TAJUK POPULAR SEJARAH SPM 2021
TINGKATAN 4
TAJUK 9 : BAB 1 : WARISAN NEGARA BANGSA
1. KERAJAAN ALAM MELAYU
- Lokasi Kerajaan
- Ciri-Ciri Negara Bangsa Alam Melayu
2. KESULTANAN MELAYU MELAKA
- Sistem Pentadbiran
- Undang-Undang
- Hubungan pemerintah dan rakyat
CONTOH SOALAN
1. Pembentukan negara bangsa kerajaan Alam Melayu telah bermula sebelum
kedatangan Barat.
a. Nyatakan ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu ( 2 markah)
i. Raja
ii. Rakyat
b. Mengapakah kedudukan raja dan rakyat penting dalam kerajaan Alam Melayu ?
4 markah
Kedudukan raja penting dalam kerajaan Alam Melayu kerana Raja adalah tonggak
utama. Selain itu raja dibantu oleh pembesar dalam pentadbiran. Seterusnya raja
ditaati dan dianggap suci. Manakala rakyat pula adalah penduduk yang mendiami
wilayah.Akhir sekali rakyat juga setia kepada raja.
1c. Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara?
4 markah
Rakyat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara dengan mengamalkan
prinsip rukun negara. Hal ini kerana menunjukan ketaatan kepada raja dan negara.
Oleh itu rakyat tidak akan sama sekali bekerjasama dengan musuh negara.
Contohnya menjual kerahsian negara. Kesimpulannya negara kita akan kekal
berdaulat
2. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dan
teratur. Sistem pentadbiran ini dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan
a. Namakan 2 jawatan Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran tersebut.
2 markah
(i)Bendahara
(ii)Temenggung
b. Jelaskan sistem Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka 4 markah
Sistem pentadbiran Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran KMM ialah
Bendahara sebagai ketua pentadbir serta ketua turus angkatan tentera. Seterusnya
Penghulu Bendahari yang menguruskan perbendaharaan.Antara lain Temengung
menjaga keselamatan Kota Melaka. Akhir sekali Laksama sebagai panglima
angkatan laut melaka
c. Kebijaksanaan pemerintah mengawal perbendaharaan telah menjadikan KMM
maju dan makmur. Buktikan 4 markah
Kebijaksanaan pemerintah mengawal perbendaharaan telah menjadikan KMM maju
dan makmur kerana mempunyai sistem kewangan yang teratur. Hal ini kerana
pelbagai cukai diperkenalkan bagi melancarkan ekonomi KMM. Oleh itu menjadikan
KMM sebagai pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang luar. Contohnya
pedagang dari China. Kesimpulannya KMM muncul sebagai kerajaan yang unggul.
3. a. Nyatakan ciri-ciri negara bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
( 2 markah )
Ciri-ciri negara bangsa pada zaman kesultanan Melayu Melaka ialah mempunyai
kerajaan. Selain itu raja adalah merupakan pemerintah tertinggi. Seterusnya ialah
rakyat yang taat dan setia kepada sultan melaka.
b. Bagaimanakah pelaksanaan undang-undang Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang laut melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dapat
menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada negara ? 4 markah
Pelaksanaan undang-undang Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka pada zaman KMM dapat menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada
negara kerana menjelaskan hukuman yang setimpal terhadap kesalahan jenayah.
Selain itu mempunyai peranan sultan dan pembesar. Seterusnya undang-undang
keluarga untuk menjamin keharmonian keluarga.
Manakala Undang-undang laut melaka pula menjelaskan peranan nakhoda ketika
pelayaran dan akhir sekali peraturan yang perlu dipatuhi ketika pelayaran
c. Pada pandangan anda, Apakah kepentingan undang-undang dalam kehidupan
manusia pada hari ini. 4 markah
Pada pendapat saya, kepentingan undang-undang dalam kehidupan manusia hari
ini ialah bagi menjamin kesejahteraan hidup. Hal ini kerana ia dapat mengawal
tingkah laku masyarakat. Oleh itu memastikan setiap rakyat dalam sesebuah negara
dapat hidup dengan aman dan damai. Contohnya penguatkuasaan undang-undang
jenayah. Kesimpulannya keharmonian negara akan dapat dinikmati oleh seluruh
masyarakat.
TAJUK 9 : BAB 2 : KEBANGKITAN NASIONALISME
4. a. Jelaskan maksud nasionalisme 2 markah
Maksud nasionalisme ialah perasaan cinta terhadap negara dan bangsa. Selain itu
gerakan membebaskan negara daripada penjajahan. Seterusnya pembelaan
terhadap negara dan bangsa. Akhir sekali gerakan untuk mencapai kebebasan
politik,ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.
