The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3081 TUGASAN 1
KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lim07-1227, 2023-06-28 01:52:10

KK1 LIM ZHE-YU PISMP TESL D

MPU3081 TUGASAN 1
KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN

1 PENULISAN INDIVIDU SESI: SEM 3/ TAHUN 2 Nama : LIM ZHE-YU Angka Giliran : 2021212350075 Nombor Kad Pengenalan : 020529141187 Kumpulan/Unit : PISMP TESL (D) Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM- PERSATUAN Nama Pensyarah : SARASWATHY A/P VELLASAMY Tarikh Hantar : 28 JUN 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : LIMZHEYU Jumlah markah: Tarikh : 28 JUN 2023 NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.


2 KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB CATUR SJK (C) LICK HUNG SELANGOR Pemohon: JAWATANKUASA PENAJA KELAB CATUR SJK (C) LICK HUNG SELANGOR Pada: 26 OKTOBER 2023


3 ISI KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka surat 1. Tajuk: Penubuhan Kelab Catur SJK (C) Lick Hung 3 2. Latar belakang 3 3. Rasional 3 4. Matlamat 3 5. Objektif 3 6. Visi 4 7. Moto 4 8. Logo 4 9. Butiran kelab 9.1 Jenis persatuan 9.2 Ciri-ciri aktiviti kelab 9.3 Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan 9.4 Tempat berurusan 9.5 Perancangan dan pelaksanaan 4 10. Organisasi Kelab Catur 10.1 Jawatankuasa Kelab Catur SJK (C) Lick Hung 10.2 Struktur jawatankuasa Kelab Catur SJK (C) Lick Hung 5 11. Carta alir penubuhan kelab 11.1 Penjelasan langkah penubuhan kelab 6 12. Perlembagaan 8 13. Surat dan borang penubuhan kelab 13.1 Surat permohonan penubuhan kelab 13.2 Notis Mesyuarat Agung 13.3 Borang keahlian 8 14. Takwim tahunan Kelab Catur 9 15. Penutup 11 i. Rujukan 12 ii. Lampiran 1 14 iii. Lampiran 2 15 iv. Lampiran 3 20 v. Lampiran 4 21 vi Lampiran 5 22 Anyflip link: https://anyflip.com/snqyi/qtav/


4 1. Tajuk: Penubuhan Kelab Catur SJK (C) Lick Hung 2. Latar belakang Kelab Catur SJK (C) Lick Hung akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kelab Catur SJK (C) Lick Hung bertujuan untuk memperkenalkan permainan catur serta menyemai minat bermain catur di kalangan murid. Permainan catur merupakan kaedah yang baik untuk membangunkan dan mengembangkan potensi murid dari segi intelek. Perkembangan intelek dapat menyumbang kepada hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan insan yang seimbang dari 5 aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial). Kelab Catur akan memberikan peluang kepada para ahli untuk belajar dan menguasai kemahiran-kemahiran bermain catur serta mengasah kemahiran mereka melalui persaingan yang sihat antara satu sama lain. Kelab Catur akan disertai oleh muridmurid daripada tahun 3 hingga 6. 3. Rasional 3.1 Permainan catur merupakan kaedah yang baik untuk membangunkan dan mengasahkan pemikiran kritis dan strategik murid. 3.2 Pengetahuan catur boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. 3.3 Permainan catur dapat melatih tabiat baik seperti menumpukan perhatian, kesabaran dan penyelesaian masalah yang berkesan. 4. Matlamat 4.1 Memupuk minat dan semangat dalam permainan catur. 4.2 Meningkatkan kesedaran dan ilmu mengenai permainan catur antara warga sekolah. 4.3 Meningkatkan taraf kemahiran permainan catur. 5. Objektif 5.1 Meningkatkan minat murid terhadap permainan catur. 5.2 Melahirkan wakil catur sekolah, daerah dan negeri untuk menyertai pertandingan permainan catur. 5.3 Menyediakan ruang dan peluang untuk pembelajaran dan peningkatan kemahiran bermain catur. 5.4 Memberikan peluang kepada murid untuk menguji kemahiran catur.


