The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-3926, 2021-01-16 08:03:25

Ebook_UMUM_50_Kisah_Jutawan_Asia

Ebook_UMUM_50_Kisah_Jutawan_Asia

© Ain Maisarah 2013

Terbitan Pertama 2013

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun,

sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataupun cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Blink Book Sdn. Bhd.

Pengurus: Syaizul Amal
Ketua Penulis: Ain Maisarah
Ketua Editor: Nurismaliza Ismail ([email protected])

Editor: Nurismaliza Ismail
Pereka Kulit: Khairul Azmi

Diterbitkan oleh:

(932243-D)
No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,

68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-61880316 Faks: 03-61890316
Laman web: www.blinkbook.com.my

50 Kompilasi
Kisah Jutawan Asia

Tahun ini adalah tahun yang memeranjatkan
dalam dunia bisnes dan perniagaan apabila buat
pertama kalinya Majalah Forbes mengumumkan
bahawa bilangan senarai jutawan di Asia berjaya
menumpaskan bilangan jutawan Amerika. Selama
ini Amerika sentiasa menduduki takhta tertinggi
dan berbangga apabila rakyatnya menjadi jutawan.
Namun senario sudah berubah. Asia kini melahirkan
lebih ramai jutawan hebat.

Malah paling mengagumkan, Singapura,
negara paling kecil di Asia menjadi negara yang
paling tinggi pendapatan dan paling ramai jutawan!

Ikuti kisah-kisah kejayaan jutawan Asia, moga
terpalit semangat, idea dan rasa mahu bangkit
menjadi lebih baik apabila selesai menghadam
e-book ini.

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

1) Mustaq Ahmad

Mutiara Kata: Perniagaan akan berjaya apabila
lokasinya strategik dan mengena.
Jutawan dari Singapura ini memang terkenal dan
tersohor kerana menjadi peneraju kepada pusat
membeli-belah Mustafa Centre. Ia bermula pada
tahun 1973, ketika beliau hanya menyewa kedai
kecil bersaiz 900 kaki persegi di Serangoon Road.
Ia adalah kedai serbaneka. Item elektronik juga
ditambah bagi mempelbagaikan produk.
Apabila berlaku peningkatan trafik pelanggan ke
dalam kedainya, beliau menyewa kedai kedua,
juga 900 kaki persegi yang terletak bersebelahan
kedai pertama. Bersama-sama dengan itu, lebih
banyak produk diperolehi dari luar negara untuk
memberikan pelanggan pilihan yang lebih luas
dalam memilih barangan. Prinsip beliau, memilih
produk dalam kedai adalah berdasarkan kepada
apa yang pelanggan mahu dan suka.
Pada tahun 1985, kerajaan Singapura mengambil
kembali deretan kedai-kedai di Serangoon Road
atas sebab penyelenggaraan dan pemuliharaan.
Ketika itu adalah waktu yang sukar buat Mustaq
Ahmad kerana beliau perlu mencari lokasi baru
perniagaan. Setelah melihat beberapa kawasan,
beliau memutuskan untuk menubuhkan kedai di
Serangoon Plaza. Ia satu keputusan berani kerana
Serangoon Plaza terletak jauh dari kawasan
membeli-belah utama di Little India. Bagaimanapun,
Mustaq Ahmad tetap membuat keputusan menyewa
ruang sebanyak 40,000 kaki per segi di tingkat
bawah bangunan.
Percaturannya mengena, kedai di lokasi baru itu
menjadi kejayaan serta-merta, dan lebih banyak
ruang lain disewa bagi menampung pelanggan yang

4

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

semakin meningkat. Dengan perkembangan positif
itu, beliau berfikir adalah lebih baik memiliki premis
sendiri bagi mengelak kejadian kehilangan lokasi
bagus berlaku sekali lagi.
Beliau mula mengkaji sekeliling, dan mendapati
beberapa rumah kedai lama di sepanjang Jalan
Syed Alwi yang tidak jauh dari Serangoon Plaza
itu sangat berpatutan harganya. Beliau membeli
satu demi satu sehingga akhirnya, beliau membeli
keseluruhan barisan. Meletakkan ‘shopping centre’
yang besar di sisi jalan keluar kawasan membeli-
belah tradisional adalah satu keputusan yang sangat
berani. Dua tahun kemudian, beliau memutuskan
untuk mempunyai bangunan sendiri pula.
Pada bulan April 1995, Mustafa Center menjadi
realiti dan menjadi syurga membeli-belah kepada
orang ramai. Hujung minggu, kedai itu dipenuhi lebih
15,000 pelanggan daripada semua bangsa. Hari ini,
bukan sahaja Mustafa Centre menjadi realiti. Malah
kedai lama di Serangoon Plaza telah diperluaskan
ke 75,000 kaki per segi. Keseluruhannya, Mustaq
Ahmad memiliki ruang membeli-belah berkeluasan
150,000 kaki per segi. Dan itupun masih tidak
cukup untuk menampung trafik pelanggan yang
semakin berkembang. Itulah yang membuatkan
Mustaq Ahmad menjadi antara 40 individu terkaya
di Singapura.

2) Ron Sim Chye Hock

Mutiara Kata: Kesihatan, pendidikan dan
makanan adalah tiga bidang perniagaan yang
amat diperlukan masyarakat.
Ron Sim Chye Hock, 50, adalah pengasas,
pengerusi, dan Ketua Pegawai Eksekutif OSIM
International, sebuah syarikat berpangkalan di
Singapura yang menjual produk gaya hidup dengan

5

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

penekanan yang kuat terhadap penjagaan kesihatan
dan kesejahteraan. Syarikat ini amat dikenali
dengan produk kerusi urut mewahnya. OSIM juga
mempunyai lebih daripada 1,100 cawangan di lebih
360 bandar-bandar di 28 buah negara. Sim telah
disenaraikan sebagai 40 warga Singapura terkaya,
dengan anggaran harta bersih bernilai SG$ 255 juta.

Menyingkap sejarah hidupnya, beliau adalah
salah seorang daripada tujuh adik-beradik yang
dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bergelut.
Beliau juga adalah seorang pelajar sederhana sahaja
pencapaian di sekolah. Namun Sim mempunyai nilai
kesungguhan yang amat hebat dari semasa mudanya
lagi. Beliau sanggup mengambil pekerjaan ganjil
bagi membantu menyara keluarganya walaupun
baru berumur 9 tahun! Pekerjaan ini termasuklah
menjual mi udang dari pintu ke pintu. Apabila
keluarga beliau tidak mampu membayar yuran
pengajian tinggi, Sim bekerja membina laman web
dan menjual ensiklopedia serta insurans, dalam
usaha untuk membiayai pendidikannya. Dari situ,
beliau menyedari beliau ada bakat tersendiri dalam
menjual sesuatu.

Ketekunan Sim akhirnya menjadikan beliau
memulakan syarikat sendiri pada tahun 1980,
khusus dalam bidang perdagangan barangan
rumah. Tetapi syarikatnya terpaksa ditutup semasa
kemelesetan ekonomi 1985.

Pada tahun 1987, beliau mula memecah
masuk ke dalam sektor penjagaan kesihatan
dan memulakan dengan proses ‘trading’ barang
kesihatan. Inilah permulaan empayar OSIM. OSIM
nama adalah gabungan namanya sendiri, dengan ‘O’
untuk mewakili dunia. Beliau percaya bahawa nama

6

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

syarikat itu lebih mudah diingati dan bertujuan
membina OSIM ke jenama antarabangsa.

Atas pentadbirannya, OSIM kini mempunyai
lebih daripada 1,100 cawangan di 28 buah negara,
termasuk Asia, Australia, Afrika, Timur Tengah, United
Kingdom dan Amerika Utara. OSIM juga menjadi
syarikat kesihatan jenama No. 1 di Singapura, Hong
Kong, Taiwan, dan Malaysia. Syarikat itu juga telah
memenangi pelbagai anugerah jenama di Singapura,
termasuk 5 anugerah berturut-turut bagi Jenama
dengan Prestasi Luar Biasa 2001-2006.

Walaupun sudah mencapai kejayaan hebat,
Sim kini menetapkan sasaran yang lebih tinggi untuk
syarikatnya. Beliau mahu mencatat keuntungan
SG$ 1,000,000,000 dan menukar status millionaire
menjadi billionaire.

3) Olivia Lum

Mutiara Kata: We determine who we are, not
our parents or family.
Olivia Lum telah dibuang ketika kelahiran, dan tidak
pernah tahu siapa ibu bapanya. Dia dibela oleh
seorang wanita yang seusia neneknya. Nasibnya
memang malang kerana sewaktu Olivia Lum berusia
tiga tahun, ibu angkatnya itu memperjudikan duit
simpanan beliau dan mereka kehilangan rumah
di mana mereka tinggal. Kemudian terpaksa
berpindah ke pondok bocor yang tiada kemudahan
paip air bersih. Olivia datang berhijrah ke Singapura
pada usia 15 tahun dan mendaftar di Sekolah
Menengah Tiong Bahru, di mana beliau menampung
perbelanjaan diri sendiri dengan mengajar tuisyen
dan membuat jualan langsung. Atas usaha kerasnya
mahu mengubah kehidupan, beliau berjaya ke Hwa
Chong Junior College dan lulus pada tahun 1986

7

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

dengan Ijazah Kepujian dalam bidang kimia dari
Fakulti Sains Universiti Nasional Singapura.

Sejak dari itu, Olivia tidak berpaling lagi.
Beliau memulakan kehidupan korporat sebagai ahli
kimia dengan Glaxo Farmaseutikal. Setelah bekerja
selama tiga tahun di Glaxo, beliau meninggalkan
syarikat ternama itu untuk memulakan syarikat
sendiri iaitu Hyflux pada usia 28 tahun.

Pengasas Hyflux ini memulakan segalanya
dengan modal bernilai SG$20,000. Modal itu
dikumpul dengan menjual kondominium dan
keretanya. Pada permulaan, beliau mengupah 3
orang pekerja.

