SENARAI JAWATAN BSMM DAN PANGKAT
PEMAKAIAN LENCANA DAN SUSUNAN LENCANA
SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA PADA LENGAN
SUSUNAN PEMAKAIAN LENCANA KECEKAPAN MUDA
LAPORAN AKTIVITI
Tajuk: Perjumpaan Pertama Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 5.00 - 7.00 petang Tempat: Dewan Tun Fatimah IPGMK Perempuan Melayu Pensyarah Bertugas: 1. Cik Kristil Tan Ai Teng 2. Dr. Norsiah binti Bahari MINGGU 1 Pada minggu pertama telah menjayakan satu perjumpaan pertama unit beruniform BSMM bersama semua ahli BSMM yang terdiri daripada unit PAKK 1, PAKK 2, BM 6 dan BM 8 di Dewan Tun Fatimah bersama dua orang pensyarah pembimbing. Tepat pukul 5 petang kehadiran ahli BSMM telah diambil mengikut unit masing-masing. Kemudian, berlangsungnya sesi taklimat Maklumat Kursus (MK) berkenaan kursus yang diambil pada semester ini. Cik Kristil telah memberikan penerangan dengan jelas berkenaan objektif, hasil pembelajaran, topiktopik yang bakal dipelajari sepanjang semester ini. Setelah itu, disambung oleh Dr. Norsiah bagi sesi perkongsian tentang bengkel kursus dan buku rujukan BSMM iaitu ‘handbook’ yang digunakan. Selain itu, ahli BSMM bersama-sama berbincang untuk melantik ahli jawatankuasa BSMM bagi sesi 2024. Setelah selesai melaksanakan pemilihan, ahli BSMM bersama-sama menyanyikan lagu dan membacakan bacaan ikrar yang diketuai oleh Pengerusi BSMM.
Tajuk: Sejarah Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Tarikh: 16 Januari 2024 Masa: 8.00 - 10.00 pagi Tempat: Kelas di bangunan Anjung Jauhari Pensyarah Bertugas: Cik Kristil Tan Ai Teng MINGGU 2 Pada minggu kedua, berlangsungnya aktiviti pertama iaitu dimulakan dengan nyanyian lagu dan sesi suai kenal bersama pensyarah pembimbing. Perjumpaan ini telah dilaksanakan di bangunan Anjung Jauhari di dalam kelas bagi mempelajari tentang topik kedua berkenaan Sejarah Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah dan Sejarah BSMM di Malaysia. Penerangan yang jelas tentang sejarah BSMM yang diberikan oleh Cik Kristil yang diasaskan oleh Jean Henry Dunant sehingga bagaimana BSMM berjaya menetap di Malaysia. Seterusnya, diperincikan lagi tentang prinsip-prinsip, struktur dan organisasi, UUKA, Pembangunan Konvensyen Geneva, Protokol tambahan, lambang BSMM dan sebagainya. Info yang diberikan telah kami catat dan fahami bagi mengamati asal usul unit beruniform BSMM dengan baik. Tambahan pula, aktiviti kuiz juga dijalankan bagi memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan kami berkaitan Sejarah Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah. Akhirnya, Cik Kristil memberikan kesimpulan ringkas berkenaan topik yang dipelajari.
Tajuk: Asas Kawad Kaki Tarikh: 23 Januari 2024 Masa: 8.00 - 10.00 pagi Tempat: Tapak Latihan Kawad Kaki (Anjung Hikmah) Pensyarah Bertugas: Cik Kristil Tan Ai Teng MINGGU 3 Pada minggu ketiga perjumpaan unit beruniform BSMM, saya dan rakan-rakan berkumpul di tapak latihan kawad kaki di kawasan parkir kereta di Anjung Hikmah bagi menjalani latihan kawad kaki. Latihan kawad kaki diadakan selama dua jam yang diketuai oleh Aina Qasrina bagi memimpin asas pergerakan kawad kaki. Kemudian Cik Kristil mengajar kami pergerakan asas kawad kaki iaitu kawad statik seperti sedia, senang diri, rehatkan diri, membetulkan asas, berpusing ke kanan, kiri, belakang dan banyak lagi. Tambahan pula, Cik Kristil juga meminta beberapa 3 orang pelajar untuk memimpin kawad kaki didalam kumpulan kecil bagi memantapkan lagi teknik kawad kaki dengan baik. 3 orang pelajar tersebut terdiri daripada Aina Qasrina, Syariah dan Nazirah bagi membantu rakan dalam mempelajari asas kawad kaki dengan lebih mahir. Akhirnya, kami diminta untuk berkumpul semula bagi melaksanakan kawad kaki statik secara kumpulan besar dan mengimbas semula asas kawad kaki yang telah dipelajari.