5 6. Visi “Mewujudkan persekitaran bermain catur yang menyeronokkan dan memupuk daya saing yang menggalakkan pemikiran kritis, kerjasama dan persahabatan” 7. Moto “To control and conquer the battle of 64 squares” (Eng) “Untuk mengawal dan menakluki pertempuran 64 petak” (BM) 8. Logo 9. Butiran kelab 9.1 Jenis persatuan Kelab Catur dikategorikan sebagai kelab hobi dan permainan. 9.2 Ciri-ciri aktiviti kelab 9.2.1 Bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bermain catur melalui persaingan yang sihat. 9.2.2 Bertujuan memberi peluang kepada ahli kelab untuk mengeratkan hubungan dengan individu lain yang mempunyai minat yang sama. 9.2.3 Bertujuan untuk mengasah kemahiran intelek melalui permainan catur. 9.2.4 Bertujuan untuk meningkatkan minat terhadap permainan catur. 9.2.5 Bertujuan untuk membina komuniti pemain catur. 9.3 Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan Rujuk lampiran 5 (Eugene, n.d.) 9.4 Tempat berurusan Kelas 6D SJK (C) Lick Hung.


6 9.5 Perancangan dan pelaksanaan 9.5.1 Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan pihak sekolah. 9.5.2 Aktiviti persatuan akan diadakan di kelas 6D, Blok A, SJK (C) Lick Hung. Perlembagaan (Rujuk lampiran 2) akan mula dikuatkuasakan dari tarikh persatuan disahkan dan didaftar dengan Persatuan. 9.5.3 Objektif persatuan akan tercapai dengan menjalankan aktiviti tahunan kelab. 9.5.4 Tumpuan aktiviti adalah pada pemain catur, kemahiran permainan catur, strategi permainan catur dan butiran-butiran lain yang berkenaan. 10. Organisasi Kelab Catur 10.1 Jawatankuasa Kelab Catur SJK (C) Lick Hung Jawatankuasa Penaja Kelab Catur SJK (C) Lick Hung Penaung : Pn. Ngann Sook Wei (Guru Besar) GPK Kokurikulum : Pn. Tan Sze Shien Guru Penasihat : Lim Zhe-Yu Penyelaras : En. Naveen Raj Jawatankuasa Pelaksana Kelab Catur SJK (C) Lick Hung Pengerusi : (Tahun 6) Naib pengerusi : (Tahun 5) Setiausaha : (Tahun 6) Penolong Setiausaha: (Tahun 5) Bendahari : (Tahun 6) Penolong Bendahari : (Tahun 5) Wakil darjah 3, 4, 5 dan 6: Ajk papan kenyataan:


7 10.2 Struktur jawatankuasa Kelab Catur SJK (C) Lick Hung Penaung Guru penasihat GPK Kokurikulum Penyelaras Ahli Jawatankuasa Induk Ahli Jawatankuasa lain


8 11. Carta alir penubuhan kelab (Mathilda, 2019) Membentuk jawatankuasa penaja serta mengadakan mesyuarat penubuhan. Menerima maklum balas dan cadangan mengenai kertas kerja Membuat perancangan dan menyediakan kertas kerja penubuhan kelab. Mengemukakan kertas kerja kepada Guru Besar dan Penolong kanan kokurikulum Serahkan kertas kerja yang lengkap beserta Borang Permohonan Penubuhan Persatuan kepada pendaftar (Guru Besar) Tindakan: • Menerima kelulusan dari pihak sekolah • Melantik guru penasihat • Mengadakan mesyuarat agung penubuhan persatuan • Menyediakan takwim tahunan • Mendaftarkan ahli kelab catur • Mengesahkan perlembagaan dan peraturan kelab catur Mengoperasikan Kelab catur Lulus Tidak Lulus


