SMK TAMAN DESA TEBRAU
JOHOR BAHRU
Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 1 2021
Kajian Tentang Sisa Domestik di
Taman Desa Tebrau, Johor Bahru
Nama: Tan Yu Han
Tingkatan: 1 Cempaka
Guru mata pelajaran: Cikgu Izwady
Tarikh Menghantar:30 Ogos 2021
Senarai Kandungan
No. Tajuk Muka
surat
1. Jadual Kerja
2. 1
3.
4. Penghargaan 3
5.
6. Pendahuluan 5
7.
8. Objektif Kajian 6
9.
10. Kawasan Kajian 7
Kaedah Kajian 10
Hasil Kajian 16
Rumusan 25
Rujukan 26
Lampiran 27
Jadual Kerja
No. Tarikh Perkara
1) 19 Ogos 2021 Mendengar arahan guru
dan menerima tugasan
daripada guru mata
pelajaran Geografi, iaitu
Cikgu Izwady
2) 20 Ogos 2021 Menjalankan tugasan yang
dibahagikan oleh guru
3) 21 Ogos 2021 Mengumpulkan maklumat
tentang sisa domestik
4) 22 Ogos 2021 Membuat jadual kerja,
penghargaan, pendahuluan
dan objektif kajian
5) 24 Ogos 2021 • Membuat kaedah
kajian
• Membuat domestik
kajian dan peta lakar
1
6) 25 Ogos 2021 Mengambil gambar kawasan
yang sisa domestik
7) 27 Ogos 2021 Membuat dapatan kajian
8) 29 Ogos 2021 Membuat rumusan,
lampiran dan rujukan
9) 30 Ogos 2021 Menyelesaikan tugasan ini
dan menghantarkan kepada
cikgu
2
Penghargaan
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja
lapangan Geografi Tingkatan 1. Sepanjang proses saya
menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi,
saya telah mendapat banyak bantuan daripada pihak-
pihak lain.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru Geografi saya, iaitu Cikgu Izwady.
Cikgu Izwady telah memberi saya tunjuk ajar dan
panduan dalam bagaimana untuk membuat kerja
lapangan ini supaya saya menyiapkan tugasan ini dengan
lancar.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada kedua-dua ibu dan bapa saya kerana sentiasa
memberikan dorongan kepada saya sepanjang
menjalankan kerja lapangan ini.
Selanjutnya, rakan-rakan saya juga membantu saya
dalam membuat kerja lapangan ini. Kami menggunakan
Telegram untuk membincangkan tentang tugasan ini.
Mereka memberikan maklumat yang amat berguna
3
kepada saya. Kami juga menyiapakan tugasan ini bagai
aur dengan terbing.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada mereka lagi kerana, mereka memberikan
sokongan dan bantuan kepada saya, jika tiada mereka,
saya mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Sekian, terima kasih.
4
Pendahuluan
Saya Tan Yu Han bersekolah di SMK Taman Desa
Tebrau telah menyiapkan kerja lapangan. Saya
menjalankan kajian tentang Sisa Domestik di Taman
Desa Tebrau, Johor Bahru.
Saya menjalankan tugasan ini di Taman Desa
Tebrau kerana kedudukannya dekat dengan rumah saya.
Oleh itu, saya dapat menyiapkan kajian dengan mudah.
Saya menjalankan kaijan ini selama 1 bulan dari
19 Ogos 2021 hingga 16 September 2021. Saya
mengumpul maklumat di buku teks pembelajaran mata
pelajaran Geografi, buku rujukan Geografi dan laman
web.
Akhir sekali, saya berharap kerja lapangan ini
boleh memberikan banyak manfaat kepada saya dan
rakan-rakan saya.
5
Objektif Kajian
Saya membuat kerja lapangan ini bertajuk Sisa
Domestik di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru
bertujuan untuk:
➢ Memberikan takrif maksud sisa domestik
➢ Menyatakan jenis-jenis sisa domestik
➢ Mengetahui sisa-sisa domestik di Taman Desa
Tebrau, Johor Bahru
➢ Mengenal pasti punca-punca dan kesan-kesan
pembuangan sisa domestik di Taman Desa Tebrau,
Johor Bahru
➢ Mecadangkan langkah-langkah untuk
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
6
Kawasan Kajian
Kawasan yang telah saya kajian ialah Taman Desa
Tebrau. Taman ini merupakan sebuah perbandaran yang
terletak di mukim Tebrau, Johor Bahru, Johor.