Olivia menjual penapis air yang boleh
melakukan rawatan kimia. Menjelang Januari 2001,
Hyflux telah menjadi syarikat rawatan air No. 1 di
Singapura dan disenaraikan di Bursa Singapura itu.

Pada 2007, Hyflux bernilai SG$ 1 bilion dan
mempunyai pekerja lebih daripada 800 orang.
Olivia Lum menjadi antara wanita terkaya Asia yang
mengubah nasib buruknya pada zaman kanak-kanak
dan menjadi individu gemilang pada usia dewasa.

4) Konosuke Matsushita

Mutiara Kata: Perhatikan dengan dekat semua
pesaing. Kaji produk mereka, inovasikan dan
keluarkan produk yang lebih baik lagi.
Panasonic adalah satu jenama antarabangsa
bagi pengeluar barangan elektrik Jepun. Dahulu
sebenarnya, Panasonic Corporation dikenali sebagai
Matsushita Electric Industrial Co Ltd.

Pengasasnya, Konosuke Matsushita dilahirkan
di sebuah perkampungan kecil di Wasamura yang

8

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

terletak di Selatan Osaka yang kini dikenali sebagai
Bandar Wakayama. Beliau adalah anak bongsu dalam
keluarga daripada lapan beradik. Semasa berumur
sembilan tahun, bapanya menghantarnya ke Miyata
Hibachi Store dan Godai Bicycle Store untuk bekerja
secara sambilan, di mana majikannya mengesan
bakat semula jadinya dan minatnya dalam bidang
perniagaan.

Konosuke Matsushita mula menceburi bidang
perniagaan dengan memulakan Sanyo Elektrik
bersama isteri dan abang iparnya dalam sebuah bilik
kecil di Timur Osaka. Perniagaannya berkembang
apabila beliau memindahkan operasinya dari bilik
kecil ke rumah dua tingkat yang lebih besar dan
menubuhkan Matsushita Electric Housewares
Manufacturing Works yang hanya terdiri daripada
tiga pekerja iaitu dirinya sendiri, isterinya dan abang
iparnya.

Pada Julai 1922, beliau menyewa lokasi sebuah
tapak berukuran 230 meter per segi untuk pembinaan
kilang dan pejabat. Pekerjanya bertambah kepada
50 orang menjelang hujung tahun. Dalam empat
tahun penubuhan syarikat, ia berkembang menjadi
sebuah perniagaan lengkap dan mempunyai kilang
sendiri. Di bawah jenamanya, syarikat berjaya
menjual panel paparan plasma; perakam dan pemain
cakera video digital (DVD); pemain cakera Blue-Ray,
kamera video, telefon, ketuhar gelombang mikro,
pencukur elektrik, projektor; kamera digital, bateri,
komputer riba (di bawah subjenama Toughbook),
cakera padat mudah alih, kelengkapan stereo rumah
dan komponen elektrik yang semuanya dipasarkan
menggunakan cogan kata Ideas for life.

Jualan tahunan elektronik syarikat beliau pada
tahun 2004 amat memberangsangkan hingga digelar

9

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

pengeluar barangan elektronik Jepun terbesar dan
berjaya mengalahkan Hitachi, sebuah syarikat yang
lebih gergasi.

Namun beliau menerima tamparan hebat
apabila didakwa menggunakan taktik peniruan.
Matsushita turut dipersendakan di Jepun dengan
jolokan Maneshita (bererti tiruan). Segala kata-
kata kejian itu tidak dihiraukan. Matsushita terus
agresif membuat perancangan, penyelidikan dan
pembangunan produk. Beliau turut membangunkan
beraneka perusahaan yang memberi fokus
kepada barangan elektronik rumah, inudustri dan
telekomunikasi. Usahanya bertahun-tahun berhasil
apabila barang-barang hebat dikaitkan dengan
kehebatan Panasonic termasuklah televisyen
Viera dan kamera Lumix. Pada 3 November 2008,
Panasonic berjaya merundingkan pembelian syarikat
Sanyo, lalu menzahirkan sebuah perbadanan mega
yang berpendapatan sekitar AS$110 bilion. Kini
Panasonic menjadi syarikat elektronik terbesar di
Jepun.

5) Li Ka-shing

Mutiara Kata: Permulaan mencari kejayaan itu
adalah usaha keras. Apabila berjaya, kongsilah
hasilnya dengan semua.
Li Ka-shing, lahir pada 13 Jun 1928 di Chaoshan,
China. Beliau adalah seorang ikon usahawan Hong
Kong yang ternama. Beliau terkenal kerana kejayaan
perniagaannya dan disenangi kerana merupakan
seorang hartawan yang dermawan.

Pada abad ke-21 ini, beliau disenaraikan
sebagai orang yang kesembilan terkaya di dunia
dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak

10

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

AS$25.5 bilion. Terkini, sehingga Oktober 2012,
Indeks Bloomberg Jutawan menyenaraikan beliau
sebagai orang kedua belas terkaya di dunia dengan
anggaran bersih bernilai sebanyak USD 27.5 bilion.

Pada masa ini, beliau adalah pengerusi
Hutchison Whampoa Limited (HWL) dan Cheung
Kong Holdings; melalui dua syarikat ini, beliau
menjadi pengendali terminal kontena terbesar di
dunia dan memegang syarikat kesihatan terbesar di
dunia. Dianggap sebagai salah seorang tokoh yang
paling berkuasa di Asia, Li dinamakan ‘Lelaki Asia
Paling Berkuasa’ oleh Asiaweek pada tahun 2001.
Syarikatnya membentuk 15% daripada permodalan
pasaran Bursa Saham Hong Kong.

Di sebalik kekayaan beliau, Li terkenal dengan
reputasi amat bersederhana. Beliau menjalani gaya
hidup yang biasa-biasa, dan dikenali kerana suka
memakai kasut hitam tiada jenama dan jam tangan
Bak yang harganya murah. Penampilannya amat
bertentangan dengan rumah yang dimilikinya iaitu
rumah di presint paling mahal di Hong Kong yang
dikenali sebagai perumahan ‘Deep Water Bay’.

Li juga dianggap sebagai salah seorang
daripada dermawan Asia paling pemurah, pernah
menderma lebih AS$ 1.41 billion ketika majlis
derma amal. Atas keperibadiannya Li sering dirujuk
sebagai ‘Superman’ di Hong Kong kerana kehebatan
perniagaannya dan kesederhaan peribadinya.

Melihat sejarah hidupnya, Li Ka-shing
dilahirkan di wilayah Guangdong, China, pada
tahun 1928. Disebabkan kematian bapanya, beliau
terpaksa meninggalkan sekolah pada usia 15
tahun dan mendapat pekerjaan di sebuah syarikat

11

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia
perdagangan plastik di mana beliau bekerja 16 jam
sehari.

Menjelang tahun 1950, beliau memulakan
syarikat sendiri, iaitu Cheung Kong Industries. Li
mengasaskan sebuah syarikat plastik dengan dana
yang dipinjam daripada keluarga, rakan-rakan dan
kenalan. Dari plastik pembuatan, Li mengembangkan
syarikatnya kepada sebuah syarikat pelaburan
harta terkemuka di Hong Kong. Perubahan hala
tuju syarikat plastiknya kepada pelaburan hartanah
berlaku selepas rusuhan tahun 1967. Ketika itu,
orang ramai melarikan diri dari Hong Kong. Hasilnya,
harga hartanah menjunam. Li, mempercayai bahawa
krisis politik adalah bersifat sementara dan harga
hartanah akhirnya akan meningkat. Waktu itulah Li
membeli bidang-bidang tanah di Hong Kong pada
harga yang rendah. Syarikatnya berjaya menjadi
syarikat pelaburan hartanah paling dominan hingga
disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada tahun
1972.

Melalui kerja keras, dan reputasi baiknya, beliau
mampu untuk membina sebuah empayar perniagaan
yang merangkumi: perbankan, pembinaan,
hartanah, plastik, telefon bimbit, televisyen satelit,
pengeluaran simen, kedai runcit (farmasi dan pasar
raya), hotel, pengangkutan domestik (langit train),
lapangan terbang, kuasa elektrik, pengeluaran keluli,
pelabuhan, dan perkapalan. Perniagaan Li meliputi
hampir setiap aspek kehidupan di Hong Kong,
dari elektrik untuk telekomunikasi, dari hartanah
runcit, dari penghantaran ke Internet. Permodalan
pasaran syarikat Cheung Kong Group adalah HK $
647,000,000,000 (USD 82,900.000,000)

12

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Kumpulannya beroperasi di 55 buah negara
dan menggaji lebih daripada 260,000 kakitangan di
seluruh dunia.

6) Josie Natori

Mutiara Kata: Hujan emas di negara orang.
Hujan batu di negara sendiri. Tinggallah di
negara yang senang menjana kewangan.
Beliau sering memberi nasihat kepada usahawan
yang baru bermula dan tercari-cari tempat mahu
mula berniaga: “Tidak ada tempat yang lebih baik
di dunia bagi seorang pendatang untuk berjaya
berbanding di Amerika Syarikat. Ikut impian
anda dan ia akan dapat direalisasikan.” Itulah
yang dilakukan oleh Josie Natori. Beliau berhijrah
dari Filipina ke Westchester, New York untuk
menyambung pelajaran di Manhattanville College
pada tahun 1964. Amerika pastinya berbeza dengan
Filipina, sewaktu mula-mula berada di sana… Josie
mengalami kejutan budaya yang teruk. “Musim
sejuknya memang melampau, makanan di Amerika
tidak serasi dengan tekak Filipina saya dan saya
paling rindu kampung halaman.”

Walaupun begitu, Josie tidak pernah berhenti
berjuang berada di Amerika dan menghabiskan
pengajiannya. Selepas memperoleh ijazah
ekonomi, beliau bekerja untuk Bache & Company
di Wall Street. Tetapi rupa-rupanya mendaki tangga
korporat tidak mencukupi buat Josie.

