SMK NILAI IMPIAN | NEA 4122
PELANCARAN
PERINGKAT SEKOLAH
DEWAN TERBUKA
SMK NILAI IMPIAN
18 OGOS 2022 | KHAMIS
Dirasmikan Oleh:
YDH SUPT MOHD FAZLEY BIN AB RAHMAN
Ketua Polis Daerah Nilai
Pengenalan
SEKOLAHKU SEJAHTERA
Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan
prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang
selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan
inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.
Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu
kerangka yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan
program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.
S – Selamat, Seronok dan Sihat
E – Etika dan Empati
J – Jati Diri
A – Adab Sopan
H – Harmoni
T – Tekun, Teliti dan Terampil
E – Eksplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi
Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap,
dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi
seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita akan dapat
melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian
unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia.
Konsep ini bukanlah satu mata pelajaran baharu atau
sisipan mata pelajaran sedia ada.
Malah konsep ini tidak akan menambah beban tugas guru
termasuk pelaporan tentang pelaksanaannya.
Apa yang penting adalah untuk guru serta masyarakat
bersama-sama menerapkan konsep ini dalam diri generasi
pewaris negara supaya nilai murni tersebut sentiasa
tersemat di hati mereka.
Lirik lagu
SEKOLAHKU SEJAHTERA
Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA
Pre Chorus 1
Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni
Chorus
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia
Post Chorus
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
Pre Chorus 2
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti
Tentatif Program
18 ogos 2022 / khamis
7.30 pagi : Latihan lagu sekolahku Sejahtera
8.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan
: Ucapan aluan pengacara majlis
10.00 Pagi : Nyanyian lagu Negaraku
: Nyanyian lagu Sekolahku SEJAHTERA
: Bacaan Doa
: Ucapan Pengetua
: Ucapan Perasmian
: Gimik Perasmian
: Penyampaian Cenderamata
: Tetamu VIP bergerak ke PSS untuk mengikuti siaran
langsung pelancaran program Sekolahku SEJAHTERA :
Sepakat dan selamat
: Jamuan
: Bersurai
Sekalung Penghargaan
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pelancaran
Sekolahku Sejahtera SMK Nilai Impian dengan tulus ikhlas
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan
kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Terima Kasih