Tajuk: Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Tarikh: 25 Januari 2024 Masa: 9.00 - 11.00 pagi Tempat: Sekolah Kebangsaan Bukit Baru Pensyarah Bertugas: 1. Cik Kristil Tan Ai Teng 2. Dr. Norsiah binti Bahari MINGGU 4 Seawal pukul 7.30 pagi kami berkumpul di PGL dan diarahkan untuk masuk baris mengikut unit untuk bersedia menjalani lawatan ke Sekolah Rendah. Sebelum taklimat lawatan dilakukan, kami mendengar taklimat pentaksiran berterusan bagi meneliti kerja kursus yang perlu dibuat. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cik Kristil dan seterusnya menyampaikan taklimat lawatan ke SK Bukit Baru dan SJK(C) Bukit Beruang. Pada pukul 8.50 pagi kami bertolak ke lokasi masing-masing dan kami sampai di SK Bukit Baru pada pukul 9.15 pagi. Kami diminta untuk makan sarapan terlebih dahulu dan masuk ke dalam makmal komputer bagi sesi perkongsian tentang Orientasi di Sekolah Rendah. Tentatif dimulakan dengan ucapan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Perkongsian berkenaan takwim dan rancangan aktiviti disampaikan oleh Cikgu Nazihah yang merupakan guru pembimbing BSMM SK Bukit Baru. Setelah mendengar perkongsian daripada cikgu SK Baru, kami juga mendengar perkongsian informasi BSMM daripada Dr. Norsiah dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Kami juga menjalankan satu sesi soal jawab bersama guru disana bagi memperolehi maklumat dengan lebih lanjut. Pada pukul 10.50 pagi kami melaksanakan lawatan ke kawasan sekolah dan diminta untuk masuk baris bagi sesi penutupan di tapak perhimpunan dan sesi fotografi sebagai bukti dokumentasi berkolaborasi bersama. Akhirnya, pulang ke IPG pada pukul 11:30 pagi.
Tajuk: Asas Kawad Kaki (Bahasa Hukuman) Tarikh: 30 Januari 2024 Masa: 8.00 - 10.00 pagi Tempat: Tapak Latihan Kawad Kaki Pensyarah Bertugas: Cik Kristil Tan Ai Teng MINGGU 5 Pada minggu kelima, di tapak latihan kawad kaki kami melaksanakan satu perjumpaan unit beruniform BSMM, bagi menjalani latihan kawad kaki seterusnya. Latihan kawad kaki dilakukan secara berperingkat dan diadakan selama dua jam yang diajar oleh Cik Kristil bagi mempelajari tentang subtopik lanjutan iaitu bahasa hukuman. Semua pelajar mendengar dan memahami bahasa hukuman yang diberikan oleh Cik Kristil dan seterusnya beberapa orang pelajar diminta untuk memberi arahan kepada rakan-rakan. Akhirnya, Cik Kristil melaksanakan aktiviti imbas kembali dan membuat satu kesimpulan ringkas berkenaan subtopik yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Tajuk: Asas Kawad Kaki (Pelarasan) Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 5.00 - 7.00 petang Tempat: Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang Pensyarah Bertugas: Cik Kristil Tan Ai Teng MINGGU 6 Pada minggu keenam perjumpaan unit beruniform BSMM, saya dan rakan-rakan berkumpul di kompleks sukan Puteri Gunung Ledang bagi menjalani latihan kawad kaki pelarasan bersama dua unit yang lain iaitu BM 6 dan BM 8. Pelarasan kawad kaki diadakan selama dua jam yang diajar oleh Cik Kristil. Kemudian Cik Kristil meminta kami untuk masuk barisan bagi mendengar penerangan berkenaan pelaran kawad kaki. Setelah mendengar penerangan daripada pensyarah, kami diminta untuk menghantar seorang wakil setiap unit bagi mengetuai amali pelarasan kawad kaki. Aktiviti dilakukan secara bergilir mengikut unit. Setelah selesai, kami diminta untuk mempelajari asas kawad yang baharu dan hukuman kawad kaki iaitu hormat kehadapan, hormat selaku terima sijil dan kebelakang pusing. Kemudian, kami diminta untuk berlatih secara kumpulan kecil berkenaan 3 hukuman kawad kaki tersebut. Akhir sekali, Cik Kristil membuat kesimpulan berkenaan latihan yang dijalankan.