“Walaupun saya suka bekerja dengan syarikat
itu. saya juga mempunyai keinginan yang sangat
kuat untuk membina sesuatu dalam diri.”

Pada tahun 1976, dia dan suaminya Ken
berbincang pelbagai idea untuk memulakan
perniagaan sendiri - daripada membuka sebuah

13

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

kedai basuh kereta hinggalah mahu mengambil
francais McDonald. Bagaimanapun, melihat pada
minatnya, Josie menyukai pakaian dan merasakan
dirinya boleh mengendalikan perniagaan yang
dekat dengan apa yang disukainya. Akhirnya beliau
memfokuskan kepada perniagaan pakaian tidur
berjenama mewah selepas menunjukkan nightgown
(yang dibuat daripada sulam tangan) kepada
pembeli di Bloomingdale dan sambutannya amat
menggalakkan.

Pada awalnya, Josie mengendalikan secara
solo syarikatnya itu. Hari ini, beliau mempunyai
hampir 400 pekerja. Suaminya adalah pengerusi,
dan anaknya, Kenneth, menjadi naib presiden
kewangan dan e-dagang. Perniagaan beliau telah
berkembang pesat dan produk juga dipelbagaikan
termasuk wangian dan hiasan rumah. Pada tahun
2011, syarikat beliau menjana USD 150 juta dalam
jualan runcit.

7) Shama Kabani

Mutiara Kata: Jika mempunyai idea, fikirkan
bagaimana untuk meningkatkannya ke arah
impak yang lebih besar.
Kabani datang bersama keluarganya ke Amerika
Syarikat dari India pada tahun 1994. Ketika itu
usianya 9 tahun. Bapa Kabani bekerja sebagai
memandu teksi, dan ibunya menjadi pelayan di
sebuah kafe. Setelah beliau menjadi jutawan,
Kabani membelikan francais restoran Subway untuk
dijaga oleh ibunya.

“Saya melihat ibu bapa bekerja keras kerana
mereka berada di sebuah negara yang baru dan cuba
untuk menyesuaikan diri. Mereka bekerja setiap hari
dan melalui waktu pekerjaan yang sangat panjang.

14

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Dan itu semua dilakukan untuk membolehkan saya
bersekolah dan mendapat pendidikan sempurna di
Amerika.”

Menjelang umur 10 tahun, Kabani telah
memulakan perniagaan jualan pertama beliau
iaitu menjual kertas pembalut hadiah pada rakan-
rakan, dengan adik perempuannya bekerja sebagai
pembantu beliau.

Pada tahun 2008, beliau memperoleh sarjana
dalam komunikasi organisasi dari University of
Texas di Austin, di mana beliau menulis tesis beliau
mengenai kesan Twitter dan media sosial. “Apabila
saya selesai pengajian, saya tahu saya mahu
bekerja dalam media sosial. Saya memohon kepada
beberapa syarikat, tetapi tiada siapa yang mahu
mengupah saya.”

Permintaan untuk bekerja secara profesional
di media sosial yang ditolak itu tidak melemahkan
semangatnya. Daripada penolakan itu, Kabani
mengasaskan sendiri syarikatnya yang diberi
nama Kumpulan Pemasaran Zen. Pemasaran dan
perkhidmatan syarikatnya meliputi pemasaran
dalam talian, kerja-kerja pendigitalan data dan juga
firma PR (public relation). Hari ini, syarikat Kabani
berkembang pesat di Amerika. Suaminya Arshil , turut
berkhidmat sebagai naib presiden dan penasihat
undang-undang. Pada tahun 2011, jualan tahunan
syarikat mencecah sekitar USD 1 juta, satu angka
yang dijangka berganda pada dalam 2012. Kabani
telah dipaparkan dalam penerbitan kebangsaan
seperti Forbes dan Bloomberg BusinessWeek.

Nasihat Kabani kepada usahawan yang baru
mahu bermula. “Masuk dalam bidang keusahawanan

15

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

jika anda mempunyai semangat yang jitu untuk
membina sesuatu.”

8) Yu Tan

Mutiara Kata: Jangan alpa dengan kekayaan
dunia.
Wanita tukang sapu berusia 53 tahun yang tinggal
di bandar Wuhan ini sebenarnya seorang jutawan.
Menurut South China Morning Post, Yu merupakan
pemilik 17 apartment bernilai lebih daripada 10
million yuan (USD 1.5 million). Tetapi apa yang
mengagumkan ialah Yu melakukan sesuatu yang
tidak dilakukan orang kaya lain - menjadi tukang sapu
jalan di bandar dengan pendapatan bulanan 1,420
yuan (USD 227).

Setelah dikenal pasti oleh sebuah akhbar
tempatan iaitu Wuhan Evening Times, Yu terus
menjadi inspirasi semangat bekerja kuat di
China. Beliau melakukan kerjanya yang melibatkan
menyental dan membersihkan jalan serta
mengosongkan tong sampah sejak tahun 1998
dan terus mengharungi kehidupan dalam keadaan
miskin dan susah. Apabila beliau hidup senang dan
memiliki pangsapuri mahal di bandar pada tahun
2008, beliau bertekad untuk tidak menjadi malas
seperti orang lain yang tiba-tiba memiliki kekayaan.
Semuanya demi menjadi contoh yang baik buat
anak-anaknya:

“I want to be a role model for my son and
daughter. I don’t want to sit around idly and eat
away my fortune.”

Ketika ini, anak-anaknya mengikuti cara
hidupnya, yang lelaki menjadi pemandu manakala

16

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

anak perempuannya turut bekerja dalam bidang
lain. Kekayaan nyata tidak mengalpakan mereka!

9) Terry Gou

Mutiara Kata: Kejar klien atau orang-orang
berpotensi yang boleh memberi tambahan
jualan pada syarikat kita. Jangan malu dan
segan. Mesti proaktif dalam perniagaan.
Ibu bapa Gou tinggal di tanah besar China Provinsi
Shanxi sebelum mereka melarikan diri ke Taiwan
pada tahun 1949, di mana Gou dilahirkan. Gou
mempunyai dua adik, Tai-Chiang Gou dan Tai-Cheng
Gou, kedua-duanya kemudian menjadi peniaga
yang berjaya juga. Terry Gou adalah individu
yang bertanggungjawab mengasaskan Syarikat
Hon Hai di Taiwan pada tahun 1974. Dengan USD
7500 sebagai wang permulaan dan mempunyai
sepuluh orang pekerja… syarikat kendalian Gou ini
mengambil upah membuat bahagian plastik untuk
set televisyen.

Operasi syarikatnya dibuat di dalam sebuah
bangsal yang disewa di Tucheng, pinggir bandar
Taipei. Satu titik peralihan perniagaannya adalah
pada tahun 1980, syarikat beliau menerima
kontrak besar membuat joystick (alatan bantu
bermain game). Dengan adanya kontrak besar itu,
beliau dapat mengembangkan perniagaannya dan
memulakan perjalanan selama 11 bulan ke seluruh
Amerika Syarikat untuk mencari pelanggan. Sebagai
jurujual yang agresif, Gou dari semasa ke semasa
menghubungi syarikat-syarikat pembekal dan
membuatkannya mampu mendapatkan pesanan
tambahan.

Pada tahun 1988, beliau telah membuka
kilang pertama di tanah besar China, di Shenzhen,

17

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

di mana kilangnya kekal menjadi kilang terbesar
hari ini. Operasi di China adalah berkaitan proses
pemasangan dan. Dan di tanah besar China juga
mudah mencari pekerja.

Pada tahun 1996, syarikatnya mula mendapat
tempahan membuat plastik komputer COMPAQ.
Dari situ, beliau mendapat pelanggan lain untuk
membina plastik komponen komputer HP, IBM,
dan Apple. Beliau kini berada di tangga 179 dalam
senarai majalah Forbes 2011 sebagai orang terkaya
di dunia, dengan nilai bersih harta USD $ 5.7 bilion.

10) Akio Morita

Mutiara Kata: Adaptasi jalan kejayaan yang
sedia ada dan sentiasa menambah baik cara
jalan tersebut.
Di sebalik jenama gergasi Sony Corp ialah lelaki
bernama Akio Morita. Beliau dilahirkan pada 26
Januari 1921. Beliau dan sahabatnya Masaru Ibuka
merupakan pengasas bersama jenama Sony.
Keluarga Morita telah menjalankan perniagaan
sake, miso dan sos soya sejak tahun 1665. Mengikut
tradisi keluarga, Morita perlu meneruskan generasi
perniagaan ini. Sebagai anak sulung daripada empat
beradik, beliau menunjukkan kecenderungan dalam
ilmu matematik dan fizik lantas membolehkannya
melanjutkan pelajaran di Osaka Imperial University
dalam Ijazah Fizik. Beliau kemudiannya berkhidmat
di dalam tentera laut semasa perang dunia kedua
dan di situlah beliau mengenali Masaru Ibuka.

Pada 7 Mei 1946, beliau bersama Masaru
Ibuka menubuhkan Tokyo Telecommunications
Engineering Corporation dan kemudiannya dikenali
sebagai Sony dengan hanya kira-kira 20 pekerja dan
bermodalkan ¥190,000. Usia beliau pada ketika itu

18

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

hanyalah 25 tahun manakala sahabatnya 38 tahun.
Produk pertama Sony adalah magnetic recording
tape dan kini produknya telah menjangkaui
kepelbagaian produk seperti Betamax home video
recorder, Walkman, Discman, VHS dan banyak lagi.

Sony berjaya menembusi pasaran Amerika
Syarikat pada 1960 dan tersenarai dalam New York
Stock Exchange.

Tarikh 3 Oktober 1999 beliau meninggal dunia
pada usia 78. Seorang wartawan pernah bertanya,
apakah rahsia kejayaan beliau? Jawapannya beliau
sangat mudah, “Di Sony Corp, semua orang sangat
jelas dengan matlamat syarikat... kami bermula di
sini bukan daripada lakaran kosong. Apa yang kami
lakukan ialah menyelidik dengan teliti kehendak
pasaran. Kemudian mengambil produk sedia ada
di pasaran dan mengubahnya menjadi lebih kecil,
hebat dan berdaya maju. Perkara terakhir ialah
menjualnya kepada masyarakat dunia.”

