PANDUAN MEMBINA
BUKU SKRAP
SEJARAH TAHUN 5
PANDUAN UMUM BUKU SKRAP
● Boleh dibuat secara ‘hardcopy’ (tulis tangan) atau
‘softcopy’(power point @ ms word).
● Namun, perlu dihantar secara online kepada GC guru subjek.
● Hiasan mengikut kreativiti masing-masing.
● Tidak melebihi 15-20 muka surat dari muka depan sehingga
rujukan.
● Boleh masukkan gambar yang sesuai dengan tajuk. Namun ianya
tidak wajib.
SUSUNAN BUKU Muka depan
SKRAP -Nama
-Kelas
-Nama sekolah
-Tajuk kajian
Isi kandungan
Objektif
Kaedah kajian
Penghargaan
Pendahuluan
Hasil kajian
Kesimpulan
Rujukan (Nyatakan buku
teks/laman sesawang)
CONTOH
MUKA DEPAN
CONTOH ISI
KANDUNGAN
CONTOH
OBJEKTIF
Read the text and then list out all the
present continuous tense.
CONTOH KAEDAH KAJIAN
KAEDAH
KAJIAN Kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secar sistematik bagi
menjayakan tugasan ini ialah kajian/sumber perpustakaan dengan merujuk buku teks
sejarah dan bahan-bahan dari Internet.
CONTOH PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan buku skrap sejarah dalam tempoh yang ditetapkan.
Saya dari kelas 5____________ merakamkan ucapan terima aksih kepada semua pihak yang terlibat
membantu saya menyiapkan dan menjayakan buku skrap sejarah ini.
Pertamanya ucapan terima kasih ini ditujukan buat kedua ibu ayah saya yang telah memberikan saya
dorongan dan bantuan untuk menyiapkan tugasan ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru sejarah saya iaitu Puan____________ yang telah memberi
kami tunjuk ajar serta bimbingan dalam merancang dan melaksanakan buku skrap ini.
CONTOH PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Kajian ini membincangkan tentang Lagu Kebangsaan Malaysia iaitu lagu Negaraku.
Kajian ini akan meninjau sejarah penciptaan lagu kebangsaan Malaysia ini, lirik dan
maksud disebalik lagu Negaraku, etika sewaktu menyanyikan dan mendengar lagu
Negaraku serta peranan lagu Negaraku ini di dalam membentuk jati diri rakyat
Malaysia.
HASIL KAJIAN
Tulis secara menyeluruh mengenai tajuk kajian.
Boleh sertakan gambar sekiranya perlu.
Hasil kajian mestilah antara7-12 muka surat.
1. Sejarah lagu kebangsaan Malaysia.
2. Nama lagu kebangsaan Malaysia
3. Lirik dan maksud lagu Negaraku
4. Etika ketika menyanyikan dan mendengar lagu Negaraku.
5. Peranan lagu kebangsaan untuk membentuk jati diri.
CONTOH
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya mendapat banyak faedah daripada tugasan ini. Saya belajar untuk lebih
memahami tentang Lagu kebangsaan Malaysia iaitu lagu Negaraku. Saya juga telah dapat
memahami sejrah di sebalik penciptaan lagu ini. Selain itu, saya juga telah belajar etika yang betul
sewaktu menyanyikan dan juga sewaktu mendengar lagu ini berkumandang. Kajian ini juga telah
menambahkan lagi semangat saya untuk membentuk jati diri yang gemilang.
CONTOH RUJUKAN
RUJUKAN
Rujukan Buku Teks Sejarah Tahun 5
Rujukan Internet –(nyatakan laman web/laman sesawang yang sesuai)
TAMAT