Tajuk: Orientasi Kurikulum dan Kawad Kaki Tarikh: 27 Februari 2024 Masa: 8.00 - 10.00 pagi Tempat: Anjung Hikmah Pensyarah Bertugas: Cik Kristil Tan Ai Teng MINGGU 7 Pada minggu ketujuh telah menjayakan satu perjumpaan unit beruniform BSMM di dua tempat iaitu tapak latihan kawad kaki dan bilik kuliah di Anjung Hikmah. Pertama sekali, kami diminta oleh Cik Kristil untuk berlatih format kawad kaki mengikut giliran pelajar untuk memberi arahan. Pelajar diberi peluang untuk memberi arahan hukuman dan berlatih kawad kaki untuk amali. Aktiviti ini dilaksanakan selama 1 jam. Selepas 1 jam, kami mempelajari kaedah melaksanakan takwim dan RPH di bilik kuliah yang disampaikan oleh Cik Kristil. Sesi soal jawab juga dilakukan jika terdapat persoalan dan seterusnya membuat kesimpulan ringkas berkenaan aktiviti hari tersebut.
PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM TAKWIM TAHUNAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SK BUKIT BARU 2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2024 MINGGU HARI / TARIKH AKTIVITI BULAN SASARAN TINDAKAN Minggu 1 Rabu 27/3/2024 Penubuhan struktur organisasi BSMM. ● Pemilihan dan penubuhan jawatankuasa ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. ● Merancang aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun. ● Menerangkan penggunaan buku log dan cara pengurusan buku log. Mac Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat. Minggu 2 Rabu 17/4/2024 Pengenalan awal BSMM. ● Memperkenalkan logo, lambang dan bendera serta melukis dan mewarna logo, lambang dan bendera. ● Menyanyikan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia dan memperincikan maksud lagu BSMM. ● Melafazkan ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia dan memahami makna ikrar. April Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat. Minggu 3 Rabu 8/5/2024 Perlembagaan dan Sejarah Bulan Sabit Merah. Mei Murid tahun 4 Murid tahun 5 Murid tahun 6 Guru penasihat tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
● Tahun 4: Mengetahui tujuan, visi dan misi BSMM. ● Tahun 5: Prinsip-prinsip asas unit beruniform BSMM. ● Tahun 6: Pengenalan sejarah penubuhan BSMM. Minggu 4 Rabu 22/5/2024 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah. ● Tahun 4: Salasilah dan riwayat tokoh pengasas pertubuhan. ● Tahun 5: Struktur Organisasi pertubuhan peringkat kebangsaan. ● Tahun 6: Struktur Organisasi pertubuhan peringkat Antarabangsa. Mei Murid tahun 4 Murid tahun 5 Murid tahun 6 Guru penasihat tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Minggu 5 Rabu 12/6/2024 Kawad Kaki. ● Melakukan kawad kaki asas. ● Kawad kaki statik. ● Hukuman kawad kaki. Jun Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat. Minggu 6 Rabu 3/7/2024 Asas Pertolongan Cemas. ● Tahun 4: Asas pertolongan cemas gigitan serangga dan luka ringan. ● Tahun 5: Asas pertolongan cemas bagi keracunan dan pernafasan. ● Tahun 6: Asas pertolongan cemas Julai Murid tahun 4 Murid tahun 5 Murid tahun 6 Guru penasihat tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
renjatan, merawat hidung berdarah dan pitam. Minggu 7 Rabu 24/7/2024 Ikatan dan Simpulan. ● Pengenalan tali, ikatan dan simpulan. ● Cara ikatan bagi ikatan buku sila, tindih kasih, simpul manuk, bunga geti dan ikatan balak. Julai Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat. Minggu 8 Rabu 14/8/2024 Asas Pertolongan Cemas (Balutan). ● Tahun 4: Pengenalan alatan dan bahan pertolongan cemas. ● Tahun 5: Balutan anduh besar. Tahun 6: Balutan anduh kecil. Ogos Murid tahun 4 Murid tahun 5 Murid tahun 6 Guru penasihat tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Minggu 9 Rabu 4/9/2024 Keselamatan dan Kesihatan ● Tahun 4: Penjagaan dan kebersihan diri: tangan, rambut, gigi, kulit, pakaian. ● Tahun 5: Keselamatan di rumah dan sekolah. ● Tahun 6: Kesihatan diri dan bahaya yang mengancam kesihatan. September Murid tahun 4 Murid tahun 5 Murid tahun 6 Guru penasihat tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
