The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasibah_rozali, 2021-11-17 21:16:29

BUKU MESYUARAT AGUNG KALI KEDUA SRI AL-KHAIRIAH

BUKU MESYUARAT AGUNG KALI KEDUA

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-KHAIRIAH,
JALAN AMPANGAN PEDU 06300 KUALA NERANG,KEDAH

KALI KEDUA
2021

TARIKH : 18 NOVEMBER 2021 (KHAMIS)
MASA : 3.00 PETANG

PLATFORM : GOOGLE MEET

SERANGKAP MADAH, SEULAS BICARA

YANG DIPERTUA PIBG

Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana saya telah diberikan kesempatan
untuk melakarkan sedikit warkah ucapan bagi SRI Al-Khairiah.

Terlebih dahulu saya amat berbesar hati dan merakamkan penghargaan terima kasih
kepada Ahli PIBG SRI-K kerana telah memberi sokongan dan peluang kepada saya bagi
menerajui jawatan YDP PIBG semasa mesyuarat penubuhan yang lalu. Terima kasih kepada
Guru Besar serta para pendidik yang telah berusaha keras bagi mencapai tahap pendidikan
yang terbaik di sekolah ini.

InsyaAllah dengan sokongan AJK saya percaya segala perancangan serta aktiviti yang
telah dan akan dirancang dapat diteruskan dengan lancar. Sebagaimana kita sedia maklum,
kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan satu kaedah terbaru bagi
meningkatkan tahap pendidikan Negara melalui kaedah Prestasi Berasaskan Sekolah (PBD).
Pendekatan terbaru ini merupakan satu kaedah yang telah distruktur bagi memperkemaskan
lagi sistem pembelajaran Negara.

Akhir kata, saya menyarankan kepada ibu bapa agar lebih prihatin terhadap pelajaran
sekolah dengan mengambil kira tahap akademik dan juga kokurikulum anak-anak dan
sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah bagi memantau prestasi pelajar.

Terima Kasih
PIBG CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG

…………………………………….

(MOHD SALMAN BIN GHAZALI)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah

ALUAN PENASIHAT PIBG

Assalammualaikum w.r.t,
Alhamdulillah saya panjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinnya kita

dipertemukan lagi di dalam mesyuarat agung PIBG kali ini. Saya meletakkan harapan yang
tinggi agar pertemuan ini menjadi medan untuk kita menjalinkan ukhuwah, membina
kesefahaman dan membentuk permuafakatan. Kita perlu sentiasa menyedari akan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk memastikan anak-anak kita
mendapat pendidikan yang sempurna. Menubuhkan PIBG di sekolah adalah satu tindakan
yang realistik kerana ia boleh membantu sekolah dalam banyak perkara berasaskan
kekuatan yang ada pada PIBG itu sendiri.

Oleh itu, bukan suatu yang luar biasa jika jawatankuasa PIBG dapat bergerak secara
aktif dan berkesan untuk membantu membangunkan sekolah secara kolektif. Walaupun
jawatankuasa PIBG dan ahli-ahlinya menjalankan kerja secara sukarela, namun jika dilihat
dan diteliti dari sudut tanggungjawab bersama menjaga anak-anak, maka ahli-ahlinya juga
harus terlibat secara langsung membantu dan mengawal serta mendidik anaknya di rumah
sama seperti tanggungjawab bersama pihak sekolah mengawal dan mendidik pelajar di
sekolah.

Akhir kata, saya ucapkan selamat bermesyuarat, semoga segala usaha kita mendapat
petunjuk dan diberkati oleh Allah SWT.

Terima Kasih,

……………t.t………………….

