1249/1 SULIT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT
JALAN PAYAMAS, 84900 TANGKAK, JOHOR
1249/1 Satu jam
SEJARAH
Kertas 1
Januari
2022
1 jam
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
TINGKATAN 4
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
2. Jawab semua soalan
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang telah disediakan.
4. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
………………………..….….. ………………….……..
(NORYATI BT SHAER) (SITI HAMIDAH BT SAHRY)
Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak.
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 1
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
1 Menurut Undang-Undang Laut Melaka, malim adalah seorang yang harus arif tentang
ilmu pelayaran.
Apakah hukuman kepada malim yang lalai sehingga menyebabkan kerosakan kapal?
A Dibuang daerah
B Dipenjara
C Digantung kerja
D Dihukum bunuh
2 Apakah peranan Laksamana dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
A Ketua pentadbir
B Ketua angkatan laut
C Pengurus kewangan
D Penjaga Kota Melaka
3 Kesultanan Melayu Melaka memperolehi wilayah melalui Wilayah X
perkahwinan dan persahabatan.
Berdasarkan penyataan tersebut, apakah wilayah X ?
A Wilayah taklukan
B Wilayah pegangan
C Wilayah naungan
D Wilayah kedaulatan
4 Isu kekeluargaan sangat diberi perhatian oleh Kesultanan Melayu Melaka.
Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan undang-undang kekeluargaan
diwujudkan?
I. Menyelesaikan masalah dalam keluarga
II. Mewujudkan keharmonian dalam keluarga
III. Menjaga wanita dalam pernikahan
IV. Menguruskan saksi dalam pernikahan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 2
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
5
Hans Kohn
Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh tersebut?
A Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa
B Perjuangan menentang penjajahan melalui persatuan dan perpaduan yang kuat
C Kesedaran dan ketegasan diri akibat ancaman terhadap kepentingan orang Melayu
D Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan hanya kepada bangsa dan negaranya
6 Maklumat berikut merupakan karya John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris
Two Treatises of Government
Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?
A Raja berkuasa mutlak
B Raja Berperlembagaan
C Sistem Demokrasi Berparlimen
D Sistem Republik
7 Maklumat berikut merupakan dua pertubuhan yang memulakan gerakan nasionalisme
awal di India.
▪ Brahmo Samaj
▪ Arya Samaj
Apakah isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan tersebut?
A Kecintaan kepada budaya tempatan
B Pengenalan sistem pemerintahan Islam
C Pengenalan kepada sistem birokrasi Barat
D Penubuhan parti-parti politik bersifat radikal
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 3
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
8 Tokoh berikut mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita di
Indonesia
Raden Adjeng Kartini
Apakah karya beliau yang telah diterbitkan di Eropah?
A Sumpah Pemuda
B Kerikil-kerikil Tajam
C Putera Gunung Tahan
D Hilang Gelap Terbitlah Terang
9 Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?
A Kejatuhan Empayar Uthmaniyah
B Kegagalan perjanjian Versailles
C Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary
D Pencerobohan wilayah British oleh Amerika Syarikat
10 Jerman telah melancarkan Operasi Barbarossa pada 22 Jun 1941.
Apakah tujuan operasi tersebut?
I. Menguasai Rusia
II. Menguasai Perancis
III. Menguasai negara Balkan
IV. Menguasai seluruh Eropah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 4
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
11 Giyu Gun atau Pembela Tanah Air (PETA) ialah pasukan tentera sukarela yang
ditubuhkan untuk membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu
Maklumat tersebut berkaitan dengan gerakan nasionalisme tempatan semasa
pendudukan Jepun.
Siapakah yang mengetuai Giyu Gun?
A Onan Haji Siraj
B Tengku Nordin
C Ibrahim Haji Yaakob
D Dr. Burhanuddin al-Helmi
12 Gambar berikut menunjukkan Akhbar Semangat Asia.
Apakah tujuan akhbar Semangat Asia diterbitkan?
