TAJUK POPULAR SEJARAH SPM
TINGKATAN 5 2021
TAJUK 12 : BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA
- Maksud kedaulatan
- Ciri-ciri negara berdaulat
- Kepentingan negara berdaulat
Contoh Soalan
1a. Apa yang anda faham tentang kedaulatan 2 markah
Kedaulatan ialah kekuasaan tertinggi dalam negara. Selain itu asas negara
merdeka. Seterusnya kewibawaan pemerintah. Akhir sekali kebebasan mentadbir
dan membentuk dasar negara.
1b. Jelaskan kedaulatan negara kita (4markah )
Kedaulatan negara kita ialah pemerintahan raja berpelembagaan. Selain itu YDPA
memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara. Seterusnya YDPA
melambangkan perpaduan rakyat. Akhir sekali negara kita bebas dan merdeka serta
bebas daripada penjajahan kuasa asing
1c. Berikan ulasan anda peranan yang dilakukan demi mempertahankan kedaulatan
negara. 4 markah
Ulasan saya peranan yang perlu dilakukan demi mempertahankan kedaulatan
negara ialah mewujudkan pentadbiran yang cekap. Hal ini melahirkan politik negara
yang stabil. Oleh itu rakyat bersama-sama mempertahankan kesejahteraan negara.
Contohnya pelaksanaan undang-undang untuk perpaduan. Kesimpulannya semua
pihak akan berganding bahu mempertahankan kedaulatan negara.
2. Rajah berikut berkaitan jenis kedaulatan.
Jenis Kedaulatan
Tradisional Moden Undang- Antarabangsa
Undang
(a) Apakah maksud kedaulatan undang-undang? (2 markah)
Maksud kedaulatan undang-undang ialah kerajaan dan rakyat terikat dengan
undang-undang. Hal ini kerana menjamin keamanan dan kestabilan serta
kemakmuran
(b) Bandingkan kedaulatan tradisional dengan kedaulatan moden.
(4markah)
Kedaulatan tradisional ialah wujud sejak tamadun awal manusia.Manakala
kedaulatan moden berkait dengan idea negara bangsa selepas peristiwa
Revolusi Keagungan dan Revolusi Perancis.
Selain itu, kedaulatan tradisional juga merujuk pemerintahan berkuasa
mutlak. Manakala kedaulatan moden berkait hak rakyat dan kerajaan
berpelembagaan.
(c) Malaysia adalah merupakan negara anggota PBB serta terpilih sebagai
anggota tidak tetap Kerusi Majlis Keselamatan PBB. Pada pendapat anda
mengapakah kedaulatan antarabangsa ini penting untuk negara kita.
(4markah)
Pada pendapat saya kedaulatan antarabangsa penting kepada negara kita
kerana melambangkan pengiktiran kepada negara kita. Hal ini menunjukkan
negara kita merdeka dan berdaulat. Oleh itu negara kita tidak akan dicabuli
oleh negara lain. Contohnya jalinan hubungan diplomatik dengan negara lain.
Kesimpulannya keamanan dan kesejahteraan negara akan dapat dinikmati
oleh negara kita.
TAJUK 12 : BAB 3 : RAJA BERPELEMBAGAAN DAN
DEMOKRASI BERPARLIMEN
- PEMERINTAHAN BERAJA & RAJA BERPELEMBAGAAN
- MAJLIS RAJA-RAJA
- YDPA : BIDANG KUASA, PERANAN & CARA PERLANTIKAN
- KENAPA RAJA BERPELEMBAGAAN PERLU DIKEKALKAN
Contoh Soalan
3. (a) Nyatakan Ciri pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka. ( 2 markah )
Ciri pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka ialah raja berkuasa mutlak.
Selain itu raja berkuasa dalam semua kuasa termasuk kuasa pentadbiran,
perundangan dan kehakiman. Seterusnya pemerintahan berdasarkan undang-
undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
(b) Bandingkan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union 1946 dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PT M 1948). (4 markah)
Kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union dan Persekutuan Tanah melayu
1948 ialah Raja hilang kuasa sebagai pemerintah semasa Malayan Union.Hal ini
kerana kuasa pemerintahan ditangan Raja England. Sementara semasa PTM 1948
Raja Melayu memperolehi kembali kuasa memerintah negeri. Selain itu raja-raja
juga terlibat mengubal Undang-Undang Tubuh negeri.