9 11.1 Penjelasan langkah penubuhan kelab Langkah pertama menubuhkan kelab ialah untuk membentukkan jawatankuasa penaja yang akan mengadakan mesyuarat penubuhan. Mesyuarat penubuhan bertujuan untuk membuat perancangan dan menyediakan kertas kerja penubuhan kelab. Selepas draf kertas kerja serta perancangan telah disediakan, kertas kerja akan dikemukakan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum. Mereka akan memberikan maklum balas dan cadangan mengenai kertas kerja untuk penambahbaikkan. Seterusnya, kertas kerja yang telah diubahsuai dan lengkap dengan borang permohonan penubuhan persatuan akan diserah oleh Guru Besar kepada pendaftar. Dengan menerima kelulusan pendaftaran, tindakan seterusnya boleh dilakukan. Hal ini termasuklah melantik guru penasihat, mengadakan mesyuarat agung penubuhan persatuan untuk menyediakan takwim tahunan, mendaftarkan ahli kelab catur dan mengesahkan perlembagaan dan peraturan kelab catur. Apabila semua langkah ini telah dilakukan, kelab dibenarkan untuk mula beroperasi. 12. Perlembagaan Rujuk lampiran 2 13. Surat dan borang penubuhan kelab 13.1 Surat permohonan penubuhan kelab Rujuk lampiran 1 13.2 Notis Mesyuarat Agung Rujuk lampiran 3 13.3 Borang keahlian Rujuk lampiran 4


10 14. Takwim tahunan Kelab Catur Bil. Tajuk Aktiviti Tarikh 1. Mesyuarat Agung Tahunan 1. Pelantikan ahli jawatan kuasa Kelab Catur 2. Perbincangan takwim tahunan 3. Perbincangan bajet tahunan 24 Januari 2024 2. Pengenalan kepada catur Pengenalan kepada: - Buah catur - Kedudukan buah catur - Peranan dan pergerakan buah catur - Keadaan semasa di dunia catur 31 Januari 2024 3. Pengenalan kepada format masa catur dan latihan permainan catur 1. Mengenali format masa catur (Bullet, Blitz, Rapid & Classical) 2. Melatih bermain catur menggunakan format masa Blitz 8 Februari 2024 4. Pengenalan kepada teknik gerakan khas catur 1. Castling 2. En passant 3. Piece promotion 22 Februari 2024 5. Pemilihan wakil sekolah untuk menyertai Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Pemilihan wakil sekolah untuk menyertai permainan catur Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). Pemilihan 5 orang ahli melalui: 1. Senarai pendek guru penasihat. 2. Ahli dalam senarai pendek akan melawan antara satu sama lain dengan format liga. 6 Mac 2024


11 3. 5 orang ahli yang mengumpulkan mata tertinggi akan dipilih sebagai wakil MSSD permainan Catur. 6. Pengenalan kepada Pembukaan Catur Pembukaan catur yang diajar: 1. King’s pawn opening 2. Queen’s pawn opening 3. Caro Kann defence 20 Mac 2024 7. Latihan Catur Melatih bermain catur menggunakan format masa Blitz 12 Jun 2024 8. Latihan Catur Melatih bermain catur menggunakan format masa Rapid 26 Jun 2024 9. Perancangan dan persediaan untuk Pertandingan catur sekolah. 1. Menyediakan alatan catur yang mencukupi (Set catur, jam catur). 2. Memastikan lokasi pertandingan catur. 3. Menyediakan hadiah pemenang. 10 Julai 2024 10. Latihan Catur Melatih bermain catur menggunakan format masa Blitz 24 Julai 2024 11. Latihan Catur Melatih bermain catur menggunakan format masa Rapid 7 Ogos 2024 12. Pertandingan catur peringkat sekolah Pertandingan catur peringkat sekolah dijalankan. 21 Ogos 2024


12 15. Penutup Sekolah merupakan tempat yang memberikan peluang kepada murid-murid untuk mencari minat dan membina identiti individu. Dengan penubuhan Kelab Catur SJK (C) Lick Hung, murid-murid akan dipupuk minat mereka untuk bermain catur di samping meningkatkan kemahiran bermain catur. Demi menjayakan Kelab Catur, aktiviti tahunan telah dirancang supaya ahli Kelab Catur SJK (C) Lick Hung dapat memenuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Akhir kata, kami berharap agar cadangan penubuhan Kelab Catur SJK (C) Lick Hung ini disokong dan diluluskan oleh pihak sekolah. Disediakan oleh, Tarikh: LIM ZHE-YU Guru Penasihat Kelab Catur, SJK (C) Lick Hung. Disemak oleh, Disahkan oleh, TAN SZE SHIEN NGANN SOOK WEI GPK Kokurikulum Guru Besar SJK (C) Lick Hung SJK (C) Lick Hung