11) Momofuku Ando

Mutiara Kata: Bangkrap dalam perniagaan,
bukan jalan mati dalam mencari kejayaan.
Momofuku Ando seorang warga Jepun yang berasal
dari Taiwan. Beliau dilahirkan dalam keluarga
berada, tetapi kematian ibu bapanya pada usia yang
sangat muda. Peristiwa itu telah memaksa beliau
dibesarkan oleh datuknya di Tainan, Taiwan. Datuk
beliau menjalankan perniagaan tekstil secara kecil
kecilan dan ini memupuk semangat ingin berniaga
dalam diri beliau.

Beliau mengambil keputusan untuk menjalan-
kan perniagaan tekstil pada usia 22 tahun dengan
modal awal 190,000 Yen. Beliau berpindah ke

19

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Jepun dan menjalankan perniagaan di sana
sehingga diberikan kerakyatan jepun. Malangnya
beliau diperjarakan selama 2 tahun pada 1948
atas kesalahan lari daripada membayar cukai.
Perniagaan tidak berjalan lancar lalu memaksa beliau
menutup perniagaan dan diishtiharkan bangkrap.
Namun Momofuku Ando tidak patah semangat
dan menubuhkan syarikat baru yang menjalankan
perniagaan garam secara kecil-kecilan.

Pada waktu Jepun sedang menghadapi krisis
makanan akibat perang, menteri kesihatan Jepun
pada waktu itu telah menyarankan rakyat Jepun
untuk memakan roti yang dibuat daripada tepung
gandum. Roti tersebut dibekalkan oleh Amerika
Syarikat dan sememangnya ia bukan makanan ruji
warga Jepun. Keadaan ini membuatkan Momofuku
Ando terfikir mengapa roti yang disarankan kepada
warga Jepun pada waktu itu dan bukannya mee
yang sememangnya sinonim dengan rakyat Jepun.

Setelah dikaji, barulah beliau mendapat tahu
bahawa syarikat-syarikat pembuatan mee di Jepun
terlalu kecil dan tidak mampu untuk menampung
permintaan tinggi daripada rakyat Jepun.

Momofuku Ando tidak teragak-agak mengambil
keputusan menghasilkan mee yang mudah dimasak,
murah dan sedap dimakan kerana bagi beliau,
“Peace will come to the world when the people have
enough to eat.” Beliau amat merindui keadaan di
mana beliau dapat memakan mee perisa ayam
seperti sebelum perang.

Pada 25 Ogos 1958 dan pada usia 48 tahun,
beliau telah menjumpai resepi mee segera setelah
beberapa kali gagal dalam eksperimen beliau.
Beliau mula memasarkan produk pertama beliau

20

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

iaitu Chiken Ramen iaitu mee perisa ayam. Produk
beliau mendapat permintaan ramai kerana harganya
yang murah iaitu 3 kali ganda lebih murah daripada
semangkuk mee biasa termurah di pasaran.

Beliau tidak berhenti di situ dan sentiasa
memperbaiki serta mempelbagaikan produk.
Daripada mee cawan untuk pasaran barat sampailah
ke mee perisa tomato dan keju untuk pasaran Brazil.
Khabarnya mee ciptaan beliau pernah dibawa ke
angkasa lepas oleh angkasawan Jepun pada tahun
sekitar 2005-2006.

Beliau berjaya membesarkan empayar mee
segera sehingga hari ini. Walaupun mempunyai
ramai pesaing dalam industri ini, beliau berbangga
kerana dapat meninggalkan legasi perniagaan
bernilai berbillion USD. Beliau telah meninggal dunia
pada usia 96 tahun akibat penyakit jantung.

12) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Mutiara Kata: Merendah diri walaupun kejayaan
tinggi melangit.
Tidak banyak yang diketahui mengenai latar
belakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan
sebanyak RM2.15 bilion, menduduki tempat ke-7 di
dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut
akhbar perdagangan Business Economics. Tan Sri
Syed Mokhtar Al-Bukhari berasal daripada Alor Setar,
Kedah. Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang
ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran
tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu
merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan
Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu
sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil
alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan
untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang

21

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

penternakan. Beliau mula menjual daging secara
kecil-kecilan. Modus operandinya, beliau akan
pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi
membeli daging yang tidak terjual. Kemudiannya
beliau akan membungkus daging itu bersama ais
dan menjualnya kembali kepada peniaga restoran-
restoran di sekitar Alor Setar. Formula perniagaan
itu berjaya dan menambahkan keyakinan mahu
memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau
beralih pula kepada perniagaan pengangkutan.
Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit
bagi empat buah lori Kelas A dan mendapat
bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada
pihak MARA yang digunakannya bagi membeli
dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli
dua buah lori itu, Tan Sri Syed Mokhtar membuka
syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat
Pengangkutan Sentosa. Tan Sri Syed Mokhtar
menggunakan lori-lorinya bagi memulakan
perniagaan beras dan Syarikat Pengangkutan Sentosa
masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih
daripada 40 buah lori. Bidang pengangkutan inilah
yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi
seorang antara tokoh korporat bumiputera yang
terkaya di Malaysia. Beliau juga salah seorang yang
bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung
Pelepas Johor terkenal pada mata dunia dalam
tempoh singkat.

Selepas kejayaannya, Tan Sri Syed Mokhtar
telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary
yang membina dan menguruskan Muzium Kesenian
Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain
banyak menjalankan kerja-kerja amal kebajikan
terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar berjaya menarik

22

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri
Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai
tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan
menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhari.

Malah beliau dinobat sebagai orang Melayu
paling kaya di dunia!

13) Tan Sri Robert Kuok

Mutiara Kata: Jika kita berjaya, orang akan mula
memperkatakannya bertahun-tahun. Mereka
akan datang jika reputasi kita kukuh.
Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari
wilayah Fujian, China. Bapanya mengorak langkah
pertama, membentuk Tong Seng & Company di
Johor selepas memperolehi lesen daripada Sultan
Johor. Tong Seng diuruskan sebagai sebuah syarikat
yang masyhur dalam bidang pengedaran beras,
gula dan tepung di samping dagangan am dan
barangan sejuk. Kemudian Tong Seng diberi kontrak
membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000
tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.

Perniagaan bapanya membolehkan Robert
Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris,
termasuklah di Raffeles College sebelum
pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja
dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual
garam, gula dan beras. Bagi memperbesarkan
perniagaan keluarganya, Robert Kuok mencontohi
hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan
pemimpin Melayu Johor.

Titik permulaan empayar Robert Kuok tercatat
selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia
Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958

23

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan
Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau
membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan
Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa
monopoli dari kerajaan.

Beliau turut membuka ladang tebu pertama
negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan
dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an,
ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya
salah seorang pedagang utama gula dunia.

Ini mendorong kerajaan meminta bantuan
beliau menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines
(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan
ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation
pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan
penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan
Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan
orang Melayu di bidang ekonomi. Pada 1974,
beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan
Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai.

Di Hong Kong, beliau adalah ahli perniagaan
Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang,
Shangri-la. Itulah prinsip Robert Kuok, ketika
orang lain teragak-agak, beliau memberanikan diri
melabur terutamanya ketika keadaan meruncing di
negara-negara bergolak. Hasilnya, beliau berjaya
menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa
negara Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Malaysia
sejak empat dekad lalu. Dan hingga kini terus
unggul dengan gelaran Raja Gula Asia tanpa dapat
diganggu-gugat oleh sesiapa.

14) Tan Sri Vincent Tan

Mutiara Kata: Kerani pun boleh merubah hidup

24

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

jadi jutawan, asalkan bercita-cita besar.
Anak kelahiran Batu Pahat ini bermula dari bawah.
Anak keempat daripada lapan beradik, Tan Sri
Vincent Tan mula bekerja selepas tamat sekolah.
Beliau bermula sebagai kerani di United Malayan
Banking Corporation (UMBC) sambil menjadi ejen
insurans separuh masa untuk American International
Insurance (AIA).

Hasil lumayan daripada jualan polisi insurans
amat menarik minatnya. Pada 1972, dia bekerja
sepenuh masa dalam bidang insurans dan menjadi
penyelia agensi AIA yang paling muda ketika berusia
21 tahun. Pengalaman inilah yang memberikannya
asas hubungan baik dengan pegawai tinggi kerajaan
dan ahli perniagaan. Pada waktu yang sama, beliau
menguruskan sewa trak dan pengangkutan sebelum
terjun ke bidang import kereta dan hartanah.

Beliau seorang yang gemar membaca majalah
perniagaan, beliau akan meneliti kandungan majalah
Forbes, Business Week dan Fortune yang selalu
dipinjam daripada pegawai-pegawai bank. Secara
tidak diduga pada 1973, beliau terbaca mengenai
rangkaian restoran McDonald’s di dalam majalah
Time, sesuatu yang kemudian mengubah hidupnya.

Beliau menulis kepada McDonald’s dan terus
berbuat demikian selama tujuh tahun sehingga
berjaya membawa francais restoran itu ke Malaysia.
Pada tahun 1985, beliau kemudiaan membeli Sports
Toto… satu langkah korporat yang membuka laluan
ke arah pembinaan empayarnya. Tan Sri Vincent
Tan juga adalah orang yang membuka kompleks
membeli belah, Berjaya Times Square.

15) Tiong Hiew King

25

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Mutiara Kata: Lihat peluang dan beranikan diri
redah cabaran.
Jutawan balak ini bermula dari peringkat bawah.
Sejak zaman kanak-kanaknya, beliau sentiasa
membantu bapanya… seoang pendayung sampan,
menghantar barang-barang dari rumah ke rumah di
sepanjang sungai Rejang, Sarawak.