Minggu 10 Rabu 25/9/2024 Asas Pertolongan Cemas (Patah). ● Pengenalan alatan dan bahan pertolongan cemas untuk kepatahan. ● Kaedah pertolongan cemas bagi kepatan kaki, tangan dan jari. September Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat. Minggu 11 Rabu 16/10/2024 Masakan dan Gajet. ● Menghasilkan masakan ringkas tanpa api dalam kumpulan kecil. ● Projek kraftangan iaitu gajet mudah. Oktober Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat. Minggu 12 Rabu 6/11/2024 Kawad Kaki. ● Pelarasan kawad kaki. ● Amali kawad kaki mengikut format penuh. November Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat. Minggu 13 Rabu 27/11/2024 Perkhemahan. ● Pertolongan cemas. ● Ikatan dan simpulan. ● Pembinaan gajet. ● Sesi perkongsian. November Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat. Minggu 14 Rabu 4/12/2024 Penganugerahan dan Pembubaran Unit Beruniform. ● Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum - Badan Unit Beruniform. ● Pembubaran jawatankuasa BSMM dan penghargaan ahli BSMM. Disember Semua ahli BSMM. Semua guru penasihat.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Kokurikulum - Unit Beruniform (Bulan Sabit Merah Malaysia) Kelas Tahun 5 Bilangan Murid 30 Orang Tarikh 14 Ogos 2024 Masa 2.30 - 4.30 Petang Tajuk Asas Pertolongan Cemas (Balutan Anduh Besar) Pengetahuan Sedia Ada Murid mempunyai pengalaman melihat balutan pada lengan, lutut, dan kepala serta memperolehi pendedahan tentang kain anduh. Murid juga mengetahui kaedah melaksanakan ikatan Buku Sila. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Membuat ikatan Buku Sila dan lipatan kain anduh dengan tepat. 2. Membalut kain anduh pada 3 jenis luka dengan kemas. 3. Membuat balutan anduh besar dengan betul iaitu balutan bagi kecederaan pada lengan, lutut dan kepala. Bahan Bantu Mengajar Kain anduh, slaid interaktif, video, LCD, Nilai- Nilai Murni Bekerjasama, berusaha, keyakinan diri, keberanian dan bersemangat. Langkah Isi Pengajaran Aktiviti dan Pembelajaran Catatan Permulaan (15 minit) Upacara Pelaporan. ● Nyanyian lagu Negaraku. ● Nyanyian lagu Bulan Sabit Merah Malaysia. ● Bacaan ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia. 1. Guru dan murid-murid bersama-sama menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia. 2. Wakil murid membacakan bacaan ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia. 3. Melaporkan kehadiran ahli BBM: ● LCD ● Laptop ● Video dan audio muzik https://youtu.be/AQ8w 8Tvt_OM Video lagu Negaraku.
Bulan Sabit Merah Malaysia. 4. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan kecil. https://youtu.be/tcPr8R 0VlZ4 Video dan lirik lagu BSMM Ikrar BSMM Nilai: ● Bersemangat Perkembangan 1 (30 minit) Balutan Anduh Besar. ● Balutan lengan. ● Balutan lutut. ● Balutan kepala. 1. Guru memaparkan slaid interaktif berkenaan jenis balutan anduh besar kepada murid. 2. Guru memperkenalkan jenis balutan luka melalui gambar dan video berkenaan luka pada lengan, lutut dan kepala. 3. Guru membuat tunjuk cara kepada murid tentang kaedah lipatan kain anduh dan ikatan Buku Sila BBM: ● Kain anduh ● Slaid interaktif ● LCD ● Laptop
dengan tepat. 4. Guru menunjukkan kaedah yang betul bagi 3 jenis balutan kecederaan pada lengan, lutut dan kepala. 5. Guru memilih 6 orang murid setiap daripada kumpulan secara rawak untuk menunjukkan cara merawat dengan 3 jenis kecederaan dengan betul. 6. Guru meminta 6 orang murid tersebut menjadi fasilitator untuk mengajar dan membimbing ahli kumpulan mereka berkaitan 3 jenis balutan anduh besar tersebut. Kain anduh Ikatan Buku Sila Balutan anduh besar: a. Cara balutan lengan b.