4.b.Bagaimanakah pengaruh luar mempengaruhi perkembangan nasionalisme di
negara kita ? 4 markah
Pengaruh luar mempengaruhi perkembangan nasionalisme di negara kita melalui
Gerakan Pan Islamisme di Uthmaniyah.Hal ini bagi menyedarkan umat islam untuk
bersatu menentang ancaman luar. Seterusnya Gerakan islah di Mesir. Gerakan ini
mengesa umat islam melakukan pembaharuan yang progresif. Selain itu
kemunculan Jepun sebagai kuasa besar yang berjaya menewaskan Rusia. Akhir
sekali, Gerakan Revolusi China menewaskan kerajaan Manchuria
4.c. Sebagai rakyat di sebuah negara yang merdeka, apakah tindakan yang perlu di
lakukan bagi mengekalkan kedaulatan negara ? 4 markah
Tindakan yang boleh dilakukan bagi mengekalkan kedaulatan negara ialah
mengukuhkan perpaduan kaum dikalangan rakyat. Hal ini dapat dilakukan dengan
menghormati agama dan budaya kaum lain. Oleh itu kita megelakkan daripada
menyentuh isu-isu sensitif. Contohnya mempertikaikan kepercayaan kaum lain.
Kesimpulannya kuasa asing tidak akan campur tangan dalam urusan negara kita.
TAJUK 10 : BAB 3 : PENDUDUKAN JEPUN
5.a. Mengapakah Jepun berminat untuk menguasai negara kita ? 6 markah
Jepun berminat untuk menguasai negara kita kerana ingin mengeksploitasi sumber
bahan mentah. Hal ini untuk memenuhi keperluan perindustrian. Contohnya bijih
timah. Selain itu kepentingan strategik ketenteraan. Ini kerana kedudukan tanah
Melayu yang sangat strategik. Contohnya berhampiran dengan pangkalan tentera
laut British di Singapura.
5b. Terangkan dasar pentadbiran yang diperkenalkan oleh Jepun setelah berjaya
menguasai Tanah Melayu ? 6 markah
Dasar pentadbiran yang diperkenalkan oleh Jepun setelah berjaya menguasai
Tanah Melayu ialah pentadbiran tentera Jepun. Hal ini kerana Jepun
memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Selain itu memperkenalkan
dasar terhadap raja-raja Melayu. Ini kerana Jepun mengiktiraf kedudukan raja-raja
Melayu sebagai ketua agama islam dan adat Melayu. Seterusnya raja-raja Melayu
diberi bayaran pencen. Akhir sekali Dasar terhadap kepimpinan tempatan. Hal ini
kerana Jepun memberi peluang kenaikkan pangkat kepada pemimpin tempatan.
5c.Mengapakah tentere Jepun mengeluarkan poster propaganda dalam tulisan Jawi
“Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya”. Berikan ulasan
anda 8 markah
Tentera Jepun mengeluarkan poster propaganda itu kerana ingin mengambarkan
Jepun sebagai penyelamat. Hal ini kerana menanam semangat anti penjajahan
barat. Oleh itu menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara kita. Contohnya
slogan Asia untuk orang Asia. Kesimpulannya kita harus berwaspada dengan tipu
helah kuasa asing.
Selain itu, Jepun cuba menarik sokongan daripada orang Melayu. Hal ini kerana
rakyat bekerjasama menghalau British daripada Tanah Melayu. Oleh itu ia berjaya
mencapai matlamat Jepun menguasai Tanah Melayu. Contohnya Kesatuan Melayu
Muda. Kesimpulannya perpaduan antara rakyat tempatan penting bagi menangkis
pengaruh luar yang ingin menganggu keamanan negara.
TAJUK 10. BAB 5 : PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
- Cadangan Jawatankuasa Kerja
- Faktor Pembentukan PTM 1948
- Cadangan Raja-raja Melayu
- Ciri-Ciri PTM 1948
- Kepentingan PTM 1948/Kesan penubuhan
Contoh Soalan
6. Namakan dua tokoh yang mewakili Raja-Raja Melayu dalam Jawatankuasa kerja
bagi membincangkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
(i) Raja Kamaralzaman
(ii)Dato Hamzah Abdullah 2 markah
6b. Jelaskan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa kerja tersebut
4 markah
Cadangan yang dikemukan oleh Jawatankuasa kerja ialah menyatukan semua
negeri Melayu dan dua negeri selat. Selain itu memulihkan kedudukan dan
kedaulatan raja-raja Melayu. Seterusnya menjaga kedudukan istimewa orang
Melayu dan kepentingan sah kaum lain. Antara lain menubuhkan Dewan
Perundangan Negeri dan akhir sekali mengetatkan syarat kewarganegaraan.
