KELA B PENCEGAHAN JENAYAH
SMJK SIN MIN
E-BULLETIN
KELAB
PENCEGAHAN JENAYAH
SMJK SIN MIN
KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
1 PRAKATA KETUA DAN PENOLONG 3
KETUA GURU PENASIHAT
2 PRAKATA PENGERUSI 5
3 PERLEMBAGAAN KELAB 6
4 CARTA ORGANISASI TAHUN 2018-2021 12
5 JADUAL AKTIVITI & TEMPAT 16
PERJUMPAAN TAHUN 2020/2021
6 PENCAPAIAN KELAB 17
7 GAMBAR AKTIVITI TAHUN 2019 18
-FEBRUARI 2020
8 GAMBAR AKTIVITI OGOS 2020 18
-JUN 2021
9 SUDUT MAKLUMAT:BULI 20
-BULI FIZIKAL DAN BULI SIBER
PRAKATA
PN SIVAKAAMI A/P SUBRAMANIAM
KETUA GURU PENASIHAT
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Kebejatan sosial atau jenayah melibatkan murid sekolah semakin
membimbangkan pelbagai pihak. Justeru, Kelab Pencegahan Jenayah
mendukung amanah dalam menimbulkan kesedaran dalam kalangan
murid di sekolah tentang bahaya penglibatan mereka dalam isu-isu
tersebut melalui pelbagai kaedah.
Penerbitan e-Buletin Kelab pencegahan Jenayah ini sangat dialu-
alukan kerana ini merupakan satu usaha untuk menyebarluaskan
peranan dan aktiviti kelab tersebut dalam menangani isu jenayah
melibatkan murid sekolah.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada ahli/ kumpulan ahli Kelab Pencegahan
Jenayah yang menghasilkan E-Buletin yang penuh kreatif dan inovatif.
PRAKATA
PN NIRMALA A/P SEENIVASAN
PENOLONG KETUA GURU PENASIHAT
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Objektif Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
adalah melahirkan kesedaran dan rasa
tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
sekali gus menanamkan nilai-nilai moral yang
tinggi di dalam sanubari murid-murid.
Saya mengambil peluang keemasan ini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ahli jawantankuasa Kelab Pencegahan
Jenayah yang membanting tulang untuk
menjayakan program E-Buletin dengan penuh
bersemangat dan bertanggungjawab.
PRAKATA
YU JONAS
PENGERUSI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
TAHUN 2020/2021
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak sekolah kerana memberikan peluang keemasan ini kepada Kelab
Pencegahan Jenayah .Projek E-Bulletin ini telah membolehkan ahli-ahli
kelab kami belajar tentang teknik membuat E-Bulletin.Tambahan pula,
projek ini juga merupakan peluang untuk melatih kami menyelesaikan
sesuatu masalah secara berkumpulan dan memupuk gaya kepimpinan
ahli.
Saya berharap ahli-ahli dapat belajar sebanyak mungkin ilmu
pengetahuan dalam kelab ini dan sentiasa menjadi seorang yang bersikap
tegak pada masa depan yang akan datang.Selain itu,sebagai seseorang
ahli Kelab Pencegahan Jenayah yang bertanggungjawab lagi berdedikasi
, kita juga mestilah sentiasa mengingati moto kita iaitu “Mencegah lebih
baik daripada memerangi”,mencegahkan jenayah sebelum nasi menjadi
bubur.
Akhir kata, saya berharap ahli-ahli berteguh meneruskan usaha anda
dalam pencapaian akademik dan kokurikulum.
PERLEMBAGAAN
KELAB PENCEGAHAN
JENAYAH
LATAR BELAKANG KPJ
Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang
ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah kerajaan merujuk kepada Surat
Pekeliling khtisas Bil5/2006 Kementerian Pelajaran
Malaysia.
MATLAMAT KPJ
Membentuk komuniti murid yang mempunyai
kesedaran tinggi terhadap aspek
pencegahan jenayah dan mempunyai
kefahaman tentang penguatkuasaan undang-
undang dalam konteks mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan aman.
LOGO KPJ
MOTO
OBJEKTIF
1. Melahirkan kesedaran dan rasa
tanggungjawab dalampencegahan
jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral
yang tinggi dalam kalangan murid.
