The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NG YI LIN _MT1_BUKU LOG PENGAKAP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by libra030929, 2024-02-26 11:23:13

BUKU LOG PENGAKAP

NG YI LIN _MT1_BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP MPU3451a Kokurikulum - Unit Beruniform Pengakap I NAMA: NG YI LIN ANGKA GILIRAN: 2021162340016 Ambilan: Jun 2021 Tahun 2 Sem 2 Kelas: MT1 Kursus: Mpu3431a Kokurikulum-Unit Beruniform Pengakap 1 Pensyarah: Pn. Noor Marlina Mohamed Nor


Isi Kandungan 1 Biodata 2 Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan 3 4 5 Prinsip Asas Pengakap Sejarah perkembangan dan struktur organisasi Perancangan Tahunan Program Pengakap


Bil Kandungan Muka Surat Biodata 5 1.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN - Pengurusan dan struktur organisasi Pengakap Malaysia - Pengurusan dan struktur organisasi Pengakap Malaysia Cawangan IPG KPM - Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pengakap Malaysia peringkat IPGKPT 6-9 2.0 PRINSIP ASAS PENGAKAP - Perlembagaan Pengakap Malaysia - Persetiaan dan undang-undang Pengakap - Cogan kata dan lambang Pengakap - Isyarat dan hormat Pengakap - Berjabat tangan Pengakap Malaysia - Lagu-lagu pengakap (lagu dunia, taps siang, taps malam) - Lagu-lagu pengakap (lagu-lagu kumpulan berenam) - Bendera Malaysia dan maksudnya - Bendera Persatuan Pengakap Malaysia dan maksudnya - Bendera dunia dan maksudnya 10-34 3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI - Sejarah Pengasas - Sejarah Pengakap dunia - Sejarah Penubuhan Pengakap Di Malaysia - Sejarah Penubuhan Pengakap Di IPG - Carta organisasi pengakap kumpulan sekolah rendah 35-45 4.0 Perancangan Tahunan Program Pengakap 46-54 Isi Kandungan


NAMA : NG YI LIN UMUR : 21 TAHUN ANGKA GILIRAN: 2021162340016 ALAMAT TETAP : 12, TINGKAT BUKIT JAMBUL 3, TAMAN BUKIT JAMBUL INDAH, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG NO.TELEFON : 0126658133 JANTINA : PEREMPUAN KAMPUS : IPG Kampus Pendidikan Teknik OPSYEN : MATEMATIK BIODATA


1.0 Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan


Ketua Pengakap Negara/ Yang Dipertua PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA Naib Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Ketua Setiausaha Kerja Pesuruhjayapesuruhjaya Ibu Pejabat Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Setiausaha Kerja Latihan Bendahari Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Latihan Negara Kesihatan dan Bencana Alam Pendaftaran dan Keahlian APR Liasan Officer Pembangunan Kepengakapan Sumber Dewasa Media dan ICT Logistik Pengakap Khas Pengakap Kanakkanak Pengakap Muda Pengakap Kelana Pengakap Laut Pengakap Udara Unit Antarabangsa Tugas-tugas Khas Program Tugas-tugas Khas Hal Ehwal Wanita


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN IPGKPM PENAUNG UTAMA YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK PENAUNG YBRS. TN. HJ. AZMAN BIN ADNAN YANG DIPERTUA YBHG. DR. MOHD AZAM BIN AHMAD PENGERUSI DR. ROSLI BIN YACOB TIMBALAN PENGERUSI DR. SHAMSUL BIN SANIRON KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KAPTEN M. ASRAR BIN SIDON ALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI YM. TUAN ROSDAN BIN TUAN MUDA SETIAUSAHA KEHORMAT TN. HJ. OTHMAN BIN CHE MAN PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT I PN. SULIANA BINTI WAN CHIK PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT II DR. NORMILA BINTI MOHD BOHARI BENDAHARI KEHORMAT EN. KHAIRUDDIN BIN SAIDIN AHLI JAWATANKUASA AHLI-AHLI BERUNIFORM AHLI TIDAK BERUNIFORM


