SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT
KAJIAN KES SEJARAH (TINGKATAN 5)
Tajuk:
Berdasarkan gambar berikut, sediakan satu kajian kes tentang latar belakang, prinsip dan
peranan Rukun Negara dalam pembinaan perpaduan nasional serta membentuk keharmonian
di negara kita. (Buku Teks : T5B7)
CARA MEMBUAT KAJIAN KES :
BIL PERKARA KETERANGAN MARKAH
1. MUKA HADAPAN Muka hadapan kajian kes akan disediakan. -
2 PENGHARGAAN Seperti contoh tetapi jika pelajar ada 2
contoh lain sangat digalakkan.
3 JADUAL KERJA Salin seperti contoh yang diberikan. 2
4. PENDAHULUAN Kajian kes ini akan membincangkan / 3
menjelaskan / membahaskan …..
5. OBJEKTIF KAJIAN Tiga (3) Objektif kajian 3
6. KAEDAH KAJIAN Tiga (3) Kaedah kajian 3
7. LAPORAN KAJIAN Isi tajuk yang dikaji.
Tingkatan 5 membuat isi tajuk 5 hingga 30
8. RUMUSAN 7 muka surat.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, 5
9. SUMBER RUJUKAN jelaslah bahawa …..
10. MARKAH KESELURUHAN Tiga (3) sumber diperlukan 2
50 markah
50
KAEDAH PERLAKSANAAN :
1. Boleh bertaip atau tulisan tangan dan menggunakan kertas kajang (bergaris). Jika
bertaip gunakan font ‘Times New Roman’ (Saiz 12). Line spacing 1.5 lines.
2. Jika tulisan tangan gunakan pen dakwat biru atau hitam sahaja. Boleh gunakan dakwat
lain untuk tajuk permulaan setiap perkara (Contoh PENDAHULUAN)
3. Halaman hadapan disediakan oleh guru Sejarah masing-masing.
4. Tarikh penghantaran : 18.04.2022 (Isnin)
1.Penghargaan
(Contoh) :
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya, Kajian Kes
Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan kajian kes ini, saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Saya juga turut ingin berterima kasih kepada
Tuan Pengetua SMK Tun Mamat, _______________________ kerana sentiasa memberi
sokongan untuk melaksanakan kajian kes ini. Begitu juga kepada guru Sejarah saya iaitu
________________ kerana telah banyak mambantu dan memberi tunjuk ajar yang berkesan
kepada saya bagi menyiapkan kajian kes ini. Disamping itu, saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu dan bapa saya iaitu _______________________ dan
_________________________ kerana telah memberi semangat dan kewangan untuk
menyiapkan kerja kursus ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada yang telah berbesar hati memberi kerjasama
dan membenarkan saya membuat kajian kes ini. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada
rakan saya iaitu ____________________ yang banyak membantu dan memberi komen ketika
menyiapkan kajian kes ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua
pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kajian kes Sejarah dengan jayanya.
2.Jadual Kerja PERKARA CATATAN
BIL TARIKH SEKOLAH
1. 04 Mac 2022 • Menerima tugasan Kajian Kes Sejarah
• Mendengar taklimat panduan SEKOLAH
2. 04 Mac 2022 SEKOLAH
3. 06 Mac 2021 melaksanakan kajian kes oleh guru
mata pelajaran Sejarah SEKOLAH
4. 08 Mac 2021 SEKOLAH
5. 10 Mac 2021 • Berbincang dengan guru dan rakan
tentang tajuk yang sesuai untuk
dilaksanakan
• Mencari maklumat tentang latar
belakang dan prinsip Rukun Negara
dalam pembinaan perpaduan
nasional serta membentuk
keharmonian di negara kita.
• Menemu bual beberapa orang untuk
dijadikan orang sumber sebagai
sumber lisan
• Menulis perancangan awal iaitu
Jadual Kerja, Objektif Kajian dan
Kaedah Kajian
6. 10 Mac 2021 • Menulis proses awal dengan ringkas SEKOLAH
7. 11 Mac 2021 • Merangka bahagian Pengenalan SEKOLAH
8. 12 Mac 2021 SEKOLAH
9. 14 Mac 2021 (untuk Laporan Akhir) SEKOLAH
10. 17 Mac 2021 • Menulis bahagian Pengenalan dan SEKOLAH
11. 18 Mac 2021
tentang latar belakang Rukun Negara SEKOLAH
12. 19 Mac 2021
• Menulis tentang tentang lima prinsip SEKOLAH
Rukun Negara dengan jelas.
• Menulis tentang tentang peranan
Rukun Negara dalam pembinaan
perpaduan nasional di negara kita.
• Menulis tentang tentang peranan
Rukun Negara dalam membentuk
keharmonian di negara kita.
• Membuat rumusan dan menulis
Rujukan
• Menghantar tugasan kepada Guru
Sejarah
• Pembentangan – mengikut masa
yang ditetapkan oleh guru
3.Pendahuluan
Kajian kes ini membincangkan tentang latar belakang, prinsip dan peranan Rukun Negara
dalam pembinaan perpaduan nasional serta membentuk keharmonian di negara kita.
4.Objektif Kajian
Kajian kes ini dilakukan bagi memenuhi beberapa objektif iaitu :
1.Saya dapat mengenalpasti latar belakang Rukun Negara yang menjadi identiti negara
Malaysia
2.Saya dapat menerangkan lima prinsip Rukun Negara dengan betul dan tepat
3.Saya dapat menghuraikan peranan Rukun Negara dalam pembinaan perpaduan nasional di
negara kita
4.Saya dapat menghuraikan peranan Rukun Negara dalam membentuk keharmonian di
negara kita
5.Kaedah Kajian
Contoh kaedah kajian:
• Kajian Perpuastakaan
• Temubual (skrip)
• Melawat tempat Kajian
• Melayari Internet
• Pemerhatian
• Kajian Dokumen
• Lain-lain (Enskilopedia/ Akhbar/ Majalah/ Brosur/ Laporan Tahunan dan lain-lain)
➢ Sekurangnya tiga (3) kaedah kajian
6.Laporan Akhir
➢ Mengenalpasti latar belakang Rukun Negara yang menjadi identiti negara Malaysia
➢ Menerangkan lima prinsip Rukun Negara dengan betul dan tepat
➢ Menghuraikan peranan Rukun Negara dalam pembinaan perpaduan nasional di
negara kita
➢ Menghuraikan peranan Rukun Negara dalam membentuk keharmonian di negara kita
7.Rumusan ( Sekurang-kurangnya dua perenggan)
➢ Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, jelaslah bahawa …
➢ Saya juga dapat…
8. Sumber Rujukan
• Buku
• Laman Sesawang
• Orang Sumber
• Dokumen Jurnal
• Agensi berkaitan
➢ Sekurangnya tiga (3) kaedah kajian
9. Lampiran (Gambar tokoh, maklumat tokoh dan sebagainya)