SMK ST. GABRIEL JALAN PERWIRA, 55100 KUALA LUMPUR NO TEL : 03 92859384, NO FAX : 03 92871081 SMK ST. GABRIEL TAHUN 2022 Lokasi : Gelanggang Tarmik (SMKSG) Tarikh : 22 Jun 2022 (Rabu) Anjuran oleh : Unit Kokurikulum SMK St. Gabriel Dikelolakan oleh : Jawatankuasa Kerja Kokurikulum SMK St. Gabriel Jalan Perwira 55100 Kuala Lumpur :
1.0 PENGENALAN Pertandingan kawad kaki ini adalah salah satu cara menanamkan semangat kerja berpasukan dan menyemaikan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-ahlinya. Di samping memanfaatkan disiplin kawad dalam badan beruniform, pertandingan ini juga dapat merapatkan silaturahim di kalangan murid dan guru SMK St. Gabriel. Pertandingan di peringkat sekolah ini amat penting sebagai langkah latihan bagi pengurusan pada peringkat seterusnya. Adalah diharapkan pada tahun ini juga kualiti pertandingan peringkat sekolah akan lebih baik dan dapat mengikut peraturan pertandingan peringkat negeri sepenuhnya. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 MAKLUMAT PROGRAM 2.1. 1. Tajuk Program : Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK St. Gabriel Tahun 2022 2.1. 2. Anjuran : Unit Kokurikulum, SMK St. Gabriel 2.1. 3. Kelolaan : Ahli Jawatankuasa Kerja Unit Kokurikulum 2.1. 4. Tarikh : 22 Jun 2022 (Rabu) 2.1. 5. Tempoh masa : 3 jam 2.1. 6. Masa : 11.30 pagi hingga 3.000 petang 2.1. 7. Tempat : Gelanggang Tarmik, SMK St. Gabriel 2.2 JAWATANKUASA PROGRAM 2.2. 1 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : En. Vaitis Varan a/l Arumugam Timbalan Pengerusi : Pn. Aminah bt. Abdul Rashid Naib Pengerusi : Cik Valliamah Sinniah Pn. Noriah bt. Sahlan Penyelaras : Pn. Ramlah binti Alias Setiausaha : Cik Fatimah Farahiyah bt. Mohd Zahid Bendahari : Pn. Maswiza binti Muhamad
2.2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA Penyelaras Pertandingan : Pn. Ramlah bt Alias Komandan : En. Mohamad Idzha bin Kassim En. Mohd Azrul bin Mamat Pengurus peserta dan tempat : Pn. Husnita bt Haris (K) Pn. Tan Cheng Yin Setiausaha : Cik Fatimah Farahiyah bt Mohd Zahid Kehakiman : Pn. Ramlah bt Alias Pengurus Pasukan Badan Beruniform : KRS Pn. Noor Hidayah Razali (K) Cik Fatimah Farahiyah bt Mohd Zahid Kadet Polis Pn. Nor Azah bt Fauzi (K) Pn. Siti Rohani bt. Mohd Shahar Kadet Bomba Pn. Nurul Wahidah bt. Zaharia (K) Pn. Sukriah bt Musa Pengakap Pn. Zalfatihah binti Yacob (K) En. Muhamad Irfan bin Mohamed Nazir PBSM Pn. Azlinda bt Mohd Nor (K) Pn. Shahruzie bt. Shaharun Briged Putera Pn. Liew Kui Moi (K) En. Huan Huat Bing Penjaga & pencatat masa Pengira markah : Pn. Liew Kui Moi (K) Pn. Husna bt. Samsudin Juruacara Pertandingan : Pn. Azlinda bt Mohd. Nor (K) Cik Nurul Afiqah bt. Muhammad Salleh Disiplin & Keselamatan : En. Aziz Zamri b. Tumijan (K) En. Huan Huat Bin Hadiah : Pn. Maswiza binti Muhamad (K) Pn. Siti Nur Afiqah binti Yahaya Cik Nur Diyana binti Mohamad Cik Farah Inani binti Mohd Muzaffar