3.Menimbulkan kesedaran bahawa
pencegahan adalah lebih baik
daripada memerangi jenayah.
4.Menyediakan garis panduan tentang
cara-cara pencegahan dan
menjalankan aktiviti yang berfaedah.
5.Melahirkan murid yang
bertanggungjawab kepada agama,
bangsa dan negara dalam hal
menangani jenayah
LAGU KPJ
MARI CEGAH JENAYAH
IKRAR KPJ
CARTA ORGANISASI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
TAHUN 2018
CARTA ORGANISASI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
TAHUN 2019
CARTA ORGANISASI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
TAHUN 2020
CARTA ORGANISASI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
TAHUN 2020/2021
Jadual Aktiviti DAN TEMPAT PERJUMPAAN
Kelab Pencegahan Jenayah
TAHUN2020/2021
PENCAPAIAN
Kelab Pencegahan Jenayah
TAHUN 2020
NASUTUPEK UHATN
ZIUK
KJP 2002
GAMBAR AKTIVITI TAHUN 2019- FEBRUARI 2020
CERAMAH ANTIDADAH
MELUKIS
POSTER
ANTIDADAH
GAMBAR AKTIVITI OGOS 2020-JUN 2021
CERAMAH
ANTIDADAH
ONLINE
GAMBAR AKTIVITI OGOS 2020-JUN 2021
WAWANCARA BULI FIZIKAL (11 JUN 2021)
WAWANCARA BULI SIBER (24 JUN 2021)
SUDUT
MAKLUMAT
BULI
BAHAGIAN A:
PENGETAHUAN AM
1.Apakah buli?
Buli boleh didefinasi dengan pelbagai cara. Terdapat
beberapa jenis perbuatan/ tindakan buli yang telah
dikenal pasti. Buli dibahagikan kepada empat jenis
penyalahgunaan asas iaitu:
buli fizikal
buli lisan
buli psikologi
buli siber
i)Buli fizikal
Buli fizikal adalah tindakan serta perbuatan yang
melibatkan memukul, menendang, mencuri,
menyembunyikan atau merosakkan harta benda
orang lain, atau memaksa mangsa buli melakukan
perkara-perkara yang tidak di ingini. Mangsa mungkin
akan diejek, diseksa, dan dipukul oleh si pembuli.
ii)Buli Lisan (Percakapan @ verbal)
Buli lisan adalah apa-apa buli yang dilakukan dengan percakapan
seperti mengusik atau menghina, menyebarkan khabar angin atau
fitnah, mengancam, dan mengejek orang lain. Ini adalah jenis buli
yang paling biasa berlaku dan tidak kira tempat seperti di sekolah,
kawasan awam, di rumah, ditempat kerja dan lain-lain lagi.
iii)Buli psikologi
Buli jenis ini adalah apa-apa yang dilakukan dengan niat untuk
membuat seeorang berasa terpinggir atau ditolak seperti dengan
keengganan untuk bercakap dengan seseorang, atau menggalakkan
orang lain untuk membuli dalam beberapa cara dan si pembuli
mempengaruhi rakan-rakanya untuk menjauhi mangsa dan tidak di
benarkan ada hubungan rapat, dan kadang kala si pembuli akan
menabur fitah agar rakan-rakannya membenci si mangsa. Buli
berkaitan hubungan adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak,
remaja dan belia, terutama kepada kanak-kanak perempuan. Tidak
seperti buli fizikal, buli berkaitan hubungan tidak berlaku terang-
terangan dan boleh terus berlaku untuk jangka masa yang lama tampa
diketahui.
iv)Buli Siber
Buli siber ialah buli melalui penggunaan teknologi seperti telefon
bimbit, mesej teks, laman sosial seperti Facebook, E-mel untuk
mengganggu, mengugut, memalukan atau menyasarkan orang lain.
Ia boleh mengakibatkan kesalahan undang-undang dan hukuman
penjara jika ia memenuhi definisi gangguan siber atau siber hendap.
BULI FIZIKAL
2.Pembulian fizikal boleh berlaku melalui cara/ kaedah apa?
Pembulian fizikal melibatkan pukul-memukul, memeras ugut,
menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit,
menyepak terajang sehingga menyebabkan kecederaan. Paling
ganas boleh menyebabkan kematian.