6c. Mengapakah golongan radikal menolak cadangan Jawatankuasa kerja?
4 markah
Golongan radikal menolak cadangan Jawatankuasa kerja kerana menganggap
British tunduk kepada UMNO. Hal ini kerana mereka menganggap ia akan
mengukuh kedudukan British sebagai penjajah di Tanah Melayu. Oleh itu
mengatakan Jawatankuasa kerja tidak bersifat demokratik.Contohnya tiada wakil
bukan Melayu. Kesimpulannya permintaan golongan radikal ini gagal dan ditolak
oleh British.
7a. Jelaskan faktor yang mendorong pembentukan PTM 1948 6 markah
Faktor yang mendorong pembentukan PTM 1948 ialah penentangan orang
Melayu terhadap Malayan Union. Oleh itu orang Melayu berganding bahu
membantah pelaksanaan Malayan Union.
Seterusnya Malayan Union memberi kesan buruk kepada raja-raja Melayu
dan orang Melayu. Selain itu Cadangan raja-raja Melayu dan UMNO. Hal ini kerana
rundingan raja-raja Melayu dengan pegawai Brtish telah mencadangkan 5 perkara
asas PTM 1948. Oleh itu raja-raja Melayu mendesak British menerima usul
pembentukan PTM1948.
Akhir sekali sokongan pentadbir British. Hal ini kerana ia dapat mewujudkan
keamanan dan kemajuan ekonomi.
7b. Rasionalkan mengapakah orang Melayu menerima baik penubuhan PTM 1948
6 markah
Rasional orang Melayu menerima baik penubuhan PTM 1948 kerana
mengembalikan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu. Selain itu pembentukan
Majlis raja-raja yang membolehkan raja-raja Melayu memberi pandangan dalam
perkara tertentu. Antara lain mengetatkan syarat kewarganegaraan. Hal ini
menjamin hak keistimewaan orang Melayu. Jus Soli hanya terbuka kepada rakyat
raja dan rakyat British sahaja.
7c. Penubuhan pentadbiran bercorak persekutuan dapat menwujudkan sesebuah
pentadbiran yang cekap. Buktikan 6 markah
Pentadbiran bercorak persekutuan dapat mewujudkan pentadbiran yang cekap
kerana negeri-negeri disatukan dibawah satu pentadbiran. Hal ini akan menjadikan
pentadbiran lebih sistematik. Ini secara tidak langsung akan menjimatkan kos
pengurusan.
Selain itu pengasingan kuasa dilaksanakan supaya tidak berlaku pertindihan bidang
kuasa. Contohnya Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.Kesimpulannya
tanggungjawab mentadbir negara bersama-sama dapat mewujudkan kestabilan
politik .
TAJUK 11 : BAB 8 : PILIHAN RAYA
- PROSES PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA / MPP 1955
- KABINET PERTAMA
Contoh Soalan
8a. Nyatakan perubahan pentadbiran di negara kita selepas pilihan raya umum 1955
? 2 markah
Perubahan pentadbiran di negara kita selepas pilihan raya umum pertama 1955
ialah Parti Perikatan membentuk kerajaan. Selain itu Tunku Abdul Rahman dilantik
menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
8b. Jelaskan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955 (4markah)
Penubuhan MPP 1955 ialah kerjaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai
ketua Menteri. Selain itu ketua Menteri akan mengambil alih tugas mentadbir
daripada Pesuruhjaya Tinggi British. Manakala Pesuruhjaya Tinggi British masih
pemerintah tertinggi tetapi proses pertukaran dan pembaharuan berlaku secara
berperingkat dan mengambil masa. Akhir sekali kuasa pegawai British semakin
berkurangan dan Sistem Ahli dimansuhkan.
8c. Pembentukan kabinet kerajaan yang mantap sangat penting dalam memacu
kemajuan negara. Beri ulasan anda. 4markah
Pembentukan kabinet kerajaan yang mantap sangat penting dalam memacu
kemajuan negara kerana mewujudkan kestabilan negara. Hal ini kerana rakyat
memberi sokongan penuh terhadap dasar kerajaan. Oleh itu kemakmuran negara
dapat dinikmati. Contohnya agihan belanjawan yang adil. Kesimpulannya negara
akan kekal aman dan sejahtera.
