The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA MENERUSI KEBUDAYAAN (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdmirza0204, 2021-11-27 12:10:53

PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA MENERUSI KEBUDAYAAN (2)

PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA MENERUSI KEBUDAYAAN (2)

MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Team 7

AHMAD ALIFF FAIZAL MOHAMAD IZZ ARSYAD MOHAMMAD IMRAN MUHAMMAD FARIZ DANIAL AMIR MUHAIMIM
BIN AB RAHMAN BIN MUHD JUHARI BIN ZAMRI BIN ABDULLAH BIN MAZALAN

04DKA21F1080 04DKA21F1019 04DKA21F1118 04DKA21F1130 O4DKA21F1159

ISI KANDUNGAN M/S
1-2
PERKARA 3-6
PENGENALAN 7-10
AKTIVITI KEBUDAYAAN YANG BOLEH MEMUPUK PERPADUAN 11
BAGAIMANAKAH AKTIVITI KEBUYAAAN BOLEH MENJALINKAN PERPEADUAN KAUM 12
KESIMPULAN 13
LATIHAN PENGUKUHAN 14

JAWAPAN
SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan bangga negara.Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman di kalangan kaum di Malaysia.

Di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum antaranya ialah kaum melayu,india,cina dan iban.Setiap kaum mempunyai
adat resam dan kebudayaan masing-masing yang boleh diamalkan dengan aman dan damai.Adat secara umumnya
didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang merangkumi segala tingkah laku,kepercayaan dan sebagainya.
Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak
budaya masyarakat tersebut. Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama,penduduk Malaysia masih tetap hidup
dalam suasana yang harmoni dan boleh mengamalkan amalan agama masing-masing.

Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan
menyalahi norma-norma kehidupan.Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan ke arah perpaduan
nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu

1

- Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu
dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya
terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya
dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi
memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam
13 Mei 1969 daripada berulang kembali

PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden
rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut
nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang
rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969"
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.

2/8/20XX 2

AKTIVITI KEBUDAYAAN
YANG BOLEH MEMUPUK
PERPADUAN

3

TARIAN KEBUDAYAAN

• Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum di mana terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu
kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang
kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya.Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari
pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari
setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan,
asyik, kathakali, bharatanatiyam, singa, kipas, ngajat dan sumazau.3 tarian yang sering dilakukan ialah:

TARIAN ZAPIN Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin,
(MELAYU) sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari
Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan
TARIAN BHARATHANATYAM
(INDIA) mengenai sejarah tamadun Islam

Bharatanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India. Istilah
“bharatanatyam” berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra”
(raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik).

TARIAN NAGA Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira- 4
(CINA) kira 2,000 tahun

GOTONG-ROYONG

• Sejak dari dulu lagi, kegiatan gotong-royong yang berasal dari bahasa Jawa "gotong" (bermakna mengangkat) dan "royong"
(secara bersama-sama) diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam Bangsa Melayu. Kini, selepas
kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah
dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.

- Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa
gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan
taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli
masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat.

- Hal ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat
seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.Bak kata
pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

5

PERAYAAN KAUM

- Negara kita dikenali sebagai syurga - Perayaan ini juga banyak kebaikan dari
perayaan kerana mempunyai banyak segi hubungan sosial dan antara kaum
perayaan yang disambut oleh masyarakatnya melalui aktiviti rumah terbuka.Aktiviti
yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun tersebut selalunya dilakukan pada hari
Batu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan perayaan kaum masing – masing.Kaum
banyak lagi perayaan yang disambut oleh Melayu dapat berkunjung ke rumah kaum
penduduk negara ini. Perayaan ini telah lain dengan kata mudah setiap kaum dapat
memberi satu dimensi baru kepada berkunjung ke rumah atau Kawasan tempat
masyarakat kita dan luar tentang erti tinggal kaum lain
perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di
negara ini turut membuka banyak kebaikan
kepada negara dan masyarakat yang
mendiami negara tercinta ini

-

6

BAGAIMANAKAH
AKTIVITI
KEBUYAAAN
BOLEH
MENJALINKAN
PERPEADUAN
KAUM?