Seperti kebanyakan anak keturunan Fuzhou
ketika itu, beliau mula terlibat dalam industri
pembalakan ketika berusia 20 tahun. Dia bekerja
dengan bapa saudaranya, Datuk Wong Tuong Kwong
daripada WTK Group, sebuah firma pembalakan
Sarawak, selama 20 tahun. Di bawah TWK, Tiong
menimba pengalaman berharga dalam industri
pembalakan.

Beliau kemudian menyertai bidang itu sebagai
kontraktor dengan menubuhkan Rimbunan Hijau
Group (RH Group) pada 1975 dan memperolehi
konsesi pembalakannya yang pertama di Baram
pada 1976, yang menjadi penyumbang utama
kepada kemajuan syarikat.

Sejak 30 tahun lalu, Tiong memacu kumpulan
RH sehingga dikenali di peringkat antarabangsa
hingga memiliki konsesi dari New Zealand hingga
ke lembah Amazon di Brazil.

Berserta adik beradiknya yang lain, Tiong Kiu
King, Tiong Thai King, Tiong Kiong King dan Tiong
Ik King, mereka memasuki Papua New Guinea pada
awal 1990-an dan menguasai sebahagian besar
peratusan pengeluaran balak di negara berkenaan.
Mereka juga turut memenangi konsesi di kawasan
mencabar seperti di Siberia.

26

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Pada waktu yang sama, Tiong turut
muncul sebagai saudagar media tempatan dan
antarabangsa. Syarikatnya, Pemandangan Sinar
Sdn. Bhd. menguasai Sin Chew Jit Poh dan Guang
Ming Daily. Firmanya di Hong Kong, Ming Pao
Enterprise Corporation Ltd yang menguasai akhbar
Ming Pao mencatat edaran harian 140,000 dan
menjadi rujukan utama masyarakat Cina di Amerika
Syarikat dan Canada. Beliau juga memiliki sebuah
akhbar berbahasa Inggeris di Papua New Guinea,
The National. Tiong juga bergerak cergas dalam
politik. Beliau pernah menjadi Senator selama tiga
penggal pada 1980an dan awal 1990an. Berpegang
teguh kepada budaya dan kepercayaan orang Cina,
Tiong ialah penasihat Persekutuan Fuzhou Sedunia
yang diasaskannya.

16) Tan Sri Teh Hong Piow

Mutiara Kata: Kejar impian, rangsangan impian
akan membantu mencapai kejayaan.
Dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930, anak
kedua keluarga pendatang dari China ini hidup
miskin. Dengan sembilan anak, bapa beliau
terpaksa bekerja menjual jem dan buah-buahan
selepas isterinya meninggal dunia ketika beliau
baru berusia enam tahun. Tan Sri Teh membesar
dengan memakai apa sahaja yang ada, termasuk
pakaian koyak-rabak dan kasut yang dua kali ganda
lebih besar daripada saiz kakinya.

Dari situlah beliau belajar berdikari. Ketika di
bangku sekolah, beliau membantu bapanya dengan
memeriksa barangan yang baru sampai dan menaip
surat. Ketika pemerintahan Jepun, beliau menjual
rokok untuk membantu keluarga. Ketika bersekolah
menengah di Anglo-Chinese School, beliau mencari

27

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

duit dengan menganjurkan perkelahan rakan-rakan
dengan bayaran berpatutan. Jika itu tidak mencukupi,
teman wanitanya yang kemudian menjadi isterinya,
Tay Sock Noy akan mengajak rakan perempuannya
datang bagi memeriahkan perkelahan. Tan Sri
Teh turut menyewa lori bagi mengangkut rakan-
rakannya ke pantai. Dengan sebuah kamera pinjam,
dia merakamkan kegiatan mereka dan menjual
gambarnya dengan harga murah. Kehidupan
zaman kanak-kanak yang dibelenggu kemiskinan
mendorong beliau bekerja keras memperbaiki
hidup. Sebagai pelajar cerdik, beliau memasang
angan-angan mempelajari undang-undang tetapi
masalah kewangan menghalang cita-citanya itu.
Tamat persekolahan pada tahun 1950, beliau
bekerja sebagai kerani Oversea Chinese Banking
Corporation (OCBC) di Singapura.

Menyedari kepentingan pendidikan, beliau
menghadiri kelas perakaunan dan perbankan.
Daripada kerani, beliau dilantik menjadi pegawai
dan pengurus sebelum dilantik menjadi Pengurus
Besar Malayan Banking Bhd. di Kuala Lumpur.

“Saya mendapati sektor perbankan sangat
menarik. Berpeluang menubuhkan bank sendiri
adalah satu impian menjadi kenyataan”. Impian
itu menjadi nyata pada awal 1960an ketika sektor
itu masih muda di Malaysia. Hampir semua bank
di Malaysia dikuasai oleh rakyat asing, iaitu 18
daripada 26 yang ada. Ketika itu, Bank Negara
Malaysia (BNM) meminta agar lebih banyak bank
tempatan diwujudkan.

“Apabila saya mendengar bahawa salah satu
syarat membuka bank itu mesti diuruskan oleh
mereka yang berpengalaman di bidang perbankan,

28

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

saya sedar impian membuka bank sendiri akan
menjadi kenyataan,” kata beliau.

Ketika itu Tan Sri Teh terlibat dalam bidang
perumahan yang agak menguntungkan. Projek
sulungnya ialah flat empat tingkat berharga RM
1.6 juta di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Perolehan
daripada projek perumahan itulah yang digunakan
untuk menubuhkan Public Bank dengan bantuan
beberapa rakan. Modal berbayar ialah RM 12.75
juta. Public Bank memulakan urusniaga pada 6
Ogos 1966 di sebuah bangunan sewa tiga tingkat
di Jalan Gereja dengan 32 pekerja. Dalam tempoh
lima minggu, Public Bank membuka cawangan
di Melaka dan kemudian di Ipoh pada 1967. Ia
mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak
RM71,000 selepas lima bulan. Public Bank kemudian
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada
6 April 1967. Berkat kesungguhannya, Public Bank
Berjaya menguasai sebahagian besar pasaran
perbankan Malaysia hingga ke hari ini dan mencatat
urus niaga dengan nilaian angka billion ringgit.

17) SS Ching

Mutiara Kata: Inovasi dan idea kreativiti
berterusan diperlukan apabila menceburi
industri peralatan keperluan wanita.
KUMPULAN Bonia adalah sebuah syarikat yang
mengeluarkan pelbagai rangkaian fesyen berjenama
seperti tas tangan dan kasut. Di Malaysia, Bonia
adalah salah satu daripada syarikat pengeluaran
barangan fesyen yang mempunyai lebih daripada
700 cawangan jualan dan 70 butik di seluruh Asia.

Bonia terkenal sebagai salah satu pengeluar
barangan kulit dant turut terlibat dalam aktiviti
pemasaran. Bonia ditubuhkan pada tahun 1974

29

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

oleh SS Chiang iaitu seorang pengerusi eksekutif
kumpulan yang bertanggungjawab memulakan
perniagaan melibatkan proses rekaan, pengeluaran
dan pengedaran barangan berasaskan kulit di
Singapura.

Menjelang tahun 1990, syarikat mula
mengembangkan perniagaan dengan menerokai
pasaran Indonesia, Hong Kong, Brunei dan Taiwan.
Bonia aktif dalam menyertai pameran perdagangan
kulit antarabangsa di Itali, Jerman, Timur Tengah,
Hong Kong dan Singapura. Pada tahun 1994, Bonia
berjaya disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.
Pada tahun 2009, Bonia berjaya mengembangkan
jenama ke Syria.

18) Soichiro Honda

Mutiara Kata: Tiada impian yang terlalu tinggi
hingga tidak dapat dicapai.
Soichiro Honda adalah nama pencipta jenama unggul
dalam industri permotoran ini. Membaca biografi
beliau, beliau mengatakan segalanya bermula
daripada sebuah impian dan sejuta persoalan.
Beliau masih ingat betapa naif dan mentahnya
beliau semasa melihat kenderaan pertama dalam
hidupnya. Beliau mengejar kenderaan tersebut
semahu mungkin. Sehingga terlalu letih dan melutut
beliau masih memikirkan, bagaimana kenderaan itu
boleh bergerak dengan kuasa sendiri.

Impian dan semangat ingin tahu telah mengubah
hidup beliau. Soichiro Honda dilahirkan bukan
dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Bapanya
hanyalah seorang tukang besi yang membuat kerja-
kerja kimpalan dan ibunya pula seorang penenun
kain. Dilahirkan pada 17 November 1906, beliau
mempunyai minat yang tinggi terhadap teknologi

30

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

moden. Beliau sering diejek sebagai ‘si hidung
hitam’ kerana sering ke sekolah dalam keadaan
comot kerana membantu ayahnya membuat
kerja. Bakatnya dalam bidang penciptaan dapat
dilihat sejak kecil kerana beliau telah membuat
permainannya sendiri dan kerap mengikut datuknya
ke sebuah kuari untuk menyaksikan bagaimana
mesin di sana berfungsi.

Pengalaman bekerja di sebuah kedai membaiki
kereta di Tokyo benar-benar mengubah hidup
beliau. Bermula dari bawah, beliau berjaya menjadi
mekanik termuda dan mula bekerja dengan pasukan
lumba kereta Art Daimler.

Pada usia 17 tahun, beliau berjaya membawa
pasukan itu memenangi ‘Chairman’s Trophy’. Berkat
pengalamannya, tertubuhlah Honda Motor Co. Ltd
pada September 1948. Bersama rakannya Takeo
Fujisawa, beliau mengeluarkan produk pertamanya
iaitu sebuah motosikal bernama ‘Dream’ iaitu
motosikal 2 strok dengan 98cc. Bagaimanapun,
produk ini gagal di pasaran.

Namun beliau bukanlah seorang yang mudah
mengalah, beliau membuat kajian terperinci
tentang kehendak pasaran dan produk yang dapat
memenuhi kehendak semasa. Lantas terciptalah
Honda Cup 50cc. Inilah permulaan kejayaan
mereka kerana permintaan motorsikal ini tinggi di
pasaran. Ia terkenal di Jepun dan juga peringkat
antarabangsa.