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA PERINGKAT IPGKPT PENAUNG: Dr. Hanani binti Harun Rasit PENASIHAT: Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang PESURUHJAYA: En. Shamsharizal bin Abd Aziz PENOLONG PESURUHJAYA: En. Muhammad Asri bin Abd Aziz PENOLONG PESURUHJAYA: Pn. Noor Marlina binti Mohamed Noor KETUA PEK: Mohd Naim Shauqi bin Abdullah PENOLONG KETUA PEK: Jamuel Romie SETIAUSAHA: Nur Aisyah Amalyn binti Rosli BENDAHARI: Raihana Aneesya binti Mohd Romizi PENOLONG SETIAUSAHA: Nurul Farhana binti Abdul Rahim PENOLONG BENDAHARI: Muhammad Imran bin Rosli KETUA PATROL PPISMP JUN 2023/2028: Muhammad Haiqal bin Ab Karim PISMP JUN 2023/2027: Muhammad Abid Amsyar bin Ros Azilah PISMP JUN 2022/2026: Sathiskumar A/L Lohanathan PISMP JUN 2021/2025: Mohamad Amirul bin Mohamad SEKAWAN Kuning Biru Merah Ungu Hijau Perang


2.0 Prinsip Asas Pengakap


Perlembagaan Pengakap Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli. Oleh itu, perlembagaan pengakap merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan Pengakap Malaysia. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undangundang.


Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu menyediakan perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun mempunyai perlembagaan. Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PPM. Perlembagaan Pengakap Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan. yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan atau ROS. Fungsi sesebuah perlembagaan dan undangundang kecil persatuan atau pertubuhan adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan atau pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil juga bertujuan untuk melancar dan melincinkan perjalanan sesebuah persatuan atau pertubuhan kerana perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan yang berkenaan.


Perlembagaan Pengakap Jenis Perlembagaan: a. Ada dua jenis perlembagaan, iaitu: (i) Perlembagaan bertulis; dan (ii) Perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan dilakukan pindaan. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan pantang larang. Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan persekutuan yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan adalah Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan.


Perlembagaan Pengakap Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa perkara seperti yang berikut: a. Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan; b. Matlamat; c. Keahlian; d. Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya); e. Kewangan persatuan atau pertubuhan; Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan; g. Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan; h. Mesyuarat persatuan atau pertubuhan; dan i. Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.


Tujuan atau fungsi perlembagaan: a. Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan bersih. b. Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. c. Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan). d. Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat. e. Melindungi hak ahli. f. Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli, g. Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan. Perlembagaan Pengakap Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam PPM. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin dipinda, maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua pertiga (majoriti) daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap Negeri. Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal untuk memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan perlembagaan akan terhalang. Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan selaras dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke semasa.


Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. 2. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010; dan 1. Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. 2. Susunan Seksyen Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: 1. Perlembagaan. 2.Menjadi Ahli Persekutuan. 3.Dasar Agama. 4.Perbalahan Politik dan Perindustrian. 5.Dasar Kewangan. 6.Hubungan Luar dan Antarabangsa. 7.Peraturan-Peraturan Am. PERLEMBAGAAN PENGAKAP MALAYSIA


Persekutuan Pengakap Malaysia (Scouts Association of Malaysia) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1. Matlamat Perbadanan. Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016): 4. Matlamat Perbadanan adalah: (a) untuk mengadakan satu organisasi yang terbuka untuk semua Pengakap di Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud Perbadanan yang dinyatakan di dalam seksyen 5; (b) untuk melakukan semua benda lain yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan dan berfaedah bagi mencapai matlamat sedemikian. PERLEMBAGAAN PENGAKAP MALAYSIA


Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan. Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016): 5. (1) Tujuan Perbadanan adalah untuk membangunkan warganegara yang baik dalam kalangan kanak-kanak lelaki dengan membentuk perwatakan mereka dan untuk mencapai maksud ini dengan : melatih mereka mengenai tabiat kepatuhan dan berdikari; menanam sifat kesetiaan dan timbang rasa terhadap orang lain; mengajar mereka perkhidmatan yang berguna untuk orang awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan menggalakkan perkembangan jasmani, mental dan kerohanian mereka. (2) Prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan apa-apa prinsip dan amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam KaedahKaedah Perbadanan PERLEMBAGAAN PENGAKAP MALAYSIA


PERSETIAAN Pengakap


ISYARAT TANGAN PERSETIAAN PENGAKAP ISYARAT TANGAN PERSETIAAN PENGAKAP


UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.(Dipercayai) 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya. (Taat) 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.(Berguna) 4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun.(Bersaudara) 5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.(Berbudi) 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. (Kasihkan Binatang) 7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan.(Menurut Perintah) 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah.(Tabah Hati) 9. Pengakap adalah berjimat dan bercermat.(Berjimat) 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.(Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)


Cogan kata Lambang pengakap LAMBANG / LOGO PENGAKAP SEDUNIA LAMBANG / LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Pengakap Remaja — “Pandang Luas” Pengakap Muda — “Selalu Bersedia” 2. 3. Pengakap Kanak-kanak— “Buat Sehabis Baik” 1. Pengakap Kelana — “Berkhidmat” 4. Pengakap Budika — “Berkhidmat” 5.


LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA


Cara Menunjukkan Isyarat Pengakap Menekan jari kelingking dengan ibu jari tangan kanan Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan tiga jari ditengah lurus ke atas Isyarat dan hormat Pengakap Posisi tangan ketika melakukan ikrar persetiaan Bila Isyarat Pengakap dibuat? Melafaz ikrar Persetiaan Pengakap dan mengulang Persetiaan Pengakap 1. Sebagai isyarat hotmat apabila bertemu atau berselisih jalan (semasa dalam uniform) sesama pengakap terutama pengakap asing. 2. 3. Bila melintasi bendera kebangsaan / negeri Patrol atau semasa bendera-bendera itu dinaikkan dan semasa ia dikibarkan 4.


CARA HORMAT PENGAKAP 1. Kalau membuat hormat pengakap, tangan kanan diangkat seperti hormat dalam tentera atau polis. Sentuhkan hujung kening. 2. Semasa memegang tongkat berdiri dalam keadaan “sedia”, tangan kiri menyentuh tongkat dengan tapak tangan terlangkup. 3. Semasa berjalan pantas atau perlahan bertongkat, angkat sedikit tangan dan sentuh tongkat dengan tangan kiri. hormat Pengakap HORMAT PENGAKAP DIBERIKAN DI DALAM KEADAAN BERIKUT: 1. Semasa menenui pengakap lain sama ada dalam dan luar negeri sebagai tanda persaudaraan dan penghormatan. 2. Semasa menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 3. Semasa di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 4. Setelah selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. CARA HORMAT PENGAKAP DILAKUKAN ADALAH DENGAN MEMBUAT ISYARAT PENGAKAP DAN DIRAPATKAN HAMPIR DENGAN KENINGMATA KANAN.


Bagaimana berjabat tangan tersebut wujud? Semasa Baden-Powell bertugas sebagai askar di Afrika, dia menemui ketuaketua dan pahlawan-pahlawan yang terdiri daripada suku kaum yang membawa lembing dan perisai. Pada suatu ketika, dua suku kaum ini selalu bermusuhmusuhan, meyerbu dan membunuh sesama sendiri sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Permusuhan yang berlanjutan itu akhirnya menemui jalan pendamai. Taktik peperangan serta keberanian yang ditonjolkan oleh pahlawan-pahlawan kedua-dua suku kaum menunjukkan kehebatan kepahlawanan masing-masing. Bila ketua salah satu kaum terserempak dengan ketua lawannya, dia memberi isyarat kepada pahlawannya supaya berundur. Ketua suku kaum tersebut kemudian menghampiri ketua kaum lawannya secara bersendirian. Ketika dia menghampiri lawannya dia menanggalkan perisai yang melindungi bahagian dadanya dari terkena senjata musuh serta membuang lembingnya. Dia pun mengangkat tangan kirinya kepada musuhnya sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan. Tanda tersebut membawa kepada perundingan perdamaian di antara keduadua suku kaum yang bermusuhan. Ketua suku kaum di Afrika sekarang menerima kenyataan bahawa orang yang paling berani di antara orang berani adalah orang yang berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri. Berjabat tangan Pengakap Malaysia Berjabat tangan Pengakap Malaysia BERJABAT DENGAN TANGAN KANAN DI MALAYSIA


LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Lagu-lagu pengakap Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia


LAGU DUNIA (BM) Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya.


LAGU DUNIA (BI) Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give.


LAGU TAPS SIANG LAGU TAPS MALAM Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru; Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi Thanks and praise, for our days Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky; As we go, this we know, God is nigh Day is done, done the sun From the sea, from the hills From the sky, all is well Safety rest, God is nigh. Malam datang, Siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan.


LAGU KUMPULAN BERENAM Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami kesidang datang Menolong pagi dan petang Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas Siantan Melur Kenanga Cempaka Kesidang Teratai


Perlambangan Pengertian Anak Bulan dan Bintang Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia Bintang pecah 14 Melambangkan perpaduan 13 negeri & Wilayah Persekutuan Warna Kuning Melambangkan warna DYMM Raja-Raja Warna Biru Tua Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia Warna Putih Menandakan kesucian Warna Merah Melambangkan keberanian 7 Jalur Warna Merah & Putih Melambangkan keanggotaan 13 buah negeri & Wilayah Persekutuan Jalur Gemilang bENDERA Malaysia


bENDERA Pengakap Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.