(c) Bagaimanakah pemerintahan beraja selepas merdeka mengukuhkan
kedaulatan bangsa dan negara? (4markah)
Pemerintahan beraja selepas merdeka mengukuhkan kedaulatan bangsa dan
negara kerana mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi
Berparlimen. Hal ini sebagai meneruskan warisan negara bangsa raja sebagai
pemerintah tertinggi. Oleh itu pemerintahan beraja disesuaikan dengan konsep
demokrasi. Contohnya mengimbangi pemerintahan demokrasi yang di dukung oleh
rakyat. Kesimpulannya raja adalah melambangkan identiti negara serta sebagai
tonggak kestabilan politik dan perpaduan rakyat.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bahagian IV
PERSEKUTUAN
Bab 1 -Ketua Utama Negara
Perkara 32: Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya
(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan
Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang
tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di
dalam Mahkamah Khas an ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
4(a) Jelaskan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong berdasarkan
perlembagaan persekutuan tersebut. (4markah)
Kedudukan institusi YDPA berdasarkan perlembagaan persekutuan ialah sebagai
Ketua Utama Negara bagi persekutuan. Selain itu YDPA sebagai keutamaan
daripada semua orang dalam persekutuan. Seterusnya YDPA tidak boleh dikenakan
prosiding dalam mahkamah kecuali Mahkamah Khas. Akhir sekali YDPA memegang
jawatan selama lima tahun.
(b) Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas dalam sistem
pemerintahan di negara kita meliputi kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Terangkan. (8markah)
YDPA mempunyai Kuasa Eksekutif seperti bertindak mengikut nasihat Jemaah
Menteri. Selain itu YDPA juga berkuasa untuk melantik Perdana Menteri dan
Jemaah Menteri. Seterusnya YDPA juga berkuasa melantik peguam negara serta
pegawai diplomat negara.
Seterusnya YDPA juga berkuasa dalam kuasa perundangan seperti memperkenan
Rang Undang-Undang. Selain itu YDPA juga berkuasa memanggil dan
membubarkan parlimen. Seterusnya YDPA juga merupakan Ketua Agama Islam
bagi negeri baginda, wilayah Persekutuan serta negeri-negeri tidak beraja.
Antara lain YDPA juga berkuasa dalam Kuasa Kehakiman seperti melantik hakim
Mahkamah Atasan atas nasihat perdana Menteri. Akhir sekali YDPA juga
mempunyai kuasa pengampunan bagi hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
(c)Petikan berita berikut berkaitan institusi Raja berperlembagaan di negara kita.
"Dalam politik Malaysia yang semakin kompleks, peranan institusi Yang di-Pertuan Agong dan
Majlis Raja-raja semakin relevan dan signifikan". Berita Harian, 15 Jun 2020
Beri ulasan anda berkaitan pernyataan tersebut (8markah)
Institusi Raja Berpelembagaan di negara kita ialah pemerintahan beraja
mengimbangi pemerintahan demokorasi. Hal ini kerana raja berkecuali dalam hal
politik , ekonomi dan dasar negara. Oleh itu kuasa pengimbang raja mampu
meredakan konflik serta pertikaian politik. Contohnya perbezaan ideologi dan
perselisihan antara kaum.
Selain itu kuasa mengistiharkan darurat. Hal ini memastikan ketenteraman dan
keselamatan negara. Oleh itu mengembalikan keamanan negara adalah agenda
penting. Contohnya Pandemik Covid 19. Kesimpulannya Raja Berpelembagaan dan
Demokrasi Berparlimen merupakan kaedah terbaik bagi melahirkan sebuah negara
yang sejahtera.
TAJUK 13 : BAB 5& 6 : PEMBENTUKAN MALAYSIA DAN CABARAN
SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA.
- PEMBENTUKAN
- LANGKAH PEMBENTUKAN
- CABARAN
CONTOH SOALAN
5. (a) Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan Malaysia pada 27 Mei
1961. Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
Nyatakan parti yang menyokong pembentukan Malaysia tersebut.
(i) Sarawak : BERJASA, PANAS, PESAKA , SCA [1 markah]
(ii) Sabah : UNKO, USNO, SCA [1 markah]
(iii) Singapura : PAP & Parti Buruh [1 markah]
(b) Mengapakah terdapat penentangan terhadap gagasan tersebut? (3markah)
Penentangan terhadap gagasan Malaysia kerana Sabah menganggap Tanah
Melayu terasing. Selain itu Sabah inginkan kemerdekaan secara berasingan.
Seterusnya di Singapura, barisan Sosialis menganggap penjajahan baharu dan
mencadangkan agar dapatkan pandangan rakyat Singapura sebelum menyertai
Malaysia.
( c) Petikan berikut berkaitan kebaikan penubuhan Malaysia kepada rakyat negara
kita.