Honda meluaskan empayarnya ke USA dengan
membuka cawangan pertama di Los Angeles pada
1959 walaupun hanya dengan 6 pekerja sahaja.
Bermula tahun 1963, Honda merupakan pengeluar
motor terbesar di Amerika Syarikat dengan kadar

31

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

pengeluaran 100,000 motor sebulan. Sehingga
penghujung 80an, Honda masih mengekalkan 60%
penguasaan dalam industri penjualan motorsikal.

Kini, teknologi Honda telah merantau jauh
ke seluruh dunia. Pelbagai teknologi automotif
dikembang sehingga merangkumi teknologi robotik.
Bermula dari satu visi lelaki hebat bernama Soichiro
Honda, empayarnya menjadi lagenda.

19) Park Jae-sang

Mutiara Kata: Be a millionaire, be it by your
style.
Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan
satu billion kali di YouTube tidak lama lagi. Berikutan
itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling
hangat di Internet serta ejennya akan bertambah
kaya. Namun, wang hasil jualan album itu tidak
mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea
Selatan atau mana-mana tempat di Asia. Dengan
satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi
jutawan hasil iklan di Youtube serta bayaran muat
turun iTune, manakala hasil lebih lumayan diperoleh
melalui iklan televisyen.

Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY
sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan
dibuat melalui industri hiburan. Hanya melalui
sumber itu, PSY dan ejennya akan memperoleh
sekurang-kurangnya AS$8.1 juta (RM24.7 juta)
tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan
muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya
AS$60,000 (RM180,000). PSY memperoleh laba
apabila muziknya yang menarik dan gerakan tarian
unik itu menjadikan videonya paling banyak ditonton
dalam sejarah YouTube.

32

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Sejak dimuat naik Julai lalu, klip itu ditonton
lebih 880 juta kali, mengalahkan lagu Baby oleh Justin
Bieber (808 juta kali) sejak Februari 2010. Saluran
rasmi PSY di YouTube pula ditonton hampir 1.3 bilion
kali. Agensi penyedia perkhidmatan teknologi untuk
agensi pemasaran, TubeMogul, menganggarkan
PSY dan ejennya, Yang Entertainment, memperoleh
AS$870,000 (RM 2.6 juta) sebagai sebahagian
daripada pulangan daripada iklan yang muncul di
video YouTube. PSY dan Yang Entertainment juga
mendapat bayaran daripada video parodi lagu itu
setiap kali ia ditonton pengguna Internet. Google
mengesan sebarang video yang mengandungi bahan
dilindungi hak cipta dan ia boleh dibuang - jika
mendapat permintaan daripada pemilik hak cipta
terbabit - atau mengekalkannya di laman sesawang
itu dan perolehan bayaran iklan daripada video
berkenaan dikongsi secara bersama. Pada minggu
terakhir September 2012, lebih 33,000 video
dikenal pasti mengandungi bahan menggunakan
unsur Gangnam Style dimuat naik di YouTube.

20) Tan Sri Lim Goh Tong

Mutiara Kata: Jangan fikir negatif dalam
perniagaan, lakukan secara berperingkat
walaupun perlahan... asalkan ia tindakan yang
tepat.
Pengasas Kumpulan Genting yang juga hartawan
Asia, Tan Sri Lim Goh Tong menggunapakai resepi-
resipi perniagaan yang diamalkannya sehingga
berjaya menjadikan Genting Highlands Resorts
sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka
dunia. Meskipun beliau sudah berjaya mencapai
visinya, prinsip tersebut masih menjadi amalan,

33

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

malah dijadikannya sebagai misi korporat dan
budaya kerja dalam Kumpulan Genting.

‘‘Untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan,
kita mesti menggunakan sepenuhnya keupayaan
diri dan melakukan kerja dengan sebaik mungkin”.
Katanya, kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai
menerusi impian dan visi seorang lelaki yang satu
ketika dahulu dianggap orang tua gila di kalangan
rakan-rakannya kerana berhasrat membina pusat
peranginan Genting. Malah ejekan yang diterimanya
itu bertalu-talu dan semua memberitahu, perniagaan
tersebut tidak akan memberi pulangan kerana tiada
siapa yang berminat.

Tetapi beliau menidakkan semua persepsi negatif
dan membuktikan keberaniannya menongkah arus
dengan melaburkan wang simpanan membeli tanah
bukit Genting Highlands. Beliau kemudian bersama-
sama bekerja keras, malah turut mengambil dua
syif bekerja sepanjang minggu bagi menjimatkan
kos. Beliau turut bersama-sama pekerja-pekerja
pembinaannya, tinggal dalam hutan malah ada
yang tinggal dalam gua berdekatan.

Hasil usaha keras dan pelaburannya, pusat
peranginan Genting Highlands yang pada satu
ketika dahulu hanyalah gunung-gunung yang tidak
didiami sesiapa… kini mempunyai lebih 10,000 bilik
dan dilawati lebih 18 juta pelancong sepanjang
tahun. Kejayaannya membina pusat peranginan
Genting Highlands membolehkan Tan Sri Lim Goh
Tong tersenarai antara sembilan rakyat negara
ini sebagai The World’s Billionaires oleh majalah
Forbes. Beliau turut berada di tangga 204 dalam
senarai dunia dengan nilai harta sebanyak RM14.28
bilion (AS$4.2 bilion).

34

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Itulah kisah transformasi kejayaan Tan Sri Lim
Goh Tong yang berasal dari Anxi, Wilayah Fujian,
China dan datang berhijrah ke Tanah Melayu ketika
berusia 20 tahun.

21) Datuk Loh Boon Siew

Mutiara Kata: Semua orang punya peluang
kejayaan yang sama, jadi rebut peluang paling
awal dan berlari ke hadapan berbanding pesaing
yang lain.
Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui,
daerah Fukian, sebuah wilayah yang dianggap paling
miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan
keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan
beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.

Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis
haiwan sebagai baja pertanian dan memancing
ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan
keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya
membawanya berhijrah ke Pulau Pinang untuk
mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh
ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka
berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk
bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar
duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk
memperolehi pendapatan lebihan, di sebelah malam
beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi
setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik
mahu berniaga sendiri dan sering memikirkan cara
bagaimana mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit
demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa
peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah
bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan

35

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan
hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga
RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit
sementara bakinya dijadikan modal pusingan
semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40
buah bas dan membuka kedai bateri serta barang
ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua
tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan
membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen
pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk
makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah
motosikal Honda yang belum pernah digunakan di
Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran
baik jika dibawa ke Malaysia. Setelah mengesan
siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian
untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian
dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil
apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan
oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna
dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan
hasratnya untuk memperkenalkan motosikal
sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda
menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau
adalah orang yang berjaya menempatkan kereta
jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar
dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau
boleh berbangga dengan kejayaannya di dalam
alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus
meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya
di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan
terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan
umum, sehingga sekarang Datuk Loh tidak pandai
menulis namanya secara tepat setelah belajar

36

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

sekian lama. Namun begitu, beliau memiliki satu
pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

22) Park Yoochun

Mutiara Kata: Artis mengejar populariti. Apabila
sudah popular, di situlah peluang-peluang buat
duit akan mula menjelma. Bijaklah memilih
peluang terbaik.
Usianya baru menjangkau 25 tahun, namun
pencapaian yang dicipta Park Yoochun barangkali
mengundang cemburu mereka yang turut memburu
cita-cita sebagai anak seni. Park Yoochun berada
dalam senarai lima selebriti muda Asia yang meraih
pendapatan lumayan mencecah RM31 juta (AS$10
juta) setahun, sekali gus menjadi inspirasi kepada
ramai anak muda lain untuk mencipta kegemilangan
sepertinya.

Tidak hanya meraih populariti di negara sendiri,
ledakan populariti yang diraihnya membolehkan
Yoochun menerima antara RM90,000 hingga
RM100,000 untuk setiap kemunculannya di negara-
negara Asia. Keselesaan itu tidak diperoleh Yoochun
sekelip mata. Permulaan hidupnya juga berdepan
kesukaran, namun beliau tidak mengalah serta
berserah nasib kepada takdir.

Dilahirkan dan dibesarkan di Seoul, Korea
pada 4 Jun 1985, keluarganya berhijrah ke Virginia,
Amerika Syarikat (AS) pada usianya 13 tahun.
“Mereka yang berada di sekeliling mengandaikan
penghijrahan ke AS itu akan merubah hidup
saya. Mereka menyifatkan saya sebagai seorang
yang bertuah. Mengimbas detik itu membuatkan
saya tidak ingin mengulanginya lagi. Kedudukan
kewangan keluarga saya parah, mendorong saya
untuk bekerja keras,” katanya.

37

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Permulaan hidup mereka yang merentasi
pelbagai kesulitan memberi impak yang besar kepada
beliau. Bagaimanapun, segala-galanya berubah
pada 2003 apabila SM Entertainment menganjurkan
satu uji bakat di AS dan Yoochun terpilih dalam sesi
itu. Bersama empat ahli lain, beliau menyertai TVXQ
dan meraih populariti pantas hingga dilabel sebagai
bintang Asia, selain raja kepada gelombang Korea.

Kumpulan TVXQ meraih pelbagai pengiktirafan
di negara sendiri, malah Yoochun menjadi antara
tulang belakang yang mengukuhkan perjalanan
kumpulan itu. Pencapaian mereka tidak hanya di
Korea. Populariti pantas TVXQ menjalar di Jepun dan
seminggu selepas kemunculan pertama, mereka
mula menyusun pelbagai aktiviti di Negara Matahari
Terbit itu.

Bakat penulisan yang dianugerahkan Tuhan
mendorong Park Yoochun untuk menulis lagu, Kiss
The Baby Sky yang menjadi lagu tema sebuah
program berita pagi di Jepun membolehkannya
menerima pendapatan lumayan. Bagaimanapun,
langit tidak selalu cerah. Pada 2009, Yoochun
berdepan krisis terbesar yang mengundang
pelbagai kemungkinan ketika karier seninya sedang
memuncak.

