Tentatif 1 1.1 Pendaftaran kehadiran secara ‘Google Form’ 1.2 Bacaan doa 1.3 Ucapan aluan dan perasmian dari Yang Dipertua PKPI Tentatif 2 2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agong tahun 2023 2.2 Perbentangan laporan aktiviti sepanjang tahun 2023 2.3 Perbentangan laporan kewangan & penyata kira-kira tahun 2023 2.4 Cadangan & Usul 2.5 Ucapan penangguhan. Tentatif 3 Cabutan bertuah Jamuan makan Bersurai TENTATIF MESYUARAT
NOTIS !!! MESYUARAT AGONG TAHUNAN BAGI TAHUN 2024 PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM TNB PULAU PINANG Tarikh : 12hb Februari 2024 Kepada : Semua Ahli-Ahli PKPI (Pulau Pinang) Perkara : MESYUARAT AGONG BAGI TAHUN 2024 PKPI (PULAU PINANG) Berhubung dengan perkara diatas, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam (PKPI) Pulau Pinang menyampaikan NOTIS MESYUARAT AGONG BAGI TAHUN 2024 yang akan diadakan pada 01 Mac 2024 (Hari Jumaat), Jam 08.30 pagi, bertempat di Dewan Aras 2, TNB Jalan Anson. Agenda : 1.1 Semua ahli diminta untuk daftar kehadiran secara Google Form. 1.2 Bacaan doa 1.3 Ucapan aluan dan perasmian dari Yang Dipertua PKPI (Pulau Pinang) Mesyuarat : 2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agong PKPI bagi Tahun 2023 2.2 Perbentangan laporan aktiviti PKPI bagi tahun 2023 2.3 Perbentangan laporan kewangan & penyata kira-kira 2023 2.4 Cadangan & Usul 2.5 Ucapan penangguhan. Jamuan : Makan disediakan Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul atau cadangan, bolehlah mengisi borang yang dimajukan. Borang ini boleh dimajukan juga secara email dan whatsapp dalam tempoh 7 (tujuh) hari sebelum mesyuarat iaitu pada atau sebelum 20 Februari 2024. Sekian, terima kasih. “PKPI - SEPAKAT BERKAT“ (Junaidah Binti Ahmad) Setiausaha Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang
BARISAN AJK PKPI PULAU PINANG Duduk Dari Kiri : Hj. Abdul Qahar Bin Inchik Hashim, Tn. Hj. Ismail Lathifi Bin Teh, En. Zulkahiri Bin Mat Zain & En. Mohamad Khir Bin Hj Bakar. Berdiri Dari Kiri : Pn. Junaidah Binti Ahmad, En. Mohd Firdaus b. Abdul Halim, En. Yasri Hazrin Bin Alias, En. Badroll Munir b. Abu Bakar, En. Mohamad Hafizi Bin Mohd Radzi & Pn. Nurhayati Binti Abdul Rahim. Tiada Dalam Gambar: En. Rosmaini Bin Mohd Noor, Hj. Mohamad Khairul Azhar Bin Ismaail, & Nurul Syakirah binti Mohamad.
Kursus Umrah 07 Januari 2023 PKPI berkolaberasi dengan Surau Residensi TNB Sg. Ara telah menjemput Ustaz Muhammad Hafiz Ahmad dari Syarikat Az Zuha Group Travel & Tour untuk memberi penerangan berkaitan dengan ibadah umrah. Sumbangan Zakat Wakalah 11 Januari 2023 PKPI Pulau Pinang telah menjejaki asnaf iaitu En. Jamaluddin yang sangat memerlukan bantuan perubatan untuk isteri beliau yang sedang sakit tenat dan sedang koma serta memerlukan pembedahan segera. Sumbangan kepada 5 orang asnaf di kawasan Bayan Lepas 16 Januari 2023. PKPI Pulau Pinang melalui Pejabat Zakat Pulau Pinang telah menjejaki 5 orang asnaf yang tinggal di kawasan Sungai Batu dan Balik Pulau, Pulau Pinang untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka. Gambar disebelah merupakan salah seorang penerima sumbangan. LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2023
Ceramah Perdana 11 Februari 2023 Ceramah perdana bertajuk ‘Ibrah Sitratul Muntaha dalam Mendidik Jiwa’ telah diadakan di perkarangan Residensi TNB Sg. Ara. Penceramah jemputan iaitu Ustaz Haslin Baharim. Program ini dihadiri seramai 600 orang. Tajaan Berbuka Puasa dan Sahur 13 Mac 2023. PKPI bersama Pelitawanis dan BSO Pulau Pinang menyampaikan sumbangan bagi Tajaan Berbuka Puasa dan Sahur kepada wakil Madrasah Ad Durin Nafis, Gelugor. Mesyuarat Agong Tahunan PKPI Pulau Pinang 18 Mac 2023 Mesyuarat AGM PKPI telah diadakan di Aras 2, Wisma TNB, Jalan Anson. Seramai 70 orang ahli telah menghadiri mesyuarat pada kali ini.