(ILYAS BIN AHMAD)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al-khairiah

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA 1

2 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA 2

3 SENARAI AJK PIBG 2018/2020 3

4 PERINGATAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 4

5 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT KALI 8

KEDUA

6 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019/2020 10

7 PENYATA KEWANGAN 11

8 PENGHARGAAN 12

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA

2.45 petang - Link Google Meet dibuka

3.00 petang - Aluan pengerusi majlis
(Ustaz Hizmi Naim bin Alias

- Bacaan doa
(Ustaz Farhan Nadil bin Abedul Razad)

- Ucapan perasmian oleh guru besar
(Ustaz Ilyas bin Ahmad)

3.30 petang - Mesyuarat dimulakan
- Ucapan pengerusi mesyuarat
- Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Kali

Pertama
- Perkara berbangkit
- Membentang dan menerima laporan tahunan 2019 dan 2020
- Membentang laporan penyata kewangan berakhir Disember

2020
- Membentang dan membahas usul
- Hal-hal lain
- Pembubaran jawatankuasa 2018/2021
- Pelantikan jawatankuasa sesi 2021/2023
- Ucapan penangguhan
- Bersurai

Agenda Mesyuarat Agung
Agenda 1 : Aluan Pengerusi Mesyuarat
Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
Agenda 3 : Perkara Berbangkit
Agenda 4 : Membentang dan mengesahkan penyata kewangan yang lalu.
Agenda 5 : Membentang dan menerima laporan aktiviti tahun 2019 dan 2020
Agenda 6 : Perbahasan usul
Agenda 7 : Ucapan penangguhan

1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SRI AL-KHAIRIAH
Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah
Jalan Empangan Pedu,
06300 Kuala Nerang, Kedah.

Rujukan Kami : B.001/MESYUARAT/PIBG/11/2021 Tarikh : 9 November 2021

Waris Pelajar SRI Al Khairiah

Tuan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUA/2021

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al Khairiah akan
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua seperti ketetapan di bawah.

Tarikh : 18 November 2021 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Platform : Google Meet

3. Sehubungan itu, pihak tuan puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung ini untuk
bersama-sama membincangkan permasalahan anak-anak kita bersama. Pihak waris di alu-
alukan untuk mengemukakan sebarang usul untuk dibahaskan dalam mesyuarat agung
nanti. Sukacita diingatkan, pembawa usul perlu hadir untuk membahaskan usul yang
dikemukakan.

4. Kerjasama daripada pihak waris amatlah diharapkan demi kejayaan anak anak kita
bersama. Sekian, terima kasih.

“MEMBINA SAHSIAH DAN INTELEKTUAL ISLAM”
Yang menjalankan tugas,

…………………….……….
Mohd Salman bin Ghazali
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah.

2

SENARAI AHLI JAWANTUAKASA PIBG 2018/2020

BIL NAMA JAWATAN
1. Penasihat

Ustaz Ilyas Bin Ahmad Yang Dipertua PIBG
Biro ICT dan Komunikasi
2. Timbalan Yang dipertua PIBG
Encik Mohd Salman bin Ghazali Biro Pembangunan Ekonomi
Setiausaha
3.
Encik Mior Mohamad Bohari bin Jamaluddin Bendahari
Biro Pembangunan Akademik
4. Penolong Bendahari
Cikgu Nasibah Binti Rozali
Biro Kebajikan Dan Kesihatan
5.
Puan Siti Norzee binti Nawawi Biro Sukan dan Rekreasi

6. Biro Sukan dan Rekreasi
Puan Nurasikin binti Ghazali
Biro Kebajikan Dan Kesihatan
7.
Ust Hizmi Naim bin Alias Biro Pembangunan Infrastruktur Dan
Keceriaan
8. Biro Pembangunan Infrastruktur Dan
Encik Mohd Khalid Jeffri bin Roslan Keceriaan

9.
Encik Zabidi bin Khamis

10.
Encik Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Fozi

11.
Puan Jamilah binti Abdullah

12.
Puan Azira binti Abdul Latiff

3

PERINGATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
PERTAMA

Tarikh : 23 Mac 2019
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA
Agenda 1 : Ucapan Aluan
1.1.1 Ucapan aluan pengerusi mesyuarat Agung PIBG

(Encik Mohd Salman bin Ghazali)
1.1.2 Memulakan majlis dengan membaca Ummul Kitab “Al-Fatihah”.
1.1.3 Encik Mohd Salman bin Ghazali melafazkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T

kerana dengan limpah kurniaNya Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama dapat
diadakan buat julung kalinya di SRI Al-Khairiah.

