The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhitayj, 2021-05-02 19:29:37

Mutiara Ramadan 15

Mutiara Ramadan 15

Keywords: Mutiara Ramadan

Mutiara Ramadan

21 Ramadan 1442 H / 3 Mei 2021 M

(Bil 15)



LAILATUL QADAR, MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
-------------------------------------------------

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan
keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam
yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan
malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain
sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di
antaranya firman Allah s.w.t.

Sebab turun Surah Al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000
bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid
dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w telah menyebut temtang
seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk
berperang pada jalan Allah maka orang islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu
Allah menurunkan ayat tersebut.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4
orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit
pun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka
itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah s.w.t menurunkan
yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al-Qadar dan Jibril
berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini
menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang
beribadah pada malam Lailatul qadar. Ianya satu malam yang menyemai beramal
1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w menyebut
Maksudnya: ‘ Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan
ramadhan lebih daripada yang lainnya.
Rasulullah s.a.w melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda
sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata
Aisyah r.a.

Maksudnya: ‘ Nabi s.a.w apabila masuk 10 akhir ramadhan baginda mengikat
kainnya.Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya
untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh
mengerjakan ibadah.“



ALQURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu
orang sangat memerlukannya.“

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?“ Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan
kamu sanjung, danjuga telah bangun malam untukku dan kamu juga
pernah membacaku di waktu siang hari.“

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah
kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas
kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal
kami tidak sampai ini?“

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."


Click to View FlipBook Version