Yeo Elyn Ong Sin Jet Chai Li Jun Tan Xin Er Lim Yue Qi Lim Yun Li Kalaivani A/P Munusamy Cheng Xue Ning Liong Sin Yin Tan Win Nie Senarai Ahli Kumpulan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Guru Pembimbing: Puan Nurul Amira binti Jamburi Ekopelancongan Paya BakauSMK CANOSSIAN CONVENT (M) KLUANG, JOHOR 1
Setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan kami panjatkan kepada Tuhan kerana dengan izinnya dapat kami menyiapkan Buku Skrap Ekopelancongan Paya Bakau ini dengan sempurna. Dikesempatan ini, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua ahli kumpulan kerana telah bertungkuslumus menyiapkan buku skrap ini dengan jayanya. Tanpa kerjasama yang kuat, buku skrap ini tidak mampu disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing kami, Puan Nurul Amira binti Jamburi kerana sentiasa menyumbang idea dan memberikan semangat kepada kami semua sehingga terhasilnya buku skrap ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutama sekali pihak penganjur pertandingan yang telah membuka peluang kepada kami untuk berkarya dalam penghasilan Buku Skrap Ekopelancongan Paya Bakau ini. PENGHARGAAN Sekian, Terima kasih 2
Pokok bakau merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rhizophoraceae yang tumbuh di kawasan muara sungai iaitu kawasan pertemuan diantara air tawar dari daratan dan air masin dari laut. Pokok Bakau cepat membesar dan mudah membiak. Pokok bakau juga mempunyai batang dan akar tunjang serta akar yang berceracak naik ke atas. Terdapat tiga jenis pokok bakau yang ada dikawasan Asia Tenggara iaitu Bakau Minyak (Rhizophora apiculata), Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) dan Bakau Kecil (Rhizophora stylosa). Daun bakau berbentuk epiliptik dan berkumpul di hujung ranting. Bunga bakau keluar dengan bilangan 2-4 kuntun atau 8-16 kuntum. Buah bakau berbetuk seperti telur dan memanjang seperti ‘pear ’ dengan warna hijau coklat TAHUKAH ANDA? 3
Apa itu EKOPELANCONGAN? Ekopelancongan ialah penggunaan lestari hutan bakau yang menggabungkan tiga aspek utama, iaitu, ekologi, ekonomi dan pemerkasaan komuniti setempat. Bakau mempunyai kepentingan ekologi yang sangat besar baik kepada fungsi persekitaran semula jadi dan kepada manusia. Sebagai spesies pantai, bakau bertindak sebagai penghalang iaitu menghalang hakisan tanah dan melindungi penduduk daripada ribut serta menjadi penapis semula jadi bagi nutrien dalam air larian tanah tinggi seperti nitrogen dan fosforus. Sistem akar bakau di bawah air menyediakan habitat dan pembiakan yang selamat untuk ikan dan kerang. Spesies ikan yang hidup di kawasan hutan bakau boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada nelayan tempatan dan menyediakan sumber protein dalam diet masyarakat setempat. Pemerkasaan komuniti setempat berkaitan penduduk tempatan sebagai pemula, pengurus dan pembimbing dalam pelaksanaan ekopelancongan. 4
EKOPELANCONGAN AKTIVITI Bentuk aktiviti Ekopelancongan Paya Bakau boleh dipelbagaikan bersesuaian dengan keadaan dan bentuk muka buminya. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan seperti pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan pendidikan dan penyelidikan dan pelancongan kesihatan. 5 2
Ikan Belacak Burung Bangau Bakau ketam Lumpur HIDUPAN YANG TERDAPAT DI PAYA BAKAU Monyet Ekor Panjang 6
KEPENTINGAN EKOPELANCONGAN MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA PENINGKATAN EKONOMI PELANCONGAN OH BEGITU! M . ENCEGAH HAKISAN TANAH PENAMPAN ANGIN KENCANG DAN TSUNAMI 7
Meningkatkan kesedaran menjaga ekologi Budaya dan alam semula jadi dihargai Meningkatkan imej negara Menarik pelancong asing Meningkatkan peluang pekerja Meningkatkan ekonomi negara 8
Tapak ekopelancongan paya bakau di Malaysia wow!! Taman Alam Kuala Selangor Taman Negara Tanjung Piai Taman Negara Tanah Lembap Kuching 9
Penutup Terdapat pelbagai keistimewaan di kawasan paya bakau yang mampu meningkatkan eko pelancongan negara kita. Pihak- pihak yang terlibat juga perlu melakukan pelbagai inisiatif bagi terus memelihara kawasan hutan paya bakau. -https://www.pressreader.com/ -https://www.intechopen.com/online-first/85464 -https://www.mdfaiez84.com/2017/12/tamanpaya-bakau.html -https://animhosnan.blogspot.com -https://my.lifenewsagency.com -https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-ourwords-ms/ekopelancongan-hutan-paya-bakaupendidikan-alam-sekitar-kepada-masyarakat/ Rujukan 10