?3. Apakah tanda-tanda seseorang menjadi mangsa buli fizikal
i)Kesan luaran
• Mereka akan membalas dendam kepada orang lain.
Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang
akibat dibuli.
• Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga
kematian.
ii)Kesan dalaman
• Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa
sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan
orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya.
Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri,
malah ada yang membunuh diri, kerana merasakan diri mereka
tidak berguna.
4. Apakah ciri-ciri pembuli fizikal?
Pembuli
• Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan
empat, lima, dan enam.
• Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
• Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka
adalah sebaya.
• Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan
di sekolah.
• Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan
mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
ii)Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa
ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua,
dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
• Bertubuh kecil, berkepala besar.
• Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
• Pelajar baru di sekolah.
• Pelajar yang kelihatan buruk
• Pelajar yang berlakuan sombong dalam permainan
5. Apakah faktor yang menyebabkan pemikiran seseorang
menjadi pembuli fizikal?
Antara faktornya ialah:
i) Rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk
mengubah tingkah laku pelajar.
ii)Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan
rasa tidak puas hati mereka.
iii)Individu yang pernah menjadi mangsa buli.
iv)Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang
tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
v)Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik.
Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak
hyperactive atau cergas yang melampau yang sering
bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang
lain.
vi)Individu yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan
mempunyai masalah disiplin.
vii)Akibat perceraian ibu bapa.
viii)Individu yang selalu dimanja oleh ibu bapa.
ix)Individu yang sekadar mahu berseronok.
x)Individu yang bosan dengan sekolah dan membuli pelajar
lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan
perasaan bosan.
xi)Individu yang marah dan benci pada mangsa atas sebab
disayangi guru atau sebab-sebab yang tertentu.
xii)Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
xiii)Media massa dan media cetak yang memaparkan aksi,
pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media
elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-
olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan
remaja.
6. Bagaimanakah kita boleh mencegah diri kita daripada
menjadi mangsa buli fizikal?
a)Ibu bapa
• Pergi melawat anak anda di sekolah dan berjumpa dengan
guru kelas secara berkala walaupun anak anda sedang
belajar di Tingkatan1,2,3,4 dan 5.
• Sekiranya anda meluangkan masa untuk melawat, anak
anda akan berasa lebih yakin dan pembuli akan teragak-
agak untuk membuli anak anda.
• Seterusnya, sila luangkan masa selama 5 hingga 10 minit
setiap hari untuk tanya apa yang telah berlaku di sekolah
sebaik sahaja anak balik dari rumah. Sekiranya anak anda
teragak-agak, sila bawa anak anda ke luar dan bincang hati
ke hati.
• Sila yakinkan anak bahawa anda mampu membantu
mereka dan jangan sesekali marah, menuduh atau
menyalahkan anak anda sekiranya mereka dibuli. Sekiranya
anda marah, mereka tidak akan memberitahu apa-apa yang
berlaku pada mereka dengan anda.
b)Guru
• Guru perlu memainkan peranan penting.Ada guru yang
‘compromise’ dengan isu buli ini. Ada juga yang terikut-ikut
dengan tingkah laku membuli kononnya dapat menjadikan
individu itu lebih berani dan lebih maskulin.
• Jangan menganggap apabila seseorang atau sekumpulan
individu membuli seorang pelajar yang bersifat lembut, ia
adalah untuk menjadikan lelaki itu lebih berani dan
sebagainya. Anda sebenarnya bersubahat!
• Sekiranya anda mendapat tahu ada pelajar membuli
walaupun ‘name calling’, tolong ambil tindakan pantas.
Sama juga sekiranya ada mangsa membuat laporan
kepada anda, tolong ambil tindakan. Jangan anggap itu
adalah perkara biasa di sekolah lelaki dan sebagainya.
c)Rakan sekolah
• Kepada pelajar-pelajar di luar sana, anda adalah ‘support
team’ yang boleh membanteras isu buli ini. Sekiranya anda
nampak kawan atau pelajar sekolah anda dibuli oleh
sekumpulan pelajar, sila buat laporan dengan segera.
