The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MASALAH PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazzlynnezzyanhaswandy, 2022-06-09 09:42:10

MASALAH PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR

MASALAH PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

Tajuk : Masalah Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Remaja.

Program : Diploma Sains Kesetiausahaan
Nama Pensyarah : Mohd Norfaeezwan Bin Buang

Ahli Kumpulan :
1.Hazzlynn Ezzyan Binti Haswandy ( 20DSK21F1025 )
2.Hanis Yasmin Binti Hardynorhan ( 20DSK21F1801 )

PENGHARGAAN

Alhadulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia

dan izinNya dapatlah kami menyiapkan tugasan flipbook ini bagi

memenuhi sebahagian daripada keperluan Diploma Sains

Kesetiausahaan Politeknik Mukah, Sarawak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada

En. Mohd Norfaeezwan Bin Buang, Pensyarah kursus kami yang

telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan

ini dapat disiapkan. Tidak lupa juga ahli kumpulan saya yang

telah banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan

tugasan ini.

Akhir Sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang

telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak

langsung bagi menyiapkan tugasan flipbook ini. Semoga Allah SWT

memberikan balasan yang lebih baik jua. Amin.

ISI KANDUNGAN

Penghargaan......................................... 2
Pendahuluan..........................................4
Punca..................................................5
Kesan..................................................6
Cara Mengatasi......................................7
Kesimpulan...........................................8
Sumber Rujukan......................................9

PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini, pergaulan bebas dalam

kalangan remaja semakin menular. Masalah pergaulan

bebas ini sering terjadi kerana kurangnya didikan

agama. Selain itu, remaja bergaul bebas tanpa

mengira jantina menyebabkan generasi muda yang

melihatnya terpengaruh serta memberi impak

negatif. Remaja yang berada dalam lingkungan umur

12 hingga 21 tahun yang sedang berada dalam fasa

peralihan untuk berubah jadi matang merupakan

golongan yang sering bergaul bebas. Masalah

pergaulan bebas dapat dikawal sekiranya ibu bapa

memantau tingkah laku anak mereka.

PUNCA

Punca-punca yang menyebabkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja ini

adalah kerana kurang didikan agama. Kurangnya didikan agama dapat

mempengaruhi perilaku remaja dan remaja akan mudah terpengaruh dalam

pergaulan bebas. Selain itu, remaja yang mendapat kurang perhatian dari ibu

bapa juga adalah satu faktor menyebabkan remaja terpengaruh dengan

pergaulan bebas.
Seterusnya, penyalahgunaan internet juga salah satu punca pergaulan bebas.

Hal ini kerana, para remaja dapat mengakses apa pun yang ada di internet.

Risiko ini sangat tinggi kerana remaja mudah untuk meniru konten yang tidak

sesuai di internet. Akhir sekali ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya
juga dapat mempengaruhi remaja pada masa kini. Apabila seseorang remaja

melihat rakannya melakukan sesuatu yang salah, mereka mungkin akan

mengikuti perbuatan tersebut ataupun rakan mereka mengajak mereka untuk

melakukan sesuatu yang salah di sisi agama.

KESAN

Antara kesan pergaulan bebas ialah kemerosotan pelajar. Bagi pelajar

yang kerap bersosial dan sering keluar dengan berlainan jantina yang

tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah, mereka akan mudah

terjerumus kepada perkara-perkara yang dapat merosakkan akhlak.

Remaja juga akan menjadi leka dan tidak fokus dengan pelajaran.

Seterusnya, keruntuhan akhlak juga akan terjadi dalam kalangan remaja.

Akibat pergaulan yang terlalu bebas, mereka mudah sahaja berkawan

dengan individu yang tidak dikenali. Remaja-remaja pada masa kini

terdedah dengan individu yang tidak baik seperti gangster dan

sebagainya. Selain itu, kes pelacuran akan meningkat kerana remaja
yang bebas bergaul akan mudah terjerumus dengan pergaulan seks

bebas. Menurut kajian, remaja yang berumur 15 dan 16 tahun adalah

paling berisiko kerana sesetengah daripada mereka datang dari keluarga

yang bermasasalah terutamanya di rumah. Pembuangan bayi akan

berlaku bagi remaja yang melakukan hubungan intim tanpa mempunyai

ikatan yang sah. Hal ini akan menyebabkan remaja perempuan

mengandung sebelum berkahwin. Bayi akan dibuang di tempat seperti

tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Akhir sekali

ialah tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut seperti HIV

dan AIDS. Penyakit ini dapat membawa maut kerana ubatnya masih

belum ditemui sehingga ke hari ini.

CARA MENGATASI

Memilih rakan yang baik adalah salah satu cara untuk mengatasi

pergaulan bebas. Remaja akan mudah didampingi oleh individu-individu

tanpa mengira peringkat usia. Memilih rakan yang baik adalah penting

bagi seorang remaja untuk menjadikan diri mereka menjadi lebih baik.

Rakan yang baik akan mengajak rakan mereka untuk melakukan sesuatu

yang baik. Selain itu, Elakkan berpasangan antara lelaki dan perempuan

kerana mempunyai teman Wanita atau teman lelaki akan menyebabkan

pemikiran remaja lebih tertumpu kepada hubungan tersebut dan remaja

akan lebih leka sehingga menyebabkan mereka tidak fokus dengan

pelajaran. Seterusnya, kawalan terhadap media sosial dapat membuat

remaja lebih fokus dengan pelajaran atau remaja tidak akan

terpengaruh dengan benda yang negatif dalam internet. Menjaga

keseimbangan pola hidup juga memberi impak dalam kehidupan remaja.

Remaja perlu mendisiplinkan diri dengan mengelola waktu, emosi,

energi serta fikiran dengan baik dan bermanfaat, misalnya mengatur

waktu dalam kegiatan sehari-hari serta mengisi masa lapang dengan

kegiatan positif.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat

manusia yang tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan

maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak

dan mati. Perintah tuhan diabaikan sebaiknya cenderung mengikut kata

hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas lebih banyak

keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif

dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh

direalisasikan seandainya ada pengembleng tenaga dan strategik dalam

kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak

terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah

mengambil inisiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini

demikian, adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus

berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej, Malaysia sebagai sebuah

negara islam yang terkemuka di dunia.

SUMBER

RUJUKAN

https://www.yumpu.com/id/document/view/57462879/faktor-

berlakunya-pergaulan-bebas

http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-

masalah-pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-sekolah/
https://www.merdeka.com/sumut/cara-mengatasi-pergaulan-


bebas-pada-remaja-orang-tua-wajib-tahu-kln.html
https://www.haraki.my/cabaran-menangani-masalah-pergaulan-


bebas-remaja-kini/

TERIMA

KASIH


Click to View FlipBook Version