9a. Jelaskan latar belakang Kabinet Pertama 6 markah
Latar belakang Kabinet Pertama ialah dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Selain itu membariskan 10 orang Menteri dan 3 pegawai Btitish. Seterusnya
diumumkan oleh Sir Donald Mac Gillivray, Pesuruhjaya Tinggi British dan
diperkenankan oleh raja-raja Melayu. Akhir sekali kabinet pertama adalah pemilihan
wakil pemimpin tempatan untuk mentadbir negara.
9b. Terangkan peranan kabinet pertama? 6 markah
Peranan Kabinet Pertama ialah membincangkan soal kewangan dan keperluan
orang tempatan . Selain itu, menyambung sistem yang digunakan pakai dalam MPP
yang berasaskan Model Wesminster. Seterusnya mengurangkan kuasa pentadbiran
British, Antara lain membincangkan isu keselamatan. Akhir sekali meminta kuasa
Veto Pesuruhjaya Tinggi British.
9c. Keanggotaan Kabinet Pertama yang terdiri daripada pemimpin pelbagai kaum
terus dipraktikan sehingga berjaya membawa kemakmuran kepada negara kita.
Berikan pandangan anda menyokong pernyataan tersebut. (8markah)
Pada pandangan saya yang menyokong pernyataan tersebut ialah menjamin
kestabilan politik. Hal ini kerana pemimpin mementingkan semangat tolak ansur.
Oleh itu kepentingan dan kebajikan setiap rakyat terpelihara. Contohnya agihan
wang bantuan tanpa mengira kaum.
Selain itu pemimpin bekerjasama menyelesaikan masalah. Hal ini penting kerana
memupuk suasana yang harmoni. Oleh itu kesepakatan akan dicapai Bersama-
sama. Contohnya menangani ancaman covid 19 bersana-sama. Kesimpulannya
Kesejahteraan negara akan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
TAJUK 11 : BAB 10 : PEMASYURAN KEMERDEKAAN
- MAKSUD KEMERDEKAAN
- SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Contoh Soalan
10a. Apakah yang anda faham tentang maksud merdeka ? 2 markah
Kemerdekaan ialah bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing. Selain itu
bebas memerintah dan mentadbir negara.
10b. Jelaskan pengertian kemerdekaan menurut Sayyod Jamal al Din al-Afghani dan
Tun Dr Mahathir Mohamad ( 4markah)
Pengertian kemerdekaan menurut Sayyid Jamal al-Din al-Afghani ialah perjuangan
menghadapi penjajah. Selain itu disertai dengan semangat kebangsaan dan cinta
kepada tanah air yang merdeka.
Manakala menurut Tun Dr Mahathir Mohamad pula bebas daripada cengkaman
kuasa dan minda penjajah. Selain itu merdeka juga, menghayati semangat jiwa
merdeka dan sanggup bekorban untuk negara.
10c. Bagaimanakah generasi muda berperanan mengisi kemerdekaan ? 4 markah
Generasi muda berperanan mengisi kemerdekaan dengan cara mengamalkan hidup
bersatu padu. Hal ini bagi merapatkan hubungan antara satu sama lain. Oleh itu
hormat-menghormati antara satu sama lain. Contohnya amalan kunjung-
mengunjung ketika perayaan. Kesimpulannya negara akan kekal aman dan harmoni,
1 1 . Permulaan upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara diraikan
pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Manakala pada 31 Ogos
1957, upacara sambutan kemerdekaan diadakan dengan penuh gemilang di
Stadium Merdeka.
a. Jelaskan tentang acara sambutan kemerdekaan pada detik berikut
Detik 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957 ( 3 m )
Bendera Union Jack diturunkan dan diiringi lagu Good Save the Queen menandakan
berakhirnya penjajahan British. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan
diiringi lagu Negaraku
b)Detik 8.15 pagi pada 31 Ogos 1957 ( 3m)
Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7
kali dan disambut para hadirin. Disusuli laungan azan dan diteruskan dengan
bendera PTM dinaikkan.
11c. Mengapakah kita perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dicapai pada hari
ini ? ( 4m )
Kita perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dicapai hari ini kerana sebagai
negara yang merdeka kita boleh menentukan hala tuju dan masa depan negara
sendiri. Hal ini kerana rakyat bebas membangunkan negara ikut acuan sendiri. Oleh
itu rakyat berpeluang menikmati kemajuan dalam aspek kesihatan, pendidikan dan
kemudahan asas. Contohnya kemudahan asas yang baik. Kesimpulannya taraf
hidup rakyat dapat ditingkatkan. Dan rakyat dapat hidup makmur.