The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msyarifuddin870, 2022-05-25 20:15:20

E-FOLIO GROUP 2 TAJUK 10

E-FOLIO GROUP 2 TAJUK 10

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI
PERPADUAN

NAMA PENSYARAH: PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR

NAMA NO PENDAFTARAN
20DEP21F1012
MUHAMMAD SYARIFUDDIN
BIN HASBI 20DEP21F1030
MIKE ANDERSON BIN
WINCESLAUS 20DEP21F1004
FERNANDEZ ANAK JELUMBA 20DEP21F1801

NELSON ANAK TANJONG

ISI KANDUNGAN 1
2
PRAKATA 3
OBJEKTIF
PENGENALAN 4
FAKTOR CABARAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI 6
TIANG SERI PERPADUAN
KESAN CABARAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI 9
TIANG SERI PERPADUAN
CARA MENGATASI CABARAN PERLEMBAGAAN 12
SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN
CONTOH ISU CABARAN PERLEMBAGAAN 15
SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN 16
PENUTUP 18
SUMBER RUJUKAN 20
LAMPIRAN
SINOPSIS

PRAKATA

Assalamualaikum.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk Perlembagaan Sebagai Tiang Seri
Perpaduan. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan
perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus individu.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting
yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek
folio kami ini. Pertama sekali kepada Puan Farah Hanan Binti Abu
Bakar selaku pensyarah MPU21032 kerana beliau telah banyak
memberikan bimbingan dan semangat.

Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana
memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan
folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek
masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini
mengenai projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup
meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan
kami lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang
projek kami dijalankan dan dibentangkan.

1

OBJEKTIF
Objektif bagi topik ini ialah bagi memahami maksud

keluhuran dan peuntukan-peruntukan utama yang terkandung
dalam perlembagaan persekutuan. Selain itu, menghuraikan
perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di Malaysia.
Seterusnya, menganalisis isu semasa perlembagaan dan akhir
sekali, memahami system pemerintahan negara, demokrasi
berparlimen , raja berperlembagaan , pengasingan kuasa dan
pilihan raya.

2

PENGENALAN

Perlembagaan merupakan undang-undang yang
mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar
kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada
kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara.
Kebanyakan negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dalam
bentuk bertulis termasuk Malaysia, iaitu prinsip-prinsip
perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan dalam satu
dokumen. Namun terdapat juga di perlembagaan dalam bentuk
tidak bertulis, iaitu sejenis perlembagaan yang tidak dikanunkan di
dalam satu dokumen. Di dalam bab ini dijelaskan tentang sejarah
penggubalan Perlembagaan Malaysia, konsep keluhuran
perlembagaan, peruntukan utama dalam perlembagaan, kontrak
sosial dan system pemerintahan negara.

Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan
nasionalisme Melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik
lain yang berunding sesame mereka dengan sultan negeri-negeri
dan British. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kedudukan
anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, orang asli dan
juga etnik-etnik lain. Selain itu, perlembagaannya bersifat
mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat
etnik yang sivil. Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri
Sembilan dijadikan asas untuk membina negara moden Malaysia.
Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil
kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-
undang setiap negeri.

3

FAKTOR CABARAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI
PERPADUAN

PERBEZAAN BUDAYA
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perlembagaan

sebagai tiang seri perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.
Antaranya adalah perbezaan budaya. Perbezaan dalam unsur-unsur
kebudayan seperti Bahasa, agama dan adat resam. Timbulnya jarak
sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi
disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza
menyebabkan interaksi jarang dan sukar berlaku.

PENGASINGAN SISTEM
Selain itu, faktor yang kedua ialah pengasingan sistem.

pendidikan setiap etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri.
Pelajar Melayu akan belajar di sekolah Melayu dan menggunakan
Bahasa Melayu. Orang India pula belajar di sekolah Tamil dan
menggunakan Bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka
blajar di sekolah Cina dan menggunakan Bahasa Cina. Sistem
persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut Bahasa ibunda
dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan
untuk memupuk integrasi dan persefahaman.

4

POLARISASI DALAM KALANGAN PELAJAR
Seterusnya, faktor yang ketiga ialah polarisasi dalam

kalangan pelajar. Bidang pendidikan merupakan mekanisme
penting dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral,
bertoleransi, berbudaya, penyayang dan sebagainya. Walaupun
integrasi kaum pada peringkat pra sekolah khususnya tadika.

PROSES GLOBALISASI
Di samping itu, faktor yang keempat ialah proses globalisasi.

Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan giatan
ekonomi dan politik barat berjagat merupakan cabaran yang perlu
dihadapi oleh rakyat Malaysia.