• Jangan berdiri di sekeliling dan menonton aksi buli
tersebut. Adakah anda akan terus senyap sekiranya adik
anda menjadi mangsa buli? Tolong ambil tindakan. Kalau
anda semua bersatu, kita boleh melahirkan sekolah yang
‘ZERO BULLY’.
d)Pihak sekolah
• Salah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah
adalah mengadakan kempen ‘ZERO BULLY’ di sekolah
anda. Anda boleh menjemput pegawai perhubungan
sekolah yang terdiri daripada pihak polis untuk memberikan
ceramah secara berkala.
• Pastikan ceramah yang diberikan adalah efisien dan
sampai kepada pelajar sekolah. Jangan buat ceramah
setakat nak capai KPI tapi keberkesananya adalah ZERO.
7.Apakah tindakan/ perkara yang boleh didorong oleh buli
fizikal?
• Buli boleh memberi kesan terhadap kesehatan fizikal dan
emosi dalam kehidupan sama ada tempoh masa yang
pendek atau penjang.
• Mangsa akan merasa tertekan, kesunyian dan cemas.
• Mangsa akan merasa harga diri yang rendah.
• Mangsa mengalami sakit kepala, sakit perut, keletihan,
dan kurang selera makan.
• Mangsa akan berfikir untuk membunuh diri atau cuba
membunuh diri.
• Mangsa juga akan ada timbul dendam dan cuba untuk
balas dendam dalam diam kepada si pembuli.
• Kajian penyelidikan juga menunjukkan bahawa sesiapa
sahaja yang terlibat dengan buli sama ada mereka yang
membuli orang lain atau yang dibuli mempunyai risiko tinggi
untuk menghidap kemurungan.
8. Golongan manakah yang kerap menjadi mangsa buli
fizikal?
Di Malaysia, pelajar-pelajar adalah golongan yang sering
menjadi mangsa buli fizikal.
• Bertubuh kecil
• Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
• Pelajar baru di sekolah
• Pelajar yang kelihatan buruk dan lemah
• Pelajar yang berlakuan sombong
9. Apakah yang akan terjadi sekiranya seseorang itu
didapati melakukan buli fizikal?
Simptom-simptom pelajar jadi mangsa buli di sekolah
• Perubahan emosi yang ketara (sedih, murung, dan
kadangkala gembira).
• Tidak menunjukkan minat untuk ke sekolah. Untuk ibu
bapa,sekiranya anak anda tak nak pergi sekolah walaupun
sihat, jangan paksa anak anda pergi ke sekolah.
Sebaliknya bawa anak anda dan berjumpa dengan pihak
sekolah. Mungkin anak anda tak nak pergi sekolah kerana
dia sering dibuli.
• Pergi awal dan balik lewat dari sekolah (ada mangsa
diugut untuk datang awal ke sekolah untuk dibuli).
• Mengadu sakit perut (mungkin duit belanja mangsa anda
dirampas oleh pembuli dan tidak dapat makan sewaktu
rehat).
• Ada kesan luka pada tubuh badan dan pakaian tidak
kemas dan kotor/koyak (mungkin dipukul).
• Sentiasa berasa rendah diri dan mempunyai tahap
penghargaan kendiri yang sangat rendah.
• Prestasi akademik merosot.
• Tidak membuat kerja sekolah (terpaksa membuat kerja
sekolah kawannya).
• Cara berjalan yang tidak betul (mungkin kena dibuli
secara seksual)
• Mencederakan diri
BULI SIBER
10.Apakah buli siber?
Buli siber adalah di mana pengganggu dan pembuli
menggunakan teknologi moden dengan memberi
Gangguan dalam talian, mesej benci, ancaman,
penyamaran, penyebaraan komen buruk, perkongsian foto
dan video yang memalukan atau mengintai orang lain.Buli
siber didefinisikan sebagai penggunaan komunikasi
berasaskan teknologi termasuk telefon selular, emel, mesej
segera, dan jaringan sosial, yang bertujuan menimbulkan
gangguan atau ugutan terhadap individu melalui mesej
atau ekspresi secara dalam talian.
11.Pembulian siber boleh berlaku melalui medium-medium
apa?
Buli siber merujuk kepada ‘perbuatan mengancam,
memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium
elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, WhatsApp,
facebook, twiter, instagram, you tube, blog, e-mel, laman
web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.’
?12.Apakah tanda-tanda seseorang menjadi mangsa buli siber
Dia akan gementar semasa takut untuk pergi ke sekolah
atau keluar dari rumah.