A Menyebarkan semangat antipenjajah Asia
B Menyebarkan semangat antipenjajah Barat
C Menyebarkan semangat antipenjajah Jepun
D Menyebarkan semangat antipenjajah komunis
13 Semasa pentadbiran Malayan Union, Tanah Melayu berubah taraf menjadi
A Tanah Bebas
B Negeri Lindungan
C Tanah Jajahan
D Negeri Naungan
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 5
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
14 Senarai berikut menunjukkan tokoh wanita yang telah berjasa kepada negara.
• Datin Puteh Mariah
• Halimahton Abdul Majid
• Cikgu Zaharah Abdullah
Apakah sumbangan tokoh tersebut ?
A Menentang Malayan Union
B Mengadakan Konferensi Nasional
C Menyertai Kongres Melayu
D Menubuhkan UMNO
15 Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British.
Charles Vyner Brooke menghantar Gerard T. MacBryan untuk
mendapatkan tandatangan daripada ketua tempatan
Apakah cara yang digunakan oleh Gerard T. MacBryan ?
A Tawaran ganjaran
B Tipu muslihat
C Rundingan
D Perjanjian keselamatan
16 Mengapakah kerajaan British ingin menguasai Sabah?
I. Memenuhi kepentingan British
II. Desakan penduduk tempatan Sabah
III. Masalah pewarisan Takhta
IV. Masalah kewangan SBUB
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 6
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
17 Gambar berikut menunjukkan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan pada 25 Julai 1946.
Jawatankuasa Kerja
Apakah tujuan jawatankuasa tersebut ditubuhkan?
A Menentukan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum
B Membincangkan kedudukan Raja-raja Melayu dan orang Melayu
C Menentukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
D Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
18 Mengapakah gabungan PUTERA dan AMCJA menolak rangka Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948?
A Enggan berkompromi dengan penjajah
B Menentang pengembalian kuasa Raja-raja Melayu
C Jawatankuasa Kerja tidak diwakili semua kaum
D Mahu kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan
19 Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?
A Syarat kewarganegaraan dilonggarkan
B Kedudukan istimewa orang Melayu dihapuskan
C Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu
D Kerjasama kaum ke arah perpaduan semakin sukar
20 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai secara rasmi pada 1 Februari
1948.
Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948?
I. Gabungan sembilan buah negeri-negeri Melayu
II. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Sultan
III. Rang undang-undang perlu mendapat perkenan pihak British
IV. Jus Soli hanya terbuka untuk rakyat Raja dan rakyat British
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 7
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
21 Antara berikut, yang manakah merupakan karya ideologi komunis?
A Manifesto
B Das Manifesto
C Das Kapital
D Communist Kapital
22
Persidangan Pemuda Komunis Asia (1948) yang diadakan di
Calcutta, India yang dihadiri oleh beberapa wakil PKM
Apakah kesan persidangan tersebut terhadap perjuangan PKM di Tanah Melayu?
A Melancarkan perjuangan bersenjata
B Memperoleh bantuan daripada pelbagai pihak
C Mewujudkan pemerintahan tentera
D Membolot hasil negara
23 Apakah tindakan komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu?
I. Merosakkan ladang getah
II. Meracun air
III. Merosakkan tanaman
IV. Menyerang lombong bijih timah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 8
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
24 Gambar berikut berkaitan Rundingan Baling antara pihak kerajaan dengan PKM.
Apakah syarat yang dikemukakan oleh pihak kerajaan kepada PKM dalam rundingan
tersebut?
A Meletakkan senjata
B Hasil rampasan dikembalikan
C Kubu pertahanan dimusnahkan
D Kewarganegaraan ahli dilucutkan
25 Gambar berikut adalah tokoh yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada tahun 1950-an.
Dato Onn Jaafar
Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?
A Menyekat pengaruh komunis
B Mempertahankan hak peribumi
C Mewujudkan perpaduan kaum
D Mengurangkan pengaruh golongan radikal
26 Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison
Committee (CLC) ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu?
A Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan.
B Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui.
C Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan.
D Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 9
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
27
Gambar tersebut menunjukkan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
(CLC).
Siapakah tokoh tersebut?
A L.R Doraisamy
B John Thivy
C V.T. Sambanthan
D E.E.C Thuraisingham
28 Apakah cadangan Laporan Woodhead 1955 bagi sistem pendidikan di Sarawak dan
Sabah?
A Menitikberatkan kepentingan bahasa Inggeris
B Mewajibkan pendidikan sekolah rendah
C Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
D Pendidikan berdasarkan latar belakang etnik
29 Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang
dipertandingkan dalam pilihan raya peringkat negeri pada tahun 1954.
Apakah kepentingan kemenangan tersebut?
A Memelihara kesetian rakyat
B Menjamin keselamatan negara
C Pembentukan kabinet negara
D Penerimaan terhadap kerjasama kaum
30 Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang telah dibentuk selepas
Pilihan Raya 1955?
A Mentadbir negara
B Menjatuhkan hukuman
C Memilih wakil kerajaan
D Menggubal undang-undang
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 10
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
31 Bagaimanakah ahli dalam barisan Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dipilih?
A Melalui pilihan raya
B Melalui sistem perundangan
C Pelantikan oleh Ketua Menteri
D Pelantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
32 Jadual berikut merujuk kepada Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Nama Jawatan
H.S.Lee X
Ong Yoke Lin
Abdul Aziz Ishak Menteri Kerja Raya
Menteri Pertanian
Siapakah tokoh yang mewakili jawatan X?
A Menteri Pelajaran
B Menteri Pengangkutan
C Menteri Pos dan Telekom
D Menteri Tanah dan Galian
33 Gambar berikut menunjukkan anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
Apakah tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?
A Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
B Mempercepatkan kemerdekaan negara
C Melantik pegawai pentadbiran kerajaan yang baru
D Membincangkan kedudukan Raja-Raja Melayu
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 11
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
34 Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada kejayaan penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A Kebijaksaan
B Permuafakatan
C Toleransi
D Patriotisme
35 Berikut merupakan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957
kecuali
A Kewarganegaraan
B Kedudukan agama Islam
C Kedudukan Bahasa Melayu
D Pemansuhan Sistem Ahli
36 Pernyataan berikut merujuk kepada jenis kerakyatan dalam Perjanjian Persekutuan
1957.
• Penguatkuasaan Undang-Undang
• Memohon didaftarkan sebagai rakyat
•X
Apakah X ?
A Jus Soli
B Perkenan Raja-Raja Melayu
C Naturalisasi
D Kelulusan Dewan Undangan Negeri
37 “Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun
sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni”
Petikan ucapan tersebut adalah ucapan tokoh tentang makna kemerdekaan.
Tokoh tersebut ialah
A Mahatma Gandhi
B Nelson Mandela
C Soekarno
D Tun Fuad Stephen
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 12
[Lihat halaman sebelah]
1249/1 SULIT
38 Pada awal pagi 31 Ogos 1957, kira kira 20 ribu orang membanjiri Stadium Merdeka
walaupun hari hujan.
Mengapakah rakyat sanggup melakukan perkara tersebut?
A Ingin bertemu dengan Ratu Elizabeth II
B Mendapat arahan dari pihak kerajaan
C Menunjukkan semangat cinta akan negara
D Mengurangkan risiko di serang pengganas
39
Gambar tersebut menunjukkan gambar bendera negara kita.
Siapakah yang mereka cipta bendera tersebut?
A Tunku Abdul Rahman
B Yaacub Abdul Latif
C Saiful Bahari
D Mohamed Hamzah
40 Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan
mentadbir negara.
Antara badan yang terkandung dalam komponen ini ialah
I. Badan Kehakiman
II. Badan Perundangan
III. Badan Perhubungan
IV. Badan Pemilihan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
1249/SJ1©2022 Hak Cipta JKD Tangkak 13
[Lihat halaman sebelah]