The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhitayj, 2021-05-04 19:41:47

Mutiara Ramadan 17

Mutiara Ramadan 17

Keywords: Mutiara Ramadan

Mutiara Ramadan

23 Ramadan 1442 H / 5 Mei 2021 M

(Bil 17)

Kelebihan Sedekah

Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah s.w.t.
Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkankan lahir dari hati untuk
memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu. Erti sedekah dalam Islam itu sangat
luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan
dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan
sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah
bagimu.” Hadis Riwayat Bukhari Sebenarnya, banyak balasan yang Allah berikan bagi
golongan yang gemar bersedekah. Antaranya;
#1 – Menghapuskan Dosa
Dengan bersedekah juga dapat menghapuskan segala dosa dan kesalahan terdahulu.
Namun, terlebih dahulu mestilkah segala dosa itu dikesali dan dinsafi dengan taubat
nasuha untuk tidak mengulanginya lagi. Baginda s.a.w bersabda yang bermasud:
“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”
Hadis Riwayat at-Tirmidzi

#2 – Memisahkan Diri Dari Neraka
Nabi s.a.w bersabda: “Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah
itu pemisah dari neraka.” Selain itu, walau bersedekah apapun dengan bilangan yang
sedikit sekalipun dapat mengelakkan diri dari api neraka. Sabda Baginda lagi;
“Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma.”

#3 – Dilipat Gandakan Pahala
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah s.w.t selain menjadi amalan baik
yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Allah berfirman
yang bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta
bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang
menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat
gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas
(anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.” Surah al-Baqarah:261

#4 – Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat
Siratal Mustaqim yang tidak ramai berjaya harungi akan menjadi lebih mudah kepada
pemberi sedekah. Lalu janganlah kedekut kerana dengan berdekah akan menjadi
pembantu dan penolong kita di hari akhir nanti.

#5 – Memadamkan Kepanasan Alam Kubur
Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat
memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan
bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”
Hadis Riwayat at-Thabrani






Click to View FlipBook Version