The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noryn84, 2024-01-11 16:11:27

LAPORAN PROJEK INOVASI PEMBESTARIAN PERPUSTAKAAN (PERPUSTAKAAN DIGITAL GABRIAN) PERINGKAT SEKOLAH 2021

TAJUK: PORTAL PUSAT SUMBER DIGITAL DAN RAK MAYA SMK ST. GABRIEL

LAPORAN PROJEK INOVASI PEMBESTARIAN PERPUSTAKAAN (PERPUSTAKAAN DIGITAL GABRIAN) PERINGKAT SEKOLAH 2021 TAJUK INOVASI: PORTAL PUSAT SUMBER DIGITAL DAN RAK MAYA SMK ST. GABRIEL OLEH ; PN. NOOR HIDAYAH BINTI RAZALI (UNIT ICT SMK ST. GABRIEL) PN. NORIZAN BINTI MOKSIN (UNIT PUSAT SEMBER SMK ST. GABRIEL) SMK ST. GABRIEL JALAN PERWIRA, 55100 KUALA LUMPUR 03-92859384, 03-92871081, [email protected] Laman Komuniti SMK St. Gabriel, Portal PSS SMK St. Gabriel


1.0 TAJUK “ Portal Pusat Sumber Digital dan Rak Maya SMK St. Gabriel. “ 2.0 SINOPSIS INOVASI Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejajar dengan perkembangan ICT masa kini, PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata malah merangkumi bahan berbentuk elektonik atau digital. Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut iaitu The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO 2000) dan The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002). Kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia. Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online). Antara fungsi Pusat Sumber Sekolah Abad ke 21 adalah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan dan memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat. Oleh yang demikian, Pusat Sumber Digital (Portal PSS) diwujudkan untuk mengumpulkan koleksi sumber digital secara atas talian, koleksi yang dibangunkan boleh diakses pada bila-bila masa.Manakala Rak Maya SMK St. Gabriel diwujudkan untuk memastikan pelajar dan guru di sekolah punya cukup bahan dan punya banyak pilihan untuk aktiviti pembacaan walaupun mereka hanya berada di rumah, dan tidak dapat datang ke perpustakaan atas sebab PKP dan pematuhan kepada SOP. Ia bertepatan dengan kehendak Strategi Pendidikan Digital 2020 – 2025, dengan merujuk kepada Teras 4 iaitu Persekitaran Yang Mengupayakan, di mana pusat sumber sekolah sememangnya amat berperanan dalam mereka bentuk semula ruang pembelajaran serta menyediakan kemudahan dan teknologi yang mengupayakan akses dan penggunaan. Fokus diberi kepada sumber yang pelbagai dan mudah diakses sepanjang masa. Penyediaan rak digital dilihat mampu untuk mengisi sebahagian daripada kehendak KPM dalam evolusi kita bergerak ke era Revolusi Industri Ke4.


3.0 OBJEKTIF INOVASI 3.1. Meningkatkan tahap pembacaan melalui pelbagai sumber dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. 3.2. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat dengan lebih sistematik dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 3.3. Ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu. 4.0 KUMPULAN SASARAN Semua warga SMK St. Gabriel. 5.0 LATAR BELAKANG INOVASI 5.1. Bermula dengan hasrat Tuan Pengetua, En. Ravi Chandran a/l Krishnan yang ingin menjadikan Pusat Sumber SMK St. Gabriel 10 terbaik di PPW Bangsar Pudu dan Projek Inovasi Pembestarian Perpustakaan (Perpustakaan Digital Gabrian). 5.2. Unit ICT Sekolah dan Unit Pusat Sumber Sekolah telah berbincang untuk membangunkan Portal Pusat Sumber SMK St. Gabriel dan Rak Maya SMK St. Gabriel. 5.3. Puan Noor Hidayah, selaku Guru ICT Sekolah telah menyediakan tapak portal yang menarik dengan penuh daya usaha dengan menggunakan Data Studio dan kumpulan aplikasi Google. Segala bahan di dalam Portal PSS dikemaskini oleh Puan Noor Hidayah. 5.4. Puan Norizan, GPM SMK St. Gabriel menyediakan bahan berkaitan Pusat Sumber SMKSt. Gabriel untuk dilengkapkan di dalam Portal PSS yang telah disediakan. 5.5. Rak Maya SMK St. Gabriel diwujudkan dengan kerjasama daripada BLINK Trading Sdn. Bhd. bertujuan untuk mengelakkan masalah isu cetak rompak. 6.0 ISU/ MASALAH YANG DIHADAPI 6.1. Kekangan Waktu Guru terlibat terlibat dengan PdPR, masa untuk menyediakan tapak portal dan pengumpulan bahan untuk mengambil masa yang agak lama. 6.2. Perbincangan Secara Atas Talian Segala perbincangan hanya dibuat secara atas talian melalui aplikasi Whatsapp kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.


