The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMK SERI MENANTI MUAR 1443H.2021M.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-25031063, 2021-10-20 02:03:35

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMK SERI MENANTI MUAR 1443H.2021M.

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMK SERI MENANTI MUAR 1443H.2021M.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MENANTI MUAR
TAHUN 1443 H BERSAMAAN 2021 M

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Keluarga SMK Seri Menanti Muar.

1. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita sekali lagi menyambut Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Menanti Muar bagi tahun 1443 Hijrah.

2. Semangat Maulidur Rasul perlu terus disemarakkan dan disemai dalam jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan cinta kita
terhadap Rasululullah SAW biarpun kita menyambut dalam suasana yang sederhana dalam norma baharu.

3. Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini, hakikatnya bukanlah sekadar sambutan hari lahir Baginda Rasulullah SAW semata-
mata. Tetapi ia membawa suatu makna yang amat besar kepada seluruh manusia.

4. Dalam konteks kemanusiaan, Rasulullah adalah model dalam mengangkat ukhuwah insaniah atau persaudaraan kemanusiaan.
Baginda berusaha menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan.

5. Ini menunjukkan, Islam merupakan agama yang terbangun di atas prinsip memuliakan manusia atau takrim al-insan, berdasarkan
firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 70 maksudnya “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.”

Rasulullah SAW Suri Teladan Sepanjang Zaman Umat Manusia

6. Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul untuk menjadi suri teladan kepada seluruh umat manusia.
Baginda menjadi ketua negara atau khalifah pada ketika itu dan membina Madinah dengan menggariskan dasar serta polisi yang
jelas untuk mencapai dan mengukuhkan kestabilan negara.

7. Sahifah Madinah yang diperkenalkan Baginda untuk kestabilan politik telah diterima baik oleh seluruh penduduk Madinah pada waktu
itu, tanpa mengira agama dan bangsa.

8. Dasar dan polisi yang terkandung dalam Sahifah Madinah telah berjaya mewujudkan elemen kebersamaan, khususnya dalam
mengatur hubungan antara masyarakat supaya hidup dalam keadaan saling menghormati, bertanggungjawab dan seterusnya
menyatupadukan seluruh masyarakat Madinah sebagai satu keluarga.

9. Nabi Muhammad SAW dalam polisi pentadbirannya di Madinah mengutamakan kebajikan seluruh umat Madinah. Rasulullah juga
memastikan agar hasil negara dirasai dan disampaikan kepada seluruh penduduk secara adil dan saksama.

Hadhirin hadhirat yang dirahmati Allah sekalian,

10. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti, membawa kita kepada norma hidup yang
menekankan prinsip Dasar Manhaj Rabbani iaitu Rahmat, Aman, Bertuhan, Bakti, Adil, dan Insani.

11. Tema ini juga selari dengan Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan, Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang mana perpaduan dan
integrasi nasional telah lama diamalkan di negara ini termasuk dalam sambutan Maulidur Rasul.

Warga SEMESTI yang saya kasihi sekalian,

12. Dalam mengharungi Pandemik Covic-19 yang mencabar ketika ini, sebagai Warga sekolah, kita perlulah menyesuaikan diri dalam
norma baharu.

13. Apa jua perbezaan, kita jadikan sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan, kita jadikan sebagai
sumber kekuatan. kita jalin dan kukuhkan kembali hubungan Silaturrahim dengan ikatan kasih sayang dan toleransi sebagai sebuah
Keluarga yang besar.

14. Siapa pun kita, sama ada seorang bapa, ibu, anak, jiran, pekerja, ketua di pejabat, pemimpin masyarakat, masing-masing perlu
memainkan peranan untuk memulihkan kembali suasana pembelajaran yang baik dan cemerlang demi kesejahteraan kita bersama.

PENUTUP

15. Sesungguhnya kemuliaan umat Islam, bahkan jatuh bangun sesebuah bangsa serta negara adalah terletak kepada kesatuan dan
kesepaduannya.

16. Rasulullah, misalnya telah mengadakan perjanjian damai dengan pelbagai suku kaum yang tinggal berhampiran Madinah di wilayah
utara dan selatan untuk meningkatkan kesefahaman dan memperbaharui hubungan berlandaskan prinsip kebenaran serta
menghindar kekacauan selain pertembungan kuasa.

17. Jangan kerana kita berbeza pendapat, berlainan wadah atau cara pendekatan, menyebabkan hilang nilai ukhuwah dan semangat
perpaduan yang sekian lama terjalin.

18. Akhir kata, bersempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, dapat menghasilkan sebuah keinsafan serta kecintaan dan
kasihnya kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia.

Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version