Dia rasa gemuruh atau gentar apabila menghantar mesej
atau menggunakan media sosial.
Dia tidak rela berkongsi maklumat mengenai aktiviti mereka
di Internet.
Dia mengalami masalah kesihatan atas faktor yang tidak
dapat dijelaskan seperti sakit kepala atau perut, kekurangan
berat badan dan kesukaran untuk makan
Dia sukar tidur pada waktu malam dan mengantuk di siang
hari.
Dia rasa terganggu selepas menggunakan Internet.
Dia akan menjadi marah terhadap apa yang sedang berlaku
menerusi skrin gajetnya hingga dia berhenti
menggunakanya.Ada yang terus membaling atau
menghempas gajet itu ke dinding atau lantai.
Dia tidak lagi meminati hobi
atau aktiviti kegemarannya.
Dia tiba-tiba nampak murung atau
anti-sosial.
Dia akan rasa tidak gembira dan ingin
berseorangan di dalam biliknya
untuk menaikkan moodnya.
Dia menjauhkan diri daripada sahabat
dan ahli keluarga rapat.Tindakan ini mungkin satu
percubaan untuk menjauhkan diri daripada pembulinya.
Dia mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan membunuh
diri.
13.Apakah ciri-ciri pembuli siber?
Menghantar mesej yang berbaur ancaman, ugutan dan
amcaman kepada orang lain.
Menyebarkan E-mel, foto atau video kepada orang lain.
Sexting (tindakan menghantar foto video atau sms yang
berunsur seksual dengan menggunakan telefon bimbit)
Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orng
lain atau menyamar sebagai orang lain.
Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
Memulaukan individu tersebut dari sesuatu kumpulan
internet dengan sengaja.
Tamak untuk mendapatkan keuntungan wang.
14.Apakah faktor yang menyebabkan pemikiran seseorang
menjadi pembuli siber?
tamak untuk dapatkan keuntungan wang
balas dendam, dengki
keseronokan
tiada sekatan.Contohnya:
- Ketika menggunakan teknologi.
- Tanpa mengetahui respon daripada mangsa yang
menyebabkan pelaku tidak mempunyai perasaan
empati terhadap mangsa.
- Norma sosial masa kini yang seolah-olah
mempromosikan salah laku secara dalam talian.
- Pembuli merasakan tidak bertanggungjawab secara
peribadi kerana boleh berselindung di sebalik
personaliti yang tidak diketahui.
- Lebih selesa untuk berhubung secara dalam talian
akan menggunakan medium tersebut untuk
membalas dendam.
15.Bagaimanakah kita boleh mencegah diri kita daripada
menjadi mangsa buli siber?
Diri sediri
- Mengambil tindakan untuk MENAMATKAN BULI
SIBER.
- Mengenali tanda-tanda dan sebarkannya kepada
kawan-kawan anda.
- Mendapatkan bantuan luar orang dewasa seperti ibu
bapa, guru, penolong kanan,pengetua sekolah,
guru kaunseling atau orang yang boleh dipercayai.
Mereka akan membantu anda menangani keadaan
sebelum ia menjadi lebih teruk.
Ibu bapa
- Kerap pantau anak anda ketika melayari Internet.
- Jika ibu bapa kenal pembuli, pergi jumpa dia dan
berbincang dengan baik
Agensi kerajaan/media massa
-Memaparkan iklan jenayah buli siber seperti di
televisyen/radio/surat khabar dan sebagainya.
LANGKAH UNTUK MENGATASI BULI SIBER
1.ABAIKANNYA
(置之不理)
2.TETAPKAN BATASAN
(设立界线)
3.MEMBUAT ADUAN
(进行投诉)
4.MEMBERITAHU PIHAK SEKOLAH
(联系学校)
5.MEMBERITAHU IBU BAPA
(告知家长)
6.MELAPORKAN ANCAMAN daripada PEMBULI
(诉讼威胁)
7.MELAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS
(联系警方)
16.Apakah perkara yang harus dilakukan dan dielakkan ketika
melayari Internet?
- Mencari sumber-sumber ilmiah.
- Jangan cuba klik pautan web
yang tidak dikenali.
- Tutupkan ruangan komen.
