
melalui media laman sesawang.
4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program outreach KV
5. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

3.8 UNIT PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN

KETUA UNIT
CIK SALMIAH BINTI MOKHTAR

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang, melaksana dan menyelaras pengurusan aset KV.
2. Merancang, melaksana dan menyelaras perlaksanaan program pembangunan KV.
3. Merancang, melaksana, menyelaras dan menguruskan aktiviti penyenggaraan
infrastruktur dan kemudahan umum KV.
4. Menyelaras khidmat bantuan teknikal peralatan dalam perlaksanaan program dan
aktiviti KV
5. Menjalankan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.

DIPLOMA PEMPROSESAN MAKANAN 24








Click to View FlipBook Version