KEGAGALAN KONTRAK SOSIAL
Akhir sekali, faktor yang terakhir ialah kegagalan kontrak

sosial. Kegagalan melaksanakan kontrak sosial dalam kalangan
rakyat adalah punca kepada konflik di beberapa negara dunia.
Begitu juga dengan kecenderungan rakyat negara ini yang semakin
hilang sifat tolak ansur menyebabkan wujud pemisahan
masyarakat mengikut etnik dan agama. Terdapat kumpulan
masyarakat tidak senang hati terhadap layanan istimewa, manakala
kumpulan lain melihat layanan istimewa itu hak yang tidak boleh
dipersoalkan.

5

KESAN CABARAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI
PERPADUAN

MASYARAKAT TERDEDAH KEPADA PERSEPSI NEGATIF ORANG
RAMAI

Terdapat kesan cabaran yang mempengaruhi perlembagaan
sebagai tiang seri perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.
Antaranya adalah masyarakat terdedah kepada persepsi negatif
orang ramai. Contohnya, Konvensyen Perlembagaan adalah suatu
amalan bukan undang-undang dan lebih mirip kepada etika politik
dan tidak boleh dikuat kuasa oleh mahkamah. Walaupun
konvensyen Perlembagaan ini sangat penting, jika amalan ini tidak
dipatuhi, maka tidak boleh dibawa perkara ini ke mahkamah untuk
dipatuhi dan dilaksanakan. Namun, jika tidak dipatuhi, akan
menyebabkan sukar bagi sesuatu Perlembagaan itu hendak
berjalan dengan lancar. Konvensyen ini berasaskan keperluan
politik kerana jika tidak dipatuhi akan berlaku kegawatan politik
yang tidak diingini.

6

KETIDAKADILAN TERHADAP SESETENGAH KAUM
Seterusnya, kesan cabaran yang kedua ialah ketidakadilan

terhadap sesetengah kaum. Contohnya, rang Melayu agak
ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan awam
pada awal kemerdekaan dan jika tidak dibantu, maka akan
mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat
seperti sebab yang membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969. Orang
Melayu yang terhimpit dari segi ekonomi, pendidikan dan
perkhidmatan awam sukar untuk membangun dan menikmati
kekayaan negara serta bersaing dengan etnik bukan Melayu yang
lebih ke hadapan dalam arus ekonomi negara jika tidak dibantu.

KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA SEMAKIN TERHAKIS
Selain itu, kesan cabaran yang ketiga ialah keharmonian

kaum di Malaysia semakin terhakis. Hal ini terjadi kerana iklim
politik Malaysia yang tidak tenang pada sebelum ini. Ada pihak
yang sewenang-wenangnya menyentuh perkara yang boleh
menggugat perpaduan kaum di Malaysia atau membangkitkan isu
panas seperti menghina agama Islam dan orang Melayu.

7

USAHA MEMUPUK SEMANGAT SAYANGKAN NEGARA SELAIN
SAYANGKAN ANTARA KAUM KELIHATAN TIDAK DIJALANKAN
DENGAN BERSUNGGUH - SUNGGUH

Di samping itu, kesan cabaran yang keempat ialah usaha
memupuk semangat sayangkan negara selain sayangkan antara
kaum kelihatan tidak dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Hal
ini terjadi kerana rakyat Malaysia tidak sedar tentang betapa
pentingnya bekerjasama mendokong ideologi negara dan prinsip
lima Rukun Negara. Masyarakat tidak tahu perpaduan dan
kerjasama kaum perlu diteruskan sama ada dalam politik,
pentadbiran, kesihatan serta pendidikan.

MEDIA SOSIAL JADI PUSAT HINA – MENGHINA ANTARA KAUM

Akhir sekali, kesan cabaran yang terakhir ialah media sosial
jadi pusat hina-menghina antara kaum. Perkara ini terjadi kesan
daripada kebebasan bersuara yang diberikan oleh kerajaan kepada
rakyat Malaysia. Namun, media sosial yang menjadi medium untuk
berkomunikasi disalahgunakan oleh segelintir individu tidak
bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan biadab. Kita tidak
boleh sewenang-wenangnya menghina orang lain kerana ada
peruntukan undang-undang yang boleh mensabitkan perbuatan
pelaku. Lebih-lebih lagi jika menghina perkara berkaitan agama,
institusi raja dan kaum.

8

CARA MENGATASI CABARAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG
SERI PERPADUAN

MEWUJUDKAN PEMERINTAHAN YANG ADIL
Terdapat cara mengatasai cabaran yang mempengaruhi

perlembagaan sebagai tiang seri perpaduan dalam kalangan
masyarakat kita. Antaranya adalah mewujudkan pemerintahan yang
adil. Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan
peranaannya untuk mewujudakan pemerintahan yang adil.
Kewujudan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum
dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu ,
bahasa melayu , agama islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh
walaupun agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama
lain juga bebas diamalkan.

MENGEKALKAN RIWAYAT NEGARA BANGSA
Selain itu, cara mengatasi yang kedua ialah mengekalkan

riwayat negara bangsa. Pembentukan pelembagaan akam
mengekalkan identiti negara bangsa malaysia kerana melalui
perlembagaan , Sistem pertadbiran dan perjalanan undang-undang
negara dapat dilaksanakan.