- Jangan melayari Internet terlalu lama.
8:00 AM-12:00 AM
17.Golongan manakah yang kerap menjadi mangsa buli siber?
Kaya dan miskin
Sentiasa terdedah dengan media sosial
Golongan muda berusia lingkungan umur 17 hingga 30
tahun
Golongan yang ketagihan Internet seperti mendedahkan
kesemua maklumat peribadi untuk dikongsikan kepada
awam melalui mesej dan video sehingga menyebabkan
orang biasa kelihatan seperti artis atau bintang
ternama.Personaliti narsisistik cenderung akan memberi
kesan kepada individu lain secara tidak langsung melalui
buli siber.
Individu yang mudah panas baran, pemarah dan mudah
kecewa.Mereka juga merupakan individu yang sangat
sukar untuk mengikut peraturan dan akan cuba untuk
membuat mangsa marah.
18.Apakah yang akan terjadi sekiranya seseorang itu didapati
melakukan buli siber?
Dia akan dihukum di bawah peruntukan undang-undang.
Hilang peluang pekerjaan
Dipandang rendah oleh masyarakat, penduduk setempat
dan kawan-kawan
BAHAGIAN B:
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
19.Apakah akta dan seksyen yang digunakan bagi
menyabit kesalahan atas seseorang yang telah
melanggarnya?
Seksyen/Akta Hukuman kepada pembuli
a)Kes yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun
Keseksaan kerana merusuh.Pesalah akan dijatuhkan
hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau
kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
b)Kes buli menyebabkan kematian, maka
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh mangsa.Pesalah akan
dijatuhkan hukuman MATI jika sabit kesalahan.
c)Kes yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan kepada
mangsa. Pesalah akan dijatuhkan hukuman penjara
maksimum dua tahun atau didenda maksimum
RM2,000 atau kedua duanya sekali.Contohnya,kes buli
fizikal.
d)Kes yang disiasat mengikut Seksyen
324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan
kecederaan kepada mangsa dengan
menggunakan senjata atau objek
yang membahayakan.Jika sabit kesalahan,
maka akan memperuntukan hukuman penjara maksimum
tiga tahun atau dikenakan denda atau dikenakan hukuman
sebat atau mana-mana dua daripadanya.
e) Kes yang disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun
Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan yang parah
kepada mangsa.Pesalah akan dijatuhkan hukuman penjara
maksimum tujuh tahun atau dikenakan denda.
f) Kes yang disiasat mengikut Seksyen 326
Kanun Keseksaan kerana menyebabkan
kecederaan yang parah kepada mangsa
dengan menggunakan senjata atau objek yang
membahayakan.Pesalah akan dijatuhkan
hukuman maksimum 20 tahun atau dikenakan denda atau
dikenakan hukuman sebat jika sabit kesalahan.
g1)Kes peras ugut, maka kes disiasat mengikut Seksyen 383
Kanun Keseksaan.
g2)Jika sabit kesalahan,pesalah akan dijatuhkan hukuman
penjara maksimum 10 tahun atau dikenakan denda atau
dikenakan hukuman sebat atau mana-mana dua daripada
hukuman-hukuman itu.Untuk maklumat lanjut,sila rujuk
Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
h1)Kes melakukan fitnah,maka kes HUKUMAN
disiasat mengikut Seksyen 499 SEBAT
Kanun Keseksaan.
h2)Jika sabit kesalahan,pesalah akan dijatuhkan hukuman
penjara maksimum dua tahun atau dikenakan denda atau
kedua-duanya sekali.Untuk maklumat lanjut,sila rujuk
Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
i) Bagi kes buli lisan,maka kes disiasat mengikut Seksyen 506
Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara
maksimum tujuh tahun atau dikenakan denda atau kedua-
duanya sekali.
j) Kes disiasat mengikut Seksyen
509 Kanun Keseksaan kerana
menggunakan perkataan atau isyarat
bagi mengaibkan kehormatan seseorang.
Pesalah akan dijatuhkan hukuman
penjara maksimum lima tahun atau
dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
k) Bagi kes buli siber,kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1),
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Jika sabit kesalahan,
pesalah akan didenda tidak melebihi RM50,000 atau
dipenjarakan maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.
CONTOH KES BULI SIBER 1
CONTOH KES BULI SIBER 2