Agenda 2 : Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat 2018
2.1 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat 2018. Setiausaha PIBG Puan

Nasibah binti Rozali membentangkan minit untuk diterima dan disahkan.
2.1.1 Pencadang untuk disahkan : Ustaz Hizmi Naim bin Alias
2.1.2 Penyokong untuk disahkan : Puan Syapirah binti Ali

4

Agenda 3 : Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit

Agenda 4 : Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan yang lalu
4.1 Puan Siti Norzee binti Nawawi selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata

kewangan yang berakhir pada 21 Disember 2018.
4.1.1 Pencadang penyata kira-kira untuk disahkan : Puan Siti Norzee binti Nawawi
4.1.2 Penyokong penyata kira-kira untuk disahkan : Puan Nurasikin binti Ghazali

Agenda 5 : Membentang laporan aktiviti PIBG 2018
5.1 Setiausaha PIBG Puan Nasibah binti Rozali membentangkan laporan aktiviti PIBG

2018 untuk diterima dan disahkan.
5.1.1 Pencadang untuk disahkan : Shanizam binti Zakaria
5.1.2 Penyokong untuk disahkan : Azira binti Abdul Latiff

Agenda 6 : Membahaskan usul dan cadangan
6.1 Usul PIBG

6.1.1 Encik Salman bin Ghazali mengusulkan penubuhan Persatuan Seni Silat Gayung SRI
Al-Khairiah bagi tujuan pelajar belajar seni mempertahankan diri. Puan Halimatul
Saadiah menyokong usul tersebut.

6.1.2 Ustaz Khairil Izwan selaku Pembantu Jurulatih Silat Kota Setar mencadangkan agar
nama kelab hanya dipanggil sebagai Kelab Silat. Ustaz Hizmi pula mencadangkan agar
diberi nama Kelab Seni Mempertahankan Diri.

6.1.3 Ustaz Hizmi mencadangkan penambahan AJK PIBG dari kalangan waris Tahun 1.
Encik Mior Bohari mencadangkan Encik Ahmad Kamal dilantik

5

Puan Halimatul Saadiah mencadangkan Puan Azira binti Abdul Latiff dilantik
Puan Nurasikin binti Ghazali mencadangkan Puan Shanizam Zakaria dilantik

6.1.4 Encik Salman bin Ghazali mengusulkan supaya laluan keluar masuk kenderaan waris
dibuat secara sehala. Usul disokong oleh Puan Alikah Ahmad. Ustaz Hizmi
menerangkan bahawa usul tersebut perlu dibawa berbincang kepada pihak
pentadbiran SRI Al-Khairiah dan SMA Al-khairiah kerana ia melibatkan kedua-dua
pihak.

6.1.5 Puan Norzee binti Nawawi mengusulkan supaya penggunaan bekas makanan
polistrin yang digunakan bagi kelas KIFA ditukar kepada plastic yang lebih mesra alam
sekitar dan mesra kesihatan. Puan Shanizam turut memberi cadangan penggunaan
‘tray’ makanan dan dibasuh selepas digunakan. Ustaz Hizmi menerangkan perkara ini
akan dibawa berbincang dengan pihak pembekal makanan.

6.1.6 Puan Halimatul mencadangkan agar waris tidak mengambil anak berhampiran
dengan kelas kerana mengganggu tumpuan pelajar dalam pembelajaran.

Ustaz Hizmi menjelaskan waris perlu menunggu anak-anak di pintu masuk sahaja bagi
tidak mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas.

Encik Salman menyokong usul tersebut dan meminta waris memberi kepercayaan
penuh kepada guru dan memberi autoriti kepada guru untuk menghukum atau
mendenda pelajar jika perlu.

6.1.7 Yang Dipertua PIBG mengusulkan supaya PIBG membuka akaun semasa bagi
memudahkan pengurusan kewangan. Usul disokong oleh Puan Syapirah binti Ali.

Majlis bersetuju sebulat suara.

Agenda 7 : Ucapan Penangguhan

7.1 Ustaz Ilyas bin Ahmad selaku Guru Besar SRI Al-Khairiah membuat ucapan
penangguhan. Beliau mengucapkan terima kasih di atas penganjuran mesyuarat
agung PIBG. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada waris yang
sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat.