Namun, kebimbangan itu beransur pergi
apabila dia diberi peluang untuk memulakan
sesuatu yang baru dalam karier seninya. Beliau
memilih untuk bergelar pelakon dan menerusi
Sung Kyun Kwan Scandal yang dijual ke beberapa
negara, royalti diterimanya mencecah RM20 juta.
Ia juga diangkat sebagai drama televisyen paling
digemari. Peminatnya di Jepun memberikan respons
positif terhadap drama itu, sekali gus membolehkan
Yoochun menerima sejumlah bayaran menerusi

38

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

penjualan DVD. Beliau menerima RM951,000 untuk
setiap episod drama, manakala RM380,000 lagi
diterima daripada penjualan di negara luar sekali
gus meletakkan Yoochun sebagai selebriti dengan
pendapatan mencecah RM63 juta. Tidak sekadar
berlakon, Yoochun yang dinobat sebagai Artis Paling
Popular Asia itu juga menyanyikan lagu tema untuk
drama itu yang meraih pelbagai pengiktirafan dalam
carta online.

Mereka juga menerbitkan album yang dijual
melebihi 410,000 salinan, selain mengumpul jumlah
jualan keseluruhan 780,000 salinan untuk beberapa
single popular di Jepun. Pada 2010, lebih 1.2 juta
salinan album dijual yang secara tidak langsung
menyumbang pendapatan lumayan kepada jejaka
itu.

23) Abu Ayyubul Ansari

Mutiara Kata: A.B.U – Always Believe Yourself
Abu Ayyubul Ansari dari Singapura atau lebih
dikenali dengan panggilan mesra ‘Abang Abu
Mekanik Wang’ merupakan seorang usahawan
yang berjaya mencapai status jutawan pada usia
semuda 28 tahun. Melihat kepada perwatakannya
yang sentiasa ceria dan selalu berjenaka, siapa
sangka, terselit satu memori pahit dalam kehidupan
anak sulung daripada lima orang adik beradik yang
berasal dari Johor Bahru ini. Seawal usia 20-an,
beliau telah kehilangan kedua ibu bapanya.

Ketika beliau dan ibu bapa sedang dalam
perjalanan ke Pulau Pinang, kereta yang dipandu
beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalan
raya. Bapanya meninggal dunia di tempat kejadian
dan ibunya meninggal dunia tidak lama kemudian
akibat kemalangan tersebut. Walaupun Abang Abu

39

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

turut cedera dan mengalami lumpuh dari bahu
ke bawah akibat kemalangan itu, beliau bertekad
untuk berusaha mengacapi kejayaan demi masa
depan adik-adiknya. Biarpun menghadapi pelbagai
cabaran dan dugaan, beliau tidak pernah berputus
asa dan akhirnya berjaya menjadi antara jutawan
terkemuka di rantau ini.

Beliau yang merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif Now Asia PLC, Singapura, kini aktif
menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Antaranya,
agensi ‘manpower’ yang menjalankan seminar
menjadi jutawan, pakar runding halal dan terbaru,
syarikat yang dibuka untuk berkecimpung dalam
bidang perubatan. Namun, beliau lebih memberikan
fokus terhadap minat utama beliau iaitu memberi
motivasi kepada orang ramai. Beliau kerap kali
dipanggil sebagai tetamu khas dalam rancangan
temu bual di televisyen.

“Saya kerja kuat untuk memastikan adik-
beradik saya dapat apa yang mereka harus dapat
seperti mana sekiranya ibu bapa saya masih ada.
Sayalah pengganti ibu bapa saya. Saya percaya
kepada kebolehan diri sendiri untuk ubah nasib
keluarga.”

24) Tan Sri Tony Fernandes

Mutiara Kata: Go with you guts, give it your
best!
Tan Sri Tony Fernandes merupakan anak kelahiran
Kuala Lumpur dan sejak dari kecil, sering mengikuti
ibunya ke perjumpaan perniagaan memandangkan
ibunya adalah pengedar Tupperware. Mungkin dari
situlah tersemai semangat berniaga dalam dirinya.

40

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Lulusan Epsom College dan London School of
Economics, beliau kemudiannya bekerja sebagai
juruaudit dengan syarikat Virgin Atlantic. Beliau
dinaikkan pangkat menjadi financial controller
untuk Richard Branson’s Virgin Records di London
dan mendapat pensijilan Associate Member of the
Association of Chartered Certified Accountants
(ACCA).

Tahun 1996, beliau pulang ke Malaysia dan
menjadi Managing Director di Warner Music. Pada
waktu itu, beliau merupakan Managing Director
termuda dan hasil daripada prestasi cemerlang,
beliau dilantik menjadi South East Asian Regional
Vice-President untuk Warner Music Group.

Beliau kemudiannya meletakkan jawatan bagi
mengejar cita-citanya menjalankan perniagaan
dalam industri penerbangan. Namun permohonan
lessen membuka syarikat penerbangannya ditolak
pada waktu itu. Beliau tidak berputus asa dan
segalanya bermula apabila peluang dibuka oleh
Datuk Pahamin A. Rejab yang membawa beliau
bertemu Tun Dr Mahathir dan memberitahu
perancangan beliau membeli Air Asia pada waktu
itu.

Keadaan Air Asia yang merupakan syarikat
konglomerat milik kerajaan Malaysia dan DRB
Hicom adalah sangat kritikal. Dengan hutang yang
menimbun sekitar USD11 juta, Tony menawarkan
diri membeli syarikat ini beserta hutangnya sekali.
Pembentangannya tentang wawasan dan pelan
pemasaran, membuka hati Tun Dr. Mahathir dan
memberikan kepercayaan kepada beliau.

Perancangannya membangunkan semula Air
Asia berjaya menarik hati ramai orang yang pertama

41

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

kali menaiki pesawat penerbangan dan ia menjadi
hebahan apabila tiket tambang yang ditawarkan
jauh lebih murah. Pelan pemasaran melalui Internet
juga menjadikan Air Asia dikenali dalam sekelip
mata. Kejayaan beliau semakin diperluas dalam
pelbagai bidang seperti perhotelan Tune Hotel dan
syarikat komunikasi Tune Talk.

Beliau disebut-sebut sebagai CEO syarikat
paling menonjol di Malaysia dan membawa Air Asia
hingga dikenali di mata dunia.

25) Dato’ Siti Nurhaliza

Mutiara Kata: Tidak hidup dek puji, tidak mati
dek keji
Dato’ Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis, Pahang.
Ketika itu bapanya bertugas sebagai anggota polis
di balai polis sementara ibunya seorang suri rumah.
Kegiatan seni Siti sudah bermula ketika di sekolah
tadika lagi bila beliau bersama rakan-rakannya
membuat persembahan sewaktu majlis penyampaian
sijil tadika berkenaan. Kemudian beliau aktif dalam
acara kebudayaan, selain aktif dalam acara sukan.
Beliau juga sering mengikuti Family Group iaitu
band yang dimiliki oleh kaum keluarganya dalam
persembahan iaitu majlis kahwin.

Dato’ Siti mula menyertai pertandingan
nyanyian di kampungnya sewaktu berusia 12 tahun
dan menjadi juara bagi pertandingan nyanyian hari
kebangsaan. Beliau menyanyi lagu Bahtera Merdeka
dan dari situlah beliau berani tampil di khalayak
terutamanya dalam acara kebudayaan atau karnival
di Kuala Lipis.

Barangkali sudah tuah, percubaan beliau
dalam pertandingan Bintang Hiburan Minggu ini

42

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

anjuran RTM membuka peluangnya bergelar artis
rakaman. Walaupun sebenarnya cita-citanya ingin
menjadi seorang pegawai polis, namun rezeki yang
datang bergolek tidak ditolak. Setelah bergelar
Juara Bintang HMI, syarikat rakaman Suria Record
menyunting beliau menjadi artis. Ketika itu, beliau
menuntut di tingkatan 4. Berkat sokongan padu
keluarga dan warga sekolah, beliau masih dapat
menjalani kehidupan sebagai artis dan pelajar tanpa
sebarang masalah.

Sepanjang mengorak langkah sebagai artis,
usaha gigihnya telah membolehkannya mencatat
nama di dalam Malaysia Book Of Records sebagai
artis paling banyak memenangi anugerah di Malaysia
(Most Awards Won Artiste).

Sehingga kini, Dato’ Siti telah memperolehi
lebih 140 anugerah dan penghargaan dari dalam
dan luar negara. Beliau turut dianugerahkan darjah
kebesaran yang membawa kepada gelaran Datuk
daripada Sultan Pahang. Namun begitu, ‘anugerah’
paling berharga bagi dirinya secara peribadi,
tentunya, apabila dipertemukan jodoh dengan
pilihan hati, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.

Berumahtangga dengan seorang usahawan,
beliau yang sudah pun bergelar penyanyi jutawan
semakin melebarkan sayap dengan membuka
syarikat-syarikat sendiri seperti syarikat rakaman
Siti Nurhaliza Production (SNP) dan syarikat
barangan kecantikan iaitu Simplysiti. Empayarnya
makin kukuh dan takhtanya sebagai penyanyi wanita
nombor 1 Malaysia masih tidak boleh diganggu-
gugat. Malah beliau antara penyanyi Malaysia yang
dapat menembusi pasaran Indonesia, Brunei dan
Singapura… menjadikannya antara penyanyi wanita
terbaik di Asia.

43

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

26) Tan Sri Eric Chia

Mutiara Kata: Sejarah hidup kita, kita yang
melakarkannya.
“Malaysia adalah tanah air saya, saya akan tinggal
dan mati di sini.” Itu yang diluahkan oleh bekas
Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd. Tan Sri
Eric Chia selepas mahkamah membebaskannya
daripada tuduhan melakukan pecah amanah
bernilai RM76.4 juta. Hampir setahun kemudian,
anak kelahiran Singapura itu meninggal dunia di
hotel miliknya, Hotel Park Avenue akibat sakit tua.