Berwarna ungu dengan warna fleur-de-lis putih Bendera untuk Pergerakan Pengakap Pertubuhan Dunia (WOSM), beribu pejabat di Switzerland. Bendera mewakili semua organisasi ahli WOSM dengan cara yang sama seperti bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mewakili semua negara anggota PBB. Dua bintang di bendera itu merujuk kepada kebenaran dan pengetahuan, dua elemen terpenting yang terdapat dalam kepercayaan, janji dan sumpah semua organisasi anggota. Tali diikat di bahagian bawah dalam simpulan karang, yang paling berguna dari semua tali tali jika diikat dengan betul dan mengingatkan semua kewajipan kita untuk berkhidmat kepada satu sama lain serta Berguna. bENDERA Dunia


3.0 Sejarah perkembangan dan struktur organisasi


Sejarah Pengasas Pengasas pengakap: Lord Baden Powell Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya “BP”. Seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London, England. Meninggal dunia semasa BP berumur 3 tahun Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya. Menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi sejak kecil. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu.


Sejarah Pengakap dunia Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur kerana sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh dalam peperangan Baden-Powell . Tahun 1897 - BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragon Guard ke-5. Beliau telah menghadiahi satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau) kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik. Tahun 1899 - Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India.


Sejarah Pengakap dunia Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orangorang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Tahun 1907 - Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting".


Sejarah Pengakap dunia Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Tahun 1908 - Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Tahun 1909 - Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Tahun 1920 - Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Beliau dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. 8 Januari 1941 - Meninggal dunia di Paxtu, Kenya.


Sejarah Penubuhan Pengakap Di malaysia Sejarah Penubuhan Pengakap Di malaysia Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands, seorang peneroka British menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff, juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Tahun 1927 - pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Tahun 1926 - Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap oleh Ameen Akbar.


Sejarah Penubuhan Pengakap Di malaysia Sejarah Penubuhan Pengakap Di malaysia Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Ringkasan tahun negeri yang menubuhkan pergerakan Pengakap: 1910 Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett 1913 Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School 1915 1915 1919 1922 Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930) Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet) Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield


Sejarah Penubuhan Pengakap Di malaysia Sejarah Penubuhan Pengakap Di malaysia 1926 1927 1928 1931 Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar Terengganu oleh AJ Gracle Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).


Sejarah Penubuhan Pengakap Di malaysia Sejarah Penubuhan Pengakap Di malaysia Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.


Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru (MPKLM/BPG) merupakan sebuah persekutuan yang ditubuhkan pada 10 Ogos 1985. Penubuhan tersebut berlaku di Institut Perguruan Pendidikan Negara (IPPN) atau yang lebih dikenali semasa ini sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB). Persekutuan ini dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara Merangkap Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud. Penubuhan MPKLM/BPG bertujuan sebagai negeri bagi mentadbir pergerakan pengakap di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia sebanyak 31 buah maktab ketika itu. MPKLM/BPG ditukarkan kepada MPKLM/IPGM setelah berjaya menempatkan di pejabat Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini, terdapat zon dibawah MPKLM/IPGM iaitu Zon Tengah, Zon Sabah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Sarawak. Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG KPM : Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ahmad (KLM 14) 1985 - 1994. 1. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin (BPG) 1994 - Julai 2007. 2. 3.Tuan Haji Ahmad Kamar Zainuddin (KLM 10) 2007 - 2010 4.Tuan Haji Mohd. Radzi bin Johari (KLM 22) 2011 - kini. Sejarah Penubuhan Pengakap Di IPG


Carta organisasi pengakap kumpulan sekolah rendah Carta organisasi pengakap kumpulan sekolah rendah Kuasa Penganjur (Guru Besar) Majlis Pengakap Kumpulan Pengerusi (Penolong Kanan Kokokurikulum Pemimpin Unit Pengakap Kanak-kanak Pemimpin Unit Pengakap Kanak-kanak Setiausaha (Pemimpin Unit) Penolong Pemimpin Unit Pengakap Kanak-kanak Bendahari Ahli Pengakap Kanakkanak Ahli Jawatankuasa


4.0 Perancangan Tahunan Program Pengakap


perancangan tahunan program Pengakap perancangan tahunan program Pengakap


perancangan tahunan program Pengakap perancangan tahunan program Pengakap


perancangan tahunan program Pengakap perancangan tahunan program Pengakap


perancangan tahunan program Pengakap perancangan tahunan program Pengakap


Click to View FlipBook Version