The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhitayj, 2021-05-03 20:13:36

Mutiara Ramadan 16

Mutiara Ramadan 16

Keywords: Mutiara Ramadan

Mutiara Ramadan

22 Ramadan 1442 H / 4 Mei 2021 M

(Bil 16)

Zakat Fitrah

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.
Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu
muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-
syarat yang ditetapkan.

Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang
sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.

Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al
Quran dan hadith-hadith berikut :
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat
dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.
Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan
Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada
tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka
dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.
Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah
pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan
atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum
atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu
masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku
mengeluarkannya sebelum ini.
Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah
supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada
perkara yang sia-sia dan … dan memberi makan kepada orang-orang
miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari
raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang
menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti
sedeqah-sedeqah yang lain.






Click to View FlipBook Version