PERISTIWA 13 MEI
NAMA PENSYARAH: ENCIK IZZAT AMIN BIN NASIR
ISI
KANDUNGAN
KELAS:
DPM1A
ISI KANDUNGAN
SIDANG REDAKSI
PENGHARGAAN
PENGENALAN
LATAR BELAKANG
PUNCA PERISTIWA 13 MEI
KESAN PERISTIWA 13 MEI
PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI
KESIMPULAN
RUJUKAN
SIDANG REDAKSI
PENGHARGAAN
PENGENALAN PERISTIWA 13 MEI 1969
LATAR BELAKANG 13 MEI 1969
1)ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969
Isu perkauman yang menyentuh emosi dan
sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen
pilihanraya Calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik telah menaikkan semangat kaumkaum di
Malaysia Calon-
calon pilihan raya terutamanya daripada
dari parti pemban
gkang Membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan
Bahasa Kebangsaan Malah membangkitkan soa
l kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerak
yatan orang bukan Melayu Menimbulkan perasaan
perkauman dan syak wasangka.
3. RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969
Mengakibatkan terjadinya peristiwa pada 13 Mei Hal ini adalah kerana
perasdaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan
dari kedua-dua pihak.
4. GEGIMEN MELAYU
Pasukan FRU di kelluarkan dari kampung baru dan askar dari
Regimen Renjer ambil alih Pasukan ini terdiri dari Melayu,Iban,Cina,India
dan lain-lain Turut menembak orang-orang
Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang
5. ASKAR MELAYU
Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan
dengan Askar Melayu Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru,Jlan
Tuanku Abdul Rahman terbakar Pentadbiran diambil
alih oleh Askar Melayu Malangnya beberapa Askar
Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan
mengambil harta benda.
6. PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung
Odeon,di Jalan Tuanku SAbduk Rahman Beberapa iklan disiarkan di skrim pawagan menyeluruh
penonton dari kalangan bangsa cina keluar dari panggung.
7. ANGKA KORBAN
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan Angka rasmi
menunjukkan 196 mati,439 cedera ,39 hilang dan 9,143 ditahan 211 kenderaan musnah Sebuah thesis
ohd daripada universiti california berkeley mengagar seramai 20,000 orang hilang nyawa.
# STATISTIK TIDAK RASMI JUMLAH KEMATIAN:
MELAYU: 86 ORANG
CINA: 342
LAIN-LAIN: 3 ORANG
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi
saksi,mereka melihat berderek-derek lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis jalan
travers.
8.LOKASI TUANKU ABDUL RAHMAN SEMASA PERISTIWA
Ketika itu Tunku abddul rahman baru pulang dari alor setar meraikan kemengan beliau disana 6.45
petang encik mansor selaku ketua polis trafik kuala lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan
kepada tunku abdul rahman Ada khabar angin menyatakan tuanku sedang menikmati arak Tuanku
berkata ''MARILAH KITA TENTUKAN SEKARANG BAHAWA SAMA ASA KITA HIDUP ATAU MATI''.
9.MAGERAN
Negara diistiharkan darurat pada malam 16 mei 1969 Perlembagaan persekutuan telah digantung
majlis gerakan negara telah dibentuk tuanku abdul rahman telah menarik diri mengetahui majlis
tersebut tempat beliau digantikan oleh tun abduk razak. Sepanjang tempoh darurat mageran telah
melakukan pelbagai tindakkan untuk mencari punca dan penyelesaian tragedi tersebut Antar
tindakan yang diambil ialah membentukkan datu rukun negara bagi meningkatkan kefahaman
rakyat tentang perlembagaannegara turut melancarkan dasar ekonomi baru untuk mengapuskan
pengenalan kaum malah untuk membasmi kemiskinan tegar membentuk barisan nasioanl yang
bersifat sebagai sbuah kerajaan perpaduan
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
·Pada zaman penduduk Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.
Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding
dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China
sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan
Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
·Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan
yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi
dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya
memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu
tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
·Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada
hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan
ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan okonomi yang berbeza telah
menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk
mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan
mereka. Masyarakat Melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula telah
mewarisi perniagaan secara turuntemurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja
sebagai penoreh dan tinggal di estet.
3. Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza
• Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di
Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah
Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja.
• Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal
mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China
dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia
wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal
di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
• Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta
dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai
pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu.
Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang.
• Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah
menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula
membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera
orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang
Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini.
• Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia
(KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga
telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia" (Malaysian Malaysia) Mengan
tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan.
5. Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu
• PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
“Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", isu sebenar
yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap
hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf
ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.
6. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
• Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957. sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan
dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah
sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan
mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja
yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
• Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan
pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.
Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa
Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa
Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin
oleh Syed Nasir bin Ismail.
7. Perbezaan Agama Dan Budaya
• Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam. Kaum cina beragama
Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di
samping itu, terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai
kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula
disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain
hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13
Mei 1969.
KESAN NEGATIF YANG TERDAPAT DALAM PERISTIWA INI
Antara kesan negatif yang terdapat di dalam
peristiwa ini ialah peristiwa 13 Mei ini telah menyebabkan system
masyarakat negara ini yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah
pemerintahan
raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik, Kuasaan
raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi
sesebuah negeri atau negara. Kemudian, penjajah Inggeris ini telah
menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara
negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu
untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara
kesan yang telah terpendam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya
peristiwa hitam 13 Mei.
Selain itu, sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini
mengurangkan
kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya. Perkara ini
telah menyebabkan satu perubahan yang besar dalam pentadbiran.
Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah
mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesarpembesar
Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untu
k negeri melalui cukai.
Di samping itu, kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu
telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisiona
l yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi
tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan
sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan lading.
Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah
menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan
sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntumgan semata-mata.
PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI
Antara iktibar yang paling penting ialah, amalan politik perkauman yang sempit sangat tidak berbaloi
jika dibandingkan dengan kepentingan perpaduan antara kaum.
Tragedi 13 Mei menjadi manifestasi penting untuk kita sedar betapa tindakan para pemimpim politik
yang mengapi-apikan provokasi politik perkauman cukup berbahaya untuk masyarakat majmuk
negara ini. Apa yang dirisaukan ialah amalan ini sebenarnya masih berlarutan sehingga kini. Masih
ada segelintir pemimpin politik yang mengamalkan politik perkauman sekali gus sentiasa
mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat. Bagi kelompok ini cita-cita peribadi dilihat
sentiasa mengatasi kepentingan rakyat dan negara. Jadi jika kita mahu terus maju ke hadapan
sebagai sebuah negara yang bersatu padu, ambil iktibar dengan peristiwa 13 Mei dan hentikanlah
amalan politik perkauman yang jelas mengancam perpaduan rakyat dan keselamatan negara.
Tragedi berdarah ini juga mengingatkan semua pihak agar perpaduan dalam kalangan rakyat tiada
galang gantinya. Ringkasnya, konflik perkauman adalah umpama yang kalah jadi abu dan yang
menang menjadi arang. Justeru, sebagai masyarakat majmuk kita tidak mempunyai banyak pilihan
selain sentiasa berpaut erat kepada jambatan perpaduan yang telah diwariskan kepada kita oleh
generasi terdahulu. Kegagalan kita menghayati kepentingan perpaduan antara kaum boleh
menyebabkan peristiwa seperti ini berulang kembali.
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah
la turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang
politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-
petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan, sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
Selepas peristiwa ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi
Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan sistem sosio-ekonomi negara dan perpaduan
penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini
apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah
puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkahlangkah yang boleh diambil untuk
mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial
dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat dan menuju cita-cita menjadi
negara maju, tragedi pahit seperti penjajahan oleh kuasa luar lebih dari 400 tahun serta
peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu terus dijadikan iktibar dan pengajaran. Adalah
menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan
jambatan perpaduan yang ada dengan berpaksikan pematuhan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara Jika gagal, tidak mustahil negara ini kembali dijajoh atau
peristiwa 15 Mei berulang semula. Sama-samalah kita berdoa agar rakyat dan negara ini terus
dijauhi dari segala jenis ancaman baik dan anasir dalam mahupun luar.
LAMPIRAN
RUJUKAN
https://dokument.pub/dl/isi-dan-keterangan-pm-flipbook-pdf
https://www.slideshare.net/Nizam6281/tragedi-13-mei-1969
https://anyflip.com/rpdjf/vuoc/basic
http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html
http://peristiwa13meipengajianmalaysia.blogspot.com