The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhitayj, 2021-04-28 10:59:54

MUTIARA RAMADAN 13/2021

MUTIARA RAMADAN 13/2021

Keywords: MUTIARA RAMADAN

Mutiara Ramadan

17 Ramadan 1442 H / 29 April 2021 M

(Bil 13/2021)

Mutiara Ramadan

Rahsia Nuzul Al-Quran

Nuzul al-Quran bermaksud penurunan al-Quran dari langit
kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W.
Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa Allah S.W.T.
menurunkan ayat pertama al-Quran kepada Rasulullah dan
berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga
menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari
ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad berusia
41 tahun, iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan
dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat
di dalam Gua Hira.

Bersesuaian dengan kedudukan al-Quran itu sebagai kitab yang
agung, Allah S.W.T. menurunkannya pada bulan yang mulia, iaitu
bulan Ramadan dengan membawa beribu keberkatan kepada
umat Islam.

Firman Allah S.W.T. dalam surah Ad-Dukhaan, ayat 3 yang
bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran
itu pada malam yang berkat.”

‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah S.W.T. dalam surah di
atas adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat,
yang lebih besar keutamaannya daripada amalan seribu bulan.




Click to View FlipBook Version