Taman Desa Tebrau terletak di sepanjang Jalan
Kota Tinggi dan hanya sekitar 14km dari pusat
bandaraya.
Pusat tumpuan adalah dikawasan Tebrau City,
dimana terdapat pusat-pusat membeli-belah yang
popular disini termasuklah Æ ON Tebrau City Shopping
Centre, Tesco Tebrau City, Hero Market
dan IKEA Tebrau City.
Taman Desa Tebrau juga mempunyai sebuah
sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Taman Desa
Tebrau. Selain itu, pelbagai kemudahan yang ada di
Taman Desa Tebrau iaitu, Taman Rekreasi, Stesen
Minyak dan Restoran.
7
Peta Lakar Kawasan Kajian
8
Pola petempatan di Taman Desa
Tebrau
Rajah di atas ialah pola petempatan si Taman Desa
Tebrau adalah petempatan berpusat.
• Taman Desa Tebrau disusun dengan atur, bangunan
dan rumah rapat dan padat sama satu lain.
• Dekat dengan kemudahan seperti masjid dan sekolah.
• Terdapat di kawasan persimpangan jalan raya dan
taman perumahan.Terdapat pelbagai kemudahan asas
seperti taman permainan, hospital, masjid, pejabat
pos, perhentian bas dan sebagainya.
9
Kaedah Kajian
Terdapat empat jenis kaedah yang digunakan dalam
kajian ini iaitu,
PEMERHATIAN RUJUKAN
Saya telah menggunakan Saya telah membuat
kaedah ini untuk membuat rujukan di laman web,
pemerhatian di Kawasan buku teks Geografi,
Taman Desa tebrau. Kaedah majalah, surat khabar
Ini membantu saya ,YouTube dan buku
mengumpul maklumat paling rujukan Geografi.
mudah dan cepat.
SOAL SELIDIK TEMU BUAL
Saya telah membuat kajian Saya telah mengumpul
dengan menggunakan Google maklumat dengan cara
form. Saya mengumpul berjumpa dan bersoal
maklumat dengan mengedarkan jawab dengan keluarga
borang soal selidik kepada saya secara lisan dengan
penduduk Taman Desa Tebrau. menggunakan borang temu
bual yang telah disediakan.
10
Borang temu bual
Kerja lapangan tingkatan 1 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Tebrau
Tajuk: Sisa Domestik
BORANG TEMU BUAL RESPONDEN
Nama: Tan Kok Chong
Umur: 43
Alamat: 11, Jalan Harmonium 21/12, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru,
Johor.
Maklumat Temu Bual:
a) Jenis pencemaran utama: Pencemaran udara, pencemaran air,
pencemaran tanah .
b) Punca berlakunya pencemaran: Penduduk di Taman Desa
Tebrau bersikap tidak bertanggungjawab individu.
c) Kesan pembuangan sisa domestik: Berlakunya pencemaran
dan wabak penyakit.
d) Langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik: mengamalkan amalan 3R dan 5R.
Tandatangan Responden,
Tan Kok Chong
11
Borang temu bual
Kerja lapangan tingkatan 1 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Tebrau
Tajuk: Sisa domestik
BORANG TEMU BUAL RESPONDEN
Nama: Chua Lee Kin
Umur: 39
Alamat: 11, Jalan Harmonium 21/12, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor
Bahru, Johor.
Maklumat Temu Bual:
a. Jenis-jenis sisa domestik: Sisa makanan, perabot,
kumbahan, minyak masak, besi buruk dan sebagainya.
b. Punca berlakunya pencemaran udara: pembakaran sisa
domestik secara terbuka.
c. Kesan-kesan pembuangan sisa domestik: banjir kilat dan
peningkatan kos penyelenggaraan
d. Langkah untuk menangani masalah pembuangan sisa
domestik: mengadakan kempen tentang amalan 3R.
Tandatangan Responden,
Chua
12
Soal Selidik tentang Sisa Domestik
Saya Tan Yu Han, dari SMK TAMAN DESA TEBRAU, kelas 1 Cempaka.
Saya membuat soal selidik ini bertujuan untuk membuat kerja lapangan
Geografi tentang Sisa Domestik di Taman Desa Tebrau. Kepada
responden yang dihormati harap meluangkan sedikit masa anda untuk
menjawab soalan-soalan ini. Terima kasih.