13 Rujukan Eugene, A. (n.d.). Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Academia. https://www.academia.edu/35113430/Buku_panduan_pengurusan_aktivit i_kokurikulum_sekolah_rendah_dan_sekolah_menengah Mathilda. (2019). L2 carta alir langkah menubuhkan kelab latest. Scribd. https://www.scribd.com/document/398379319/l2-Carta-Alir-LangkahMenubuhkan-Kelab-Latest#


14 Lampiran 1 Pekeliling Tel : 0356351333 Faks : 0356351333 Emel : [email protected] SJK (C) Lick Hung Jalan SS 19/6, 47500, Subang Jaya, Selangor. Kepada: Guru Besar SJK (C) Lick Hung Tuan/ Puan, Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Kelab Catur SJK (C) Lick Hung Saya dengan segala hormatnya merujuk pekara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan Kelab Catur SJK (C) Lick Hung telah diadakan pada 9 Januari 2024, jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat 1. Mesyuarat telah memutuskan dan mengesahkan bahawa butiran kelab, ahli jawatankuasa, perlembagaan dan peraturan Kelab Catur adalah dipersetujui secara sebulat suara. 3. Sehubungan dengan itu, saya sebagai wakil Kelab Catur SJK (C) Lick Hung berharap bahawa puan sudi untuk mengesahkan penubuhan kelab ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah kelab rasmi ko-kurikulum sekolah berasaskan peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, no 11, Tambahan no.11, Tambahan no. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.


15 4. Bersama surat pekeliling ini, butiran kelab, perlembagaan, peraturan, senarai ahli jawatankuasa dan takwim tahunan telah disertakan. Semua dokumen telah dipersetujui secara konsensus semasa mesyuarat penubuhan. Dokumen-dokumen ini telah disediakan untuk tujuan pertimbangan dan pengesahan pihak puan selaras dengan subperaturan 5(1) dan 5(3) peraturan-peraturan pendidikan (persatuan sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, no 11, Tambahan no.11, Tambahan no. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. 5. Jasa baik dan kerjasama puan untuk meluluskan permohonan ini amat dihargai dan disanjung tinggi. “MALAYSIA MADANI” Saya yang menjalankan tugas, ………………………………. (LIM ZHE-YU) GURU PENASIHAT KELAB CATUR SJK (C) LICK HUNG JALAN SS 19/6, 47500, SUBANG JAYA, SELANGOR.


16 Lampiran 2 Perlembagaan Kelab Catur SJK (C) Lick Hung 1. Nama dan Alamat 1.1 Kelab ini akan dinamakan sebagai Kelab Catur SJK (C) Lick Hung dan alamat ialah SJK (C) Lick Hung, Jalan SS 19/6, 47500, Subang Jaya Selangor. 2. Matlamat 2.1 Memupuk minat dan semangat dalam permainan catur. 2.2 Meningkatkan kesedaran dan ilmu mengenai permainan catur di kalangan warga sekolah. 2.3 Meningkatkan taraf kemahiran bermain catur. 3. Objektif 3.1 Meningkatkan minat murid terhadap permainan catur. 3.2 Melahirkan wakil catur sekolah, daerah dan negeri untuk menyertai pertandingan permainan catur. 3.3 Menyediakan ruang dan peluang untuk pembelajaran dan peningkatan kemahiran bermain catur. 3.4 Memberikan peluang kepada murid untuk menguji kemahiran bermain catur. 4. Logo dan pengertian Pengertian logo: 1. Latar belakang logo ialah papan catur yang melambangkan tempat catur dimainkan. 2. Fokus utama logo ialah buah catur King, queen, Knight dan Pawn yang melambangkan buah catur penting dalam permainan Catur.