Apapun kontroversi yang pernah melanda
mendiang Tan Sri Eric Chia, kisah hidupnya
mencapai kejayaan masih boleh dijadikan
rujukan. Malah pemergian ahli perniagaan yang
menubuhkan United Motor Works atau UMW (M)
Sdn. Bhd. (UMW), ketika berusia 23 tahun itu
juga membawa segala keperitan yang dialaminya
tatkala menghadapi tuduhan pecah amanah, juga
derita disisih oleh ayah kandungnya sewaktu
masih kecil. Meskipun dilahirkan di dalam dulang
emas tetapi mendiang Chia tidak menikmati kasih
sayang daripada bapanya yang ketika itu terkenal
sebagai lelaki ketiga paling kaya di Singapura. Bapa
mendiang memiliki UMW Singapura dan Thailand,
namun tidak menumpahkan kasih sayang padanya.



Akibat tidak dapat menahan penderitaan disisih
oleh bapa sendiri sehingga nyawanya nyaris-nyaris
melayang akibat tindakan ibu tirinya memberikan
pau berisi jarum, Chia nekad meninggalkan
keluarganya. “Aku sumpah kau, Singapura. Aku tidak
akan kembali selagi kocek tiada RM1 juta.” Itulah
sumpah mendiang sejurus tiba di Pantai Lido, Johor.
Selepas berjalan kaki melintasi Selat Tebrau dengan

44

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

hanya berbekalkan RM5 dan satu salinan pakaian
dalam beg plastik kecil… bermula dari situ, ahli
perniagaan tersebut meneruskan kehidupan baru
yang benar-benar menguji kesabarannya sehingga
pernah terpaksa mencari makanan daripada tong
sampah.

Itu ranjau hidupnya ketika melewati usia
remaja tetapi dengan bakat besar yang dimilikinya
itu, beliau membuka kedai menjual alat ganti
basikal berdasarkan pengalamannya bekerja
sebagai pembantu sebuah kedai basikal selama dua
tahun di Seremban. Kegigihan itu terus membawa
beliau mengembangkan UMW sehingga berjaya
disenaraikan di bursa saham pada tahun 1971.
Kemudian mendiang ditawarkan memulihkan
Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. tetapi menolaknya
pada awalnya dengan alasan tidak pernah terbabit
dalam industri berat sebelum ini. Akhirnya,
tawaran itu diterima setelah dipujuk oleh rakan
baiknya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir Mohamad. Ketika menjawat jawatan
tersebut, mendiang pernah diugut oleh samseng
yang menuduhnya pembelot terhadap bangsa
sendiri kerana sanggup membantu sebuah syarikat
bumiputera. Namun segala cabaran itu dihadapinya.
Seperti mendapat ‘sentuhan ajaib’, syarikat baru,
Perwaja Steel mencatatkan keuntungan mendadak.
Sejak itu, nama mendiang terkenal di seluruh negara.
Sebut sahaja nama Eric Chia, orang pasti akan
mengaitkannya dengan Perwaja. Itu bukan kejayaan
pertama mendiang dalam usaha memulihkan
syarikat dan agensi-agensi lain. Mendiang pernah
terbabit dalam syarikat konglomerat, HICOM dan
memainkan peranan pentingnya dalam rundingan
dengan Mitsubishi ketika kereta Proton Saga mula

45

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

diperkenalkan. Mendiang adalah antara jutawan
Malaysia yang akan dikenang dan menjadi antara
jutawan Asia paling kontroversi.

27) Dato’ Jimmy Choo

Mutiara Kata: Tiada apa yang mustahil untuk
dicapai, sekiranya kita percaya pada bakat.
Dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh
Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang
fesyen. Beliau turut mendapat anugerah gelaran
‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas
sumbangannya dalam bidang fesyen.

Paling membanggakan, beliau merupakan
rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah
“Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh
Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun
2002. Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri
daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang
juga membawa gelaran Dato’.

Nama Dato’ Jimmy Choo sinonim dengan
ciptaan kasutnya yang eksklusif dan bergaya. Beliau
bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga
seorang tukang membuat kasut yang mahir dan
pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau
mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada
alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga
dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di
tempat-tempat yang dilawatinya.

Beliau sangat teliti membentuk acuan kasut
yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan
tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang
supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat
walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.

46

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia
pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana,
ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut.
Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik
pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang
tukang kasut sepenuh masa. Beliau bersekolah di
Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran
beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya
dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada
umur 11 tahun.

Menyambung pengajian dalam bidang
pembuatan kasut dan fesyen di London, pada tahun
pertama… bapanya menanggung pengajiannya
tetapi untuk tiga tahun yang seterusnya, beliau
melakukan kerja secara separuh masa sebagai
pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi
mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.

Selepas tamat pengajian, beliau mencuba
untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa
sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan.
Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan
kerana jualan kasutnya amat menyedihkan.
Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan
beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah
majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo
mula dikenali, tetapi beliau masih kecewa kerana
walaupun mendapat liputan media jualannya terus
merosot. Sehingga pada satu masa, beliau pernah
terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.

Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri
Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas
membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada
hari itu, kerabat diraja itu terus jatuh cinta dengan
rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy
Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada

47

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd
bersama Tamara Mellon, editor British Vogue.

Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50%
dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta
untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan
pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah
lesen daripada Jimmy Choo Ltd.

Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan
gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi
kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang
kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-
ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie
Imbruglia dan Katie Holmes. Ramai selebriti terkenal
memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy
Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal
seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh
Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan
oleh Cameron Diaz).

28) Datuk Steven Sim

Mutiara Kata: Fikirkan apa keperluan masyarakat,
dari situ sebuah perniagaan yang berteraskan
permintaan masyarakat dapat ditubuhkan.
Datuk Steven Sim adalah individu yang berjaya
mengangkat jenama restoran Secret Recipe
hingga ke peringkat antarabangsa. Anak kelahiran
Kota Bharu, Kelantan ini sememangnya manusia
kreatif. Atas kesusahan hidup di kampung, semua
permainan dibuat sendiri. Jika budak-budak lain
membuat wau biasa, Datuk Steven menambah nilai
memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi
berdengung.

Majoriti rakan beliau berbangsa Melayu kerana
beliau sendiri membesar di perkampungan Melayu.

48

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

Hubungan dengan jiran biar berbeza bangsa sangat
rapat sesama sendiri. Mengakui dilahirkan dengan
bakat berniaga, baginya jiwa keusahawanan
bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari atau boleh
dibuat-buat. Pernah bercita-cita mahu menjadi
pereka hiasan dalaman, namun siapa sangka
rezeki Datuk Steven melimpah-ruah dalam bidang
perniagaan makanan. Itupun bukan pekerjaan
pertamanya. Beliau pernah berkhidmat dengan
syarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran
dan jenama di negara-negara Asia Pasifik. Banyak
yang dipelajari terutamanya apabila berpeluang
melawat pelbagai negara sepanjang kariernya itu.
Beliau gemar melancong namun tidak mahu pulang
kosong. Dia menjadi pemerhati kepada gaya hidup
masyarakat di negara yang dilawatinya.

“Ketika itulah saya merasakan ada sesuatu
yang kurang dalam perniagaan makanan di negara
kita. Kita ada fine dining di hotel-hotel, manakala
kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan
kurang menjaga kebersihan. Tidak ada casual dining
di mana kita boleh menikmati hidangan sambil
bersantai dalam suasana yang menarik dengan
harga makanan tidak terlalu mahal,” katanya.

Dari situ bermulalah premis pertama Secret
Recipe di SS2 Petaling Jaya. Anak tangga pertama
tidak mudah, lantaran tiada siapa tahu tentang
jenama itu. Oleh kerana tidak cukup modal
mengiklankan tentang cawangan pertama, beliau
melakukan pemasaran sendiri dengan menawarkan
kopi percuma. Ternyata ada perkembangan positif,
daripada menikmati kopi percuma… pelanggan
mencuba pula kek-kek yang dijual di situ.

Perkembangan restoran pertama Secret Recipe
yang memberangsangkan memberi idea kepada

49

50 Kompilasi Kisah Jutawan Asia

beliau untuk memfrancaiskan jenama tersebut.
Bermula dengan saudara mara dan rakan-rakan
rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan
kepercayaan kepada sesiapa yang memenuhi
kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini
terdapat kira-kira 200 cawangan di seluruh negara.
Kini juga pasarannya menjangkau ke Singapura
dan menjadi begitu disebut-sebut kerana berjaya
membuka francais di tengah-tengah jalan sibuk
Orchard Road.

Selepas ini beliau mensasarkan perkembangan
francais di China, Australia, Filipina, Thailand,
Brunei, Indonesia, dan beberapa negara lagi.

29) Tan Sri Dr Jefferey Cheah

Mutiara Kata: Kecekalan dan kebijaksanaan
amat diperlukan dalam dunia perniagaan. Ini
kerana dalam dunia perniagaan, cabaran dan
dugaan adalah sesuatu yangg pasti sebelum
mengenal erti KEJAYAAN.
Kumpulan Sunway terkenal sebagai syarikat
gergasi di Malaysia yang meliputi pelbagai cabang
perniagaan. Kejayaan Tan Sri Dr Jefferey Cheah
ini adalah kerana kejayaan beliau mengharungi
tiga kemelesetan ekonomi dengan jayanya. Tan Sri
Jefferey Cheag dilahirkan di Perak dan mendapat
pendidikan di Victoria University of Technology,
Australia. Beliau memulakan pekerjaan sebagai
akauntan di kilang pemasangan motor setelah
menamatkan pengajian. Pada 1974, beliau telah
memulakan syarikat pelombongan bijih dengan
modal berbayar RM100,000.

Selepas 5 tahun menjalankan perniagaan
perlombongan bijih, kemelesetan ekonomi melanda
seluruh dunia dan memberikan impak buruk kepada

50


Click to View FlipBook Version