Hasilnya sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara yang bebas dari pengaruh asing. Ini
merupakan manfaat yang paling berharga yang telah dinikmati oleh generasi baru Malaysia
kerana hidup aman dan damai. https://news.ump.edu.my
Berikan bukti kebaikan yang telah anda nikmati kesan daripada penubuhan
Malaysia. (4markah)
Bukti kebaikan yang dinikmati kesan penubuhan Malaysia ialah bebas daripada
pengaruh asing. Hal ini kerana ancaman komunis serta campur tangan negara luar.
Oleh itu penyelesaian secara rundingan menyebabkan tiada peperangan berlaku.
Contohnya Konfrantasi Indonesia. Kesimpulannya negara aman makmur serta
berdaulat.
6. Rajah berikut menunjukkan langkah pembentukan Malaysia.
Lawatan
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia
(JSKM)
Referendum Singapura
Rundingan London
Suruhanjaya Cobbold
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
(a) Jelaskan tujuan langkah berikut:
(i) Lawatan : Tunku Abdul Rahman melawat Sabah, Sarawak & Brunei [1 markah]
(fi) JSKM : menyakinkan penduduk tempatan [1 markah]
(iii) Referendum Singapura: mendapat persetujuan penduduk Singapura [1 markah]
(b) Penubuhan Suruhanjaya Cobbold bukti penubuhan Malaysia dibuat dengan
persetujuan rakyat.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. [3 markah]
Bukti Suruhanjaya Cobbold dibuat dengan persetujuan rakyat ialah tinjauan
pandangan rakyat dilakukan sebelum penubuhan Malaysia. Selain itu hasil dapatan
2/3 penduduk menyokong penubuhan Malaysia. Seterusnya mencadangkan agar
perlembagaan PTM dijadikan asas perlembagaan baru. Akhir sekali mencadangkan
kuasa autonomi bagi Sarawak dan Sabah.
c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kegemilangan Malaysia yang dikagumi
dunia? [4 markah]
Kegemilangan Malaysia yang dikagumi dunia ialah membentuk satu rumpun bangsa
Malaysia. Hal ini kerana masyarakat hidup bersatu padu walaupun berbilang kaum.
Oleh itu rakyat Malaysia sentiasa menghormati perbezaan budaya yang ada di
Malaysia. Contohnya etnik melayu, cina dan India. Kesimpulannya keamanan dan
kesejahteraan negara dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Malaysia.
7. Pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah disebabkan factor politik, isu
ekonomi dan masalah perkauman.
a) Apakah faktor politik yang mendorong pemisahan tersebut? (2markah)
faktor politik yang mendorong pemisahan tersebut ialah Lee Kuan Yew tidak
berpuas hati peranan Singapura yang terhad. Selain itu konflik PAP dengan Parti
Perikatan. Seterusnya Singapura melancarkan kempen Malaysian Malaysia iaitu
menuntut hak sama raya.
b) Jelaskan isu ekonomi yang menjadi faktor pemisahan tersebut. (4markah)
Isu ekonomi yang menjadi faktor pemisahan tersebut ialah Singapura mahu pasaran
bersama disegerakan. Selain itu Singapura tidak berpuas hati cadangan cukai
tambahan kepada kerajaan persekutuan. Seterusnya Singapura mahu mengenakan
kadar faedah pinjaman terhadap RM150 juta yang dipinjamkan kerajaan
persekutuan untuk pembangunan Sarawak dan Sabah.
c) Tindakan Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura ke dalam
parlimen adalah wajar. Jelaskan. (4markah)
Tindakan Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura ke dalam
parlimen adalah wajar kerana menjejaskan kestabilan politik negara. Hal ini kerana
Singapura membangkitkan sentimen perkauman yang boleh menimbulkan
ketegangan kaum. Oleh itu adalah penyelesaian terbaik mengembalikan semula
keamanan negara. Contohnya kempen Malaysian Malaysia menimbulkan
kemarahan rakyat. Kesimpulannya kebijaksanaan pemimpin negara telah berjaya
mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran negara.
TAJUK 14 : BAB 7 : MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA
- USAHA MEMPERKASAKAN PERPADUAN
CONTOH SOALAN
8. Perpaduan dan integrasi nasional merupakan elemen penting yang menjadi asas
kekuatan sesebuah negara.
a) Jelaskan konsep berikut:
i. Perpaduan kaum (2markah)
Perpaduan kaum ialah rakyat pelbagai etnik, agama dan wilayah yang hidup bersatu
dengan aman serta identiti kebangsaan. Selain itu hidup berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
ii.Integrasi nasional (2markah)
Integrasi nasional ialah satu proses dinamik untuk merapatkan hubungan
masyarakat antara negeri dan wilayah.