Edaran Kurma Sempena Ramadan 2023 pada 18 Mac 2023 Sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba, PKPI telah membuat edaran kurma kepada semua ahli. Kuliah Dhuha 03 April 2023 PKPI telah mengadakan Kuliah Dhuha bersama Ustaz Jafri bin Abu Bakar. Kuliah bertajuk ‘Ramadan Berkat, Takwa Meningkat’ bertempat di Aras 17, Wisma TNB Jalan Anson. Majlis Bacaan Yaasin 04 April 2023 Majlis Bacaan Yaasin telah diadakan secara hibrid bagi memudahkan semua ahli untuk menyertai majlis walau dimana mereka berada. Majlis ini merupakan program secara bulanan PKPI.
Majlis Berbuka Puasa 14 April 2023 PKPI Pulau Pinang bersama Surau Residensi TNB, Sg. Ara telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Residensi TNB, Sg. Ara. Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi Masjid Al-Huda Sg. Ara, semua penghuni kuarters dan anggota kerja yang bertugas di kawasan sekitar. Sumbangan Kematian 10 April 2023 PKPI Pulau Pinang menerima berita dukacita dimana seorang anggota kerja TNB dan merupakan ahli PKPI iaitu Mohd Sukri bin Salim (10083890), Unit DN Protection telah meninggal dunia. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin. Program Menjejaki Asnaf 07 April 2023 PKPI telah menyampaikan sumbangan kepada 20 orang asnaf dikawasan sekitar Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sumbangan adalah berupa barangan keperluan dan wang tunai agar dapat meringankan beban sempena Ramadhan
Program ESG Membersih Persisiran Pantai 14 Mei 2023 PKPI, Kelab Kilat dan Pelitawanis telah menyertai Program ESG yang diadakan oleh Unit SSA. Program ini hasil kerjasama dengan pihak NGO Lestari R&R di Bagan Ajam, Pulau Pinang. Program Ihya Ramadan TNB Peringkat Negeri Pulau Pinang 15 April 2023 PKPI Pulau Pinang telah diberi kepercayaan dan Amanah oleh pihak pengurusan dan BSO untuk membantu dalam urusan pengagihan sumbangan kepada pihak madrasah dan pelajar tahfiz Ad Durin Nafis, Gelugor, Pulau Pinang. Program singgah sahur bersama wira TNB dan gelandangan 14 April 2023 PKPI berkolaborasi dengan Kelab Kilat dan Pelitawanis telah mengadakan program untuk mengagihkan juadah sahur kepada anggota kerja yang bertugas dan gelandangan di kawasan sekitar Masjid Kapitan Keling dan Komtar
Lawatan Ilmu ke Yala, Narathiwat dan Pattani pada 14 - 16 Julai 2023 PKPI Pulau Pinang telah mengadakan lawatan ilmu ke tiga Wilayah Utara Thailand. Lawatan ini disertai seramai 20 orang ahli PKPI. Muktamar PKPI Kebangsaan 2023 pada 17 Jun 2023 PKPI Pulau Pinang telah menghantar seramai 5 orang perwakilan untuk menyertai Muktamar pada kali ini yang diadakan di Bangi Avenue & Convention Centre, Kajang Selangor. Majlis Tilawah Al-Quran 11 Jun 2023 PKPI diketuai oleh Tn. Hj Ismail Lathifi bin Teh tidak melepaskan peluang dan telah mengatur rombongan untuk membawa ahli-ahli PKPI untuk menghadiri Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1444H/ 2023M yang diadakan di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena, Pulau Pinang.
