The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisham4428, 2019-02-22 20:49:39

MINIT MESYUARAT

KOKURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SULTAN AHMAD TAJUDDIN,
34950 BANDAR BAHARU, KEDAH

Telefon : 05-7161055 Fax : 05-7168976 Email : [email protected]

E-mail :

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KETIGA 2017

Tarikh : 13 Mei 2017
Hari : Sabtu
Masa : 08.30 Tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat 1

KATA ALUAN

1. Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Husnisham bin Yusof memulakan mesyuarat
dengan mengalu-alukan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru yang terlibat dalam aktiviti sepanjang 5 bulan 2017.

2. Penolong Kanan Kokurikulum juga mengumumkan pasukan silat yang dianggotai
oleh pelajar sekolah ini telah berjaya merangkul tempat kedua di satu pertandingan
silat peringkat antarabangsa.

3. Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan pantun telah berjaya dinobatkan
sebagai johan di pertandingan pantun peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu dan
pasukan pengakap telah mengambil bahagian dalam perkhemahan peringkat
kebangsaan baru-baru ini.

AGENDA 1: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT LALU

4. Penolong Kanan Kokurikulum membentangkan Minit Mesyuarat Kokurikulum kali
kedua untuk disemak dan disahkan.

5. Encik Hari Chandran a/l Arumugam mencadangkan Minit Mesyuarat Kokurikulum
kali pertama disahkan dan disokong oleh Encik Mohd Ghazali bin Abdul Hamid.

AGENDA 2: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
6. Tiada

AGENDA 3: AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM

7. Penolong Kanan Kokurikulum, En. Husnisham memberitahu setakat mesyuarat ini

diadakan sebanyak 7 kali perjumpaan unit beruniform, 4 kali perjumpaan kelab dan

4 hingga 5 kali perjumpaan sukan sudah dilaksanakan.

8. Beliau juga memaklumkan satu perkhemahan perdana unit beruniform dengan

anggaran seramai 100 orang peserta akan dianjurkan selepas cuti Hari Raya

Aidilfitri.

9. Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa terdapat pindaan Jadual

Perancangan Koakademik Daerah Kulim Bandar Baharu. Jadual tersebut akan

ditampal di papan kenyataan dan guru-guru yang berkaitan boleh mula rujuk pada

jadual tersebut untuk sebarang pindaan yang telah dibuat.

10. Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa Program Kembara

Kemanusiaan akan diadakan pada 20 Mei 2017 dan guru-guru diminta untuk

merujuk kepada senarai jawatankuasa.

11. Beliau menambah target sumbangan yang akan diedarkan ialah RM800 dan guru-

guru yang lain yang berminat untuk menyertai Kembara Kemanusiaan ini boleh

memaklumkan kepada pihak pentadbir.

12. Berkenaan dengan Hari Kokurikulum, En. Husnisham memaklumkan bahawa akan

diadakan pada 25 September 2017 (Isnin) dan beliau berharap Hari Kokurikulum

berkenaan akan dianjurkan dengan lebih baik dan teratur berbanding tahun 2016.

AGENDA 4: HAL-HAL LAIN

13. Akhir sekali, Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan satu pelarasan semula
guru penasihat bagi unit beruniform, kelab dan persatuan serta 1Murid 1Sukan akan
dilakukan berdasarkan pengagihan yang telah dilaksanakan kepada guru-guru sesi
petang. Ini bermakna, setiap guru mestilah menjadi guru penasihat bagi ketiga-tiga
cabang unit yang dinyatakan tadi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 09.30 pagi.

Disediakan oleh,

……………………………………………..
EN. MOHD KHAIRUL HAFIFI BIN ABDULLAH
Setiausaha Kokurikulum,
SMK Sultan Ahmad Tajuddin


Click to View FlipBook Version