7

TARIAN KEBUYAAN

• Dalam tarian kebudayaan biarpun berlainan bangsa dan agama, seni tarian tradisional
ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia dapat menyuntik semangat muhibah,
menghormati kepelbagaian dan memberi sokongan antara satu sama lain dalam
kalangan mereka yang berkecimpung dalam cabang seni ini

• Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Prof Madya Mohd Kipli Abdul Rahman menjelaskan penterjemahan karya kreatif tarian
tradisional negara dapat mengharmonikan kaum dan memperlihatkan 'Malaysia' kerana
penari perlu mempelajari warisan dan sejarah di sebalik setiap langkah tari itu. "Apabila
mereka (penari) ingin hasilkan karya kreatif dalam bentuk persembahan, mereka harus
berfikir dengan cara yang sama... jadi elemen perpaduan itu muncul dan mereka sedar
bahawa 'aku harus pamerkan bahawa inilah budaya yang aku ada’.

• "Secara tak langsung mereka mengamalkan makna seni itu berdasarkan penghargaan
mereka bahawa 'Inilah (warisan) milikku'. Selepas amalan tersebut, semangat itu
meresap ke dalam jiwanya sebagai budaya Malaysia," ujarnya bahawa setiap negara
akan menggunakan budaya dan bahasa sebagai agen perpaduan.

8

AKTIVITI GOTONG ROYONG

• Amalan gotong royong ini harus dipupuk dalam kalangan masyarakat ianya dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu; " berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing". Gotong royong juga, adalah salah satu cara untuk rakyat Malaysia berinteraksi dan
tolong menolong antara satu sama lain.

• Selain itu, gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai
murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-
nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan
kerajinan.

• Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di
kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan
mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan
masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan
wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

9

PERAYAAN KAUM

• Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang
kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbukaa
yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan
yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

• Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka yang tidak mengalami kesusahan
ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan
barulah mereka memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan
remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Cuba bayangkan
tiadanya sambutan perayaan di negara ini?

• Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang menyebabkan peluang pekerjaan
banyak. Ini memberi peluang kaum india, cina , dan lain – lain dapat pekerjaan tanpa perlu bersaing dengan hebat. keadaan
ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini.
Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli
perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara.

10

Kesimpulan

KesimpulanKesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan mewujudkan perpaduan masyarakat di

negara kita . Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang

bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang

gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif

oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Upacara

aktiviti sosial dan bahasa merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat.Oleh

itu,masyarakat harus mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan

agama agar negara kita kekal aman dan dama

11

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah maksud perpaduan ?

2. Apakah langkah untuk membentuk perpaduan?

3. Berikan 2 langkah lain untuk membentuk perpaduan?

4. Apakah kebaikan yang dapat dibentuk melalui langkah
tersebut?

5. Kaum apakah yang mempunyai majoriti terbanyak di
Malaysia?

6. Berapakah tanggal peristiwa hitam?

7. Tarian zapin dilakukan oleh kaum ?

8. Kenapa perpaduan kaum penting dalam negara malaysia?

9. Apakah tarian yang popular untuk kaum cina ?

10. Apakah kepentingan bergotong royong dalam negara
kita?

12

JAWAPAN

Sample Footer Text 13

SUMBER RUJUKAN INTERNET

http://kemayangambai.blogspot.com/2014/11/kepentingan-seni-dan-kebudayaan-kepada.html

https://uniqueofmalaysia.home.blog/2018/11/23/tarian-tarian-tradisional-di-malaysia/

http://crazygirls17.blogspot.com/2017/09/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fsuarapakatandaily.com%2Farchives%2F2396
2&psig=AOvVaw3fGnWAxctdk55A-
m6nDypd&ust=1638070144690000&source=images&cd=vfe&ved=2ahUKEwiVk4D6zLf0AhWhm-
YKHUc7DjUQr4kDegUIARDmAQ

https://ohkarangan.blogspot.com/2017/10/kebaikan-menyambut-perayaan-bersama-sama.html

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftwitter.com%2FPerpaduanNegara%2Fstatus
%2F1442655944958115846&psig=AOvVaw25jNNoXOVoge_BZ7eTsZPz&ust=1638083783238000&s
ource=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCICqs-T_t_QCFQAAAAAdAAAAABAJ

14

TERIMA KASIH

15


Click to View FlipBook Version