(b) Apakah usaha berterusan kerajaan memperkasakan a (i) dan a (ii) dari sudut
politik? (2markah)
Usaha kerajaan memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional dari sudut politik
ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara di bawah bidang kuasa MAGERAN.
Selain itu membentuk ideologi Rukun Negara . Seterusnya menubuhkan Majlis
Muhibah Negara untuk mengalakkan perasaan muhibah antara kaum.
(c) Sejauh mana usaha memperkasakan perpaduan kaum dan integrasi nasional
di negara kita telah berjaya dicapai? Beri alasan anda. (4markah)
Usaha memperkasakan perpaduan kaum dan integrasi nasional di negara kita telah
berjaya dicapai dengan penubuhan jabatan Perpaduan Negara yang mewujudkan
rukun negara. Hal ini penting kerana mengariskan ikrar yang perlu dihayati setiap
warga negara Malaysia supaya dijadikan falsafah hidup. Oleh itu apabila rakyat
Malaysia mempunyai ideologi yang sama akan mengukuhkan semangat kekitaan .
Contohnya bacaan ikrar diperhimpunan sekolah. Kesimpulannya rasa cinta kepada
negara dan bangsa yang dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia akan melahirkan
negara yang aman dan sejahtera.
9. Pernyataaan berikut menerangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 1967 dan dikenali juga sebagai Akta
32. Akta ini digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
a) Nyatakan dua langkah untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan (2markah)
i. Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan
ii. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
(b) Jelaskan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. (4markah)
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka memartabatkan bahasa melayu sebagai
bahasa ilmu ialah mengembangkan aktiviti bahasa dan sastera melayu. Selain itu
menerbitkan buku, majalah dan risalah. Seterusnya mengadakan Bulan Bahasa
Kebangsaan yang bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum. Akhir sekali
melancarkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa.
(c) Pemimpin negara memainkan peranan penting untuk merealisasikan Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Beri penjelasan anda. (4markah)
Pemimpin negara memainkan peranan penting untuk merealisasikan Perkara 152
Perlembangaan Persekutuan Malaysia dengan mewajibkan pemimpin negara wajib
berbahasa melayu untuk semua upacara rasmi atau kenyataan akhbar. Hal ini
supaya menjadi tauladan kepada rakyat. Oleh itu penguatkuasaan Akta Bahasa
Kebangsaan amat tepat. Contohnya mewajibkan pengunaan bahasa melayu di
mahkamah. Kesimpulannya Bahasa Melayu telah berjaya memartabatkan imej
negara.
TAJUK 14 : BAB 8 : MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA
- DEB & DPN
Contoh Soalan
10. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan dari Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Julai
1991.
(a) Jelaskan berkaitan DPN berikut:
(i) Matlamat 2 markah
Matlamat DPN adalah mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan.
Selain itu dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar
dan luar bandar.
(ii) Objektif 2 markah
Objektif DPN adalah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.Selain itu
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Seterusnya mencapai taraf
negara maju.
(b) Terangkan strategi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat di (a) i.
(8 markah)
Strategi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat diatas ialah penglibatan pihak
swasta dalam pembangunan ekonomi. Selain itu melaksanakan program
penanaman semula. Seterusnya pengunaan sains dan teknologi. Antara lain
meningkatkan pemilikan saham bumiputera.
Seterusnya memberi kemudahan Pendidikan kepada semua kaum. Selain itu
membentuk masyarakat berdisiplin. Strategi seterusnya menyediakan dan
menambah baik kemudahan asas. Akhir sekali pembangunan mapan tanpa
mengabaikan alam sekitar.
(c) Pada masa kini, ekonomi dunia berdepan dengan cabaran yang sangat
hebat. Sebagai pemimpin, bagaimanakah anda membawa Malaysia mengharungi
cabaran tersebut? (8markah)
Sebagai pemimpin cara saya membawa Malaysia mengharungi cabaran dengan
mengukuhkan ekonomi domestik. Hal ini bagi mengalakkan rakyat membeli
barangan buatan tempatan. Oleh itu secara tidak langsung pasaran tempatan akan
menjadi luas. Contohnya kempen Beli Barangan Tempatan. Kesimpulannya
ekonomi negara akan berkembang maju.
Seterusnya membawa masuk pelabur luar. Hal ini membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat tempatan. Oleh itu kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang
baik kepada pelabur supaya mereka lebih berminat untuk melabur di negara kita.
Contohnya merendahkan cukai. Kesimpulannya kerjasama rakyat penting bagi
memastikan Malaysia berjaya mengharungi cabaran ekonomi.