9

MENJAGA KESTABILAN NEGARA
Seterusnya, cara mengatasi yang ketiga ialah menjaga

kestabilan negara. Sesungguhnya perlembagaan malaysia telah
berjaya menmbentuk keamanaan dan kestabilan negara . Hal ini
memandangkan terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal
pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi
kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun,kebebasan dan
keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang
difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.

PERUBAHAN PERSEPSI
Di samping itu, cara mengatasi yang keempat ialah

perubahan persepsi. Perubahan masa menyaksikan persepsi
massa kepada elemen tradisi dan warisan ini. Kita juga sudah
melihat cabaran ke atas elemen tradisi dan warisan ini dalam
pelbagai aspek, terutama mengenai penghormatan kepadanya.
Malah, kita sering lihat provokasi di media maya atau laman sosial
yang mahu mengusir elemen warisan ini daripada persada utama
negara.

10

MENGEKALKAN ELEMEN TRADISI
Akhir sekali, cara mengatasi yang terakhir ialah

mengekalkan elemen tradisi. Pascamerdeka, elemen ini menjadi
sinonim kepada negara; menjadi identiti negara. Dengan peranan
yang dimasyhurkan dalam perundangan dan dikekalkan dalam
budaya, sosial dan pentadbiran negara, elemen ini menjadi nadi
dan saraf kepada falsafah negara. Elemen tradisi ini juga
sebahagian daripada mekanisme pentadbiran negara. Ratusan kali
ulangan disebut dalam Perlembagaan mengenai elemen tradisi ini.

11

CONTOH ISU CABARAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI
PERPADUAN

1.

12

2.
3.

13

4.
5.

14

PENUTUP
Kesimpulannya, kita perlu mengambil iktibar dari

pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam
menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi
kuasa.
Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh
semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui
pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan
negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang
boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin.

15

QUIZ UJI MINDA

https://quizizz.com/admin/quiz/60158545e9b220001c96ade4/perlem
bagaan-persekutuan-tiang-seri-perpaduan

SUMBER RUJUKAN
Buku:
1. Abdul Manaf Haji Ahmad. 2009. Kontrak Sosial, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

2. Shamsul Asri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik (Edisi
Kedua), Institut Kajian Etnik, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

3. Abdul Halim Ramli. ND. Perdebatan Antara Kaum Mengenai Isu
Kerakyatan Sebelum Merdeka,Jurnal Sejarah. 57.

16

Laman Web:
4. Pusat Maklumat Rakyat, http://pmr.penerangan.gov.my
5. Perlembagaan Malaysia,
http://perlembagaanmalaysia96.blogspot.com/2014/08/tujuanperlem
bagaan.html?m=1
6. Kronologi Dan Sejarah Jata Negara Malaysia,
https://www.google.com/amp/s/gengborak.com/kronologi-dan-
sejarah-jata-negara-malaysia-yang-perlu-dipertahankan/amp/
7. Tiang Seri Kepada Perlembagaan Persekutuan,
https://fokus.my/2015/04/22/tiang-seri-kepada-perlembagaan-
persekutuan/

17

LAMPIRAN
18

19

SINOPSIS

Perubahan sosial dan transformasi masyarakat telah membina
budaya moden dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun
wujudnya kepelbagaian bangsa, rakyat masih berbangga dengan
identiti etnik masing-masing berteraskan ruang sivik yang semakin
melebar dengan mengutamakan kestabilan, kemajuan, keadilan,
keterangkuman, kebebasan, hak dan demokrasi. Pendapat awam
dimiliki mereka lebih berbentuk persamaan dari perbezaan. Mereka
berhubungan bukan dengan mengambil dimensi etnik dan agama
yang memisahkan mereka tetapi bersifat mendatar dipengaruhi
oleh nilai sivik sepunya. Keadaan ini menggambarkan masyarakat
Malaysia hari ini bukan sebuah masyarakat majmuk tetapi sebuah
masyarakat yang rencam. Kajian menunjukkan kesepaduan sosial
dan etos bangsa terbina dengan baik di negara ini. Keharmonian ini
telah menstabilkan negara hingga kemajuan negara terjamin.
Hakikatnya rakyat pelbagai etnik dan agama perlu mengenal dan
berbangga dengan negaranya sendiri. Kepelbagaian sebagai
kekuatan Di Malaysia, oleh kerana kita berpegang dengan prinsip
pembinaan negara bangsa bukan asimilasi tetapi integrasi maka
rakyat Malaysia lebih cenderung berbincang dan berunding dengan
setiap lapisan masyarakat untuk mencari persetujuan dan
muafakat.jelasnya, kita perlu mengenali negara sendiri, melihat
perubahan sedang berlaku dan menilai pencapaian negara yang
rakyatnya mendapat manfaat untuk dikongsi bersama dengan
menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai etos nasional iaitu
sifat ciri bangsa Malaysia.

20


Click to View FlipBook Version