17 3. Buah Catur pawn diletakkan di hadapan kerana ia melambangkan ahli Kelab Catur yang mempunyai potensi tanpa had. Pawn merupakan buah catur yang paling lemah. Tetapi, sekiranya sebuah Pawn dapat sampai bahagian bertentangan papan catur, ia dapat menjadi apa-apa jua buah catur yang lain, termasuklah buah catur yang paling kuat iaitu Queen. 4. Sepanduk di bawah logo dengan perkataan “Chess Club SJK (C) Lick Hung” melambangkan nama Kelab Catur. 5. Warna hitam dan putih yang digunakan untuk logo melambangkan keseimbangan. 5. Keahlian 5.1 Dibuka kepada semua murid di sekolah ini daripada darjah 3 hingga darjah 6. 5.2 Pendaftaran ahli dilakukan secara mengisi borang persatuan (Rujuk lampiran). 5.3 Ahli kelab catur perlu menerima dan bersetuju kepada perlembagaan kelab catur dan aktif menyertai perjumpaan dan aktiviti kelab untuk menjayakan matlamat kelab ini. 5.4 Ahli kelab catur berhak untuk mengundi semasa mesyuarat agung tahunan. 5.5 Ahli kelab catur diwajibkan untuk menyertai perjumpaan kelab. 6. Guru penasihat 6.1 Guru penasihat terdiri daripada guru sekolah ini. 6.2 Guru penasihat ditanggungjawab untuk memberikan bimbingan dan nasihat dalam hal dan perancangan kelab catur. 7. Ahli jawatankuasa 7.1 Dilantik semasa mesyuarat agung tahunan. 7.2 Dipilih melalui proses undian. 7.3 Guru penasihat berhak untuk melantik ataupun melucutkan ahli jawatankuasa tanpa undian. 7.4 Ahli jawatankuasa perlu menjalankan tugas untuk tempoh setahun. 7.5 Ahli jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatan perlu menghantar surat perletakan jawatan kepada guru penasihat. 7.6 Ahli jawatankuasa kelab catur terditi daripada 7.6.1 Pengerusi 7.6.2 Naib pengerusi 7.6.3 Setiausaha


18 7.6.4 Penolong Setiausaha 7.6.5 Bendahari 7.6.6 Penolong Bendahari 7.6.7 Wakil darjah 3, 4, 5 dan 6 7.6.8 Ajk papan kenyataan 1 & 2 8. Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa 8.1 Pengerusi 8.1.1 Mempengerusikan setiap mesyuarat dan perjumpaan kelab catur. 8.1.2 Meneliti dan menyemak minit mesyuarat. 8.1.3 Memastikan pelan dan tindakan sewajar dijalankan oleh ahli-ahli kelab catur. 8.1.4 Memimpin dan memberi arahan yang tepat dan jelas semasa aktiviti kelab catur dijalankan. 8.2 Naib pengerusi 8.2.1 Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi. 8.2.2 Membantu pengerusi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 8.3 Setiausaha 8.3.1 Pengumpulan maklumat dalam fail rujukan untuk tujuan pendokumentasian. 8.3.2 Menguruskan penulisan surat kepada pihak berkenaan. 8.3.3 Mencatat minit mesyuarat. 8.4 Penolong Setiausaha 8.4.1 Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan pengerusi. 8.4.2 Membantu setiausaha untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 8.5 Bendahari 8.5.1 Menguruskan pentadbiran kewangan kelab catur. 8.5.2 Menerima, merekod dan menyimpan yuran keahlian serta sumber kewangan lain kelab catur.