TAJUK 15: BAB 10 : KECEMERLANGAN MALAYSIA DI PERSADA
DUNIA
- PENYAKIT BERJANGKIT
- NGO
11. Rajah berikut berkaitan isu kemanusiaan dan keamanan yang diperjuangkan
rakyat Malaysia.
(a) Namakan tiga NGO yang terlibat dalam menangani isu Palestin. (3markah)
i. Aman Palestin
ii. Cinta Gaza Malaysia
iii. MAPIM
(b) Bagaimanakah rakyat Malaysia menyalurkan bantuan dalam menangani
isu tersebut (3markah)
Rakyat Malaysia menyalurkan bantuan dalam menangani isu tersebut
dengan menyalurkan bantuan kepada NGO yang ditubuhkan. Antara
sumbangan yang diberikan adalah sumbangan kewangan .Selain itu
terdapat rakyat Malaysia yang menjadi sukarelawan dalam misi
kemanusian seperti menghantar bantuan makanan dan ubatan.
(c) Apakah iktibar yang dapat diambil daripada isu kemanusiaan dan keamanan
tersebut? (4markah)
Iktibar yang dapat diambil daripada isu kemanusian dan keamanan tersebut ialah
kita hendaklah menghormati kedaulatan negara lain agar dapat hidup dengan aman
dan sejahtera. Hal ini bagi mengelakkan perbalahan sesama sendiri yang boleh
mencetus suasana tidak aman. Oleh itu kita perlu mengelak daripada berlakunya
kemusnahan disebabkan peperangan dan permusuhan yang berlaku. Contohnya
krisis di Syria. Kesimpulannya kita hendaklah memiliki sifat kemanusian yang
bersedia membantu sesama manusia sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit
atau kepakaran.
12. Rajah berikut berkaitan isu global yang dihadapi Malaysia
(a) Jelaskan usaha Malaysia dalam menangani penyalahgunaan dadah (4markah)
Usaha Malaysia menangani isu penyalahgunaan dadah ialah mengisytiharkan
perang terhadap penyalahgunaan dadah. Selain itu menjatuhkan hukuman berat
kepada pesalah dadah. Seterusnya kesungguhan Malaysia memerangi dadah
disuarakan dalam forum antarabangsa seperti IDEC. Selain itu, Malaysia turut
bekerjasama dengan INTERPOL. Akhir sekali Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih
sebagai Ketua Jawatankuasa Antidadah Antarabangsa.
b) Terangkan isu pertindihan sempadan yang dihadapi negara kita. (8markah)
Isu pertindihan sempadan yang dihadapi oleh negara kita ialah tuntutan Pulau Batu
Putih yang melibatkan Malaysia dan Singapura. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah
Antarabangsa pada tahun 2008 dan keputusan memutuskan Pulau Batu Putih
menjadi milik Singapura. Selain itu isu pertindihan sempadan Pulau Sipadan dan
Pulau Ligitan antara Malaysia dan Indonesia. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah
Antarabangsa pada tahun 2002. Keputusan mahkamah memutuskan Pulau Sipadan
dan Pulau Ligitan menjadi hak milik Malaysia. Seterusnya Pulau Spratly yang
dituntut oleh Malaysia, China, Vietnam, Brunei dan Filipina. Disebabkan
kedudukannya yang terletak di tengah rantau Asia Tenggara menyebabkan menjadi
perebutan disebabkan geostrategik dan perdagangan. Sehingga ke hari ini kes ini
belum dapat di selesaikan.
c) Kempen antiminyak sawit adalah tidak adil. Jelaskan. (8markah)
Kempen antiminyak sawit adalah tidak adil kerana bercanggah dengan prinsip
amalan perdagangan bebas. Hal ini kerana diskriminasi terhadap produk sawit yang
di usahakan oleh negara kita. Oleh itu, barat telah mengenakan sekatan terhadap
pengeluaran sawit negara. Contohnya kempen NGO pencinta alam yang
mengatakan penanaman kelapa sawit menyebabkan punca pencemaran alam
sekita. Kesimpulannya Gerakan antisawit barat telah menjejaskan ekonomi negara
sebagai negara yang sedang membangun. Selain itu juga,kempen antisawit ini
kerana persaingan dengan minyak kacang soya oleh pengeluar barat. Hal ini
menyebabkan mereka memburukkan minyak sawit. Oleh itu Malaysia menangani isu
dengan menubuhkan RSPO dan penyelidikan. Contohnya pelaksanaan amalan baik
pertanian. Kesimpulannya Malaysia menyelesaikan isu kempen antisawit dengan
bijak demi mengelak konflik dengan negara lain.