6

7.1.2 Ucapan penggulungan oleh Encik Salman bin Ghazali (YDP PIBG 2018/2019). Encik
Salman meminta ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tusyen Bahasa Inggeris
yang diadakan pada setiap hari Jumaat. Beliau juga menyeru kepada waris yang
mempunyai kepakaran supaya dapat mebantu pihak sekolah menggunakan
kemahiran yang ada.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.05 minit pagi.

Pencatat :

1. Asmah Radiah binti Othman
2. Farhana binti Ibrahim

Minit mesyuarat disediakan oleh Setiausaha PIBG.

7

SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT KALI KEDUA

PENASIHAT
Ustaz Ilyas Bin Ahmad (GB)
Ust Hizmi Naim bin Alias (PK1)
Ustazah Nurasikin binti Ghazali (PK Hem)
Ustaz Mohd Fadil Hadi bin Haji Ismail (PK KO)

PENGERUSI
Encik Mohd Salman bin Ghazali

NAIB PENGERUSI
Encik Mior Mohamad Bohari bin Jamaluddin

SETIAUSAHA
Puan Nasibah binti Rozali

BENDAHARI
Puan Siti Norzee binti Nawawi

BUKU PROGRAM
Puan Nasibah binti Rozali

PENDAFTARAN
Ustazah Nurasikin binti Ghazali

BACAAN DOA
Ust Farhan Nadil bin Abedul Razad

PENGACARA MAJLIS
Ust Hizmi Naim bin Alias

PENYEDIAAN GOOGLE MEET/TEKNIKAL
Ust Farid Uzairi bin Haji Ismail
Ustaz Omar Hanif

PENCATAT MINIT
Cik Nurul Asikin binti Ismail
Cik Nur Syafilla binti Azman

8

CENDERAHATI
Cik Rabiatul Adawiyah
Ustazah Athirah binti Abdul Ghani

MAKANAN
Muhammad Noor Iman bin Mushaddad

Nur Azimah binti Wahab

9

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019-2020

TAHUN 2019

BIL TARIKH PROGRAM
1. 2019 Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris & Matematik
2. 4 Mac 2019 Sukan sekolah di Baling (Sumbangan RM200)
3. 27 April 2019
4. 27 April 2019 Jualan Fridge Magnet
5. 23 Mei 2019 Mesyuarat Agung Kali Pertama
6. 27 Jun 2019 Majlis Berbuka Puasa Bersama PIBG
7. 15 September 2019 Hari Keceriaan (Sumbangan RM200)
8. 13 November 2019 Sambutan Maal Hijrah dan Kacau Bubur Asyura
Hari Anugerah Cemerlang (Sumbangan RM1000)

TAHUN 2020

BIL TARIKH PROGRAM
1. 17 Januari 2020 Sumbangan Smart TV kepada sekolah
2. 19 Febuari 2020 Pembukaan akaun bank PIBG (agrobank)
3. Disember 2020 Sumbangan pelaksanaan makmal computer sekolah

(fasa 1)

10

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SRI AL KHAIRIAH 2021
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DIS 2020

PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
SUMBANGAN MURID (2019) 1290.00 PEMBELIAN TELEVISYEN 1000.00
SUMBANGAN MURID (2020) 1200.00 PEMBUKAAN AKAUN DI AGRO BANK 1000.00
SUMBANGAN TUSYEN B. INGGERIS
275.40 BAKI DI TANGAN (SEKOLAH) 490.00
JUMLAH BESAR BAKI DITANGAN (BENDAHARI) 275.40
2765.40 JUMLAH BESAR 765.40
DISEDIAKAN OLEH,
DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

………………t.t……………….............. ………t.t…………………......... ........................................
( SITI NORZEE BINTI NAWAWI ) (NUR ATHIRAH BINTI ( SALMAN BIN GHAZALI)

BENDAHARI, PIBG SRI AL KHAIRIAH ABDUL GHANI) YDP PIBG SRI AL KHAIRIAH
JURU AUDIT

11

PENGHARGAAN

Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2018/2021 Sekolah Rendah Islam Al-Khairiah ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan

terima kasih kepada :
Guru Besar

Penolong Kanan Pentadbiran
Guru-guru

Guru-guru KIFA
Staf sokongan
Pemberi sumbangan
Waris pelajar
Dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan Mesyuarat agung kali pertama ini.

12


Click to View FlipBook Version