NAMA (NAMA SEBENAR & HURUF BESAR): ....................................
Umur anda: ...............................
1) Adakah sekeliling kawasan tempat tinggal anda mempunyai sisa
domestik?
Ya
Tidak
2) Apakah jenis-jenis sisa domestik yang ada di kawasan tempat
tinggal anda? (Boleh pilih jawapan lebih daripada satu)
Sisa makanan
Sisa kebun
Kertas
Logam
Perabot
Besi buruk
Kaca
Other...
13
3) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan pembuangan sisa
domestik? (Boleh pilih jawapan lebih daripada satu)
Pencemaran air
Pencemaran udara
Pencemaran bau
Wabak penyakit
Banjir kilat
Other...
4) Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya pencemaran udara
di kawasan tempat tinggal anda? (Boleh pilih jawapan lebih
daripada satu)
Pembakaran terbuka
Asap kenderaan bermotor
Penggunaan baja kimia
Pembuangan sisa toksik
Pembinaan bangunan
Pelepasan asap kilang
Other...
5) Apakah langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik? (Boleh pilih jawapan lebih daripada satu)
Amalan 3R
Penggunnaan Teknologi Terkini
Program Pendidikan
Mengadakan kempen
Penguatkuasaan Undang-undang
Other...
Terima kasih kerana mngisikan borang ini dengan sabar.
14
Saya membuat soal selidik ini dengan menggunakan
Google From. Rajah di atas,menunjukkan borang
tersebut. Seramai 20 responden yang terdiri daripada
penduduk di Taman Desa Tebrau. Mereka mempunyai
pelbagai cadangan yang berbeza. Mereka juga berharap
agar dapat mengurangkan pembuangan sisa domestik.
Link untuk mengisikan borang soal selidik
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdm3rRAJutFI
1pQWjMh4yNPa-
8VtzBcmWahx40FPKxMvhbH7A/viewform?usp=sf_link
15
Hasil Kajian
I. Apakah maksud sisa domestik?
Sisa domestik dikenali sebagai sisa yang terhasil
dari kawasan perumahan. Sisa yang merupakan hasil
buangan daripada sosioekonomi manusia yang tidak
digunakan. Sisa berpunca daripada bahan buangan
dari rumah kediaman. Sisa domestik dibahagikan
sebagai sisa pepejal dan sisa cecair.
II. Jenis-Jenis Sisa domestik di taman
desa tebrau
Bahan organik:
• Boleh diuraikan dan dilupuskan
• Dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan
• Contohnya: Sisa makanan, Sisa kebun, Kertas
dan buah-buahan mereput
16
Bahan bukan organik:
• Sukar diuraikan dan dilupuskan
• Dihasilkan dari sumber mineral
• Contohnya: Tin, Plastik, Besi buruk,Kaca dan
lain-lain.
III. Sisa-sisa Domestik di Taman desa
tebrau
Sisa pepejal: Apa-apa bahan sekerap atau
bahan lebihan lain yang tidak
dikehendaki daripada penggunaan
apa-apa proses.
Sisa cecair: Sisa dalam keadaan bentuk cecair.
17
Sisa domestik
Sisa pepejal Sisa cecair
Plastik Minyak masak
Kertas Kumbahan
Logam Air cucian pakaian
Perabot Minyak kereta
Lampin pakai buang
Rajah di atas menunjukkan sisa domestik di Taman Desa
Tebrau.
18
IV. Punca-punca Pembuangan sisa
Domestik di taman desa tebrau
Pembuangan sisa domestik atau sampah-sarap
dari rumah yang dibuang secara merata-rata
tempat. Di antara punca pembuangan sisa
domestik yang sudah dikenal-pasti adalah
seperti berikut:
Sikap pentingkan diri sendiri.
Malas dan tidak mementingkan kebersihan.
Tidak mahu membayar yuran tapak pelupusan
sampah.
Kurang pendidikan tentang kesan terhadap alam
sekitar.
Penguat kuasaan yang lemah dari pihak berkuasa.
19
V. Kesan-kesan pembuangan domestik
di Taman desa tebrau
Berdasarkan pemerhatian yang telah lakukan, berikut
adalah kesan-kesan pembuangan sisa domestik.
