The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGENALAN KEPADA BSMM
SEJARAH BSMM
PRINSIP-PRINSIP BSMM
LAMBANG DAN LOGO BSMM
COGAN KATA BSMM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by acehunter00, 2021-05-16 08:46:07

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENGENALAN KEPADA BSMM
SEJARAH BSMM
PRINSIP-PRINSIP BSMM
LAMBANG DAN LOGO BSMM
COGAN KATA BSMM

Keywords: PENGENALAN BSMM

 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(PBSM) adalah satu pertubuhan
sukarela yang ditubuhkan pada tahun
1948.

 Persatuan ini diiktiraf kerajaan
Malaysia pada tahun 1957 dan
Persatuan Palang Merah Antarabangsa
pada tahun 1963

 Sekarang dikenali sebagai Bulan Sabit
Merah Malaysia.

 Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan
sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali
dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun
1959.

 Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera dan orang
awal cedera dan terkorban. Atas kesedaran ini, beliau
telah menulis sebuah buku kenangan yang berkisar
kepada pengalamannya semasa membantu mangsa
perang.

 Tajuk buku tersebut ialah: ‘A Memory of Solferino' . Buku
tersebut telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua
ketua-ketua negara di Eropah.

 Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) dibentuk.

 Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)
mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah
telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah
penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross".
Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah
memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan
ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

 Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun
1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

 " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang
teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya
menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan
Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang
Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah
diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang
dalam tahun-tahun akan datang ".

 Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah
British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah
di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

 Cawangan Sarawak

Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun
1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan
cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada
bulan Februari 1948.

 Cawangan Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam
tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan
Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan
dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang
pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang
telah ditubuhkan pada tahun 1952.

1. KESAKSAMAAN ( Impartility)
Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama,
darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya.

2. KEBERKECUALIAN (Neutrality)
Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan.

3. KEBEBASAN ( Independence)
Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut
prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan
sokongan kepada pihak berkuasa awam

4. KHIDMAT SUKARELA ( Voluntary Service)
Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan
sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.

5. KETUNGGALAN ( Unity)
Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah
di sesebuah negara.

6. KESEJAGATAN (Universality) Bulan Sabit Merah
Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan
Antarabangsa meliputi seluruh dunia.
Mempunyai tanggungjawab bersama.

Lambang BSMM

Ukuran Lambang BSMM

➢ Kegunaan lambang yang asal adalah untuk
perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan.

➢ Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman iala
h untuk pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lamba
ng tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Perg
erakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah


Click to View FlipBook Version