7.0 HURAIAN INOVASI PORTAL PUSAT SUMBER DIGITAL SMK ST. GABRIEL. GURU PEMBANGUN PORTAL MAKLUMAT PORTAL PUAN NOOR HIDAYAH BT RAZALI UNIT ICT SMK ST. GABRIEL, KL (a) Platform pembinaan portal * Data Studio * Data Analytic * Google Forms * Google Sheets * Google Slides (b) Tempoh masa pembinaan April 2021 hingga 30 Jun 2021 (c) Sesi ujilari fungsi portal 1 Julai hingga 3 Julai 2021 Kos pembinaan : - TIADA RAK MAYA PSS SMK ST. GABRIEL GPM SMK ST. GABRIEL MAKLUMAT RAK MAYA PUAN NORIZAN BT MOKSIN GPM SMK ST. GABRIEL, KL * Usaha sama dengan Syarikat Blink Trading Sdn. Bhd. * Kos Rak Maya SMK St Gabriel : RM600.00 ~ dibayar melalui PCG Pusat Sumber Sekolah. * Mengandungi 117 buat buku berbentuk PDF yang boleh dicapai dan dibaca pada bila – bila masa. Majlis Pelancaran Portal Pusat Sumber SMK St. Gabriel dan Rak Maya dibuat secara atas talian pada 08 Julai 2021.


8.0 PENUTUP Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbir dan guru – guru SMK St. Gabriel, Kuala Lumpur. Diharapkan dengan adanya Portal Pusat Sumber Digital SMK St. Gabriel dan Rak Maya SMK St. Gabriel ini akan dapat memberi manfaat kepada semua warga SMK St. Gabriel, seterusnya memupuk budaya amalan membaca dalam kalangan murid – murid SMK St. Gabriel, Kuala Lumpur. Disediakan oleh ; _________________________ ________________________ (NOOR HIDAYAH BT RAZALI ) (NORIZAN BT MOKSIN) UNIT ICT SMK ST. GABRIEL, KL GPM SMK ST. GABRIEL, KL 24 JULAI 2021 24 JULAI 2021 Disahkan oleh; ________________________ ( )


LAMPIRAN BERGAMBAR CARA CAPAIAN PORTAL PUSAT SUMBER SMK ST. GABRIEL CARA (1) - LINK PORTAL ; https://datastudio.google.com/u/0/reporting/c0eca683-5ea6-4b6f-8e9b18d9b147955e/page/QyXsB CARA (2) – MYLINK.LA https://mylink.la/pssgabrians


PORTAL PUSAT SUMBER DIGITAL SMK ST. GABRIEL (MENGIKUT BAHAGIAN)


RAK MAYA SMK ST. GABRIEL https://stgabriel.rakmaya.com/


Majlis Pelancaran Portal Pusat Sumber SMK St. Gabriel dan Rak Maya (08 Julai 2021) – secara atas talian (Google Meet).


Click to View FlipBook Version