19 8.5.3 Menyimpan resit-resit dan menguruskan wang keluar masuk yang berkaitan dengan aktiviti kelab catur. 8.6 Penolong Bendahari 8.6.1 Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan pengerusi. 8.6.2 Membantu bendahari untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 8.7 Wakil darjah 3, 4, 5 & 6 8.7.1 Mengambil kehadiran ahli kelab catur daripada ahli darjah masing-masing untuk setiap perjumpaan. 8.7.2 Mengumpulkan yuran keahlian daripada ahli darjah masing-masing untuk diserah kepada bendahari. 8.8 AJK papan kenyataan 1 & 2 8.8.1 Memaparkan takwim tahunan kelab catur di papan keyataan. 8.8.2 Menghiaskan papan kenyataan dengan hiasan yang bersesuaian dengan tema kelab catur. 8.8.3 Mengemaskini papan kenyataan berdasarkan aktiviti yang dijalankan oleh kelab catur. 9. Sumber kewangan 9.1 Sumber kewangan kelab catur adalah melalui yuran keahlian yang ditetapkan sebagai RM 5.00 sebulan yang akan dibayar oleh setiap ahli. 9.2 Sumber kewangan juga boleh diperolehi daripada peruntukkan persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). 9.3 Sumber kewangan akan digunakan untuk membiayai kos aktiviti kelab catur. 10. Kehadiran 10.1 Setiap ahli persatuan perlu menghadiri setiap perjumpaan dan aktiviti yang dijalankan oleh kelab catur. 10.2 Kegagalan untuk membuat sedemikian diperlukan surat tunjuk sebab yang dihantar kepada guru penasihat. 10.3 Ahli kelab yang tidak menghadiri perjumpaan kelab catur sebanyak 3 kali yang berterusan akan dikenakan tindakan disiplin.


20 11. Aktiviti 11.1 Aktiviti kelab catur akan dijalankan seperti yang dirancang dalam takwim tahunan. 11.2 Sebarang pindaan aktiviti kelab akan diumumkan oleh guru penasihat. 12. Peraturan-peraturan 12.1 Peraturan sekolah menjadi peraturan asas kelab. 12.2 Peraturan yang disenaraikan dalam perlembagaan perlu dipatuhi oleh setiap ahli. 12.3 Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang melanggar sebarang peraturan. 13. Tindakan disiplin 13.1 Tindakan disiplin dikenakan terhadap ahli yang melanggar peraturan sekolah atau perlembagaan kelab. 13.2 Jenis tindakan disiplin: 13.2.1 Amaran lisan. 13.2.2 Amaran bertulis. 13.3 Ahli yang menerima sejumlah 3 kali amaran bertulis akan menghilangkan kedudukan sebagai ahli kelab. 14. Pindaan perlembagaan 14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan adalah sah sehingga dipinda. 14.2 Cadangan pindaan boleh dikemukakan oleh ahli biasa, ahli jawatankuasa, guru penasihat dan pentadbiran sekolah. 14.3 Pertimbangan pemindaan perlembagaan akan dibincangkan oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa. 14.4 Setiap pindaan perlu dikemukakan kepada guru besar untuk pengesahan. 15. Pembubaran persatuan 15.1 Guru Besar berkuasa untuk membubarkan kelab jika dibuktikan kelab ini melanggar peraturan sekolah ataupun Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 15.2 Segala hutang kelab perlu dijelaskan sebelum pembubaran kelab.


21 Lampiran 3 SURAT NOTIS MESYUARAT AGUNG Tel : 0356351333 Faks : 0356351333 Emel : [email protected] SJK (C) LICK HUNG JALAN SS 19/6, 47500, SUBANG JAYA, SELANGOR. Kepada: Ahli-ahli Kelab Catur SJK (C) Lick Hung. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB CATUR Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Catur SJK (C) Lick Hung akan diadakan pada: Tarikh: 24 Januari 2024 (Rabu) Masa: 2:30 Petang Tempat: Kelas 6D, Blok A 2. Setiap ahli dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, ______________ (LEE YU XIN) Setiauasaha Kelab Catur, SJK (C) Lick Hung.


22 Lampiran 4 Borang pendaftaran ahli SJK (C) LICK HUNG 47500, SUBANG JAYA SELANGOR BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN KELAB CATUR NAMA MURID : KELAS : TARIKH LAHIR : NO. IC : NAMA PENJAGA (IBU/BAPA/PENJAGA) : NO. TELEFON PENJAGA : ALAMAT RUMAH : T/Tangan Ahli, ------------------------------- T/Tangan Penjaga, -------------------------------- Disemak dan diluluskan oleh, -----------------------------------


23 Lampiran 5


24


Click to View FlipBook Version