Sijil Murid dan Guru : Kadet Bomba Pn. Fatinliyana binti Mahdi Pn. Sukriah binti Musa Kadet Polis Cik Nur Diyana binti Mohamad Pn. Mageswary a/p Rengasamy KRS Pn. Shuhaila binti Shasudin Pn. Husna bt Samsudin Briged Putera Pn. Umasanthy a/p Ramasamy En. Huan Huat Bing Pengakap Pn. Nor Hafizah bt Ali Cik Nurul Afiqah bt Muhammad Salleh BSMM Cik Farah Inani binti Mohd Muzaffar Pn. Ong Hoi Foung Pertolongan cemas : Pn. Zaharah bt Hairan (K) Pn. Ch’ng Siew Hoon Ahli PBSM Siaraya & Peralatan : En. Khairul Ariffin bin Razlan (K) En. Asmadi bin Awang Fotografi & Dokumentasi : Pn. Norizan binti Moksin Buku Program : Pn. Siti Nur Afiqah binti Yahaya 2.3 KUMPULAN SASARAN Semua unit beruniform SMK St. Gabriel. 2.4 OBJEKTIF 2.4. 1. Memberi pendedahan tentang kepentingan aktiviti berkawad dalam Pasukan Badan Beruniform yang dianggotai oleh mereka. 2.4. 2. Menjadikan satu amalan dalam mendisiplinkan diri, berdaya tahan dan nilainilai murni yang boleh diimplemenkan dalam kehidupan mereka. 2.4. 3. Membentuk suatu trend pertandingan sihat di kalangan murid sekolah.
2.5 KAEDAH PELAKSANAAN 2.5.1. Merangka jawatankuasa dan bidang tugas setiap jawatankuasa. 2.5.2. Mengadakan mesyuarat untuk agihan tugas kepada ajk yang terlibat. 2.5.3. Tentatif Program 11.15 pagi - Semua murid berkumpul o Pemeriksaan Perbarisan o Pemeriksaan Pakaian Pasukan 11.30 pagi - Pertandingan kawad kaki bermula 1.30 petang - Penyampaian Hadiah dan Sijil 2.30 petang - Tamat 2.6 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN 2.6.1. Canopy 2.6.2. PA Sistem 2.6.3. Borang Pemarkahan 3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN/ AKTIVITI Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah diadakan pada 22 Jun 2022 di Dataran Tarmik mengikut takwim yang telah ditetapkan. Semua AJK Pelaksana telah dimaklumkan awal berkaitan bidang tugas masing-masing supaya semua aktiviti Pertandingan Kawad Kaki berjalan dengan lancar. Pasukan Unit Beruniform Sekolah telah menjalani latihan kawad kaki selama dua minggu. Latihan kawad kaki diadakan pada perjumpaan Kokurikulum. Selain itu, Pasukan Unit Beruniform dibenarkan membuat latihan kawad pada waktu sesi persekolahan bermula jam 11.40pagi – 1.10 petang (16 – 17 Jun 2022 dan 20 – 21 Jun 2022) untuk memastikan mereka dalam keadaan bersedia untuk Pertandingan Kawad Kaki. Semua Ketua Penasihat Badan Beruniform diminta membuat cabutan undian untuk menentukan giliran Unit Beruniform masing-masing sehari sebelum pertandingan (21 Jun 2022) pada jam 2.40 petang. Keputusan cabutan undian adalah seperti berikut, Pasukan Kadet Remaja Sekolah, Pasukan Bulan Sabit Merah, Pasukan Kadet Bomba, Pasukan Kadet Polis, Pasukan Pengakap dan Pasukan Briged Putera. Pemarkahan kawad kaki adalah berdasarkan pada pakaian, kawad asas dan formasi.