Cara balutan lutut c. Cara balutan kepala Nilai: ● Berusaha ● Keyakinan diri Perkembangan 2 (30 minit) Demonstrasi Lakonan Aktiviti berlakon melibatkan situasi kecederaan dan mengaplikasikan kaedah balutan yang tepat: ● Balutan kepala ● Balutan lutut ● Balutan lengan 1. Guru memberikan arahan mudah berkenaan aktiviti ‘Kotak Beracun’. 2. Satu kotak berisi arahan akan diberikan kepada murid dalam bulatan dan setiap murid diminta untuk menghulurkan kotak tersebut kepada rakan di sebelahnya semasa muzik sedang dimainkan. 3. Apabila muzik telah diberhentikan, pemegang terakhir dikehendaki mencabut undi kertas arahan di dalam kotak tersebut dan membuat satu lakonan kreatif berdasarkan jenis BBM: ● Kotak beracun ● Kertas ● Audio ● Pembesar suara ● Kain anduh Kotak beracun Pembesar suara
luka yang diperolehi. 4. Mana-mana ahli kumpulan yang terkena kotak beracun dikehendaki keluar daripada permainan dan berbincang bersama ahli yang kumpulannya tentang lakonan tersebut. 5. Guru memberikan syarat lakonan iaitu murid perlu menyisipkan kaedah balutan yang telah diajar sebelumnya berdasarkan kecederaan yang diperolehi. 6. Murid melakonkan situasi selama 3 minit. Kain anduh Nilai:● Bekerjasama ● Keyakinan diri ● Berusaha Kemuncak (30 minit) Aspec Challenge Pertandingan kecil ini perlu menyelesaikan 3 jenis masalah kecederaan dengan menggunakan ikatan Buku Sila dan lipatan kain anduh yang kemas: ● Kecederaan di kepala ● Kecederaan di lutut ● Kecederaan lengan 1. Guru memberikan penerangan pertandingan kecil iaitu ‘Aspec Challenge’ kepada murid. 2. Guru menyatakan syarat pertandingan kepada murid. 3. Pertandingan dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dalam 1 kumpulan. 4. Seorang daripada 5 ahli kumpulan tersebut diminta menjadi mangsa dan yang lain akan menjadi tukang BBM: ● Kain anduh ● Wisel ● Jam randik Wisel
rawat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mangsa. 5. Senario akan diberikan kepada ketua pasukan dan mereka diberi masa 1 minit untuk membaca soalan dan berbincang. 6. Sewaktu wisel dibunyikan 1 orang ahli kumpulan perlu mengambil peralatan untuk merawat dan bergerak bersama ahli lain ke arah mangsa. 7. Ahli kumpulan perlu bekerjasama merawat mangsa yang mengalami kecederaan. 8. Kumpulan yang merawat mangsa pada kadar masa yang cepat dengan cara balutan yang betul dan kemas dikira sebagai pemenang. Jam randik Kain anduh Nilai: ● Bekerjasama ● Bersemangat ● Berusaha
Penutup (15 minit) Rumusan 1. Guru memberikan soalan kepada murid melalui aplikasi Quizizz bagi memastikan murid memahami topik yang diberikan. 2. Guru meminta murid untuk berkongsi refleksi secara ringkas berkenaan aktiviti balutan anduh besar. 3. Guru membuat kesimpulan tentang asas pertolongan cemas iaitu balutan anduh besar. BBM: ● Quizizz ● LCD ● Laptop Aktiviti pengukuhan Nilai:● Keberanian
Rujukan: Amir Hamzah Aman (2017). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Sasbadi. Dunant, Henry, and Gustave Moynier (2019). International Red Cross and Red Crescent Movement. Hidayatul Akmar Abd Aziz (2012). Perancangan Tahunan PBSM. Dicapai pada 28 September 2022 daripada: https://www.slideshare.net/akmar05/perancangan-tahunan-pbsm Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (2020) Modul Pembelajaran MPUD2091 Kokurikukum- Unit Beruniform. Buku 1. Kementerian Pendidikan Malaysia. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (2020) Modul Pembelajaran MPUD2091 Kokurikukum- Unit Beruniform. Buku 2. Kementerian Pendidikan Malaysia