MPU20132
Penghayatan Etika dan Peradaban
Ahli Kumpulan 6:
•MOHAMAD IKHMAL FAHMY B.MOHD FAIROS (F1141)
•ZAHARIS AMIL B. ZAKARIA (F1024)
•MUHAMMAD DANIAL HAIKAL B. MOHD AMIR RIZAL
(F1036)
•ZULHILMI B. WAHAB (F1048)
•MUHAMMAD SYAMIM B. SUKRY (F1105)
Puan Noraini bt Nawawi
FILEM : LEFTENAN ADNAN
ISI KANDUNGAN
• PEGENALAN
• SIPNOPSIS
• PLOT
• WATAK & PERWATAKAN
• SLOT BERUNSURKAN PATRIOTIK
• SLOT BERUNSURKAN PERPADUAN
• PENGAJARAN
• KESIMPULAN
• LAMPIRAN
• RUJUKAN
For more info: You can visit our sister projects:
SLIDESGO | SLIDESGO SCHOOL | FAQS FREEPIK | FLATICON | STORYSET | WEPIK | VIDFY
PENGENALAN
Leftenan Adnan merupakan sebuah filem patriotik
Malaysia 2000 yang diarahkan oleh Aziz M.
Osman dan dibintangi oleh Hairie Othman, Umie
Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi
Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario.
Filem ini mengisahkan perjuangan Leftenan
Adnan dalam menentang
Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini telah
ditayangkan pada 31Ogos 2000.
SINOPSIS
● Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dikunjungi oleh anggota tentera British yang
bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera,
namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan,
mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson.
SINOPSIS
● Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk
menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya
terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam
waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada
tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.
● Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang
Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu
menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.
PLOT
Permulaan
Pengarang menceritakon kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Said
dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidkan awal di sekoah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuk
kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjad askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan
mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
Perkembangan
Cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. 'Leftenan
Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukit Candu bagi menyekat
kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.Pasir
Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan
hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan
bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan
peluru.
PLOT
Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.Askar
Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu
terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan
Leftenan Adanan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan
pokok ceri lalu ditikam bertubi -tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.Sophia
membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai
guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
WATAK & PERWATAKAN
Watak Utama
Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal
• Dilahirkan di kampung Sungai Ramal,Kajang,Selangor dan mendapat
pendidikan di sekolah Inggerispekan Sungai Ramal.Anak sulung
daripada tiga orang adik beradik.
• Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama MakMilah.
• Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan
yang bertempat di Kem LatihanHaig Lines Port Dickson.
Dalaman
• Berani
Contoh:Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun
sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
WATAK & PERWATAKAN
Watak Sampingan
Pak Saidi
• Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki aitu Adnan,
Ahmaddan Amarullah.
• Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
• Berpandangan jauh
Contoh : Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.
• Bertanggungjawab
Contoh : Setiap pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi kesawah dan
menjemputnya balik pada waktu tengahari.
SLOT BERUNSURKAN PATRIOTIK
Dalam filem ini menggambarkan bahawa Ibrahim yaakob
menjelaskan dengan berhujah bahawa sekarang ini
sudah terdapat orang melayu yang berjawatan tinggi
dalam kalangan tentera inggeris . Beliau juga
mengingatkan ahli mesyuarat supaya jangan menjadi
seperti Dato Bahaman, Tok janggut , Naning yang mana
perjuangan mereka tidak mendapat sokongan daripada
rakyat sendiri
SLOT BERUNSURKAN PATRIOTIK
Dalam filem ini Ahmad iaitu adik kepadan
Adnan mempunyai semangat untuk menjadi
askar seperti abangnya . Contohnya , Ahmad
memberitahu kepada abangnya , yang dia ingin
menjadi askar untuk mempertahankan negara.
SLOT BERUNSURKAN PERPADUAN
Dalam filem ini menggambarkan majlis
keramaian untuk menyambut kepulangan Adnan.
Contohnya , keluarganya membuat majlis
tersebut untuk menyambut kepulangannya dari
England.
SLOT BERUNSURKAN PERPADUAN
Satu majlis pekahwinan antara Adnan dan Safiah
.Contohnya , Pak Saidi dan Mak Milah telah
merisik Safiah untuk menjadi isteri kepada
anaknya,Adnan
PENGAJARAN
Kita perlulah mempunyai semangat cinta akan negara yang Tinggi
Contohnya, perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan bahawa mereka memiliki semangat
cinta akan negara yang tinggi.
Kita mestilah menjalakan tanggungjawab yang diamanahkan
Contohnya,Leftenan Adnan bertanggungjawab memberikan kata kata semangat kepada anak anak buahnya
dalam medanpertempuran walaupun sebilangan tentera British mengundurkan diri.
Janganlah kita menjadi pengkhianat kepada bangsadan negara.
Contohnya, Ibrahim yaakob menjad iejen perisik untuk tentera Jepun merupakan suatu perbuatan khianat
kepada agama,bangsa dan negara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, LeftenanAdnan Saidi telah menunjukkan kepimpinannya kepada rakan-
rakannya Ketika dalam pertempuran atau peperangan pada masa dahulu. Bahkan, beliau juga
menunjukkan ciri-ciri kepimpinan sebagai ketua keluarga dan menjadi anak yang
membanggakan kedua ibubapanya dengan mendapat menjawat jawatan tertinggi dalam
tentera British . Beliaujuga boleh dijadikan contoh kepimpinan kepada semua lapisan
masyarakat.
LAMPIRAN
RUJUKAN
• Filem LEFTENAN ADNAN arahan Aziz M.Osman.
• "Kejayaan Leftenan Adnan milik semua". Berita Harian. 14 Disember 2000. Dicapai pada
24 Januari 2020.
• Saniboey Mohd Ismail (15 Mac 2000). "Sejarah hero Melayu". Harian Metro. Dicapai pada
23 Januari 2019.
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Leftenan_Adnan_(filem)
• https://www.slideshare.net/tehaghiazz/leftenan-adnan?from_action=save
• https://malay.wiki/content/Leftenan%20Adnan%20(filem)/Penerbitan.html
SEKIAN,TERIMA KASIH