Program Qiamullai dan Klinik AlFatihah 19 Julai 2023 PKPI berkolaberasi dengan Surau Residensi TNB telah mengadakan Program Qiamulai & Klinik Al Fatihah sempena sambutan Awal Muharam 1445H. Sumbangan kepada Madrasah Hj Haron di Yala pada 16 Julai 2023 PKPI Pulau Pinang telah menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Hj Haron (Thamavitya Mulniti School) di Pattani. Madrasah ini berusia 71 tahun dan kini menempatkan 6000 pelajar. Sumbangan kepada Mahad AlFurqan Lammai di Yala pada 15 Julai 2023 PKPI Pulau Pinang telah menyampaikan sumbangan kepada Mahad Al-Furqan Lammai yang diwakili oleh pengetua sekolah iaitu Hj Abdullah bin Hj Yunus (Baba Abdullah) di Yala, Thailand. Sekolah ini menempatkan 636 pelajar dan 40 orang guru.
Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK & SPM 2023 Tahniah diucapkan kepada anakanak yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK dan SPM 2023. Kuliah Dhuha 24 Julai 2023 Sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H PKPI telah mengadakan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Hj Yusof bin Yaacob bertempat di Bilik Semarak, Aras 17, TNB Jalan Anson. Program Motivasi ‘Smart Solat’ dan Sahsiah Diri 16 September 2023 PKPI telah mengadakan Kem Smart Solat. Fasilitator jemputan adalah Ustaz Nor Ahmad Hasbullah bin Hj Norbani. Seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak TNB.
Sambutan Maulidur Rasul pada 28 September 2023 Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2023 bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ telah diadakan di Sekolah Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kuliah Maghrib 3 Oktober 2023 Kuliah Maghrib Perdana telah diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1445H/ 2023M. Penceramah jemputan adalah Al Fadhil Ustaz Mohd Fadhly (Ustaz Manis) bertajuk ‘Muhammad Ikon Sepanjang Zaman’. Majlis Bacaan Yaasin 20 Oktober 2023 PKPI bersama Pelitawanis TNB telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin secara webex bagi mendokan kesihatan anak kepada ahli iaitu Pn, Yuni Rossila yang sedang koma dan dirawat di ICU, Hospital Lam Wah Ee.
Program ESG ‘Plogging Beach Clean Up’ 8 November 2023 PKPI bersama BSO berkolaborasi bagi merealisasikan Program ESG TNB Pulau Pinang bagi mendukung agenda ESG TNB. Para peserta perlu hiking selama 1 jam untuk sampai ke Monkey Beach sebelum melaksanakan aktiviti. Program Gotong Royong kolaberasi Tiga PKPI bersama Politeknik Seberang Perai 25 November 2023 Tiga PKPI iaitu Pulau Pinang, Seberang Perai dan Gelugor berkolaborasi dengan Politeknik Seberang Perai untuk mengadakan aktiviti gotong royong di Surau Sutera Prima, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Program Sosial dan Komuniti Setempat 27 November 2023 Program Sosial dan Komuniti dengan kerjasama daripada PKPI Kebangsaan telah diadakan di Surau Sutera Prima, Seberang Jaya. Sumbangan berupa barang keperluan dan wang tunai telah diberikan kepada 30 orang asnaf di kawasan sekitar.
Program ESG Penanaman 1000 Anak Pokok Bakau 7 Disember 2023 PKPI, Kelab Kilat dan Pelitawanis telah mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman anak pokok bakau bertempat di Sungai Chenaam, Nibong Tebal, Pulau Pinang bagi menyokong ke arah ‘Sustainable Development Goals (SDG) 2030’. CERITERA CINTA 2023
BORANG CADANGAN / USUL PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM (PKPI PULAU PINANG)Nama : _____________________________ No. Pekerja : _____________ Unit : _____________________________ Cadangan: 1. 2. 3. Usul: 1. 2. 3. Saya yang memberi cadangan / usul Nama : Tarikh : PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM TENAGA NASIONAL BERHAD, PULAU PINANGFAIROZ BIN ZAKARIA 10090408 FLEET Menyertai program Rehlah di Masjid Ar Rahman,Pulau Perhentian Terengganu (Lelaki shja & tarikh belum diumumkan penganjur)FAIROZ BIN ZAKARIA 14 FEBRUARI 2024 Anugerah kecemerlangan pelajaran kepada pelajar madrasah mengikut syarat yang boleh dibincangkanMempergiatkan program dakwah di pejabat/surau pejabat
BORANG CADANGAN / USUL PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM (PKPI PULAU PINANG) Nama : _____________________________ No. Pekerja : _____________ Unit : _____________________________ Cadangan: 1. 2. 3. Usul: 1. 2. 3. Saya yang memberi cadangan / usul ………………………… Nama : Tarikh : PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM TENAGA NASIONAL BERHAD, PULAU PINANG