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI Secara keseluruhan, Pertandingan Kawad Kaki dapat dijalankan dengan lancar pada 22 Jun 2022, jam 11.15 pagi – 3.00 petang. Sebanyak 6 Pasukan Unit Beruniform bertanding bagi sesi pagi dan sesi petang. Unit Beruniform sesi pagi memulakan pertandingan dahulu dan diikuti Unit Beruniform sesi petang. Pasukan Kadet Remaja Sekolah menjadi pasukan pertama dalam pertandingan ini, dikuti oleh Pasukan Bulan Sabit Merah, Pasukan Kadet Bomba, seterusnya Pasukan Kadet Polis. Pasukan Pengakap merupakan pasukan kelima yang bertanding dan pasukan terakhir adalah Pasukan Briged Putera. Sekolah telah menjemput hakim pertandingan daripada Unit Pengakap Daerah Titiwangsa untuk mengadili pertandingan tersebut. Majlis Penutup Pertandingan Kawad Kaki di adakan di Dewan Terbuka pada jam 2.00 petang. Pemenang pertandingan menerima Piala Pusingan berserta hamper. Keputusan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah Tahun 2022 seperti berikut : Sesi Pagi UNIT BERUNIFORM KEDUDUKAN JUMLAH MARKAH BRIGED PUTERA 1 571.12 KADET REMAJA SEKOLAH 2 559.67 PENGAKAP 3 515.56 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 4 497 KADET POLIS 5 494.84 KADET BOMBA 6 459.49 Sesi Petang UNIT BERUNIFORM KEDUDUKAN JUMLAH MARKAH BRIGED PUTERA 1 332 KADET REMAJA SEKOLAH 2 328 PENGAKAP 3 326 KADET POLIS 4 320 KADET BOMBA 5 319 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 6 281
5.0 KEMAJUAN/ MASALAH Melalui laporan jawatankuasa pelaksana, beberapa masalah atau isu dikenalpasti, antaranya ialah 5.1. Kamera sekolah tidak dapat digunakan, foto hanya dapat diambil menggunakan telefon bimbit dan kualiti gambar kurang memuaskan dan telefon menjadi cepat panas. 5.2. Bilangan pengurus peserta hanya 2 orang dan tidak mencukupi untuk menyusun kon. 5.3. Pemilihan Hakim Pertandingan perlu dibuat lebih awal bagi melibatkan hakim dari pihak luar atau jemputan. 5.4. Hakim hendaklah dipilih daripada Unit Pasukan Beruniform yang berbeza bagi mengelakkan isu tidak adil atau tidak puas hati. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan penambahbaikan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2022 ialah 6.1. Bilangan pengurus peserta perlu ditambah bagi membantu penyusunan kon. 6.2. Penyelarasan dari segi bilangan penyertaan boleh mengikut had yang ditetapkan secara seragam bagi semua Unit Beruniform. 6.3. AJK Fotografi dan AJK Dokumentasi perlu daripada individu yang berbeza bagi memudahkan urusan kerja. 7.0 PENUTUP Pertandingan kawad kaki ini diharapkan dapat menanamkan semangat kerja berpasukan dan menyemaikan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-ahlinya. Di samping memanfaatkan disiplin kawad dalam badan beruniform, pertandingan ini juga dapat merapatkan silaturahim di kalangan murid dan guru SMK St. Gabriel. 8.0 LAMPIRAN 8.1. Senarai AJK dan Bidang Tugas Setiap AJK. 8.2. Laporan Jawatankuasa Pelaksana. 8.3. Buku Program 8.4. Skrip Juruacara Majlis 8.5. Senarai Nama Pemenang 8.6. Gambar dan Aktiviti
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PASUKAN UNIT BERUNIFORM SESI PETANG
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PASUKAN UNIT BERUNIFORM SESI PAGI BRIGED PUTERA
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PASUKAN UNIT BERUNIFORM SESI PAGI KADET REMAJA SEKOLAH
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PASUKAN UNIT BERUNIFORM SESI PAGI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PASUKAN UNIT BERUNIFORM SESI PAGI KADET POLIS
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PASUKAN UNIT BERUNIFORM SESI PAGI PENGAKAP
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PASUKAN UNIT BERUNIFORM SESI PAGI KADET BOMBA
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PASUKAN UNIT BERUNIFORM SESI PAGI PEMERIKSAAN PAKAIAN UNIT BERUNIFORM
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2022 PENGACARA MAJLIS DAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM HAKIM JEMPUTAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2022
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 TEMPAT PASUKAN UNIT MENUNGGU GILIRAN PENGETUA MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA HAKIM JEMPUTAN
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 UCAPAN DARIPADA KETUA HAKIM PERTANDINGAN KAWAD KAKI Disediakan oleh, …………………………………………. PN. NORIZAN BINTI MOKSIN AJK DOKUMENTASI Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2022 SMK St. Gabriel