1)Pencemaran
❖ Pembuangan sisa domestik secara langsung akan
menyebabkan pencemaran, seperti:
a. Pencemaran air
Sumber air akan tercemar akibat pencampuran dengan
sisa domestik yang dibuang ke dalam sumber air.
b. Pencemaran udara
Pendudukan di Taman Desa Tebrau
membakar sampah-sarap secara terbuka akan
mencemarkan udara.
c. Pencemaran bau
Timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik
menyebabkan bau. Sebagai contoh, pembuangan sisa
domestik ke dalam longkang telah menghasilkan bau
yang kurang menyenangkan.
20
2)Wabak penyakit
❖ Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi
tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh
haiwan. Timbuan sampah-sarap menggalakkan
pembiakkan haiwan, seperti tikus, lalat dan lain-lain
serangga.
❖ Sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi, kencing
tikus.
3)Sistem saliran tersumbat atau banjir kilat
❖ Penduduk yang tidak bertanggungjawap
membuang sisa domestik ke dalam longkang
menyebabkan aliran air tersekat.
❖ Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat. Inilah
menyebabkan limpahan air atau banjir.
4)Peningkatan Kos penyelenggaran
❖ Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatan kos
penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan.
❖ Melibatkan kos penyelenggaraan, tapak pelupusan, baik
pulih kemusnahan,perawatan air tercemar dan gaji
pekerja pembersihan
21
VI. Langkah-langkah untuk
mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik di taman desa
tebrau
Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan
kesan pembuangan sisa domestik di Taman Desa
Tebrau. Antara cara adalah:
1. Mengamalkan amalan 3R
Penerapan amalan 3R, “R” yang pertama adalah
“Reduce”. Ia bermaksud mengurangkan bahan
buangan di sekeliling kita. Seterusnya, “R” yang
kedua ialah “Reuse”. Ia bermaksud mengguna semula
atau pelbagaikan penggunaan bahan buangan. “R” yang
terakhir iaitu “Recycle”. Ia bermaksud mengitar
semula bahan buangan menjadi produk yang baharu.
22
Amalan 3R
Kurangkan Kurangkan pembelian yang tidak
perlu. Jangan membeli barangan yang
jarang digunakan.
Guna Menggunakan semula bekas
semula minuman, surat khabar, majalah
atau mendermakan buku-buku dan
pakaian.
Kitar Meletakkan sisa yang boleh dikitar
semula semula ke dalam tong kitar semula
yang disediakan di Taman Desa
Tebrau.
Rajah di atas menunjukkan contoh dan huraian amalan
3R.
2. Mengadakan kempen di Taman Desa Tebrau
Kempen-kempen dijalankan untuk pengurusan sampah
di kawasan Taman DesaTebrau.
Mengadakan pelbagai kempen seperti Kempen 3R,
Kempen Alam Sekitar dan Kempen Kitar Semula.
23
3.Kuatkuasa larangan penggunaan plastik
Hal ini demikian kerana plastic memerlukan berpuluh
tahun untuk dikompas atau mereput.
Penduduk di Taman Desa Tebrau dapat menggunakan
beg alam sekitar digantikan sebagai plastik beg.
4. Membeli barangan keperluan dengan
bertanggungjawab
Setiap penduduk di Taman Desa Tebrau haruslah
bijak berbelanja dalam membeli barang keperluan.
Elakkan membeli barang yang dipakai buang hanya
setelah menggunakannya beberapa kali sahaja.
Contohnya, beg, kasut dan sebagainya.
24
Rumusan
Saya telah menyiapkan kerja lapangan Geografi tentang
sisa domestik di Taman Desa Tebrau. Sesungguhnya,
saya mendapatkan banyak manfaat melalui kerja
lapangan ini.
Saya telah mengetahui pelbagai jenis sisa
domestik, kajian ini juga memberikan saya banyak
maklumat tentang sisa domestik. Selain itu, saya juga
mengetahui punca-punca dan akibat pembuangan sisa
domestik serta langkah-langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik.
Sebagai penduduk di Taman Desa Tebrau, saya
berharap semua penduduk menguruskan sisa domestik
dengan baik dan sistematik untuk mendapat kehidupan
yang terbaik.
25
Rujukan
➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Desa_Tebrau
➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik
➢ https://www.youtube.com/watch?v=mM05Ro9VaLg&
t=254s
Soal selidik tentang Sisa domestik
∞https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdm3rR
AJutFI1pQWjMh4yNPa-
8VtzBcmWahx40FPKxMvhbH7A/viewform?usp=sf_link
26
Lampiran
27